Friday, February 29, 2008

entry org lain

ni cerita pasal anak aku dlm entry org lain.

bacala kat sini.

Thursday, February 28, 2008

lagi2 pilihanraya.

huihh......byknya komen entri lepas. pecah rekod.
tatau la apa punca jadi byk komen.

dari khamis lepas aku agak sibuk.
kebanyakannya aku kerja di ipoh.

sempat la lepak2 dgn ajiz, abai, roni, dan arin.
tapi bukan dalam satu sesi.
sesi asing2.

hari apa ntah,
Kanot SMS ajak masuk Konpren YM.
sorila kataku,
gua dah balik umah.hahahah



Semalam, aku ke Tapah.
Tapi aku bawak keta mak mentua aku,
sebabnya:
1) Keta kancil agak jimat.
2) Keta kancil senang sikit aku nak cilok2 dlm pekan ipoh.
3) Keta mak mentua aku ada cd player yg berfungsi.
Dah lama aku tak dgr lagu dlm keta.

dari tapah singgah opis Ipoh,
pastu,
aku terus balik umah jugak.
Tak masuk opis taiping walopun belum kul 5.
Tgh dok syok lepak kt umah.
Clerk aku tepom.
katanya ada dokumen urgent mau sain.
aku pon kembali ke opis.

aku masih pakai smart.
tapi pakai selipar.
sambil menunggu dokumen disediakan,
aku try kontek kawan2.

tepom apon, hempom dia tutop.
masuk voice mail.

try tepom Am,
di kenselkannya.
apa la salah aku.

last2, tadak org lain, aku pon tepom kanot.
selepas sedas dua sembang.
dpt info baru.
Kanot masuk opis baru minggu dpn.
yg bijaknya kanot ni,(sejak UIA dulu)
dgn opis lama dia kata masuk opis baru Isnin.
dgn opis baru, dia kata notis habis hari isnin.
jadi, hari isnin dia melepak besarkn perut.


YM 2 minggu lepas.

empayar_terapung: hang dpt firm mana?
Lee H?
Nomirs99: dak

empayar_terapung: J.Lee?

Nomirs99:dak. ada bunyi "Li" jugak.

empayar_terapung: apanya?

Nomirs99: Lingam.hahahah

empayar_terapung: Eh? masuk firm sedara la kiranya?

Nomirs99: KOUQ!!

***********************************************************
Info PRU 2008.

Aku tengok pengunguman SPR sblm penamaan calon.

katanya semua calon kena stamp SD.

Tapi, tiba2 lepas penaman calon,
SPR umumkan pulak, takpela tak stamping SD pon.

EIK? tukar2?
semalam, aku diberi gambaran oleh seseorg...
katanya, syarat Stamping tu diumumkan pada petang Khamis.
untuk mengenakan calon2 bukan parti KATI di Kelantan/kedah.
kerana Kelantan cuti hari Jumaat.

Tapi org kelantan bijak2 belaka.
Mereka pergi stamping di Pahang.

Tiba hari penaman calon,
didapati calon2 bukan parti KATI
lengkap semua stamping.

Tetapi calon2 parti KATI yg agak
kurang cekap otak mereka tidak berjaya buat stamping.

Lantas, SPR umumkan,
eh, tak pe jer tak stamping.

EIK!!!!???
patutla gambar pengerusinya kena bakar.

**************************************************
sejak tahun 2004 aku dh mmg tak percaya tentang ketelusan.
sebab aku sendiri alaminya..

yelah,
Student2 penyokong Parti KATI bebas ikut berkempen.
Terang terangan ada di hari penamaan calon.
Siap pakai baju dan lencana parti KATI.
Tidak langsung dikenakan tindakan dibawah AUKU.

Tapi kalo bukan penyokong Parti KATI,
habis di hambat,
di cari hingga ke lubang pusat.
kena berlari2 terjun tingkap.
Ramai kawan2 aku yg kena "Hearing" lepas PRU 2004.

kesimpulan aku.
dalam AUKU ada seksyen yg tersembunyi.iaitu.
AUKU applicable utk pelajar yang tidak menyokong
parti KATI.
adilkah itu?
cuba anda yang bijak2 ini fikirkan.

Kata kanot, blognya hari2 dikunjungi Royal Police Malaysia.
kata aku, rileks, hang bukan student, tak kena hearing dah,
hang loyer, hang yg buat hearing.

Wednesday, February 20, 2008

Aku demam, tapi bukan demam pilihanraya.

Pukul 8 malam adalah waktu berita.
Tapi aku lebih rela menonton ulangan
Amazing Race Asia yg 18 kali dh aku tgk..

Karena berita Tv sudah berubah menjadi rencana
kempen pilihanraya dan medan kutuk2 yg berat sebelah.

Kawan aku yang dah lama menyepi dr update blog
tiba2 aktif kembali dek karena Pilihanraya.

Tahun ni kali kedua lah aku mengundi.
tak payah bgitau la aku undi sapa,
sbb undi tu rahsia konon2 nya.

Masa aku mula masuk Universiti dulu aku buta politik.
Tapi aku ni jugak jenis suka2.
Lalu aku secara suka2 masuk satu persatuan.
Persatuan yang majoritinya
pakai tudung labuh dan lelaki pakai kopiah.

Pernah sekali, aku dijemput ke miting,
Aku seperti biasa pakai Jeans dan t-shirt itam.
semua dok usha2 karena depa pakai kopiah.
hahahah

Tapi lama kelamaan,
niat suka2 tu menjadi satu perjuangan..
Di situlah aku bertemu rakan dunia akhirat.
Di situ aku kenal Aseb, Kanot dan Kaie.
tak dilupa Pakdi, Joe, Pidin dan sebagainya.
Matjap pon ada.

teringat tahun 2004.
Masa tempoh kempen pilihanraya,
Aku, Kanot, Aseb, Kaie dan pidin
tidak berada di negeri sendiri.

Tapi kami berada di Pahang.
Kami saja nk merasa bahang.
Aku ,kanot dan Pidin dihantar ke kawasan bandar.
manakala aseb dan Kaie dihantar ke kawasan
yg tadak line tepon.

Tapi, aku, kanot dan pidin merasai nikmat
diburu "SB".
pernah kami terpaksa lompat keluar dari Tingkap.
Kanot pulak cukur misai dan janggut serta pakai cap
utk mengelak dikenali.(huduh)

Manakala aseb dan kaie, walopun tadak line tepon,
org kampung di sekeliling mmg baik hati.
meminjamkan sebuah motosikal serta menjemput makan malam.
Aku, kanot dan pidin pernah join sekali.
Suasana kampung yg aman.

pastu, kerana pemantauan "SB" yg byk.
YDP mengeluarkan arahan supaya kami
pulang ke negeri masing2.

Dari muazzam shah, kami menuju ke segamat.
Lepak kat umah aseb,
sebelum menuju ke KL.
dan kemudian aku menuju ke perak.

sejak tu, kami tak pernah kembali ke tempat tu.
Apa khabar gamaknya Pakcik2 yang baik hati kat sana...
Kanot pun dah jarang pakai kopiah.
Aseb pon dah tak pakai serban macam dulu,
mungkinkah idea liberal aku diserap mereka?
hahahaha.

Tapi, semua tu satu kenangan yg tak akan dilupakan.

**************************************************
YM.

abdulhasib82: kanot nak resign
empayar_terapung: tau, dia mintak contoh notis kat aku.
abdulhasib82:aku siap bagi dua lagi sample kat dia.

SMS

Kanot ("Traore" nama dlm fonbook): Aku dah tender, Power.
Kimi: hang tiru notis aseb, mesti ayat jambu.
Kanot: jambu dan sexy.hahahahaha.

end.

Next week aku sibuk.

Monday, February 18, 2008

series of unlucky incident

Minggu lepas.
sedang memandu bersama isteri dan ank.

terhidu seperti bau hangit.
Aku membiarkan saja.
mungkin bau brek lori.

Tapi, tak lama selepas itu,
lampu bateri menyala,
menandakan enjin kereta aku
dijana oleh bateri yg tidak di cas.

bermakna altenater aku bermasalah.
tiba di rumah
aku membelek altenater.
Belt tidak putus.
Malah berputar dgn elok.

Bila dibelek lagi,
rupanya wayar penghubung telah terbakar.
aku lantas menyambung semula wayar tersebut.
lampu bateri tidak lagi menyala.

Hari Sabtu, menuju ke ipoh utk exam PTD.
sepanjang perjalan,
beberapa kali aku terhidu bau hangit.
dua kali aku berhenti utk memeriksa.
aku dapati wayar penyambung telah lebur.

Gamble, menuju ke pusat exam.
exam dulu, karang balik lain cerita.

balik, aku tanpa berlengah menuju ke haiway.
berhenti di sg.perak utk menunggu Tuan Yaser dan Sapuan.
bertemu Mi Tuid dan jasni yg naik bas utk ke Alor Star.

Apabila igin bergerak semula,
lampu bateri menyala kembali.

Aku melambai kpd Yaser.
Isyarat "Hampeh" menunjukkan keta aku rosssak.
Wayar dah jadi pendek sebab hangus.
Jadi aku tak bole nk sambung betul2.

kami jalan dan berenti kejap.
Yaser yg memandu di belakang setia mengekor.
Alhamdulillah, keta sempat tiba di Kamunting.

Semalam, jumpa Abg aku,
dia pon tukar wayar baru.
dlm masa yg sama dia repair pintu aku.

Alih2 pagi tadi, aku nk bukak kunci keta,
tapi tak tebukak.
Aku terpaksa masuk ke kereta
melalui tempat ddk penumpang.

Masa kat Mahkamah,
Depan Bank Rakyat,
Depan Opis,
Kat Parking,
org dok usha2.

Pehal la mamat tu pakai smart2 tapi keluar masuk
ikut pintu penumpang.
waraskah dia.

Hampeh....balik ni kena repair.

Wednesday, February 13, 2008

Summary dari Rabu lepas hingga harini.

Rabu lepas, sebelum thn baru cina,
Firm aku mula cuti.
Aku pon dah igt2 lupa apa aku buat aritu.
Tapi yg aku igt,
Bgn pagi, aku bwk bini aku pi sarapan
kt pasar tani, mkn bihun sup daging.

Pastu aku bwk dia shopping secukup rasa.
petang aku bawak dia pi opis.
aku nak setelkan fail utk hari isnin
kat Hi court Ipoh.

Bini aku main internet.
Kali pertama sejak tahun 2004,
dia baca blog aku.

aku tunjuk semua entry aku pasal dia dgn
little Hanany....
dia senyum...
Aku juga tak lupa tunjuk entry yg Asne suruh dia baca.
Senyum jer dia baca.

Pastu dia baca lagi
sampai dah masuk maghrib.
aku ajak dia ker masjid,
tapi dia mcm nak baca lagi.
baru dia tau blog aku best.
hahahaha.

Pastu kami janji dgn family bini aku
nak makan ketiaw Doli.
lepas pekena ketiaw, menuju ke Funfair.
Hanany bg Opah dia pegang jap,
lalu aku dgn bini naik kapal angkasa terbang.
Bini aku menjerit2.aku...pon menjerit2.hahah

Balik umah, aku tanya dia.
"best tak harini?"
"Best" katanya simple...

Esoknya kami pulang ke prt hj Amin.
Kami igt tak ramai yg balik..
Rupanya ramai..mcm Melayu pulak yg raya.

Petang Jumaat aku jalan2 kat p.buntaq.
bertemu dgn Hawa dan Dzaidin.
nampak ceria sbb Hawa akan lapor diri
di Mahkamah Miri sbg DPP.
dapat duduk bersama.

Hari sabtu, berangkat ke Alor Star.
sepupu kawen.konvoi 3 bijik keta.
balik petang, semua org tak larat..

Ahad, balik Kemunting.
Jalan biasa, Hiway, semua jem.
Kakak2 aku yg balik ke KL,
7-8 jam baru samapai.
Aku pulak hanya mengambil masa
45 minit utk sampai rumah.
Moralnya, jgn duduk KL.hahaha

Isnin, bgn pagi2, menuju ke Ipoh.
Di Hi Court.
sewaktu check list kes,
aku ternampak nama firm HSK di situ.
dan aku ditegur oleh Mr TooooT
(edited atas alasan keselamatan,
kpd sesiapa yg ada dgn aku waktu tu,
sila rahsiakan. buat2 mcm tak pernah berlaku.
terutama arin)

katanya, Meor pon ada.
Lepas abis matter, aku turun,
kes meor lambat lagi start.
lalu kami minum sambil berbual sedikit sebanyak.
kemudian di Join oleh Abai dan Arin.

Balik, aku ada penumpang, K.B dagu
yang dtg dgn bas dari KL menumpang
utk ke Taiping sbb dia ada kes esoknya.
Aku hantar dia ke Hotel.

Selasa, aku buat apa ntah...tau2 dah petang.haha

harini aku ke kuala jumpa developer.
lalu mengular jumpa kawan2 lama,
minum2 secukup rasa.
balik.

Petang ni aku janji nk minum2 dgn
Tuan Mejistret baru, Tuan Yaser
dan Zikri, junior UIA keja Benk muamalat.

InsyaAllah, kul 5 aku balik umah.hahaha.

Note:

Kanot kata nk tambah anak sorang lagi.
Kanot ajak aku tambah jugak.
Aku tanya bini aku (saja2)
Jawapannya mudah, "Tengkorak!" katanya.

Aku juga berjaya membayar PTPTN buat kali pertama.

Kpd suhel: aku sibuk, tak dan nak update.

Monday, February 04, 2008

Update gamba anak.

Ujung minggu
Balik Kampung
Tiba di Kampung
Aku terkejut.

Bumbung rumah berlubang2.
Apa terjadi?

ini sedikit gambar ujung minggu.



Pakcik Tukang dgn machonya
duduk atas bumbung tanpa rasa gentar.




Ini abg ipar aku tgh buat keja dia.




Ini gambar bini aku dgn anak.
dah lama aku tak update gamba ank aku.




Ank aku gembira dlm kereta sbb dia tau nak pi
Econsave.(mcm mak dia perangai)



Lepas syok main, dia ngantok lalu minum cucu.

Ini lah sebahagian ujung minggu.
dukacita dimaklumkan.
arini keta aku rosak.
mujurlah aku tak gi ipoh pagi tadi.
kes aku dah MOB kan pada ARin.