Pukul 8 malam adalah waktu berita.
Tapi aku lebih rela menonton ulangan
Amazing Race Asia yg 18 kali dh aku tgk..
Karena berita Tv sudah berubah menjadi rencana
kempen pilihanraya dan medan kutuk2 yg berat sebelah.
Kawan aku yang dah lama menyepi dr update blog
tiba2 aktif kembali dek karena Pilihanraya.
Tahun ni kali kedua lah aku mengundi.
tak payah bgitau la aku undi sapa,
sbb undi tu rahsia konon2 nya.
Masa aku mula masuk Universiti dulu aku buta politik.
Tapi aku ni jugak jenis suka2.
Lalu aku secara suka2 masuk satu persatuan.
Persatuan yang majoritinya
pakai tudung labuh dan lelaki pakai kopiah.
Pernah sekali, aku dijemput ke miting,
Aku seperti biasa pakai Jeans dan t-shirt itam.
semua dok usha2 karena depa pakai kopiah.
hahahah
Tapi lama kelamaan,
niat suka2 tu menjadi satu perjuangan..
Di situlah aku bertemu rakan dunia akhirat.
Di situ aku kenal Aseb, Kanot dan Kaie.
tak dilupa Pakdi, Joe, Pidin dan sebagainya.
Matjap pon ada.
teringat tahun 2004.
Masa tempoh kempen pilihanraya,
Aku, Kanot, Aseb, Kaie dan pidin
tidak berada di negeri sendiri.
Tapi kami berada di Pahang.
Kami saja nk merasa bahang.
Aku ,kanot dan Pidin dihantar ke kawasan bandar.
manakala aseb dan Kaie dihantar ke kawasan
yg tadak line tepon.
Tapi, aku, kanot dan pidin merasai nikmat
diburu "SB".
pernah kami terpaksa lompat keluar dari Tingkap.
Kanot pulak cukur misai dan janggut serta pakai cap
utk mengelak dikenali.(huduh)
Manakala aseb dan kaie, walopun tadak line tepon,
org kampung di sekeliling mmg baik hati.
meminjamkan sebuah motosikal serta menjemput makan malam.
Aku, kanot dan pidin pernah join sekali.
Suasana kampung yg aman.
pastu, kerana pemantauan "SB" yg byk.
YDP mengeluarkan arahan supaya kami
pulang ke negeri masing2.
Dari muazzam shah, kami menuju ke segamat.
Lepak kat umah aseb,
sebelum menuju ke KL.
dan kemudian aku menuju ke perak.
sejak tu, kami tak pernah kembali ke tempat tu.
Apa khabar gamaknya Pakcik2 yang baik hati kat sana...
Kanot pun dah jarang pakai kopiah.
Aseb pon dah tak pakai serban macam dulu,
mungkinkah idea liberal aku diserap mereka?
hahahaha.
Tapi, semua tu satu kenangan yg tak akan dilupakan.
**************************************************
YM.
abdulhasib82: kanot nak resign
empayar_terapung: tau, dia mintak contoh notis kat aku.
abdulhasib82:aku siap bagi dua lagi sample kat dia.
SMS
Kanot ("Traore" nama dlm fonbook): Aku dah tender, Power.
Kimi: hang tiru notis aseb, mesti ayat jambu.
Kanot: jambu dan sexy.hahahahaha.
end.
Next week aku sibuk.
No comments:
Post a Comment