Thursday, July 16, 2009

kemana mahu dituju?

Dalam dua hari ni
Aku berbual dengan berbagai orang.
Berbagai-bagai karenah.

Dari klien,
Rakan Bijaksana,
Dan juga tokey kedai.

Aku mula menghitung kembali,
hala tuju hidup.
Aku baru 2 tahun lebih praktis.
memang masih dalam tempoh cari hala tuju.

Malam tadi,
sebelum tidor,
aku berbual dgn B1N1.

Aku kata kat dia,
aku tak pernah rasa excitement sebagai loyer.
aku lebih gemar benda teknikal dan tak terikat dgn prosedure.

contohnya, aku suka design multimedia presentation
mengikut suka hati aku tanpa perlu terikat dgn procedure sperti
kebenaran MB, ataupun undertaking dari Assinee, mahupun Pejabat Penilaian.
Aku jugak tak perlu sain SD own occupation.

Aku pernah buat multimedia presentation utk beberapa program
masa kat UIA dulu. Bila audience ketawa dan tepuk tangan,
aku rasa puas walopun seminggu tak cukup tido.

Rasa kepuasan itulah yang aku belum pernah rasa dalam
2 tahun lebih ni. Aku rindu perasaan tu.

ditambah pulak dgn kata2 klien aku semalam,
"Saya kerja Bank 11 tahun,
selama 11 tahun jugak la saya tak pernah rasa tenang,
duit tak cukup, hati gundah gulana.
Keja bank, makan duit riba.
Sekarang ni sejak berenti kerja, Alhamdulilah,
memang dengaq macam lekeh,
saya jual putu kacang.
satu tuppaware saya untung seringgit.
Tapi cuba cik kimi kira, saya bekal putu kacang sebulan
10 ribu tapaware. tak ka sepuluh ribu?"
katanya sambil membayar legal fees tanpa banyak songeh.
orangnya nampak selekeh,
tapi tadak la nk mintak diskaun sana sini macam ada org tu
yang pakai smart, sembang bejuta tapi habuk pon tarak.

Pagi tadi pula di High Court Taiping,
aku berbual dgn seorang rakan bijaksana yang dah 4 tahun praktis.
Aku tanya dia, mcm mana 4 tahun praktis?
best?
katanya " ntahla kimi, tade rasa excitement pon.
Akak rasa macam nak bukak kedai buku, stationary, tak pon jadi Libarian."

tghari, aku berbual dgn pakcik Minang.
dia berasal dari Indonesia.
dah 30 tahun di Malaysia.
dah dapat kewarganegaraan.
Dia kata kata aku, masa dia baru mula sampai sini,
tak sangka boleh beli rumah. 15tahun saya menyewa.
sekarang ni Alhamdulillah, usaha, rezki...
Pakcik tu ada beberapa bijik keta.
Dia dapat hasil tu dengan jual songkok ja.

ada sorang klien aku pula,
dia askar pencen,
sekarang kerja jadi drebar keta baru,
ala, yang selalu kat haiway keta no plet biru tu.
dia kata pendapatan tak banyak.
tapi, Alhamdulilah, cukup.
kita jgn lupa besedekah, solat, mintak pada Allah rezki yang berkat.
InsyaAllah, tenang. pakcik tu pon muka tenang.
utk rekod, dia beli tanah bayar cash.


Apa guna duit berkepuk jika hati kita kosong.tak gitu.

No comments: