Friday, May 25, 2007

kputusan.

Dalam hidup...banyak keputusan yang kita kena buat...
mcm kputusan PMR...SPM..
btol la...Kputusan SPM..kita jgk yg buat kputusan...
kputusan samada nak baca buku atau main2 saja..

antaranya....

Kalo kita rasa nak naik kreta g keja...
Tapi kalo naik bas jimat 4 ringgit...
Dalam poket hanya ada RM 10..Kputusannya...Naik la bas...
Mungkin Hasilnya..belen RM4 tu, bole buat beli Kuih.

Kalo kita rasa kita seseorang tu tak sesuai untuk jd gelfren kita..
Tapi kita jugak tau mau orang lain yg tak ketahuan hala jadi boipren dia...
kputusannya...tolong carikan Boipren yg lebih seswai utk dia, lebih tinggi, lebih bnyk duit, Ustat ker.. utk dia..
Mungkin Hasilnya..kita dapat kawen dgn Gelfren kita masa skolah..
dan diapun btunang dgn ustat tu.

Kalo kita rasa kawan kita (yang baru 2 minggu clash dgn gelfren)cuba becinta dgn org lain, sekadar nak isi kekosongan hati dan tak ikhlas.dan kita jgk dah bagi nasihat tapi dia berkeras.
Kputusannya..kita biar saja kwn kita tu bercinta dgn awek baru..kemudian kita tgk apa terjadi..Kutuk2 sikit..tgk dia ikhlas ker tidak..
Mungkin hasilnya, dia bole jadi lg kuat semangat (sbb hari2 kena kutuk)dan becinta mcm nak rak beberapa tahun sebelum kawen pada 2hb 6.

Kalo kita rasa duit kita beberapa RM dlm Bank akan habis dan takkan betambah kalo kita asyik cucuk jer..dan ada kawan yg bole tulung 'tarik' duit.
Keputusannya..Bagi jer la duit kat kawan tu untuk dia lipatgandakan..
mungkin hasilnya..duit yg belipatganda tu bole dijadikanduit pebelanjaan bini bsalin.

Kalo kita rasa tak nak keja hari sabtu tapi sabtu memang keja..bukannya ada kenaikan gaji, atau elaun perkhidmatan awam mcm kwn anda yg tarik duit td.
Kputusannya...Pegi klinik besalin, buat appoinment dgn doc utk bini anda setiap sabtu.
Mungkin hasilnya.. anda dapat alasan kukuh untk tidak ke tmpat kerja.HHAAA

Kalo ramai kawan2kita yang kawen pada bulan 6.
kita pulak rasa kena pegi semua.Tapi ada beberapa faktor penghalang..
keputusannya..kita gunakan alasan istri kita akan bersalin dlm jangka masa terdekat.
mungkin hasilnya..kita tak payah pegi semua.Hahahaha!

Kalo kita rasa kita terlalu byk masa kat opis.
kerja pulak ada seketul dua jer yg bole disiapkan sejam dua..
keputusan..Buat keja tu lambat2 supaya siap dl masa 3 hari.
mungkin Hasilnya..kita takkan jadi gila sebab dok main internet jer.

Thursday, May 24, 2007

HARGHH!!ini balasan kau?!!

Ahhh...

perasaan menyesal, kecewa, marah, Frust, letih.Semua bercampur baur...

kenapa harus berakhir mcm ni??!!!

selama ni elok jer?

aku rasa penat!

Rasa tak berbaloi!

sokongan aku yang tak berbelah bagi tidak terbalas!!

Usaha aku sia-sia saja!

aku sanggup bersengkang mata!

ini yang aku dapat??!!

cis!!!

sekarang, aku rasa mcm penat sgt!

ngantuk!!

stakat AC milan pun tak bole lawan?!!

penat jer usaha aku bangun kul 2 pagi tgk...

kalah 2-1 jer lak tu!!

TakPAAA!!! next year ada lagi!!

Tuesday, May 22, 2007

aderghh..

waktu malam...tgh siap2 nak masuk bilik...
Mak mentua bertanya...

satu soalan diajukan.
"kimi ada duit tak nak p keja esok?"
"kalau tak dak habaq la kat mak..."

Jawapan aku....
"Ermp ulpp...a..ada..ada..hehe"

sambungnya lagi..
"mak tak kisah..mak paham.bole tolong.."
"kalau tak dak habaq na.."

sambungku lagi..."hehe..ok ok..."

(walaupun dalam hati nak jer aku cakap...tak dak la mak..apa kata mak hulur seratus dua..haha)

Monday, May 21, 2007

.......................

Baki anda RM 2.16
Had Keluaran RM 0.00

adakah anda ingin meneruskan urusniaga?

Ya?<
Tidak?<

lagi mau tanya.....
hempok kang ATM ni....

Thursday, May 17, 2007

Wikipedia mmg best.

Source: Wikipedia, the free encyclopedia

Kerian is an administrative district in Perak, Malaysia.It is one of the main rice-growing area in the state. Its local government is Majlis Daerah Kerian orKerian District Council which is based at Parit Buntar.
The major town is Parit Buntar, which is located near the border of Penang and Kedah states. Other towns in Kerian are Bagan Serai, Kuala Kurau and Tanjung Piandang.The majority of the people here are Malays,with a sizeable population of Banjar people.

Banjar people, aku dan keluarga aku lah tu..tak sangka masuk dalam wikipedia jugak aku ni..

bini aku pulak, Mix melayu-kayan.
Wikipedia kata, kayan ialah:

Kayan is name of a tribe found in Borneo island. The Kayan people are categorized as a part of the Dayak people of Borneo.Being an indigenous tribe in central Borneo, Kayans are similar to their neighbors the Kenyah tribe with which they are grouped together under the Bahau ethnic group.
The population of the Kayan ethnic group may be some 27,000.They are part of a larger grouping of people referred to collectively as the Orang Ulu,or upriver people. Like some other Dayak people they are known for being fierce warriors,former headhunters, adept in dry-rice cultivation,and having extensive tattoos and stretched earlobes amongst both sexes.

WAH!, bini aku keturunan headhunter..dan dia cakap moyang dia memang telinga panjang...

Anak aku pulak nanti...

Aku (Melayu-Banjar) + Bini aku (Melayu-Kayan) = Anak aku....English..Btol?


(Note: thankz utk Nur, Fiddeen, Ayong, dan Elizabeth yg wish birthday... :)..

Wednesday, May 16, 2007

Yellow

Semalam
15 Mei 2007....

Sudah genap 25 tahun aku hidup...

Orang pertama yg wish hepi besday...
Sapa lagi kalo bukan bini sendri...

Kedua, JOE!..(razwan, anak murid adobe photoshop)

Ketiga, Kairuel, (tulis kat tag board)

Keempat AM (Sahabat baik yang comel)

dan yang terakhir setakat sekarang
Suhel (orang yang selalu aku susahkan..)

usia dah makin tua..makin kurang orang wish hepi besday..

Semalam, balik keja, aku tanya bini,
"takder present ker?"

Ada, jwbnya..
Tu, bubur nasik tu, kira hadiah la,
sambil gelak....

Maka, aku pun makan la bubur nasik berlaukkan ikan kering..
kicap sikit, bersama sirap..
jadila..

(p/s: umur baru 25, dah tak bole makan nasik selalu...
kena kurangkn karbohidrat, kalo hari2 makan nasik..
nanti kena masukkan "peluru" kat P***k*r...)

Monday, May 14, 2007

life of a mediocre

Dalam membaca entry terbaru Suhail yang menyentuh prasaan,
terdetik sejenak dalam fikiran..
Aku mungkin antara insan yang bernasib baik..

Walopun sebelum ni,
aku kadang2 mengeluh tentang kadar pendapatan aku..
Tapi, bila difikirkan, mungkin berpadanan dgn kerja yg aku buat.
(main internet sampai nak gila)
Bukan aku takder peluang untuk dapat tempat yg lg elok.
Aku sendiri yng amek kputusan tak jadi ke HSK semula.

Aku jgk boleh dikira sgt bernasib naik.
Aku pun dulu kat KL menumpang rumah orang.
Tapi aku bayar sewa.
Walopun hari2 kena keji dan hina,
Tapi aku pun boleh balas balik kejian dan hinaan tersebut.
Biasalah kalau serumah dengan ~Baraq~ dan ~syukur~.Aporn lagi.

Sekarang pun, aku masih menumpang, umah mak mentua.
Tiada tanda2 nak halau aku,
Malah menyerahkan tempat parking utama kepada aku.
Malah lebih byk minyak itam keta aku melelah.
Bapak mentua pun selalu tunggu aku untuk makn malam sama2.
(sbb nk sembang, adik2 ipar aku tak mau sembang dgn dia :p)
Tp sampai bila nak menumpang jer ek..

Kalo teringin mkn masakan mak aku,
suruh bini kemas beg, masukkan baju selai dua,
stat keta, balik umah mak.

Dan, aku jugak dah kawen.
apa2 masalah, bole kongsi dgn bini...

BOS!(cik Dzaff) pernah cakap kat aku,
Untuk dapat sesuatu, kau kena willing to Sacrifice something.
Lantas, aku memilih untuk berada dekat dgn mak aku
dan sacrifice kerjaya di KL..
Sbb, kerjaya bila2 bole cari lagi..
Kasih Sayang mak cuma boleh dinikmati sementara dia/kita masih ada.

hmmm..hidup aku, not bad after all...

Friday, May 11, 2007

drama tiwi

Tengok tiwi.

aku selalunya tidak gemar cerita melayu.
sejak kecik lagi aku suka cite omputih.
Dan aku jugak sangat2 gemar citer Superhero.
tak kisah hero camner,dari superman, ke mask rider Faiz.
aku layan.

Tapi sejak duduk umah mak mentua ni,
aku layan jer aper yg adik2 ipar aku tgk.

semalam, aku tgk citer susuk.
sebelum2 ni, tgk jugak, tapi aku tgk gitu2 jer.
Sebab aku sangka citer susuk ni,
mcm citer2 seram TV3 yang lain,
rupanya tidak..

Aku dapati, semalam, aku agak gemar citer susuk ni
sebab dia mcm citer superhero.ader quest,
dan dlm nk memenuhi quest dia,jumpa mcm2 dan dia tlg orang.
mcm ghost rider yg dpt kuasa dari Devil dan gunakan kuasa
tu utk tlg orang.

dlm susuk,dlm quest dia utk cari anak dia ngan Bomoh,
dia jumpa orang2 yg ada kaitan dgn bomoh tu,
dan tolong orang yg dianiaya oleh orang yg ada kaitan dgn bomoh tu.

mcm semalam, dia keja jd org gaji.
bini muda bos dia pakai susuk,
pastu dera bini tua dan kurung,serta buat jadi pelaris.
Sbb dia jugak pakai susuk, dia tau pantang susuk,
Jadi dia bagi bini muda bos dia minum air tebu hitam.
kalah la bini muda bos.

lepas bini tua dah dilepaskan,
dia pun meneruskan quest utk cari anak dia.
ha...kan mcm citer superhero.
atau..mungkin aku suka tgk sebab Dynaz yg jadi heroin.hehe.

Wednesday, May 09, 2007

Beradab

sedang duduk2.
dihampiri seorang officer bank.

Dengan adab seorang Muslim "semelekom" katanya.
"Wslm" kataku.

Amcam tuan?dia bertanya.
"ok" jawabku.

"Bila nak sign beli ASB ni?"dia bertanya lagi.
"rileks a...tak beduit skarang ni.."jwbku.

"Bohong la loyer tak beduit"
aku senyum jer..

sambungnya lagi,"ala,brapa sen sgt la nak byr bulan2
jika nak dibandingkan gaji loyer"

Sambil bung bang bung bang, sempat jugak dia kata..
"Jangan kedekut sangat, duit banyak, simpan buat aper..baik mlabur ASB..

(dalam hati mula mendidih, bila masa gaji aku byk?bila masa aku bediut?)

Lantas, dengan penuh adab ketimuran,
aku senyum kepadanya...
sambil mengangkat jari tengah.
aku berkata dengan sopan..
F**K Y**.

Tuesday, May 08, 2007

Bertiga lebih Bayik

Menerima SMS dari sahabat sepermainan di UIA.
(sepermainan sebab kejer kitorang main game jer)

SMS bertulis:-

"Alhamdulillah puteri kami Samihah Humaira selamat
dilahirkan pada 2.17pm tadi di hospital P****
di kala Man United dinobatkan sebagai Juara"

walopun dia menyebut tentang kejuaraan Man U,
tapi, aku tetap tumpang gembira,
gembira sebab kawan aku dah jadi abah/abuya/pak.

kalo diingat zaman UIA dulu,
dengan perangai ntah hapa2, macam2 lagi la yg huduh2,
tak sangka dia akan jadi bapak dlm masa terdekat ni.

Apa2 pun, Tahniah buat sahabatku
Noorazmir Zakaria dan Huda Abdullah
BERDUA LEBIH BAYIK...APATAH LAGI BILA DAH BERTIGA...AMEEN>

p/s: aku tau bini aku nak tanya apa nanti,
berat dia brapa a?
aku tau nak jawab apa,
"ntahla, mungkin 1% dari berat bapak dia".

Monday, May 07, 2007

KAWAN KAWEN

aku dapat beberapa jemputan kawen.
Majoritinya bulan Jun
Majoritinya jugak 2hb Jun.

jika kelapangan, aku pegi,
jika tidak, aku kirim doa buat kawan2 yang kawen.

Antara kawan2 yang nak kawen, termasuklah Aseb dgn asne!,
Dikabarkan Kaie akan jadi pengapit.
adakah mitos2 yang mengatakan pengapit akan lambat kawen tu benar?
sikitpun tidak menggentarkan kaie nampaknya.

Aku ingat nak ke sana bersama Kanot,
Tadi dia kata Bini dia dah masuk bilik bersalin,
tengah berdebar katanya..
Semoga selamat dan berjalan lancar.
Jadi, tiada lagi keputusan jd ke nak ke segamat.
Lagipun, bini aku pun tgh sarat..
Tunggu masa jer...

Buat kawan2 yang nak kawen.
Selamat Pengantin baru!
Semoga Bahagia Dunia Akhirat.

Kepada yang jadi pengapit,
Banyak2 berdoa dan bersabar. hahaha...

Friday, May 04, 2007

NoTice

Dimaklumkan,
sekiranya kawan2 menghantar Sistem Pesanan Ringkas ("SMS")
kepada Telefon saya dan saya tidak menjawab,
Anggaplah apa yang dihantar tersebut telah diterima dgn selamat.

DAN, dimaklumkan juga bahawasanya saya tidak akan dapat
menghantar SMS kepada rakan2 buat sementara waktu.
Kepada rakan2 yang telah menerima SMS saya yang terdahulu seperti
memohon pertolongan untuk mencari apa2 salinan "Soft Copy"
dokumen2, harap dapat membantu secepat mungkin walaupun saya tidak menghantar
SMS susulan.

Ini adalah berpunca dari ketiadaan Kredit di dalam akaun telefon
saya dan isteri saya sejak beberapa hari lalu. Keadaan ini mungkin akan berterusan untuk satu jangka masa yang masih belum ditetapkan.

Kerjasama pihak tuan amat dihargai.

Thursday, May 03, 2007

Rezeki masing2

Dulu, aku terkasima bila aseb bagitau
bila abes je tarikh chembring dia,
gaji dia naik jadi 19++,

Skarang, aku lebih terkasima bila Kanot pulak
bagitau bila dia abes tarikh chembring,
gaji dia dah jadi RM2000.

Tanpa perlu Longkol untuk naik gaji.

Kalo aseb, aku tak brapa heran, sebab firm dia besaq,
Tapi firm kanot, loyer 3 4 orang jer.

Sebabnya, ada firm yang aku tau,
lepas longkol pun masih gaji mcm chembring.
Ada jugak firm, yang dah lama longkol,
gaji lagi sikit dari chembring.(agak2 firm mana tu?)


Apa-apa pun, rezeki masing2...
Kepada Kanot, aku cuma nak cakap..

23 MEI 2007!!
LIVERPOOL vs AC MILAN!!!!
hahaha..Man u tak layak main champions cup.
Kelab hebat2 jer yang layak!!!!!