Tuesday, August 23, 2011

tak sama lagi....


Salam Pengakhiran Ramadhan

Rasa sekejap sangat bulan Ramadhan tahun ni.
Tak sama macam waktu aku suka lepak masjid UIA dulu.
waktu tu suasana bulan Ramadhan memang berbekas di hati.

sepantas bulan Ramdhan,
sepantas itu juga waktu berlalu.

sedar tak sedar, dah 5 tahun aku menetap di Kamunting ni.
Dah 4 tahun aku mencari rezeki di Taiping.
setahun di Kuala Kangsar.

selama itu juga lah majoriti hidup aku dipenuhi dengan rutin yang hampir sama.
pergi court, balik court, balik rumah, bawak anak bini jalan2, pi Tesco, ujung minggu balik kampung.

Aku suka hidup yang tenang kt sini.

cumanya, 5 tahun aku kat sini,
aku tak ramai sangat kawan.
bukan kenalan, kenalan mmg ramai.
tapi kawan2 yang boleh aku lepak minum2.....air teh,
kawan yang boleh main game 4 jam tanpa henti.
kawan yang boleh gelak2 dan cerita pasai zaman muda.

tak ramai....ada la sorang dua...
kawan minum lepas court ramai jugak..
tapi 99% mak orang.

yang lelaki, 2-3 org ja.

selama 5 tahun ni....
mungkin tak ketara sgt...tapi aku agak berubah....
otak aku dah tak sekreatif dulu....
aku dah tak berapa pandai nk menulis entry2 yang legend mcm entry2 aku beberapa tahun dulu...

aku dah tak sama lagi.....mcm aku muda2 dulu....

sekadar gambar hiasan............

Monday, July 04, 2011

Mak AIIIII

Huihhh.

lamanya dah aku tak berblog.bukan tadak idea, tapi Facebook kan ada.
Facebook la punca Myspace dgn Frenster berkuboq.
yahudi betul facebook ni.

Selain itu, disebabkan asik guna facebook,
aku dah tak pandai nk tulis panjang2.

aku dah tak pandai nak elaborate isu.

Isu undang2 lain la. Aku dibayar untuk elaborate. tu lain.

Contohnya aku dah tak pandai nk cerita panjang2 pasal Anivesary-ke5 aku dan Puan Bini baru2 ni.

Yelah.Amivesary yang ke-5.......................

Tgk.tak bole nk cerr panjang.hahah.

kalo post dalam Fb, tulis itu ja, ramai la yang "like" dan Komen.

Baru2 ni jugak aku ada pi bercuti ke Langkawi, kali pertama tau aku sampai langkawi.........

Yela, Langkawi.

..............

HAhaha.tak pandai dah nk elaborate2.

Apatah lagi nk cerita pasal Politik.
Nak Ulas pasal bersih ka,
KOTOR ka.
kena asah balik semua.

Tapi aku harap, dgn adanya entry terbaru ni, Syed Zul akan berenti menyuruh aku update.hahah

Sekian untuk Hari Ini.
Babai.

PS: tahniah kepada APON kerana dah jadi Ayah.

Wednesday, March 09, 2011

Dunia Hanya Sementara

Klien Maki2 kita tuduh kata mcm2 sedangkan perkara tu tak benar.

Mula2 rasa hangin Gila la.

Rasa macam Nk tabuh Orang.

Tapi bila difikirkan...

Lama Mana dia nk Maki2?

Kang dapat Duit Sengap la dia...

Paling Lama Pun, Sampai kiamat,

atau sampai dia mati.

Kerana, dunia ni Hanya Sementara.

AL-Fatihah buat Sahabat saya Wan Ahmad Fadzil
dia dah kembali kepada penciptanya...

Kerana?

Kerana Dunia Hanya Sementara...

tak perlu saya cerita pasal kebaikan dia...

apatah lagi keburukan...

kalo nak tau, bacalah dlm Blog dia sendiri....

Atau Blog Joe..

Kerana Dunia hanya sementara.......