Tuesday, March 27, 2007

takper...aku ingat..

There's gotta be more to life
Than chasing out every temporary high to satisfy me
'Cause the more that I
Trippin' up thinkin' there must be more to life
Well, there's life, but I'm sure
There's gotta be more

Friday, March 23, 2007

Tagged by asnE!

Tagged oleh AsnE!,

Dia suruh aku cerita 6 weird things tentang aku..
Pelikkah Aku?

1. Aku tidak boleh makan seafood.
Sekiranya aku makan seafood,
aku akan bertukar menjadi merah2.
macam udang bakar.Pernah sekali,sebelum exam kt UIA,
Aku makan udang, kanot tegur,
"bukan hang tak bole mkn udang ka?"
biasa la, cakap kanot, sapa nak dengar,
aku blasah jer, g exam, aku jd udang.

2. Aku teringin nak beli Henpon K750i,
dah beratus kali aku tanya kat kdai hempon,
brapa harga, tapi tak beli2 lagi.

3. Aku cepatkan jam tangan aku 15minit dari masa sebenar.
Aku akan automatik tolak 15minit kalo aku tgk jam tgn aku.
Jadi, aku tak pandai tgk jam tgn aku waktu sebenar.
sebabtu aku kena cepatkan 15minit dari masa sebenar.

4. Aku penah belajar beberapa seni silat (termasuk yang ada amalan pelik2)
Hampir 4 tahun aku menuntut silat yang ada mcm2 amalan pelik,
dan aku memang percaya tentang perkara2 yang pelik2,
mcm jin janggut, jembalang tanah.
Penah satu hari, Bapak Aseb dtg uia bawak bomoh,
utk ubatkan aseb yang selalu "diganggu".
Bomoh tu kata, ada Jin bertenggek atas meja Komputer aku.
Itu la yang selalu kaco aseb katanya.
Sah bomoh tu tipu, sebab aku tak penah pun suruh jin aku tu kaco aseb.
Suruh jaga komputer jer.

5. Aku tak kan ingat jalan melainkan aku pegi tempat tu drive sendiri.
kalo ada orang sebelah, naik dgn orang lain,
nescaya aku akan lupa, walopun jalan tu kat taman melati jer.

6. Aku benci Law, aku suka baiki kereta,
tapi aku loyer.

Tuesday, March 20, 2007

Haduh..

Apa da...
Ingatkan best...
Rupanya tak best..
Baik kejer kat KL...

Yang pasti..
Tak lama lagi..
Akan ku bawak Isteri ke KL.
Bole Kami tengok Mr Bean Holiday.

Kambing Betul.

Wednesday, March 14, 2007

DESKTOP. (Tagged by AM)

Tagged by AM, I hereby show my desktop to the world. Note: This is my office desktop.





Resolution : 1024 x 768 pixel

Laptop/LCD or CRT monitor: CRT.

Been using this desktop since: 2 Month ago.

Wallpaper since: (s.d.a)
Note: Wall paper shows Steven Gerrard( Liverpool Fc Captain/England vice Captain)

Ada orang kata, "You can tell how a person is, by looking at their desktop".
So, I am tagging: AsnE!;

Tuesday, March 13, 2007

........................

Semalam.
Aku witness my first MOT(Form 14A)

AKu g Court untuk MOB..
dapat RM50 untuk MOB yang mudah.

Clerk aku kata,"La? awat ambik Rm50 ja?selalu loyer sebelum ni, RM150 o."
Oh?Ya ka.nyesal tak mintak RM 100

Sapa2 nak MOB lg?haha..

Friday, March 09, 2007

pilihan aku.

Selepas balik dari bwk bini aku g checkup kt Medical centre..

Macam biasa..aku akn menjengah ke supermarket..
nak tgk2 barang2 dapur yg diperlukan..
Kami masuk pintu depan..

tiba2, bini aku ternampak sesuatu..

EH!bang! tengok tu!

Aku tengok..aha..yer..naper?

murahnyer!katanya..

aku tgk..bole la tahan.
Murah la sikit..less 50%..
(ntah2 bila dah less, itu la harga sebenar,mcm aku buat kat client aku.
Lawyer tak ble bagi diskaun..Tapi, org kampung,
koman2 nak diskaun..Jadi, aku tambah la itu inidulu..
bila bagi diskaun, dalam 2 3 ratus,jadi la balik Fees sebenar.haha)

Sorang promoter pun datang..
dia tunjuk itu ini..
Bini aku cam biasa..Rambang mata..

Yang lain aku serah kt bini aku..
Yang aku berkenan cuma dua benda...

iaitu..:


Blanket Baby yang ada penutup kpala.
Bila tutup kpala jadi ada telinga binatang

dan jugak..

Baju dan sluar baby yang ada gambar badak air coklat.

cantek tak pilihan aku?
haha..

Wednesday, March 07, 2007

a little bit nostalgic ii

Antara waktu2 menarik yang hampir mustahil utk aku tempuhi lagi...

Antara lainnya adalah seperti berikut ;

1) Main Counter Strike/Half Life dalam network, lwn aseb, kanot dan kaie.
(kadang2 Matjap atau Pakdi akan ganti tempat aseb
kalo dia diarahkan utk keluar dating dengan Asne!)
(main CS adalah yg paling best!!)

2) Main bola sepak dalam ujan lebat tanpa mengiraukan keselamatan.
Kali terakhir main adalah last day exam sem bila ntah..
aku, kanot, kaie, main bola dalam ujan lebat.Aseb takder, kuar dating.

3) Tengok Naruto (atau anime lain) dari pagi sampai pagi esok.

4) Sepak kanot beberapa kali utk kejut dia bangun subuh.

5) Makan2 ramai2 dengan Am,Nur,Suhel,aMan,Suria,aHaris
kat roti canai bwh petama komplek.

6) Jadi chambee kat HSK.

7) Berbual ramai2 buat bulatan kat bawah blok pukul 11 malam sewaktu
seluruh Uia tade letrik.Ahli:Mituid,aseb,lan syah,kaie,miraz,pidin,kanot.

8) dan waktu2 lain yang difikirkan sesuai...

karang..kalo ada masa.. aku buat slide utk gamba2nya..
betul kata suhel dlm entrynya tu..

Monday, March 05, 2007

a little bit nostalgic

Malam Rabu, Terasa malas g keja.
Lantas, aku membuat kputusan untuk
ponteng kerja keesokannya.

Lalu pagi khamis aku menuju ke Kuala Lumpur.
Bersama Bini aku yang tgh MC demam campak.

Tepat jam 2.42, Aku tiba di parking sebelah
Bar council.

Keluar keta, ada yang menyapa.Kalid.
KL, tempat yang tak asing bagi aku..

Lantas, aku menuju ke Court RKKK.
Jumpa MR.MURALI.
AMEK Order Longkol.

Selesai urusan.
Aku menuju ke parking blakang Panggung Odeon.
Aku menjengah HSK.

Aku masuk..lantas disambut oleh Ain.
Kemudian aku menyuruh Ain mem"Buzz" Suhel.
kata kat dia, ada Client nak jumpa.

Suhel pun tiba.
Bersamanya AM yang menjerit Mizaa..kpd bini aku.
mcm lama tak jumpa.walhal tak penah jumpa.

lepastu, aku bawak bini aku masuk kat CMLT department.
kenalkan dengan sume2 staff.
Deorang pegang2 perut bini aku.
Kata AM dengan nada tak puas ati..
"Miza pregnant tak nampak cam pregnant".

slepas bbual sikit.
Aku ke Sogo..bwk bini.
Pastu aku naik tingkat 6 sogo.makan.

Aku tepom akak aku.
Dia datang.
Sambil makan2.kami plan nak g makan lagi.
Kat Mali,jalan malinja.

Lantas aku ajak Kanot dan Bininya.

Pastu aku kembali ke HSK utk pulangkan kad sogo Am.
KANo pun dah ada (dia resign dr hsk)
bebual2 kejap
pakket pun ada..

kul 9, aku dan bini tiba di Malinja.
Kanot dan akak aku dah tunggu.

Aku cukup rindu dengan nasik lemaknya..
lantas kami order untuk makan.
Tapi kanot order untk Mentekedarah.

sambil mkn.bebual2..
(sambil kanot mentekedarah)
mengimbau kenangan..

aku ngan kanot becerita kpd bini kanot dan bini aku
pasal kami kt UIA dulu.
sebilik.4 orang ngan Aseb dan kaie.
kami memang kuat main game.
dan Istri kami harus bersyukur,
kerana suami mereka hanya kuat main game.
jadi hanya duduk kat rumah.
Berbeza dengan sesetengah suami yang ada hobi luar.
Mcm memancing dalam utan.habis tinggal bini.

betapa masinnya mulut aku dan kanot sebab
masa 2nd year dulu, kami selalu berkata2 tentang
karang aseb kawen,hantaran mesti tinggi.(termakbul)
pastu aku dan kanot selalu melawak bahawa kami akan kawen
lebih awal dari kaie dah aseb yg becinta cam nak Rak.
dan jarak aku ngan kanot kawen tak jauh.(termakbul)

Lantas kluar cerita, aseb pun da btunang dengan Asne.
jadi, meninggalkan Kaie saja lagi..bila lagi?

bebual smpai lewat kul 10..
kami pun mengorak langkah..
Kanot,balik umah..
Akak aku..balik umah dia.
Aku..ke putrajaya..
umah akak aku sorang lagi..

Hari yang padat..tapi Best.
cuma, AM byk keje.jd dpt bebual sikit je dgn dia..
takpelah.