Monday, February 12, 2007

Seperti seorang suami.

Aku rasa seperti seorang suami yang sebenar....

Apabila:

Dapat gaji, yang aku fikir adalah untuk duit belanja bini,
belanja klinik untuk check baby dalam perut..

Aku dah tak terfikir utk beli Henpon K750i atau repair Komputer aku.

dan yang paling penting sekali,
Aku rasa seperti seorang suami yang sebenar bila perut aku dah termasuk dalam perut laki orang..
Jeling jari kaki pun dah tak nampak..
Pakai seluar pun dah tak bole nak kancing butang...
Tunduk untuk pakai stokin, amat menyeksakan..

haduh..kena eksesais gamaknye..

Thursday, February 08, 2007

one of "those" days..

Bangun pagi..
Antar wife g keje..
Terus ke tempat kejee..

Berenti isi minyak..
Keluar keta..Tutup pintu..
Lepas isi minyak.
Nak masuk keta..pintu tak bole bukak..
Rupanya tekunci..kunci tinggal dalam..

Tanya etendan.. ada dawai?
takde le..sini ape pun tak der..
nasib baik erial keta dibuat sendiri dari dawai..guna la.
dalam dok korek2..
keta banyak beratur kat blakang.
korang buta ke?aku tengah nk bukak pintu ni.

Akhirnya, setelah naik kematu jari, tebukak jugak.
aku masuk dalam keta.
etendan tanya..
Dah Tebukak?
Belum lagi,tak nampak ke saya kat atas bumbung keta ni.

terus jalan.sampai tempat keje.
ingat nak layan internet jap, rilekskan jiwa.
Bukak2 Pc, mcm2 Command keluar.
Aku try selama setengah jam untuk idupkan.
Berjaya,tapi safe mode.

tetiba client datang..
halamak.dokumen dalam PC ni lagi.safe mode, bukan bole buat apa.
kena taip lain..haduh..

pastu, datang sorang pakcik.
Nak mintak advise katanya..
ingatkan pasal housing loan, rupanya..
dia ada orang tepon, kata dia menang hadiah.
Dia g penang, orang tu kata, kalo nak dapat hadiah, kena bayar RM.7,500
Dia bayar,dapat la kerusi urut.pastu, diapun bwk balik la kerusi urut tu.
katanya harga RM 15,000.00. Pakcik tu pcaya.
Aku bukak majalah, tunjuk kt pakcik tu, harga dia tak sampai pun 7 ribu pakcik.

dia ckp lagi, baru2 ni deorang ada tepon lagi,kata dapat harrier.
tapi kena bayar RM 15,000.00.
"bole pcaya ke encik?" dia tanya.
aku cakap, tak payah la pakcik..tipu je semua ni..
pkcik tu ckp lagi.tapikan dia siap ada bagi no ic ni, klo kena tipu,report polis.
PI BALIK LA PAKCIK!! RM 15,000 simpan la buat p mekah!dah tua2 camni nak bawk Harrier buat pa.
PI BAlik!! banyk lagi keja saya!

Petang, PC diangkut oleh juruteknik.
bosan!!

balik.cuaca panas.
nasib baik disambut oleh bini.
"Abg nak ABC?"
tanpa berlengah, aku makan ABC tu.
sejuk sket..

hari yang tak erapa best..
tapi,ada bini, jadi best.
untuk kawan2 yang belum kawen.sila kawen.

lihatlah aku dan kanot. makin hari makin sehat.

Tuesday, February 06, 2007

TUMBUK KANG!!

Loya: ya en K******n? Apa hal?
EK: apa mcm saya punya loan bulum kluar?
Loya: sekarang dokumen ada dekat bank..nanti bank bagi balik,
baru la kami akan register gadaian..dan advise release.
EK: Tapi saya sudah sain itu hari.
Loya: memang la u suda sain.tapi itu kena bank check dulu, bawak pegi stamping, register..baru la kita advise release..
EK: apa pasal banyak lama? saya mau pakai duit sekarang la.
Loya: kan saya dah cerita masa nak sain dulu..bukan bila sain terus dapat duit..
EK: tak bole dapat ini hari ka? kasi cepat la.saya sudah sain lama oo.
Loya: tunggu la bank antar balik dokumen..
EK: u tak ole tolong kasicepat ka? ini hari.
Loya: encik..ini prosedur..kalau bank belum pulang dokumen..kena tunggu la.
EK: apa la, dulu a, saya punya kawan a, cepat saja dia dapat..
LOYA: MAMPUIH PI KAT KAWAN HANG LA!!! HANG NAK DUIT CEPAT! PI PINJAM KAT ALONG!!!
ORANG CERITA DULU,KATA PAHAM! TAPI LA NI TAK PAHAM..DASAR K****G!! TUMBUK KANG!

Friday, February 02, 2007

My babygirl

Rabu..balik dari keja..
aku mandi2,solat maghrib,
dan terus ke Medical Centre...
Appointment dgn Doc.

Mcm biasa, doc pun scan..
Baby gerak2..
Doc kata Everything Fine.
Wife ok, bla2..baby ok bla2..

pastu aku tanya..can we see the gender?
aa..see this a,she a girl.
Pelempuan a..mau lagi konfirm, next month..
Tapi, i'm sure..Pelempuan..tengok ini..
dia pun tunjukkan that "thing".hehe.

aku terkasima..bini aku memang sengih je dari tadi.
aku pun cakap tq doc.dan balik.
bayar bil.aduh..sakit kpala..
pastu,dah dalam keta, baru ingat.tak print out gambar..
excited nak tau jantina, gambaq tak print la pulak.

Khamis, aku g the store..
niat nak jalan2 je..
g kat baby punya section.
survey harge.
Haduh..pening kpala..

baju saiz tapak tangan aku je dah dekat2 RM30.baju aku pun RM 8 je.
tengok pulak katil baby.RM 300.nak dekat sama queen size bed.
Bini aku, semua dia belek.
itu cantek, ini comel..sinun kiut..

aku decie, better utk aku beli sikit2 dari beli segedebuk..
aku amek satu set,
baju tangan panjang, pink.
seluar panjang,pink.
sarung tangan,pink,
stokin,pink.
next week, ingat nak beli selimut pulak..

walopun tak mampu lg beli byk,
Alhamdulillah, stakat skang, bole la sikit2..
bukan utkorg lain..
untuk my baby girl.

Wednesday, January 31, 2007

Kalau dah tera

KUYT!! 1-0


CROUCH!! 2-0


aku tak dapat tengo bola semalam sebab tayangan pukul 3.40 pagi.
aku cari2 dalam intenet..ada rupanya.hahahabest!!

Kanot!!lihatlah liverpul power!!

Tuesday, January 30, 2007

ada sapa tau?

Last Saturday..

tayar keta pancit..
Aku pun bukak tayar..
Tangan aku berlumuran dengan minyak..
Tapi aku rasa mcm tenang..

lepas pasang tayar spare
Aku ke kedai tayar untuk beli tayar baru..
aku rasa seronok brada kat kedai tayar.

Tayar baru siap..tokey kedai tanya..
Mau pasang ka?
aku cakap takpa, nanti wa pasang sedri..

on the way balik.keta rasa macam senget..
sebab tayar spare tu tayar baru jugak..
tiga lagi, tayar lama..
tayar baru tadi,tak pasang lagi..

Sesampai kat umah mak aku,
aku decide nak letak dua tayar baru kat blakang..
dua tayar lama kat depan..
tayar paling buruk..takde bunga..aku buat tayar spare.
sayang nk letak tayar baru kt depan..nanti cpt haus..

aku memulakan kerja...
skali lagi aku berlumuran minyak..
tapi..aku rasa cukup suka dan tenang..

Perasaan ceni jugak aku rasa bila aku repair motor dulu tu.(entry 23/12/2005)

aku rasa cukup release bila buat kerja mekanik.
Lalu aku teruskan dengan membetulkan lubang Aircond,
Bukak karpet keta..isi minyak injin..

Mungkin sebab dari kecik lagi..
aku selalu ikut dan tengok abang aku repair Motor,Kereta,dan Backhoe..
Dia memang mekanik la...
aku jadi minat buat benda tu..
Sampai sekarang pun,kalo dia repair keta ke,motor ke,aku mesti tengok
sampai siap..

Adakah aku cuma berminat dengan kerja mekanik sebab aku dah tengok sejak kecik?
adakah aku boleh jadikan kerja ni sebagai hobi?
atau adakah aku lebih berminat jadi mekanik daripada jadi seorang lawyer?


halamak....macamana nak isi 'deed of assignment' ni..?
sapa assignor?
sapa assignee?
sapa costumer?
sapa vendor?
siap ada endorsement of third party.sapa tu?

ada sapa tau?

Monday, January 29, 2007

Tapi...

Long Call aku takde la best mana.
Thanks to puan Hendon.
Haha.

Tapi yang best.
AM,kano,Suhel,Suria,A.man,Kuzaimi,PakKet,Kak Ziana ada datang..
Selain, Bos datang untuk 'robe'kan aku.

Tak best jugak.
Aku tak dapat bawak mak dan wife aku datang..

tapi best pulak,
bila ada makan2(kenduri)..dapat hadiah besar dari warga HSK.
Dapat hadiah kecik dari Kak tini..
Dan hadiah yang agak mahal dari bos.

Tapi tak best,
bila aku tepaksa usung hadiah besar dan beg berat
menuju ke Puduraya.Bepeluh2.

Pastu best, bila aku sampai tepen, bini aku jemput..
dan kitorang makan ramai2 satu family(bapak&mak mentua serta adik2 ipar)
kat satu restoran apa ntah..ada karaoke..
terhibur tengok orang "menyumbang"kan lagu..


tapi tak best..bila dah lewat malam..kena tido..esoknya keje..
Sabtu pun keje ke..

Tapi..

Thursday, January 18, 2007

BERAK!!! haha

Bini aku tanya.
Nape lambat jwb fon?Sibuk ek?
aku jawab, tak la, gi toilet buang air besar.
Dia kata:
Bagusla.orang kata, kalo buang air kt toilet tempat keje,
maknanya kita seswai kat tempat tu.

aku gelak..
Hahaha.
Aku keje kat TMnet dulu,tiap2 pagi aku buang air kt situ.
Tapi tak rasa seswai pun aku keja situ.

aku kat Hanipah & associate, tiap2 pagi jugak.
2minggu je aku kt situ.
Seswai ke?

Tapi, untuk HSK, mungkin, sebab kadang2 sehari 2 kali.
Tapi tu tanda seswai ke?

bila pikir2, aku pegi Court KL, aku buang air kt toilet dia.
Court Shah Alam pun sama.
G bankrupcy pun.kadang2 kat stesen LRT pun aku buang jugak..

aku buat kongklusi.kalo udah memang antara pukul 9-10 pagi tu,
waktu untuk aku buang air, kat mana2 pun aku rasa nak buang air jugak.
Tak semestinya tanda seswai..

Teringat kat HSK, bila Am tanya, "kau nak gi mana?"
aku jawab. BERAK!!! hahahah

Tuesday, January 16, 2007

Nice day...

Hari ahad,14 Jan 2007.
Aku sampai di KL kul 10 mlm.
Mnumpang di rumah haseb/syukur/Baraq...
Aku tiba je di rumah tu,
Aseb terus pasang Game.
Ajak aku main,sian dia, baraq taknak main dgn dia kot..

Isnin 15 jan 07.
Aku pergi ke opis lama.
Hisham, sobri Kadir.
Jumpa kawan2,BOs,dan staf2..
Aku pun ada urusan.
Dapat la jumpa kANo,Am,suhel,abg man,amir..pak ket pun ada.
Lunch, mkn dengan deorang kat sogo.

Pastu aku g buat urusan aku.
dalam perjalanan, jumpa kawan2..
Raja, abg haris..dan ramai lagi muka yang aku kenal..

Rasa mcm agak nice (nice feeling) bila berada di tempat yang kita kenal..
Aku sikit pun tak rasa kekok bila sampai di taman Melati.
Rasa mcm masih tinggal dengan deorang..
Tak kekok jugak bejalan kt KL, naik LRT, jalan kat Pertama Kompleks.
G bar council..semua rasa mcm biasa..
Rasa mcm aku tak pernah meninggalkan semua tu..

Dan perasaan yang paling best, adalah dapat kembali berbual
dengan orang2 yang mempunyai Tahap intelek yang hampir2 sama..
Pendek kata..Satu perasan yang sangat menarik.

Tapi,despite all that,aku tetap mahu bergegas untuk pulang ke Perak..
selepas salam2, kul 5 tepat aku naik bas..
Tiba di Kemunting, aku disambut dengan senyuman wife aku...
Aku tanya dia, "da makan?"
dia jawab,"Blum.Abg?"
"Blum jugak..."

Aku terus ke kedai Mamak A.rahman tepat kul 9.30..
walopun aku sedar, perbuatan aku itu akan menyebabkan aku terlepas
Siri NCIS yang aku tunggu sejak minggu lepas...
Tapi, makan malam dengan bini kat kedai mamak sambil tengok Hilight EPL,
adalah satu penutup yang baik untuk satu hari yang boleh dikategorikan sebagai..
"NIce day.."

Thursday, January 11, 2007

memudaratkan diri...

Manusia selalu cuba untuk lari dari masalah dengan
melakukan perkara yang memudaratkan diri...

Aku tebaca dalam paper smalam..
Student bunuh diri sebab result jatuh..
Hmmmmm....

Frust je, bunuh diri.

Aku skang ni,dalam keadaan yang agak frust jgk..
Macam2 yang kena aku fikir..long kol paper lagi..
Tapi takder la sampai bunuh diri..Haram..

Kalo zaman muda2 dulu,agak2 frust,
Isap Rokok..
Bawak Moto/keta laju2..
Kononnya untuk menenangkan diri.

Aku masih memilih,
perkara memudaratkan diri apa yang aku nak buat,
kononnya untuk menghilangkan frust.

Isap Rokok?
Tak bole..karang bini aku suruh tido luar jer..
Sakit jantung ke..ape ker..kiracam bunuh diri..tak bole..

Bawak moto/keta laju2..?
laju mana yang aku bole bwk dalam pekan taiping yang selang
5meter je, trafik light.
Lagipun,kalo bwk laju2,eksiden,cam bunuh diri ape.

Hmmmm..aha..aku dah dapat idea.
(aku melangkah turun ke Kafe roti segar)
Bihun goreng satu!
apa yang mudaratnya dengan bihun goreng?
bila bihun sampai, aku terus menjamah..licin.
Termasuklah 2 ekor udang besar...
aku berjaya buat benda yang mudarat tapi sedap dan tak haram.

Petang.Kulit aku mula jd cam udang bakar..

Note:
1.aku je yang mudarat dengan udang.
2.kalau tak kerana iman,tentu Kanot, apon, pakdi dah lama bunuh diri sebab result.
orang lain pun rasa nak bunuh diri tengok result deorang.hahaha

Tuesday, January 09, 2007

Hmmmmm....

masuk ke kedai runcit..

Tokey kedai: Ye bang, nak aper?*(dialih bahasa)
Aku: Bagi Siska sekati...
Alya Dua ringgit.

Terus tokey kedai amek apa yang dimintak..

Tokey kedai: Ok siap,Rm 5.30.
Lama tak nampak kt sin, kerja apa?

Aku: (malas menerangkan tentang longkol paper aku)
"Pengacara"...kat kuala..

Tokey Kedai: wah..bagusla..Saman orang la naa..

Note: tu la orang melayu zaman sekarang,cepat tepengaruh dengan cite tipu.

Monday, January 08, 2007

Lost memories...

Akibat busan di opis.
Akupun menjengah Entry2 aku yang lama.
Entry sejak tahun 2004...
Kebanyakannya ada lagi..

Bila aku baca...
aku teringat la balik zaman muda2 dulu...
banyak yang aku dah terlupa..
Dulu,Kanot,aseb,kaie dan pakdi antara watak utama dalam blog merapu aku..
banyak benda2 lucu yang berlaku dan aku jadikan entry..

tengok jugak gamba2 lama dalam entry dulu2..
tengok kekurusan kanot,fidin,lan syah yang pastinya berbeza dari skarang.

tengok entry2 tu jugak, baru aku sedar...
aku dulu adalah seorang yang amat berbeza..
entry2 aku dulu,memang main2 je..

tak sangka jugak, hobi main2 aku,boleh dijadikan medium utk aku mengingat balik kenangan zaman bujang...

Skarang watak2 utama dlm blog aku, semua dah buat haluan masing2..
teringat zaman aku dgn kanot mlawak2 untk kawen awal.

Skarang,Kanot mmg da stengah tahun kawen..
Aku pun sama...
Aseb, masih mcm dulu kot.
Kaie..masih stadi..
Pakdi..SApa Pakdi?

Skejap je masa belalu
usia makin meningkat...
Tugas makin berat..

Thursday, January 04, 2007

A life in you....

It was the first time me & my wife came to this place..
She looks worried..
Me either..
I saw a few ladies sitting..
waiting for their numbers to be called..

My wife went to register her name...
Then she came back..our turn is No.23.
She looked at me and smile...
She still looks worried despite her beautiful smile..
I said to her.."Insya Allah, semua ok.'dia' sehat je kot.."
She replied.."harap2 centu la.."

TING! TONG! No. 23!

We went inside the room...
A chinese guywearing glasses sitting there...
"Good afternoon!" he said.
"Afternoon..."I replied..

He then asked my wife a few questions..
Then he took me and my wife to another room..
He then check my wife's blood pressure & urine..
Then he put a device on her belly..
On the monitor...there's something moving..
he snap a freeze picture of the moving thing.

This picture...

(right click to zoom)
I just smiled..
My wife Smiled..
Our little baby,moving inside my wife...

the chinese guy then said.
"Baby fine.Mother also fine."
"Blood pressure normal"
"urine normal"
"everything's fine"
he smiled....

Alhamdulilah...

That was more than a month ago..
we went there again..
the chinese guy did the same thing..
and the picture...


Our little baby, now bigger..
Look closely.."H" for head..and "B" for body..

Alhamdulillah..
the chinese guy repeat the same statement as above.
"baby ok..bla2 bla2.."

When paying the fees..
Haha..no wonder the Chinese guy looked so nice inside the room..
He "sembelih" us here..
haha..

That does'nt matter..As long as everything going well..
I looked at my wife.
I said to myself..

There's a life in you...

Wednesday, January 03, 2007

aderghh..

Menjengah baki akaun bank aku..
Baki anda:RM ***.56

3 digit je lagi tinggal?
adergghh..

baru minggu lepas dapat gaji..
tapi, gaji setengah bulan bekerja je..
lagipun, aku masih belum dapat gaji full..
dek kerana long call paper yang masih pending..
3 bulan lepas habis chambering, paper masih pending..
adergghh..

tepaksa la aku hold dulu hajat nak sewa umah..
duduk la dengan mak mentua aku lagi..
sian bini aku...penat keje, balik, melayan adik2 pulak..
kalo dah duduk asing, balik, dapat la rehat2.
adergghh..


beberapa bulan lagi, InsyaAllah.
dah jadi bertiga...
doa2la murah rezki anak...

Selamat Tahun Baru...

Aku rasa belum telambat untuk ucap

Selamat Hari Raya A'idiladha...
Selamat Tahun Baru..

Tahun baru..
semangat baru..
aku pegi keje pun, dengan cara baru..
iaitu, naik bas.
keta aku park dekat stesen bas.

pagi2, sblum ni ada bini aku salam2 bila aku nak g keja..
Tapi, pagi tadi, dan hari2 sterusnya,
aku salam2 bini aku, sebab dia g keja lagi awal,kul 6.45.
aku antar dia g keja, pastu aku balik pulak untuk besiap.

tahun ni, doa2 la rezki lebih sikit..

p/s..kalo ada gamba2 wedding aku. email ke hakimihjshaari@yahoo.com
untuk membe2 hsk, kalo free, contactla..aku takde kredit nak contact korang.

Friday, December 22, 2006

Update lagi..

Aku "banyak" sangat keje kat firm ni..
jadi, "tak sempat" nak update.

dulu2.aku suka amek gamba..g kelas pun bwk camera.
tapi, aku telepas untuk amek gamba masa kenduri kawen aku.
Jadi, tepaksa la aku mintak dari kengkawan..

Aku baru dapat beberapa keping je.
Antara lainnya ialah:



Ini dari kamera Fiddeen.Dia bediri amek gamba ni.
Nampak kitorang macam tesontot.

Dari kiri: Lan Shah(control perut), Syed Zul(control Kangkang)
Aku (sengih2), Bini aku (tudung ditiup kipas),
Pakdi (cuba rapat dgn bini aku,Tumbuk kang),Pejan (control senyum),
dan Joe!alang tengah (Loosing Control)




Ni pun dari kemera Fidden.Tapi orang lain amek.
Orang ni tunduk,nampk kitorang lonjong pulak.

Dari kiri:Mi tuid.(ganas), Safwan (Kemas),Aku dan bini (Bergaya dan ayu),
Fiddee (Kempiskan perut), Mat Jap (cuba menyorok di sebalik kaie untuk sebab2 yang tak diketahui), Kaie (baju butang sampai atas?).

Ni je la dulu..ada lagi kot nanti2.

Thursday, December 21, 2006

TeMpat Baru = Suasana Baru

Dah 4 hari aku keje kat Firm baru ni..
Firm yang agak ok la..

Jika nak dibandingkan degan HSK,
Mmg le sesangat bbeza..

Takder teknologi2 canggih..
Mesin potostat, sama mcm yang ada kt umah aku je.
Takde scanner untuk aku scan gamba masuk Blog.
Takder Sogo kat sebelah opis.
Takder staff letak kuih kt meja depan.
Takder AM bila aku pandang ke kanan.haha.

Tapi, aku kt sini, buat mcm2. bukan buta2 litigation je..
Buat conveyancing pun ader..corperate sikit2..
Jadi, dapat la knowledge baru..
Borang CKHT 1 & CKHT 2
Form 14A..
SnP ada mcm2 jenis..yang ada sekatan..MB consent..

yang sebelum2 ni, aku tak tau langsung

dan, antara yang menarik,
1) aku sorang je yang tau litigation kt sini.
2) Bilik aku besar
3) Komputer aku boleh detect thumb drive. tak mcm HSK.haha.bole aku update blog.

tapi, mcm AM ckp, ada Pro & cons..
1)Duit minyak pegi balik, RM 10. sebulan dah brapa.
2) Sabtu keje,cane nak tgk katun.
3) Parking sehari 40sen.haha.
4) Malam2, Bini ajak g supemarket.

apa2 pun, rezki ada di mana2.
tak kisah la byk ke sikit..
kalo sikit, mungkin sebab volume keje tak sama dgn orang gaji byk..
kalo byk..mungkin rezki anak...ameen..

Wednesday, December 20, 2006

aku Sudah kembali..

Dah lama since the last time aku update Blog aku.
Now baru aku berpeluang nak update this blog..

aku dah kembali..
bukan bermaksud aku dah kembali tulis blog..
tapi aku dah kembali ke kampung halaman aku..

PERAK DARUL RIDZUAN..kejor yeop kejor..

Walopun aku sedih meninggalkan Lembah Klang yang penuh kenangan..
Meninggalkan Kengkawan..Hiham, Sobri & Kadir..(Firm lama)

Aseb ("main la FIFA dengan Baraq ek")
Kanot ("Jaga bini hang yang ngandong tu")
Kak Nur ("Bila nak Resign?")
AM ("aku takda tapi kau ada")
Suhail ("Banyak claim kau?")
Abang Man ("jangan tender notis")
Bos ("makaaann aje")
Suria {"kirim salam kat Ramli ngah talib")
Amir (langgar la BMW pulak")

Tapi...
aku dah buat keputusan nak settle down kat sini..
dekat dengan Mak aku..
bole le aku jenguk2 pokok pisang ujung2 minggu..
sapu2 sawang kat dinding umah..

dekat jugak dengan Bapak&Mak mertua aku..
(aku duduk dengan deorang :p)

Jadi..karang, balik raya, takde la gaduh2..
ntah2 mak mertua aku,lagi suruh aku balik umah mak aku..
(menyampah, hari2 tgk muka aku :P)

Tak dilupa.. terima kasih dari aku dan istri kepada kawan2
yang datang majlis kitorang aritu.Dari jauh oo
Terutama, kepada yang bawak hadiah...hahaha

Ok. All the best semua!!! jumpa lagi!!!

Wednesday, June 28, 2006

Selamat Pengantin Baru....

Assalamualaikum..

dah lama aku tak update blog...
aku tak sempat sebenarnya..
banyak benda yang aku fikirkan..
banyak kerja yang aku buat...

Dulu, masa belajar,UIA, aku selalu buat lawak,
Kanot kata dia nak kawen,
aku pun kata, "seminggu lepas hang, aku menyusul".
Kami gelak sama-sama..
Sebagai 'inducement' kepada kawan2 yang lain(kaie,aseb)


28 May 2006
aku menyaksikan Kanot menjadi sah menjadi suami orang..
dia nikah hari kenduri..
ceria jer aku tengok dia..

23 Jun 2006
walopun bukan seminggu selepas kanot..
sebulan pun ok..
Aku sah menjadi suami orang jugak..
tapi, aku tak buat kenduri lagi..

Ramai yang tanya, apsal kawen tiba-tiba?
Eh?tiba2 ke?
Setahu aku, dah lama aku plan nak kawen..
Mungkin bagi yang tak tahu aku dak lama btunang,
tak tahu aku dah lama submit borang,
nak tanya macam2..

Berbeza dengan kawan2 aku kat opis dan kat rumah yang dah
lama tau Plan aku..
Takder la tanya macam2..

Bukan aper...rimas jugak nak menjawab..
aku cuma jawab yang betul la..
aku dah lama Plan nak kawen,
dulu aku tak nak chambering,
tapi, tiba2 aku chambering...
kawen,tetap kena jalan..

tu jer...

Jadi..kat sini..aku cuma nak ucap kat diri aku..

SELAMAT PENGANTIN BARU


MOHD HAKIMI BIN HJ SHAARI
dan
HAMIZAWATY BINTI SHAHRUDDIN

BABAi,...

Friday, April 14, 2006

PeRaSAan 3

Assalamualaikum.....

Dah lama aku tak menulis..
bukannya aku takder cerita..
cuma tak berkesempatan..
balik keje..lepas makan..pasti tdo..
hari sabtu..basuh baju..tdo..
kat umah pulak takder internet..
kat ofis..internet memang power..
Tapi..nak mampus...?monitor aku ngadap pintu bilik bos.
kadang2..rasa penat sangat..

ceni la kot PERASAAN orang yang dah kerja..
aku baru mengerti..

kehidupan pun berubah..
ujung bulan dapat gaji..
kalo dulu time stadi..mewah..
skarang nak kena fikir sewa..bil.tefon..
makan lagi..tolak sana sini..ada la sikit tinggal..
Tapi..puas hati..
Ceni kot PERASAAN makan duit titik peluh sendiri..

aku jugak sedang mengalami perasaan yang aku tak pernah rasa selama ni..
perasaan yang susah aku nak discribe..
perasaan yang mungkin sekarang ni..Kanot ada rasa jugak..
Tahniah Kanot..Insya Allah jugak..tahniah untuk aku..

agaknya cane la PERASAAN korang...kalo lebih kurang 3 bulan lagi..korang bergelar suami/isteri orang..?
Wallahu a'lam..