Monday, September 22, 2008

macam2 ada

Aku tatau la apa jadi dgn suasana Politik
kat Malaysia sekang ni.

Tiada langsung kepastian.

sebab, aku dah lama tak tgk buletin Utama.
Tu yang menyebabkan aku lansung tatau
apa jadi dgn suasana Politik sekang.
Lalu aku tak pasti.

Kerana, malam kita siap2 nk pi terawikh.
Jadi mallas la nk tgk buletin Utama.
lagi satu sebab anak aku
pulak meminati rancangan Bolos.
Jadi sapa pon tak bole kacau dia tgk rancangan tu.

Kalo nk tau pasal politik.
Pi baca blog kanot.
Tapi politik sebelah pihak saja la.
sbb kanot pastinya akan menghentam BN.

Aku pulak, sekarang ni lebih
tertarik kepada pandangan yang diutarakan
Faisal Tehrani.
Beliau tidak menyebelahi mana2 pihak
dan kritikannya bermesej.

Berbeza dgn kanot yang tipikal PAS.
Hentam.
hahaha.

Kalo nk tau apa FT kata.
Pi la blog dia.
hahaha

Cuma aku nk tanya pihak berkenaan.
dulu masa minyak dunia naik,
dalam masa 24 jam.
harga minyak terus naik.

Sekang ni, harga minyak dunia dah turun.
apasal secara Lembab sekali nk turunkan harga?
BUDUH.

***************************************************
Pagi Sabtu yang lalu,
aku sekeluarga saja2 nak pi usha2 apa2 offer yang menarik.

Ramai gila UMAT di seluruh pelusuk pusat membeli belah.

Aku hanya berniat membelek untuk usha harga.
Duit pon tak bawak.

Tiba di satu butik.
butik yang tahun lepas aku beli baju kat situ.

Bini aku dgn lajunya memilih baju.
lantas dia berkenan.
lalu dia memilih untuk aku, untuk dia dan hanany.
sedondon.
Hanany dah bole pakai baju kurung.

Lagi la dia excited.
apa lagi....angkat terus laaaaaa................

oppp....tu baru baju raya pertama.
Raya seterusnya..hari lain pula...
yaAAAAAAAAAAAAAAAA...........


********************************************
Aku tak sedar..
sebenarnya Blog aku yang aku saja suka2 tulis ni
ada silent reader.

Awal2 dulu aku tatau pon ada term silent reader.

rupanya silent reader ni,
org yang baca, tapi tak komen apa2.
sengap saja.

patutla hari2 aku check org yang datang blog aku ni puluh2 org.
yang komen pula balik2
Arin, Kanot, Aseb, Pakdi, Matjap, Mohsen, Am, Kano, Madulebah.

yang lain2 tu. sudi2 kan la komen.aku pon nk tau apa blog korang.


***************************************************

Majalah 3 Sabtu lepas ada membuat liputan tentang
kuih "KALAKATAR" iaitu sejenis kuih popular
kaum BANJAR.

Majalah 3 telah membuat liputan bagaimana Bini Haji Ajiz
dari Batu 5 Jalan BAru 34200 Parit Buntar
iaitu kampung aku membuat kuih KALAKATAR.

Dulu mak aku selalu buat kuih tu.
dah KALAKATAR mak aku adalah yang paling sedap.
tapi mak aku tak jual.
bagi anak2 makan saja.

Terima kaSIH Majalah 3 kerana memperkenalkan
kuih warisan Kaum BANJAR.
sadap wadainya toh.

No comments: