Friday, December 22, 2006

Update lagi..

Aku "banyak" sangat keje kat firm ni..
jadi, "tak sempat" nak update.

dulu2.aku suka amek gamba..g kelas pun bwk camera.
tapi, aku telepas untuk amek gamba masa kenduri kawen aku.
Jadi, tepaksa la aku mintak dari kengkawan..

Aku baru dapat beberapa keping je.
Antara lainnya ialah:



Ini dari kamera Fiddeen.Dia bediri amek gamba ni.
Nampak kitorang macam tesontot.

Dari kiri: Lan Shah(control perut), Syed Zul(control Kangkang)
Aku (sengih2), Bini aku (tudung ditiup kipas),
Pakdi (cuba rapat dgn bini aku,Tumbuk kang),Pejan (control senyum),
dan Joe!alang tengah (Loosing Control)




Ni pun dari kemera Fidden.Tapi orang lain amek.
Orang ni tunduk,nampk kitorang lonjong pulak.

Dari kiri:Mi tuid.(ganas), Safwan (Kemas),Aku dan bini (Bergaya dan ayu),
Fiddee (Kempiskan perut), Mat Jap (cuba menyorok di sebalik kaie untuk sebab2 yang tak diketahui), Kaie (baju butang sampai atas?).

Ni je la dulu..ada lagi kot nanti2.

Thursday, December 21, 2006

TeMpat Baru = Suasana Baru

Dah 4 hari aku keje kat Firm baru ni..
Firm yang agak ok la..

Jika nak dibandingkan degan HSK,
Mmg le sesangat bbeza..

Takder teknologi2 canggih..
Mesin potostat, sama mcm yang ada kt umah aku je.
Takde scanner untuk aku scan gamba masuk Blog.
Takder Sogo kat sebelah opis.
Takder staff letak kuih kt meja depan.
Takder AM bila aku pandang ke kanan.haha.

Tapi, aku kt sini, buat mcm2. bukan buta2 litigation je..
Buat conveyancing pun ader..corperate sikit2..
Jadi, dapat la knowledge baru..
Borang CKHT 1 & CKHT 2
Form 14A..
SnP ada mcm2 jenis..yang ada sekatan..MB consent..

yang sebelum2 ni, aku tak tau langsung

dan, antara yang menarik,
1) aku sorang je yang tau litigation kt sini.
2) Bilik aku besar
3) Komputer aku boleh detect thumb drive. tak mcm HSK.haha.bole aku update blog.

tapi, mcm AM ckp, ada Pro & cons..
1)Duit minyak pegi balik, RM 10. sebulan dah brapa.
2) Sabtu keje,cane nak tgk katun.
3) Parking sehari 40sen.haha.
4) Malam2, Bini ajak g supemarket.

apa2 pun, rezki ada di mana2.
tak kisah la byk ke sikit..
kalo sikit, mungkin sebab volume keje tak sama dgn orang gaji byk..
kalo byk..mungkin rezki anak...ameen..

Wednesday, December 20, 2006

aku Sudah kembali..

Dah lama since the last time aku update Blog aku.
Now baru aku berpeluang nak update this blog..

aku dah kembali..
bukan bermaksud aku dah kembali tulis blog..
tapi aku dah kembali ke kampung halaman aku..

PERAK DARUL RIDZUAN..kejor yeop kejor..

Walopun aku sedih meninggalkan Lembah Klang yang penuh kenangan..
Meninggalkan Kengkawan..Hiham, Sobri & Kadir..(Firm lama)

Aseb ("main la FIFA dengan Baraq ek")
Kanot ("Jaga bini hang yang ngandong tu")
Kak Nur ("Bila nak Resign?")
AM ("aku takda tapi kau ada")
Suhail ("Banyak claim kau?")
Abang Man ("jangan tender notis")
Bos ("makaaann aje")
Suria {"kirim salam kat Ramli ngah talib")
Amir (langgar la BMW pulak")

Tapi...
aku dah buat keputusan nak settle down kat sini..
dekat dengan Mak aku..
bole le aku jenguk2 pokok pisang ujung2 minggu..
sapu2 sawang kat dinding umah..

dekat jugak dengan Bapak&Mak mertua aku..
(aku duduk dengan deorang :p)

Jadi..karang, balik raya, takde la gaduh2..
ntah2 mak mertua aku,lagi suruh aku balik umah mak aku..
(menyampah, hari2 tgk muka aku :P)

Tak dilupa.. terima kasih dari aku dan istri kepada kawan2
yang datang majlis kitorang aritu.Dari jauh oo
Terutama, kepada yang bawak hadiah...hahaha

Ok. All the best semua!!! jumpa lagi!!!

Wednesday, June 28, 2006

Selamat Pengantin Baru....

Assalamualaikum..

dah lama aku tak update blog...
aku tak sempat sebenarnya..
banyak benda yang aku fikirkan..
banyak kerja yang aku buat...

Dulu, masa belajar,UIA, aku selalu buat lawak,
Kanot kata dia nak kawen,
aku pun kata, "seminggu lepas hang, aku menyusul".
Kami gelak sama-sama..
Sebagai 'inducement' kepada kawan2 yang lain(kaie,aseb)


28 May 2006
aku menyaksikan Kanot menjadi sah menjadi suami orang..
dia nikah hari kenduri..
ceria jer aku tengok dia..

23 Jun 2006
walopun bukan seminggu selepas kanot..
sebulan pun ok..
Aku sah menjadi suami orang jugak..
tapi, aku tak buat kenduri lagi..

Ramai yang tanya, apsal kawen tiba-tiba?
Eh?tiba2 ke?
Setahu aku, dah lama aku plan nak kawen..
Mungkin bagi yang tak tahu aku dak lama btunang,
tak tahu aku dah lama submit borang,
nak tanya macam2..

Berbeza dengan kawan2 aku kat opis dan kat rumah yang dah
lama tau Plan aku..
Takder la tanya macam2..

Bukan aper...rimas jugak nak menjawab..
aku cuma jawab yang betul la..
aku dah lama Plan nak kawen,
dulu aku tak nak chambering,
tapi, tiba2 aku chambering...
kawen,tetap kena jalan..

tu jer...

Jadi..kat sini..aku cuma nak ucap kat diri aku..

SELAMAT PENGANTIN BARU


MOHD HAKIMI BIN HJ SHAARI
dan
HAMIZAWATY BINTI SHAHRUDDIN

BABAi,...

Friday, April 14, 2006

PeRaSAan 3

Assalamualaikum.....

Dah lama aku tak menulis..
bukannya aku takder cerita..
cuma tak berkesempatan..
balik keje..lepas makan..pasti tdo..
hari sabtu..basuh baju..tdo..
kat umah pulak takder internet..
kat ofis..internet memang power..
Tapi..nak mampus...?monitor aku ngadap pintu bilik bos.
kadang2..rasa penat sangat..

ceni la kot PERASAAN orang yang dah kerja..
aku baru mengerti..

kehidupan pun berubah..
ujung bulan dapat gaji..
kalo dulu time stadi..mewah..
skarang nak kena fikir sewa..bil.tefon..
makan lagi..tolak sana sini..ada la sikit tinggal..
Tapi..puas hati..
Ceni kot PERASAAN makan duit titik peluh sendiri..

aku jugak sedang mengalami perasaan yang aku tak pernah rasa selama ni..
perasaan yang susah aku nak discribe..
perasaan yang mungkin sekarang ni..Kanot ada rasa jugak..
Tahniah Kanot..Insya Allah jugak..tahniah untuk aku..

agaknya cane la PERASAAN korang...kalo lebih kurang 3 bulan lagi..korang bergelar suami/isteri orang..?
Wallahu a'lam..

Thursday, January 05, 2006

komen ku untukmu KANOT

manada macam yang tiwi cakap tu..aku ada member yang pergi konsert tu..dia kata siap ada berenti solat.masa berenti solat tu,polis mai buat rush..barang2 yang tunjuk dalam tiwi tu,mcm2 pemplet tu..memang bukan depa punya..pastu konsert tu penonton duduk atas kerusi tau.tak campoq lelaki pompuan dan tak macam konsert2 biasa kat malaysia ni(sure heboh,pelancaran putera umno)..lagi satu..depa saja nak hilight yang budak2 pompuan pakai tudung,sebenaqnya lebih jahat dari yang tak pakai tudung.ataupun,pakai tudung tak semestinya baik..pakai tudung pun jahat..jadi..itulah yang depa nak hilight..sebab majoriti yang pi memang pakai tudung.sebab konsert tu tak dak apa2.tak dak campoq2,lompat2,siap ada waktu solat lagi...perasmian putera umno pun tak dak berenti untuk waktu solat hang tau dak..
jadi..sebelum apa2,baik hang tanya abg2 yang lebih berpengalaman..lagipun,dalam politik,jangan cepat percaya...tambahan pulak dengan media kerajaan..
hang pun tau yang tu kan?
bukan ka hang dah dilatih..??
patut la parti hang kalah kat uia..

jangan marah..

aku sekadar nak bagitau perkara sebenar kat hang..

Tuesday, January 03, 2006

kerja!!!2

aku dah start keja arini..
jadi aku penat giler..
penat rupenyer cari duit ni..

tapi aku still mencari kerja..
kerja yang lebih secure dari kerja kat company swasta ni..
mencari kerja yang ada gaji basic yang fix..

so..lambat lagi la aku nak update..
ni pun update dari ofis kakak aku..

till next time..babai..
doa la aku dapat murah rezki..

Saturday, December 24, 2005

Mari basuh moto.

Bengkerk melihat keadaan motor yang telah ditinggalkan kat kampung,
di bawah jagaan kakak aku,aku berbuat sesuatu selepas solat jumaat.
sebelum tu,aku dah pegi bengkel tukar paip ekzos yang patah.

Korang tengok rupa motor ni.

motor yg dulunya macho,skang dah hampeh dibawah jagaan org pompuan.
eh..di bawah ketidakjagaan orang pompuan.


ni sebelum aku memulakan kerja.(no pendaftaran dirahsiakan)


tengoklah apa jadi pada ekzos ini..kotoran degil.
dah 4 tahun tak basuh agaknya.


enjin pun dah rupa belacan.perhatikan perbezaannya
dengan paip ekzos yg aku baru ganti.umpama kanot dan aku. :p


seterusnya aku pun membogelkan moto tersebut.kanot suka part ni.bogel2.:p
Setelah dibogelkan..aku pun menyuruh moto itu ketuk ketampi..eh.
aku pun mula membasuh enjinnya.


aku menggunakan minyak tanah sebagai pelarut.
lihat kesannya..kotoran degil tertanggal.


setelah itu..aku pun menyimbah air untuk menghilangkan kesan minyak.


aku membiarkan moto tersebut kering dulu.
mujurlah takde lans koperal mana2 amek gambar masa aku bogelkan moto ni.
kalo tak tentu jadi isu besar.


sementara tunggu moto kering,aku beralih kepada pakaian moto tadi.
aku basuh sikit..lalu aku keringkannya.


bial moto dah kering.aku pun spray cat silver..kat enjin.
haaa.tengok.kan berseri tu.


ekzos dah basuh.enjin dah cat.body pun aku cat itam..tengok..
lawa pun..inila hasil kerja orang lelaki..


JENG JENG..anilah hasilnya..lepas cat kering..aku tampal stiker baru.
aku tak ambik gambar masa lekat stiker
dan pasang baju de sebab malas basuh tangan.
Ye la.dah berapa kali aku basuh tangan.siap sikit,basuh tangan amek gambar..
bazir air pulak dah..so,bila dah siap,baru aku amek gambar..


walaupun moto dah tak bogel.
tetap menarik dilihat dari bahagian punggungnya

jadi..MORAL yang dapat diambil dari kisah ini ialah..
usaha tangga kejayaan?bukan...
Belakang parang diasah lagikan tajam?bukan..
enjin moto dibasuh lagikan lawa?pun bukan..

Moralnya ialah..Jangan tinggal kenderaan anda di kampung,
lalu mengharap orang perempuan akan 'bela' kenderaan itu..

majoriti pompuan hanya tau bawak saja.
sekian.moga menjadi iktibar. muahahaaha

Saturday, December 17, 2005

Gambar yang tak dipublish lagi..

Bosan takder buat ape kat rumah..
hujan lebat pulak tu..
aku pun..bukak la komputer..
belek2..jumpa gambar2 yg aku belum publish lagi..
ala..gambar2 bulan puasa dulu..
dulu tak sempat publish sebab exam..

antaranya ialah..

ini gambar masa fidin buat "moreh" bulan puasa aritu..
Fidin: Apsal tak ramai lagi yg datang..?
Apon:(berbisik kat aku) memang la tak ramai lagi...
orang lain kan tengah terawikh sekarang..
kita je yang ada.. :p
Matjap:oit!! terawikh dah habis la..aku baru balik ni..
hangpa yang tak pi..


ini pulak Mituid baru sampai.
punya nak tunjuk baru balik mesjid..
pakai kain pelikat ja :p



Gambar ni 18sg..
ganas..di mana ada makanan..
disitu ada ini makhluk..
apatah lagi makan free..
"awat sikit nasik ni? hat ni aku sorang habih."


Yang ni..juadah kami bukak puasa kat F4.4
kepada kaie..baca blog ni sambil membayangkan kenangan lalu..
sewaktu kawan2 masih bersama..
pastu..tengok keliling yang sunyi..sure sedih.muahaa


ini bila dah bebuka.
tuan tangan: "ni sayoq aku.
jangan pisahkannya dari aku..PAHAM!!"



begambar sebelum bebuka..sebagai kenangan..khas untuk kaie lagi.
tengok blakang tu.ada orang cuba ambil gambar muka sendri..
tapi kemera dia tak sanggup lalu menghala ke batang penyapu.:p


sambungan gambar tadi..
tuan kamera:eh?? apsal jadi gambar penyapu?
aku amek gambaq muka aku tadi???
(sambil menggayakan gaya tinggung 28hb5 ciptaannya sendri)

belakang..asib dah datang..muka monyok..gaduh ngan gilfren lagi ka??


byk lagi gambar..kalo korang nak tengok..korang buat la request..
aku boleh publish gambar apa korang nak pasal F4.4..
yang 18PL pun ada..nak??

Wednesday, December 14, 2005

bestnye bilik aku..

Ahaaaaaa...!!! aku dah boleh hantar macam2 application untuk kerja sekarang..
Apabila Dr Farah Nini setuju nak jadi refree untuk resume aku..
yang lagi best..aku boleh hantar mcm2 application on-line..
Dari atas katil aku je..apabila aku dah beli modem baru.

walaupun tak sepantas broadband kat uia..
ataupun wireless internet kat bilik F4.4 dulu
(kaie..jgn sedih kalau teringat kenangan lama)
tapi..kira ok la..muahaa..

Nampaknya..boleh la slalu update blog gini..

Terima kasih untuk Dr farah nini dan Ustaz Nushi mahfudz..
Terima kasih jugak untuk Emmayeayea dan Farah amani..
Kepada madu lebah..tugas anda sebagai s/u..tetap berjalan spt biasa. :p
jgn patahkn simkad aku..lgpun tu iklan maxis..bkn celcom..

Thursday, December 08, 2005

Iklan Sim kad tepon.

Satu hari..
menyedari byk telefon di rumahnya..
Si ayah memanggil anak2nya..

Katanya..
"anak2ku..jika kita bersatu..kita akan teguh..(sambil menyusun simkad byk2 dan cuba mematahkannya)

pastu..si ayah amek satu je simkad..

"jika kita bercerai..kita akan roboh.."
(sambil mematahkan sekeping simkad itu dgn mudah)
Simkad itu pun patah..ktepek!

Si anak pun menjerit..
"ABAHH!!" simkad saye tu!!
alamak..cane saye nak contact gelfren sayer!!
Mentang2 la bil sayer paling tinggi..abah patahkan simkad sayer ek!
apsal tak patahkan simkad along ke..??!!
simkad mak ke??!!
ala...!!!!

Si ayah pun tersenyum..
(dalam hati..
"Berjaya aku mengaburi mata anak aku dgn cerita teladan..walhal aku nak rosakkan simkad dia..asyik begayut je"ahahaa..

aku dah grad!!!tapi tak kerja lagi :(

akum!!

dah lama aku tak update.
dari lepas raya aritu lagi.

mcm2 yg dah berlalu dan berlaku..

aku boleh dikira dah grad..
Alhamdulillah..Result aku kalini boleh dikira yang terbaik la..
lalu membolehkan aku menamatkan pengajian aku..

aku ada g ziarah KL baru2 ni..
tgk kwn2 aku yg tengah 'attachment" dgn firm
sementara tunggu release letter dr uia.

aku jugak kali pertama g beraya rumah lecturer..
Aku ngan aseb,matjap,syukur,asne g beraya rumah Dr Farah nini.

Semalam pulak,aku tepon kengkawan yg masih ada kat uia..
Aku tepon Fidin.dia skarang duduk dgn budak junior.
dia cerita pasal kaie..roomate aku F 4.4 dulu..
tiap2 petang dtg bilik fidin luah perasaan..kesunyian kot..:p

ye la..aku ngan aseb dah grad..matjap dr f 4.2 pun dah grad,
kanot pulak,duduk umah sewa..
Bilik F 4.4 yang paling Happening dulu..
sekarang sunyi sepi..
sian kaie..:p
takpe..lagi 4 bulan je..sabo..

k la..lain kali aku update lagi..
Doa2 la aku cepat dapat kerja..:p bye.. akum

Tuesday, November 15, 2005

Selamat Datang Dunia Baru

Dah beberapa minggu lepas raya..
Rasa sekejap btul masa berlalu..
raya tahun ni..takder "Tour" macam tahun lepas..
semua ada aktiviti sendiri kot..

Sekarang..aku pun nak melangkah ke dunia baru..
Insya-Allah.. kalo result ok..takder sangkut..
Melangkah ke dunia baru..Dunia carik kerja..seterusnya kerja..

kalo sangkut pulak..
Aku tetap akan melangkah ke dunia baru..
Iaitu dunia Resit paper.. :p
Takpun..dunia "super senior".. :p
Mintak jauh la.. :)

Aku pun macam dah muak nak belajar lagi..

Kengkawan pun..ramai yang dah masuk Firm..
Aseb, Asne..dan beberapa lagi..
Suma eager nak kerja..

Nampaknya..Aku pun kena usaha keras jugak..
Kalo dulu..lepas Arwah ayah aku meninggal..
Sumber semangat aku..cuma tinggal mak aku sorang jer..
Tapi memandangkan sekarang..dah jadi berdua balik..
aku kena la usaha lebih kuat lagi..

Apsal jadi berdua?
iye lah..

Mak aku..dan jugak orang yang mak aku sarungkan cincin tu..(^_^)


P/s..Selamat Pengantin Baru kepada Noorazmir@Kanot.. semoga dipermudahkan Allah..dunia akhirat..

Sunday, October 30, 2005

Selamat Hari Raya...

Assallamualaikum..

Raya dah dekat..
Jadi..Mohon maaf banyak2..
0-0 a..

kpd semua kawan2..kenalan..sape2 jer..

Kenangan kt iium..memeng best..
Insyaallah lepas raya aku dah grad..
ni antara rupa kengkawan yang aku sempat kenal..
ada yang rapat..
ada yang tak berapa rapat..

Hmm...

Kpd yang takder gambar..Sori..
mungkin sebab aku tak pernah amek gambar korang(^_^)

Wednesday, October 19, 2005

Puasa..setan kena ikat..

Beberapa Ramadhan...

askum!!!

seseorang telah pun masuk ke bilik..

lalu terjadi perbualan..

SITUASI PERTAMA:

KR: wslm!! eh? hang..ingatkan fellow dok check bilik..

LS: aku saja ja datang jenguk adik2..(dah nak grad sem ni)

KR: eh? mana rantai hang?

LS: Rantai apa?aku mana pakai rantai.

KR: bukan ka setan suma kena rantai bulan posa ni?
tu aku tanya mana rantai hang.

LS: P**G**Q hang!


SITUASI DUA


KR: wslm!! eh? hang..ingatkan fidin dok check bilik..

LS: aku saja ja datang jenguk member..ziarah..

KR: hebat la hang ni..boleh lepas ek?

LS: Awat?

KR: Setan kan sepatutnya kena ikat...hang boleh bebas..hebat la tu..

LS: TOOOOT!


SITUASI KETIGA

KR: wslm!! eh? setan datang! tolong!!

LS: hang la setan..BUDUH!


SITUASI 4

KR: memang betul kiamat dah dekat...

AK: APSAL?

KR: Sebab Kanot stadi..antara tanda2 kiamat la tu..:p

AK: HA HA kurang pahala puasa kita semua.ha ha

Tuesday, August 16, 2005

Perasaan II

HOIT!! Hampeh Hang!! Kutuk aku!!

itu adalah ayat yang terbit dari mulut seseorang tanda tunjuk perasaan tak puas hati.

perasaan tak puas hati kerana aku telah memasukkan gambarnya di dalam blog aku..
Gambar sewaktu dia sedang makan sambil menonton Smallville season4..
Agak2 sapa orang itu? ha ha ha

Selain feedback yang aku dapat dari tuan empunya diri hasil post aku bertajuk jereboo tu..

aku jugak terima mcm2 feedback dari post aku yang bertajuk perasaan..

ada yang call..tanya.. "Awk marah sape?"

ada yang tanya..perasaan kimi? sejak bila pandai luah perasaan?aku boldkan huruf "R" kerana orang itu
menyebut "R" slang prancis..
sapa agaknya?

ada jugak yang tanya.. "sapa karim daud?"

yang mana tau pulak..tanya.."awat tak bubuh terus lirik karim daud tu?"

macam2..

best juga bila sesekali kita berubah dari post lawak kepada post luahan perasaan..

untuk sedetik..aku terasa macam fideen.. :p

Saturday, August 13, 2005

perasaan...

PEHAL NKO???!!!!
TARIK MUKA DEPAN AKU.
PELIK AKU.
TAK PAHAM LA BAB2 PERASAAN NI.
TIBA2 JE NKO BUAT MUKA SEBERGH DEPAN AKU.
NKO TERASA?
APASAL TAK BAGITAU??
BOLE AKU BUAT NKO TERASA LAGI.
DAH MEMANG KEGEMARAN AKU.
LANTAK NKO LA NAK TERASA.
PALING LAMA PUN,SAMPAI KIAMAT.
TAK PUN SAMPAI NKO MATI.
TAK PUN SAMPAI AKU MATI.
BUKANNYE KEKAL ABADI MACAM HARI AKHIRAT.
TAK GITU?
TAPI KALO TAK PUAS HATI..BAIK CAKAP..
NI BILA AKU BETEGUR SAPA,NKO TAK LAYAN..
JANGAN SAMPAI AKU BERTEGUR DGN NKO MENGGUNAKAN LIRIK LAGU NYANYIAN KARIM DAUD YANG BERTAJUK PERASAAN...

JEREBOOO.....

dah berhari-hari kitorang bernapas dengan asap..
oksigen kurang dalam udara..
aku dah 3 4 hari sakit tekak...
kepala sakit..

Malas cerita..
korang tengok la gambar2 ni..



orang pertama:"eh??? mana masjid???dah tak nampak la...
Orang Kedua:"hoit!!!memang la tak nampak!!!situ kolej pompuan.
mesjid belah sini la!!hang x penah g mesjid ke??
orang pertama:"EH??he he..jerebu..otak tak betul sket..:p
mana mesjid??ooo..belah sini ek..."




Orang kedua:"mesjid nampak sket2 jer ha..teruk juge jerebu ni..
orang pertama:"ooo....tu mesjid ek..aku ingat library"



ASEB:"ini topeng..gelpren saye yang bagi..tapi kalo gelpren orang lain yang bagi,
pun saye akan pakai jugak,sebab tak tahan jerebu..



aku ngan aseb kena pakai topeng walopun dalam bilik..
nasib baik university tutup..bole lepak kat bilik..



tapi mamat sorang ni...jerebu tak jerebu sama jer...
tak yah pakai topeng..
tak yah pegi kelas..university tutup sejak awal sem lagi bagi dia..muahaha
gurau jer..jgn marah...


he he...

Friday, August 05, 2005

jaded


Gerrard jaded ceni kot..


4hb ogos 2005
Aku balik bilik lepas kelas..

Penat btol...tuto cpc baru abes..
masa tuto tadi ada presentation...
yang dah berhari2 kitorang prepare...

aku tgk kat skrin komputer aku..
Game footbal Manager terpasang..
List player liverpool pun terpampang...
Kat tepi nama steven Gerrard..ada tulisan "JADED"

aku teringat idup aku sendiri...
mungkin aku mengalami keadaan yg sama dgn Gerrard..

hinggakan semalam...
sepatutnya aku ada 2 miting..STAR dan CONVEST..
tapi dua2 aku tak pergi..
aku pergi library utk buat homework dan tinggal phone kt bilik...
Silent Mode..

Bukan aku lupa tanggungjawab...
cuma aku dah letih..
dari 1st year sampai final year...
aku asyik join program..dari subcom..sampai manager..suma aku penah jd..
semalam aku terasa nak lepak dgn member2 aku kt library..
sama mcm budak final year law yang lain..

bukan aku tak pernah tolakjawatan yang diberi...
Berkali2 aku tolak..
tapi bila kawan2 mintak tolong (terutama prempuan)..
10 kali tolak pun..last2 aku akan terima jgk..
bila lg nak tlg member..
tapi...lama2jd muak pun ader...

aku bknnye pandai sgt..
aku jenis yang kena study giler baru boleh dapat result elok..
aku tak mcm "cik de"yg terer..
Aku tak mcm "kak long" yang hebat...
Takmcm "Nolis" yang Naruto..
jagn kata "orang lain boleh score je walaupun join program"
aku lain..aku bkn dr skolah asrama penuh cam "orang2 itu"
aku cuma seorang budak yang agak elok sikit result SPM dari bdk2 lain kat Skolah aku dulu..
Nama skolah aku pun korang tak pernah dengar..

Sorila kalo aku tak jawab tepon..
bukan aku sajer2..
mungkin sebab aku tak bwk tepon..
mungkin aku kat bilik mat jap...
atau aku kat dalam kelas..
atau aku tgh bosan..

Atau mungkin jugak aku pegi JAMBAN....

Thursday, July 28, 2005

Aku..Kelas..Program...Dan Seseorang...

Aku sekarang tengah sibuk jadi committee untuk 2 big program kat sini...
"Star" dan "Convest"

Star aku jadi asst. head multimedia department..
Convest jadi asst. head Preparation & technical..

2 kerja yang aku asyik buat sejak 1st year..sampai final year..itu jer..

Awal2 aku g miting..aku pelik..

Aik??? apasal takder pun muka yang aku kenal dalam program ni...
mana pegi budak2 senior? mana pegi budak2 batch aku?

ehh lupa la..aku last paling senior..bdk batch aku dah tak terlibat..aku je yang terjebak lag..

yang best..bila budak2 junior tanya aku tahun brp...aku jawab fianl year final sem..deorang cam tak cayer...

adakah sebab aku nampak muda.. ;P atau kerana ketinggian aku mcm siti nurhaliza jer.. :p

bdk junior pelik2 sket perangai..tapi akubole jer masuk dgn deorang
dpt la aku kwn2 baru sket..rasa cam muda :p

tu jer nak cerita..

tak macam kanot...walopun dia blum final year..mesti orang igt dia staff atau imam mesjid...tak pun pak cik kafe.. :pp

sori kanot.. nanti balik bilik kita berbunuhan dalam game star wars... ounnnggg..bunyi light saber...