Friday, March 23, 2007

Tagged by asnE!

Tagged oleh AsnE!,

Dia suruh aku cerita 6 weird things tentang aku..
Pelikkah Aku?

1. Aku tidak boleh makan seafood.
Sekiranya aku makan seafood,
aku akan bertukar menjadi merah2.
macam udang bakar.Pernah sekali,sebelum exam kt UIA,
Aku makan udang, kanot tegur,
"bukan hang tak bole mkn udang ka?"
biasa la, cakap kanot, sapa nak dengar,
aku blasah jer, g exam, aku jd udang.

2. Aku teringin nak beli Henpon K750i,
dah beratus kali aku tanya kat kdai hempon,
brapa harga, tapi tak beli2 lagi.

3. Aku cepatkan jam tangan aku 15minit dari masa sebenar.
Aku akan automatik tolak 15minit kalo aku tgk jam tgn aku.
Jadi, aku tak pandai tgk jam tgn aku waktu sebenar.
sebabtu aku kena cepatkan 15minit dari masa sebenar.

4. Aku penah belajar beberapa seni silat (termasuk yang ada amalan pelik2)
Hampir 4 tahun aku menuntut silat yang ada mcm2 amalan pelik,
dan aku memang percaya tentang perkara2 yang pelik2,
mcm jin janggut, jembalang tanah.
Penah satu hari, Bapak Aseb dtg uia bawak bomoh,
utk ubatkan aseb yang selalu "diganggu".
Bomoh tu kata, ada Jin bertenggek atas meja Komputer aku.
Itu la yang selalu kaco aseb katanya.
Sah bomoh tu tipu, sebab aku tak penah pun suruh jin aku tu kaco aseb.
Suruh jaga komputer jer.

5. Aku tak kan ingat jalan melainkan aku pegi tempat tu drive sendiri.
kalo ada orang sebelah, naik dgn orang lain,
nescaya aku akan lupa, walopun jalan tu kat taman melati jer.

6. Aku benci Law, aku suka baiki kereta,
tapi aku loyer.

10 comments:

Anonymous said...

kimi..
http blog aku yang latest
www.alangtengahbirukundang.blogspot.com
camaner tah jdi cenggini..
..nak balik KL?
hohoho..gud luck..
raising kids in kl surely the hardest thing to do these days..
not only financially..
islamically laaa plg utamanya..
so, aja2 fighting!

Anonymous said...

ko sebenarnye banyak mende2 pelik.hehehe

Pakdi said...

aku ingat jin bilik kau tu yang selalu ponteng kelas, bangun tido lambat, ngan tak nampak waktu malam tu...

haha..

Anonymous said...

bukan akimey tak le makan ayam ke??

KiMi said...

JoE!:tibe tukar address.
Kano:Eik? cane ko tau nur? orang yang rapat2(orang yang selalu duduk rapat dengan aku) jer tau aku pelik.
Pakdi: tu jembalang katil bebulu, bukan jin.
Asne: ayam bole, sifud tak ble.kan kita slalu mkn ayam dara.

Anonymous said...

silat pe ko blaja kimi? aku 7 thn dlm silat x pnh plak ada amalan pelik2 nih..

KiMi said...

stakat silat cekak memang la takder apa arin..
cuba la blajar Nasrul Haq, Gerak Kilat, Selendang Merah, atau pun Tinju.

Anonymous said...

hehe.. aswad penah citer kt aku silat2 dia.. i wonder, adalah amalan2 pelik ni satu seni?

KiMi said...

Haha.ntah la arin.
Aku dah lama tinggal benda2 tu.
Kalo aku tak tinggal, nescaya aku jadi cam aswad sekarang.haha.kutuk member sikit.

Marliza Radzi said...

kesian aseb kena kaco dengan jin ko!

aku paling suka mende pelik #6 tu.