Tuesday, July 31, 2007

Will you need a blue sky holiday?yes, tapi dimana ya?(tiru entry AM)


Awan mendung tapi tak hujan2.

Opis sejuk sampai aku selang stengah jam pi jamban

Not enough rest from tgk tiwi sampai pagi.

Lapar sebab tak makan tengahari lagi,
bukan puasa, tapi takder duit..

Kerja yang "sukar" dan "urgent".
(takder keja, dok melangut)

Clients yang takder, takde client, takder la fees.

Aku tak der la approaching "time of the month",
tapi bini aku ada la. Smalam baru aku belikan Pad.

Wahai waktu kejaku yang muram,
pergilah, nanti kau akan menyesal.

Note: Baca entry AM dulu

Friday, July 27, 2007

Madley 2

" HARI KULAAN BATAHAGAAN II"
Anjuran PBM Bandar Baru Bangi



Bertempat di Stesyen Penyelidikan Sains Marin (Bt.7 Teluk Kemang)
Universiti Putra Malaysia
Port Dickson, Negeri Sembilan
(Pada hari Sabtu 28 hb. dan Ahad 29 hb Julai 2007 )
Warga KULAAN/Bukan Kulaan yang berminat dipersilakan hadir saparanakan (sekeluarga)


***************************************************
wah.. lama tak apdate.

Semalam, pulang ke rumah dlm keadaan tergesa2..
Cina Astro nak dtg pasang dekoder..
dalam dok laju bawak..
Tetiba aku nampak treler tayar 12 selang sebijik
dpn aku mmbrek dan mengelak sesuatu.
Keta depan aku pun begitu.
aku tak nampak apa lagi,bila keta depan dah lepas,
aku pun terpaksa brek dan mengelak.
AYAM SAPA NI!! macho ja dok atas jalan.

Bagus jugak drebar treler tayar 12 tu..
selalunya, kalo treler, stakat ayam, main gilis jer.

Lepas kejadian tu, aku teringat..
Aku pernah mengelak anak kucing kat jalan kuching.
dalam kelajuan 110 KM/J..
waktu malam, tgh syok laju,
bila kau brek dan elak,
keta jadi melayang mcm tokyo drift.
tengiang2 lagi bunyi tayar...
Tapi, Alhamdulillah..aku berjaya mengawal balik keta.
nasib baik jugak, mlm tu aku bawak keta wira Mituid,
bukan kenderaan rasmi kami
iaitu Iswara merah plat WFC.

lepas aku berjaya kawal balik keta.
sebelah aku, kaie dgn muka pucat dan gigil berkata.

"lain kali, kau langgar jer."

aku jawab, "anak kucing tooo"

dia sambung,"untuk maslahah umum, langgar jer"
dia masih pucat.

aku gelak.

Kaie mmg selalu ada bila kejadian gila masa aku bwk keta.
Pernah sekali, aku tak sempat nak mengurangkan kelajuan
bila polis buat sekatan jalan kat Haiway.
aku langgar sekatan jalan tu.Polis trafik semua menjerit2 woi!!!

Kaie pucat jgk.Kano pun ada masa tu.

masa aku bwk eta mengundur dlm uia pun, kaie yang jadi mangsa.

op, tutup cita lama.

semalam,
sampai area taiping.
ujan lebat gila.
sampai umah, aku tanya bini,
cina Astro da dtg?
dah jawabnya, tapi baru dia bukak kotak dekoder,
Brum..ujan lebat.esok la katanya.
ceh, igtkn da bole layan Astro mlm ni.

pastu aku tanya lagi kt bini aku.
Camna gi klinik td?
berapa berat Hanany?

"Ok jer.berat 4.3 KG.Nurse kata berat dia naik cantek.
tapi lepas cucuk dia melalak tak nak duduk.
sampai sekarang" jawab bini aku dgn muka penat..

InsyaAllah, minggudpn, aku upload gamba baru Hanany yg Gumuk.

Monday, July 23, 2007

APA!?? Sabtu KEJA?!! PAK LAH PUN CUTI HARI SABTU!!

Saturday...
not a good day to work...

Gomen dah cuti sabtu ahad...

apsal firm ni keja?!!!

berbual dgn LA Taiping HQ..

Aku bertanya..Staff ramai2 ni,
tak kisah ke keja Sabtu?
tak komplen?

Jawabnya...
Depa sini semua yg jenis ada problem kat rumah..
depa lagi suka duduk opis..
dari serabut kat rumah..
baik depa mai opis..
bole ngumpat2.gosip2.

Abistu? kita yang suka duduk rumah ni?

nak wat camna...ikut je la..

Bosan a hari sabtu ni...

lantas aku melakukan perkara yg
selalu aku buat sejak tahun 2001....
perkara yg selalu membuatkan
aku tak pegi terawikh...

kata orang..benda ni berantoooo.....

Wednesday, July 18, 2007

cooking it

Diberi pilihan

Antara menjaga Anak
dengan memasak lauk untuk makan malam.

Aku lebih rela memasak..
bukan malas jaga anak...
tapi, biar la anak selalu mendapat belaian ibu..

namun, aku tak kisah..
sbb utk aku, memasak adalah satu opsyen.

ada kawan aku..
memasak bukanlah satu opsyen..
malah, mandatori.. hehe..

tapi, sekali sekala masak..memang best.

kalo hari2...tanya kawan aku tu..heh

Monday, July 16, 2007

malu tapi mahu.

Alhamdulillah.
Aku selamat pindah umah...

dapat la bini aku tenang sikit jaga anak..

masa g beli barang letrik sabtu lepas..
(aku rasa amat dimalukan oleh bapak mertua aku
dengan tindakannya sesudah kami memilih barang..)

hajat aku, cuma nak beli yang perlu2
dalam kos yang rendah..
Dan hajat untuk berutang dengan Court maut.
tapi, mentua aku membantah sekeras2nya.
katanya, kot maut, harga jd 3x ganda.
beli cash katanya.


aku mengajak bini dan bapak mertua utk ke kedai
letrik yg sesuai..

aku menyatakan ingin membeli peti ais
dan mesin basuh dulu..(jenama koman)
itu yang paling perlu..(dalam bajet)

tapi, bila bapak mertua ikut,
dia jenis tak puas ati kalo barang jenama koman..

memilih mesin basuh.
aku nak beli jenama UPsON..RM 2++ saja.
Bapak mertua aku mengarahkan supaya amek
yg brended..lalu dia mengesyorkan PENSONIC..RM 380
(lari bajet)

memilih peti ais.Aku nak beli yg kecit2.
tapi, bapak mertua aku menyuruh aku
membeli PANASONIC..RM 7++..
(lari Bajet.)

Selesai itu,
aku ingat settle.
rupanya TV pun penting katanya..
Aku dan bini tengok2 kat jenama hanabishi..
nakamura, siti nurhaliza..

tapi bapak mertua aku mengarahkan
aku memilih antara LG flat screen 21'
dengan Panasonic.
Tanpa membantah,
bini aku pilih LG flat screen..hampir RM 5++
(bajet dah jauh meninggalkan kami,
bukan lari, dia naik bas)

ingat dah setel.tak jugak..!
bapak mertua kata,
nanti kimi boring, baik amek DVD player.
Hapa?? aku amek yg paling murah.
jenama SINA. RM 120.
bajet dah tak kelihatan)

Selesai semua.
kira..dekat2 RM 2ribu..
(aku dah nak pensan..)
tapi, bapak mertua aku g ke kaunter bayaran..
Dia bayar.cash.
(aku sangat2 rasa malu...Tapi mahu)
HAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!!!

pastu dia kata. Kabinet jer aku beli sediri.

Petang, aku dan bini g memilih kabinet dapur..
sebab bajet datang semula kepada kami,
dengan gembira bini aku memilih kabinet dapur yg paling
dia suka..
dekat2 RM 3rat jgk kabinet rupanya.

ada lagi bajet.
kami sama2 memilih kabinet TV..

pastu, beli jugak Ampaian yg lipat2 tu,
yg paling besar.

ada lagi belen duit ni.
Hari ahad, kami memborong barang dapur...
kicap, sos cili, sabun, semua amek yg besar.
dan belen duit, buat aku bayar deposit 2bulan
dekat tuan umah.

Bini aku nampak gembira...
walopun nampak penat.

kemas umah pun tak abes lagi..
petang karang sambung...

Aku kagum dengan DVD playerbaru ni.
bole baca tamdraiv.ada usb port.
mcm komputer.bole main MP3,MP4, JPEG,PJK, AMN.

turun tepen, dtg a umah.

*************************************************

baca metro arini,
kat bahagian sukan..lucu.
hilang sikit penat...

antaranya...sms dari peminat..

1) Dengan negara asia pun kena 5 gol,
Nasib abik MU tak datang,
Kalo tak, mungkin 20 gol. REES

2) Pemain negara tidak serasi sesama sendiri.
rasanya, ambil saja skuad negeri Perak
jadi wakil negara, mungkin ada baiknya.GMARTTHEMASTER

3) Kapten Malaysia sepatutnya Shahrul Azhar(Perak)
Yang ada strategi dan peningkatan.KAEDE

4) Raja Ahmad melenting sbb prof Khoo
kata malaysia main mcm robot.
Ok la tu kerana Transformers pun robot juga!
Nasib baik tak kata Keldai atau lembu.REZA

5) Kepada Raja Ahmad zainudin,
kali ini orag tak panggil pemain Malaysia Robot.
tapi transformers,
Kejap jadi kuda kepang,
kejap tukar jadi tunggul kayu.The kop

Thursday, July 12, 2007

"Maut"

Nak pindah umah..

bajet sangat2 terhad..
ada 2 3 barang yg perlu tak beli lagi..

sebuah mesin basuh.
sebuah peti ais
dan sebuah kabinet dapor gas..

kira2, mencecah ribuan ringgit..

aku terjumpa sekeping flyers

di situ, tertulis satu 'lubang' utk aku
keluar dari masalah kewangan.

tapi, aku dah selalu dengar cerita tentang ni.
dalam paper, cakap2 orang,
interest, memang tinggi.
kadang2, tak mampu nak bayar interest je.
memang mencari "maut" kalau terpedaya.

kalo tak dapat bayar, tentu akan diburu "maut"

Dekat flyers tu pon dah sah tertera perkataan "maut"

tapi, aku takder pilihan lain..
takkan nak biar bini aku basuh baju guna tangan..
takkan nak beli lauk hari2,
kena la bli bahan mentah simpan dlm peti ais..

aku dah fikir masak2..
akan pergi ke tempat ditunjukkan dalam flyers tu..

tempat yang dinamakan.."Court Maut"

Tuesday, July 10, 2007

(takder tajuk sebab ntah la,
tak bole nak taip kat ruang tajuk tu)

ahad malam isnin,
Anak aku melalak..

tamau tdo.
mcm2 usaha bini aku buat.

susu..tamau
tepuk2..tamau
tukar lampin...tamau. eh.. mau..tapi dia melalak jugak..

badan dia rasa macam panas.

bini aku dah habis ikhtiar.
hampir2 dia pun nk join melalak..

aku pun habis ikhtiar..
hampir2 tetido. :p

bukan apa..
takot dia demam..
takot ada antoo....

jadi, aku pun beli thermometer yg lekat kat dahi tu.

sehingga malam tadi,
aku dgn bini ada hobi baru.

letak termometer kat dahi anak.
check suhu.
selang stengah jam.. :p

bila dah abis check anak..
kami check suhu masing2.

Friday, July 06, 2007

kena halau kah?

Helo, salamelekum..
Kak lang ke ni?

yeah!! kak lang ni.
Sape ni?
Ape hal?

Saya nak sewa umah no 8 tu.

Ohoh...boleh! dah tgk umah tu?

dah..berkenan..

bila agak2 nak masuk?

tgh bulan ni boleh?

mmmmbolehhh...

kira camna ni? deposit?

sebulan 250..bole?
deposit 2 bulan..

boleh..murah btol tu..

ok.nanti kak lang tepom lain.bye!!

************************************

InsyaAllah...dapat la duduk umah sewa sendiri..
Bukan kena halau dgn mak mentua..
tapi cuma ingin belajar idup lebih berdikari..

bajet sendiri..
bil air, api..
makan..
astro..EH?(wajib=EPL+Torres is a RED!!)

selama ni, bagi sikit je kt mak mentua..
dan guna,makan semahu mungkin.

isteri aku pun, nak merasa tenang sikit.
senang jaga anak..
jauh dari bunyi bising adik2 dia..
yg memang juara2 semua..haha.

insyaAllah..
tgh bulan..aku akan menghuni umah no8 (gerrard)

bertanya kepada isteri.
adakah dia akan merindui ibu bapa serta adik2nya?
yelah, bila dah pindah,tentu akan terpisah..

bini aku menjawab,"Ceh! rindu apanya."



note: umah mak mentua aku no 1.
umah sewa tu no 8.
taman yang sama,
haha
dipisahkan oleh beberapa bijik umah.
agak2 malas masak.Jalan kaki, g umah mak.

Thursday, July 05, 2007

dosa kering

Dalam 2-3 hari ni
aku jumpa ramai kawan2..

Aku senyap 2-3 hari ni,
sebab aku kerja di Taiping semalam,
keja pun agak banyak sikit..

jumpa kawan2 di taiping,
tanpa disedari..
kami melakukan dosa kering.

jgn salah paham..
biasa la..
jumpa kengkawan dari firm lain.
keluarla cerita orang2 di opis masing2..

bila dah puas mengata,
pulang ke rumah, terasa insaf la pulak..

mungkin kita tak sedar..
kita dah buat dosa dgn orang..
pernah tak kita terfikir utk minyak maaf..

contohnya..:
saya mintak maaf sebab kutuk *** ***.
bukan saja kutuk, saya hina, keji, dan sebagainya.
sori ek..0-0.

ataupun,
"mr irritating, saya mintak maaf sebab kutuk2 mr dalam blog.."
haaaa.

kalo orang tu maafkan..baru ilang dosa2 kita kan..

dan kita jugak, jgn lupa utk memaafkan orang
lain yg pernah buat salah kecik kat kita.

aku ada kenal sorang tu.aku rasa dia adalah
orang yang tak berdosa langsung setakat ni..

dan aku jugak kenal sorang yang tak
pernah berdosa kepada suami dia.

tak caya?

orang petama ialah anak aku, Hanany..
umor baru sebulan lebih..manada dosa..

org kedua..
isteri aku..
sebab, pagi2..
sebelum g kerja..
aku akan maafkan segala-galanya...

Monday, July 02, 2007

Allah memberi apa yg kita perlu

Allah memberi apa yang kita perlukan..
bukan apa yang kita hendak..

tapi, kalau apa yang kita hendak,
bersamaan dengan apa yang kita perlukan,
Allah akan beri apa yang kita hendak itu..

Mungkin aku cuma perlukan gaji yang kecil.
Mungkin aku cuma perlukan sebuah telefon bimbit monofonik.
Mungkin aku cuma perlukan sebuah kereta berusia 23 tahun.

setakat ini,
gaji aku cukup makan anak bini,Alhamdulillah.

setakat ini, telefon monofonik,
telah berjasa selama 4 tahun, Alhamdulillah

setakat ini, kereta berusia 23tahun,
tidak pernah mengecewakan aku, Alhamdulillah.

mungkin itu sebabnya, gaji aku tidak tinggi,
mungkin itu sebabnya cita2 utk memiliki
k750i belum tercapai,
mungkin itu sebabnya aku tidak mendapat hadiah
kereta baru dengan no pendaftaran cantik
pada hari Long Kol aku.

Aku juga sgt bersyukur,
Ada perkara yang aku hendak,
bertepatan dengan apa yg aku perlukan...
dan itulah yg aku dapat..

Kegilaan aku kepada perempuan kidal
menjadi kenyataan.
Keinginan aku utk memiliki isteri yg baik,
menjadi kenyataan,
keinginan aku utk memiliki zuriat,
menjadi kenyataan.

Alhamdulillah...

jadi tak perlulah aku mejerit2 memberi tahu
kepada orang2 kampung di kuala kangsar ini
bahawa IQ aku 110.