Monday, July 16, 2007

malu tapi mahu.

Alhamdulillah.
Aku selamat pindah umah...

dapat la bini aku tenang sikit jaga anak..

masa g beli barang letrik sabtu lepas..
(aku rasa amat dimalukan oleh bapak mertua aku
dengan tindakannya sesudah kami memilih barang..)

hajat aku, cuma nak beli yang perlu2
dalam kos yang rendah..
Dan hajat untuk berutang dengan Court maut.
tapi, mentua aku membantah sekeras2nya.
katanya, kot maut, harga jd 3x ganda.
beli cash katanya.


aku mengajak bini dan bapak mertua utk ke kedai
letrik yg sesuai..

aku menyatakan ingin membeli peti ais
dan mesin basuh dulu..(jenama koman)
itu yang paling perlu..(dalam bajet)

tapi, bila bapak mertua ikut,
dia jenis tak puas ati kalo barang jenama koman..

memilih mesin basuh.
aku nak beli jenama UPsON..RM 2++ saja.
Bapak mertua aku mengarahkan supaya amek
yg brended..lalu dia mengesyorkan PENSONIC..RM 380
(lari bajet)

memilih peti ais.Aku nak beli yg kecit2.
tapi, bapak mertua aku menyuruh aku
membeli PANASONIC..RM 7++..
(lari Bajet.)

Selesai itu,
aku ingat settle.
rupanya TV pun penting katanya..
Aku dan bini tengok2 kat jenama hanabishi..
nakamura, siti nurhaliza..

tapi bapak mertua aku mengarahkan
aku memilih antara LG flat screen 21'
dengan Panasonic.
Tanpa membantah,
bini aku pilih LG flat screen..hampir RM 5++
(bajet dah jauh meninggalkan kami,
bukan lari, dia naik bas)

ingat dah setel.tak jugak..!
bapak mertua kata,
nanti kimi boring, baik amek DVD player.
Hapa?? aku amek yg paling murah.
jenama SINA. RM 120.
bajet dah tak kelihatan)

Selesai semua.
kira..dekat2 RM 2ribu..
(aku dah nak pensan..)
tapi, bapak mertua aku g ke kaunter bayaran..
Dia bayar.cash.
(aku sangat2 rasa malu...Tapi mahu)
HAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!!!

pastu dia kata. Kabinet jer aku beli sediri.

Petang, aku dan bini g memilih kabinet dapur..
sebab bajet datang semula kepada kami,
dengan gembira bini aku memilih kabinet dapur yg paling
dia suka..
dekat2 RM 3rat jgk kabinet rupanya.

ada lagi bajet.
kami sama2 memilih kabinet TV..

pastu, beli jugak Ampaian yg lipat2 tu,
yg paling besar.

ada lagi belen duit ni.
Hari ahad, kami memborong barang dapur...
kicap, sos cili, sabun, semua amek yg besar.
dan belen duit, buat aku bayar deposit 2bulan
dekat tuan umah.

Bini aku nampak gembira...
walopun nampak penat.

kemas umah pun tak abes lagi..
petang karang sambung...

Aku kagum dengan DVD playerbaru ni.
bole baca tamdraiv.ada usb port.
mcm komputer.bole main MP3,MP4, JPEG,PJK, AMN.

turun tepen, dtg a umah.

*************************************************

baca metro arini,
kat bahagian sukan..lucu.
hilang sikit penat...

antaranya...sms dari peminat..

1) Dengan negara asia pun kena 5 gol,
Nasib abik MU tak datang,
Kalo tak, mungkin 20 gol. REES

2) Pemain negara tidak serasi sesama sendiri.
rasanya, ambil saja skuad negeri Perak
jadi wakil negara, mungkin ada baiknya.GMARTTHEMASTER

3) Kapten Malaysia sepatutnya Shahrul Azhar(Perak)
Yang ada strategi dan peningkatan.KAEDE

4) Raja Ahmad melenting sbb prof Khoo
kata malaysia main mcm robot.
Ok la tu kerana Transformers pun robot juga!
Nasib baik tak kata Keldai atau lembu.REZA

5) Kepada Raja Ahmad zainudin,
kali ini orag tak panggil pemain Malaysia Robot.
tapi transformers,
Kejap jadi kuda kepang,
kejap tukar jadi tunggul kayu.The kop

10 comments:

Nida Shaari said...

fuiiiiyyoooooo!!!

Marliza Radzi said...

woah baiknya pak metua hang! sujud syukor sket. heh. sonoknya nak idop sendiri!

bilala nak jengok anak ko (dan rumah baru ko) ni?

KiMi said...

Cudaz:
Fuwoh.mai la umah aku,tgk dvd.

am:
aku menumpang tuah anak kesayangan depa la am = aku menantu bertuah.wakaka

mai la umah..
best jugak idup sendiri..

Anonymous said...

aku pun pindah rumah gak ujung bulan ni..dpt rumah selesa sket.tp byk juga nk kuar ni.deposit rumah, beli almari 3 pintu, ampaian kain lipat2..nasib baik housemate aku yg dh lama keja dgn rela hati membeli dapur, petis ais, sofa mesin basuh, tv berserta astro.. tumpang tuah org jugak nih..

Anonymous said...

oit..umah hang kat taman apa ?

Nida Shaari said...

Tu la pun.. aku ada byk DVD tapi aku xdak player..

Anonymous said...

baghu hang TAUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahahahahaha.

Aku pon beli cash, tapi masih berutang dgn mak aku...belen rm1800 lg hahaha padan muka aku gak

Anonymous said...

kalaulah semua mertua baik mcm pak mertua hang..hang kena jaga hati pak mertua hang baik2..x semua org bernasib baik mcm hang..

Anonymous said...

"kau, tak jaga anak aku tu baik-baik. cucu aku. siap kau."

dalam maksud tu... ;)

KiMi said...

Fideen: hang nak turun kmunting ka? larat?
Cudaz: ha.. rasanya DVD ice age dgn practikal magic aku punya ada kat hang.kan?
Mr crab: aku slalu jaga ati pak mertua aku.kadang2 aku panggil dia spanbob.
kanot:yaaaa.aku tau!!
Pakdi: kau jer slalu buat benda yg ada makna tersirat..