Thursday, June 07, 2007

bertiga lebih bayik II

Assalamalaikum..

26 mei 2007..

Niat nak pegi rutin checkup utk wife...
kat private hospital...
Doc pengganti bagi news yg agak mengejutkan...
Air ketumban dah nak kering..
Baby dikhuatiri bersaiz kecil dan perlukan inkubator..
Doc pakar pegi oversea..
Inkubator takde..
Lantas doc mencapai letterhead dan me'refer' kami ke
Hospital Taiping...pegi harini atau esok.

27 Mei 2007..

Pagi2, aku dan bapak mertua bawak wife
ke Hospital Taiping..
Wife terus masuk wad...
malam tu, aku tdo sorang2..

28 mei 2007.

Pukul 5pagi, wife sms..
katanya dah nak masuk labour room..
Aku bergegas ke hospital..
sempat melambai kpd wife ikut pintu cermin...
saat2 seterusnya aku rasa mcm seksa..ketar..
satu demi satu waris dipanggil...
"Waris hamidah mat som"
"Waris Syamini A/p malinggam"
"Waris jari hantu"

aku menunggu sambil berbual dgn sorang lagi mamat..
dia jugak anak 1st..
dalam pukul 12.50..
Dia dipanggil..
Wife dia selamat melahirkan anak lelaki..

Aku makin cuak...
Tunggu punya tunggu..
"Waris Hamizawaty Shahruddin"
Aku bingkas bangun..
aku disuruh masuk kedalam.
Aku lihat seorang Nurse beruniform biru
memegang baby dalam balutan selimut.
Nurse tu agak cun..eh?
Nurse tu bagi baby kat aku..
baby buat muka heran tgk aku.
aku pun qamat secukup rasa.
pastu nurse cun tadi amek balik baby..
aku bertanya.."wife saya ok?"
dia jawab,"ok, encik tunggu kat luar, nanti kami panggil..

Petang, aku masuk melawat..wife aku ok..baby pun ok..
Alhamdulillah...

29 mei 2007..
Aku masih di rumah mak aku sebab balik tanam uri..
wife sms..dah bole balik katanya..
Aku bergegas, nurse bagi satu dokumen..
dia kata bayar kat kaunter hasil.
Aku pun g la..
mamat kaunter tanya, kerajaan ke swasta? swasta kataku.
aku menjangkakan bil mencapai ratusan kerana wife menggunakan epidural.
dan kerana aku keje swasta, tiada elaun perkhidmatan awam.
aku dipanggil. 28 hengget kata mamat kaunter.
Eik? 28? ya.28. katanya..

pukul 1.30 tghari...
aku, wife dan baby balik umah...

hari2 seterusnya..amat mencabar..siang tdo..malam berjaga..
tapi itulah nikmat...


Tahniah kepada diri aku sendiri dan jugak wife...
masa nak register nama baby kt JPN..
aku teringat..nama wife berakhir dgn "Y"
lantas aku register nama baby sebagai

DURRATUL HANANY BINTI MOHD HAKIMI...
mutiara kesayanganku...sayang anak abah...
(gambar tak amek lg, bateri takder)

*note: kpd kwn2 yg aku telupa nak sms bagitau..
sorry..agak kelam kabut sikit..+ kredit abes..

Kpd Aseb & Asne! tahniah.selamat pengantin baru.
Lan shah dan Ziha,pun selamat pengantin baru..

4 comments:

Marliza Radzi said...

besnye baca entry ni!
tapi tak bes sbb gambar yang dijanjikan takde.

ko tengok hari tu, waris jari hantu tu laki ke pompuan ke di antaranya?

KiMi said...

Am: banyak lagi cerita, nanti aku sambung, contohnya malam pertama tdor (tak bole tdor) bertiga.
Gambar nanti la aku beli bateri litium.

Anonymous said...

tahniah sekali lagi.

aez82 said...

wah..dah jadi daddy yer..tahniah ok..moga semakin dimurahkan rezeki..tunjuk gambar yer nanti.. ;)