Monday, December 07, 2009

Aktiviti ujung Minggu (memenuhi jemputan)

Ujung2 tahun mcm sekarang ni,
memang ramai yang amik peluang untuk buat majlis kenduri kawen.

Kawan2 aku juga ramai yang kenduri.
Antaranya ialah:

Yang dah Lepas, dan tah niah diucapkan,

1) Sahabat kita Encik Apon (Firdaus mat shah) yang telah melangsungkan
perkahwinan pada 25 November yang lalu.
Aku tak dapat pergi sbb hari kerja,
Aku tanya juga kpd kwn2 seperti Kanot, pi dak?
Kanot kata tatau pon.??
Hahahah, sebenarnya apon suruh aku boh dlm blog jemput kawan2,
tapi sbb aku agak sibuk, lupa nk jemput.hihihi
sori ya apon.Apa2 pon, tahniah kpd apon.

2)Katifah Mat Yusof, junior masa uia,dia ni org negeri sembilan,
Telah melangsungkan perkahwinan pada bulan November yang lalu jugak
di Gemas negeri 9. Pon aku tak pi, So aku ucap Tahniah kpd Katifah.

3)Wani, junior Law Uia jugak,telah melangsungkan perkahwinan pada
5 disember 09, di Kamunting perak.
Diucapkan tahniah kepada Wani.
yang ni, walopun di kamunting, pon aku tak dapat pi sbb
4 hb, aku dah betolak ke KL atas urusan kerja.

4) Kalipah Amirah, yang melangsungkan perkahwinan di Dewan
presint 16 putrajaya.
Yang ni aku pi,
dan aku jumpa dgn kawan2 lama seperti Hamid,Kanot dan HUda, Kaie dan Chi, Miraz dan Mas
serta beberapa org junior yang beberapa kali tgk aku baru cam sambil berkata,
"EHH?????Abang kimi ker ni???? kenapa Tembam?"

Yang akan datang majlisnya ialah..

1)Sahabat kita Azilah Abdullah, bakal melangsungkan perkahwinan pada 12hb Disember 09.

2)Kawan aku masa sekolah menengah, INtan Salawati yang akan melansungkn perkahwinan
pada 13 Disember 09.

3)Sahabat kita merangkap kakak aku, Madulebah @ cuda yang akan melangsungkan perkahwinan
pada 19 Disember di PARIT HAJI AMIN JALAN BARU 34200 PARIT BUNTAR PERAK, sila datang beramai2.
jamuan dari 11 pagi hingga 4 ptg.Kad boleh didapati DI SINI

4)Sahabat kita, suhail@sahalfikri yang akan melangsungkn perkahwinan pada 26 Disember di Jitra kedah.
Kena pi nih.KAD bole didapati di SINI

5)Sapuan Fathi dari changkat Jering juga akan melangsungkan perkahwinan pada 26 hb disember.

6)Azli tajudin dari Aloq Star juga akan melangsungkan perkahwinan pada 26 hb Disember..
Wah, letih bejalan la harini.

7)Pada 27 hb Disember pula, Faridzul Azlan dari ipoh akan melangsungkan perkahwinan, aku tak dpt kad lagi,
tatau la dia jemput ke tak.hahah

Tahniah diucapkan kepada kawan2 kita yang akan melangsungkan perkahwinan.


**********************************************************************************************

Pada 5hb Disember 09 yang lepas, selain aku
ke Majlis kawen kalipah di putrajaya,
aku juga ke rumah klien untuk serah cek, dan juga aktiviti2 berikut:

Pagi, pukul 8, sarapan pagi di rumah abang aku di kampar.
Pada pukul 10.30 pagi, aku bertolak dari Kampar menuju ke putrajaya.
Lebih kurang pukul 12.30, samapi di putrajaya,
rumah kakak aku, makan tengahari dulu.

Pastu, pukul 1.30, janji dgn kanot di masjid putrajaya,
di situ sempat terjumpa dgn Hamidullah.
kemudian kami menuju ker presint 16,
Kanot suruh aku lead sbb dia tatau jalan.
dok KL tapi soh org Tepen lead jalan kt putrajaya.

Sampai di putrajaya, MAKAN la, apa lagi.
Kaie dgn Chi dah ada.
So, aku dgn kanot terus menerus hentam kaie sehingga dia balik.
chi tak banyak ckp, mungkin sbb kaie kena hentam.hihi.

elok nak abis Mkan, Miraz dan Mas pon tiba,

Pastu, aku beserta keluarga dan kanot beserta keluarga
beransur menuju ke rumah Klien yang mana kanot kata dia tau jalan nak pi.
so, aku folow la dia, pastu aku tgk kanot pusing2 dlm present 16 sebelumbagi slow kereta,
aku bukak tingkap dan tanya,"hang kata hang tau??"

Kanot kata, "aku tau, tapi kena keluar dulu dari putrajaya ni,
aku blur la dlm putrajaya",sambil buat gaya Rajinikand pakai spek itam.
so, aku lead keluar putrajaya.

Sepenjang perjalanan, aku follow kanot,
gaya dia bawak kereta pon sikit2 elok dari Rajnikand bwk dlm filem.
sat pi kiri, sat pi kanan.
Tiba di rumah Klien,
dia jamu sikit2,
MAKAN lagi.

pastu sementara tunggu aseb balik rumah,
kami 2 keluarga pi 1Utama.
kanot jln dgn family dia pi mana ntah,
aku jln dgn family aku,
sambil jalan, Kami MAKAN jajan.

dalam pukul 7 lebih,
kami betolak ke umah aseb.
dalam pukul 8.15, kami dha dekat nak sampai ke rumah aseb sbb dah nampak bangunan rumah dia.
Tapi, dekat2 8.40 pon kami tak sampai2 lagi.

dkt2 kul 9 baru sampai, walhal tak sampai 1 km pon jarak.
kalo kat taiping, utk jangkamasa mcm tu,
aku boleh pi opis, bukak pintu opis, balik umah,bukak pintu umah,
pi kat peti ais, minum air dutch lady, pi opis balik, pastu aku balik semula ke rumah.


di rumah aseb, kami berkumpul 4 org setelah bertahun2 cuba orgenize reunion
f 4.4 ali.
tapinya, kaie mengundang bala apabila tak bawak chi,
spekulasi mengatakan bahawa kaie kata kat chi nk pi opis, tapi datang umah aseb.
hahaha.
Ataupun spekulasi kanot yang menjurus kepada Isu politik seperti atas sebab perbezaan parti politik, bini kaie tak datang.haha.

kaie dgn sehabis tenaga menyatakan dengan tegas
bahawasanya bini dia letih setelah balik dari Ghembau.

ini sebahagian gambar di umah aseb.

Inilah wajah terkini Ahli berdaftar F4.4 ali 2004/05
setelah kelab suka ria F4.4 dibubarkan hampir 4 tahun yang lalu atas faktor aku dan aseb telah Grad lebih awal dan kanot membawa diri menjadi tok siak ke Markaz pas berdekatan.


Ini gambar anak aku excited sbb jumpak anak aseb yang dipegang
oleh bini kanot.(masa ni anak aku belum mandi)


Lepas mandi, dia nak pegang sendiri.
sambil memberi hint kpd mak dia mintak adik.HAHAHa.(tgk, baju sudah tukar)



Anak2 semua dah letih, tapi mak bapak masih bersuka ria.


Ini gambar selepas mkn.semua sedang tahan napasssh


Para Ibu apa kurangnya, tapi depa tak tahan napasss sbb smbil dukung anak. kira cover la sikit.


Ini gambar semua.
Kaie, tak bawak bini, cuba untuk memegang bahu aku la pulak.

InsyaAllah, kalo ada rezki, acara ni akan dijadikan acara tahunan dgn
cadangan menjemput ahli tidak berdaftar pula.
Kaie pon kata" Tahun depan aku anjurkan, tapi kat rumah kimi" (ayat Sebb)haha.

dekat2 kul 11, kami pon betolak balik.

Pagi Ahad, aku janji nk gi sarapan rumah Miraz dan MAs di Presint 9,
miraz tepon aku, wei, nk mai kul berapa?rupanya dah kul 11.30, aku lena lagi.haha

so, sarapan jadi makan tengahari.
Terima kasih pada Miraz dan MAs yang sudi menjemput.

sebelum betolak balik kampung,
kami mkan nasik ayam, pulut durian dan bebagai2 lagi di rumah Kak An(Periuktanah.blogspot).
Jadi, jgn heran jika anda semua tidak cam muka kawan2 anda yang dh lama tak jumpa sbb
dalam tempoh anda tak jumpa itu, dia telahpun Makan pelbagai2 benda.
hahaha..