Tuesday, March 11, 2008

PRU 12.Yang tersurat dan yang tersirat


Dah 3 hari PRU 12 berlalu.
Rakyat Sudah bersuara dgn jelas kepada BN(Barang Naik)

Tahun ni adalah kali ke-2 aku mengundi.
Aku mengundi di Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong.
Alhamdulillah, seperti yg dijangkakan,
Orang yang aku Undi, Menang..

Sebenarnya, suasana kemenangan itu telah
dapat dilihat seawal tarikh mula berkempen.

Apabila kebanyakan pengundi tidak menonton Buletin Utama.
Apabila kelihatan Lori2 Treler memasang bendera
PKR, PAS dan DAP pada bahagian hadapan lori.
Kelihatan India2 estet membawa bendera PAS,

Apatah lagi bila tiba hari mengundi,di kampung aku,
"pondok2 panas" PAS dijaga oleh kaum india dan Cina,
bersama2 golongan professional melayu, cikgu,ustat dsb.

manakala pondok BN dijaga oleh mat2 rempit dan
beberapa org pemuda yg sekolah menengah pon tak habis.

Bila aku melangkah masuk untuk mengundi,
aku lihat dalam peti undi transparent
byk yang undi PAS.
(kami telah dipesan supaya tidak melipat kertas undi)
termasuk cina depan aku,dia undi PAS.

Malam, aku menanti dgn penuh rasa ingin tahu.
Kami sekeluarga menanti depan TV.
Aku ditugaskan untuk mencatit kemenangan
PAS, PKR dan DAP pada skorbod.

Abg Azam dan IQbal pula bertugas sbg tukang tgk TV
dan memberitahu tempat mana yang dimenangi.

Rupanya keputusan di TV1 hanya yang sahih, lembab.
TV3 lagi la.
Mujurlah aku ada Koresponden dari pelbagai lokasi.

Koresponden pertama, Arin,
menelepon seawal pukul 8 lebih.
memberitahu tentang tewasnya SAMI VELU.
dan kemengan 3-0 PAS di P.Buntar.

Kemudian, Koresponden di Kelantan
Amin Idris mengkhabarkan, 38 DUN telah disapu
dan Awang Adek Kaloh beghat.
Amin lupa habis bahawa MAn U kalah pd mlm tu.

Koresponden di kedah, sapa lagi kalo bukan KANOT,
mengkhabarkan bahawa Kedah juga dapat dirampas.
Kanot juga lupa Man U kalah.

Kumudian Arin pula mengkahbarkan lagi bahawa
Shahrizat Jalil kalah serta P.Pinang juga berjaya dirampas.
Roger and out kata Arin.

Kemudian, berita Perak dan Selangor dirampas juga diperolehi.

TAPI.TV dok ulang kputusan kat MELAKA, JOHOR, DGN T'GANU jer.
serta SABAH SERAWAK.
TV3 lagi BODO.dalam dok tau kalah tu, lagi mau up BN.

Depa igt rakyat BODo ka,
ada internet,
ada telepon,
ada SMS,org bole tau.

YAnG PALING NAK TERGELAK,
MASA RASHID SPR UMUM KEPUTUSAN.
DIA PULAK YG SUGUL.MCM DIA YG KALAH.
EH?MUNGKIN DIA YG KALLLAH.
HAHAHAHA.

Tepat kul 4.30 pagi, aku tidor dgn gembira.
kerana perjuangan selama beberapa tahun,
akhirnya terbalas....
dan jugak kerana aku tau MAn U kalah,
dan liverpool menang 3-0.

sehingga semalam, majoriti rakyat masih terkejut.
dan masih sembang bab politik.
termasuk peguam2 di court Ipoh,
serta Runner2 yg buat Filing.
Runner pon tau, bahawa MB baru Perak mesti melayu,
sbb negeri ada Sultan.

Maksudnya, kebanyakan Rakyat Malaysia dah celik Politik.
BN jer yang tak sedar.
TV3 jer yg masih bangang.

Semalam,aku nk ke Court Ipoh, kena lalu jln lain,
sebab jalan dpn SUK tutup,
pengambil alihan kerajaan baru.

Aku pasti, Rakyat Perak, Selangor, P.Pinang, Kedah
dan semestinya Kelantan, amat berpuas hati dgn keputusan kali ini.

Alhamdulillah...TAKBIR!!!!!.

Pesanan aku, kpd kerajaan baru, Tadbir dgn adil dan Saksama.
kalo best, next election, mesti Org pilih lagi.

Pastu, pertimbangkanlah pendapat DR Mahathir supaya berundur ya.

dan TV3, sila jgn ego sgt, saya ada AXN dan ESPN serta
AWANI utk ditonton.

cuma yang aku tak Hilight ialah,
kereta aku rosak lagi .
kena ganti benda ni.


lalu aku tiada bajet untuk menghadiri kenduri
Kano di Pahang.
Selamat Pengantin Baru utk Kano.

Ada rezki, aku akan ke Kuala Kedah ujung minggu ni.

No comments: