Monday, August 18, 2008

SUMPAH LAKNAT? EH? NI KES APA?


Hujan lebat bersama Guruh berdentum dentam..
Waktu yang seswai untuk Update blog.javascript:void(0)
Publish Post
Karena waktu sebegini, otak malas nak kerja.

Jumaat lalu dalam berita,
Saiful Bukhari membuat sumpah laknat.

Aku dgn spontan berkata kepada Isteri,
sepanjang 4 tahun mengaji syari'ah,
Sumpah hanya untuk kes Li'an saja.

Lantas, esoknya, perkara yang sama diutarakan
Tuan Guru haji Hadi.

Tapi, aku bukan nak kata Saifol tipu,
Anwar betul, atau sebaliknya...
Cuma, cara sumpah itu dibuat,
dengan liputan media, dalam Headline berita,
bukankah itu sudah mengaibkan orang.

Kalo nk sumpah pon, dalam kawasan tertutup,
depan org2 yang berkenaan.
Jadi, aku percaya,
Upacara sumpah tersebut,
ada "tangan2 yang berkepentingan" dibelakang saifol.

Tapi, aku juga tidak menolak kemungkinan apa
yang Saipol cakapkan itu, mungkin benar2 berlaku.
Mungkin juga berlaku waktu lain,
atau tidak lansung berlaku.

Aku telah berbual dgn beberapa bekas " Anwariyyun" (ayat suhail).
yang mana, mereka percaya, Saifol bercakap benar.

Dari pemerhatian aku juga, aku lebih percayakan Saifol.

alah..kita ni berada di akhir zaman.
macam2 perkara pelik berlaku.
Manusia akhir zaman,
tak banyak, sikit mesti ada "slack" sikit.

Ada ustaz yang mengajar Al-Quran.
Tapi dlm masa yang sama dia adalah GAy,
mcm kes kat Indonesia tu.

Pastu, kita jugak selalu dengar,
Imam masjid Rogol orang.

Imam masjid kena tangkap Khalwat.
Ustazah kawin wali ghaib..
dan mcm2 lagi.

Jadi, adalah sgt tidak mustahil,
terjadi kepada ahli politik.

mcm aku yang agak baik ni pon,
Kot la..heheh
ada juga sleknya,
kadang2 miss subuh. Dulu la.

Walopun pahaman politik aku tetap tak berubah,
tapi pandangan peribadi aku terhadap seseorang,
berubah-ubah mengikut peristiwa.

Sama-sama kita menilai, sama2 kita tunggu
sapa yang kena laknat dullo...

*****************************************************
Komputer aku sudah lama menjadi
tukun tiruan di rumah,

Baru2 ini, komputer kanot pula
menyusul menjadi tukun tiruan.

Jadi, aku nak beli komputer baru atau leptop.
mudah aku mau buat kerja,
Mudah juga aku mau main game.

tapi belum berjumpa yang didalam kemampuan aku.

*****************************************************
Kali pertama aku jumpa Plaza tol PLUS yang mana,
tolnya ada dua. untuk hala ke Penang lain,
untuk hala ke Ipoh lain.

selalunya, situ kita masuk, situ la kita kuar balik.
Tapi tidak bagi plaza tol Bukit Tambun.
Aku masuk la balik kot tol yang aku kuar,
utk ke parit Buntaq..

EHHHH.......awat hala ke JURU???
rupanya, kalo nak pi ipoh, tolnya sebelah sana.
Siol.




No comments: