Monday, April 28, 2008

sesuatu yg boleh dielakkan... kan?

Udah2 la cik Ramli....

114 Komen.

mmg hebat penangan cik Ramli ni.
Jadi, sudah lah...
Kita tutup kes cik Ramli dan teruskan hidup.

hujung minggu lepas aku balik kampung (lagi)
pergi kenduri bersama mak, anak dan bini aku.

Tgh aku makan, aku dengar group sebelah bebual.
(Kat kampung aku makan hidang.
Setalam 3 org.)

grup tu berbual.
bunyinya macam ada satu kes besar kat Kampung aku.
dengar la jugak aku sikit.
Polis, mayat tergantung.

Fauzi dpn aku pon tanya,

Napanya disurahkan?
(** dialih bahasa :depa sembang apa tu?)

Taho am.jawabku.
(**Ntah lah.)

Lantas aku mencuit org disebelah aku,
grup satu lagi tula.
dia tokey minyak batu 5.

aku tanya,
Napanya?Urang ninggel kah?
(**Pehal?ada org mati ke?)

Hi ih,munuh diri, ngentung gulu.
(**, ye, bunuh diri, gantung tengkuk)

Sipanya?
(**Sape?)

Owh....aku kenal org itu.
Kisahnya memang diketahui org disitu.

Mangsa sebenarnya mengalami tekanan perasaan.

Mangsa adalah budak yg boleh dikategorikan pandai jugak.
Tapi, bila masa nak amik SPM,
Mak bapaknya tidak mahu membayarkan yuran SPM.
Kalo nk amik jugak, pegi kerja, cari duit sendiri.
Padahal, bukan org susah pon.

Lantas, beliau mula mencari duit dgn
cari surat khabar lama dan sbgainya.
sehingga samapai satu tahap..
wayarnya putus.

Apabila wayarnya sudah putus,
ibu bapanya tidak membenarkan beliau masuk ke rumah.
Maka merempatlah dia di jalanan.

Kemudian, apabila bapa saudaranya meninggal dunia,
beliau tinggal di rumah bapa saudaranya yang hampir roboh.

Makan minum dari Ihsan org yg bersimpati.

Ibu ayah sedikit pon tidak amik pot.

sehinggalah beliau sudah tak dpt nk
terima tekanan perasaan kot...

WAMAK ada memberitahu berbual dgn beliau 100 hari
sebelum kejadian.

Katanya:"aku ni, hidup menyusahkan org,makan minum tak tentu.
mak ayah tak peduli, lagi baik mati.

Dan bagi aku,
mangsa sudah putus wayar,
jadi tindakan beliau tidak ada dosa pahala.
Mak bapak la tanggung sok kat akhirat.

untuk rekod.
Adik-adik beliau juga mengalami nasib yg sama sekarang.
Adik lelaki beliau terpaksa bekerja selama setahun
untuk membiayai pelajaran.

Adik perempuan beliau juga terpaksa bekerja untuk
menampung yuran SPM,
Adik perempuan beliau adalah bekas student kakak aku.
budaknya pandai.

Yang aku tak paham,
anak nk amik SPM,
kenapa tidak diberi wang?
Jika susah sekalipon, usahakan.
kerana anak bijak.

kesian kat anak2.
kalolah dulu diberi yuran tu,
mungkin anak tersebut dan kerja yang bagus2 sekarang.
apa cadangan korang?
bom je mak bpk dia?

No comments: