Friday, October 17, 2008

ENTRY RINDU.AKU ORG KE-6 kot.


Semalam aku dgn Abai minum2
lepas court.
Kami lega kArena DATO' Z miting.
tgh minum, Azhar datang.
Dia bising2 kerana dtg dari jauh,
tapi Dato' tadak.

kami pon dok sembang pasal kehidupan,
kawan2.
Abai kata sejak kawan ramai yang dah kawen,
semua dah bawak diri masing2.
tak sama macam dulu.

Kami bertiga praktis di state atas sebab
kekeluargaan.
Azhar kata, dia praktis di state kerana ikut cakap Mak.
Tapi hujung minggu dia ker KL.Jumpa kawan2.

Aku pulak, dah ada anak bini ni,
mana la nk sempat nk gi jumpa kawan2.
kadang2 samapi lupa pada kawan2
kerana masa aku selain kerja,
adalah dengan keluarga.

Harini, aku balik court,
sorang2.sebab loyer2 senior semua
dah balik.
Farhana dan samsinaralia ada agenda masing.
lalu aku minum la sorang2 di faveret spot aku
di restoran bumi.

Masuk opis,
Am ada dlm YM.
Aku berkata kepadanya tentang kebosanan aku harini
sbb minum sorang.
dan aku berkata aku merindui dia, dan rakan2 sewaktu di HSK.

Lalu Am pon buat entry Pasal rindu.
Dia pon masukkan nama aku dan keluhan aku pagi tadi.
Lepas baca entry dia,
aku bagi komen,
Aku tak ulang la apa aku ckp kt dia dlm YM,
cuma aku tambah,
kalo aku main game sorang2 atau tgk EPL,
aku akan terinagt kawan2 juga.

JAdi, kalo time keja, Aku akan igt kwn2 HSK.
Kalo main game atau EPL.tentu la aku akan igt Kanot, Aseb,
Matjap, Pakdi, Kaie.

RUPANYA.............
WAHHHH!!!sedap pula kanot dan aseb BOMM aku di situ.
gara2 aku pernah kata tak teringat lansung kt depa bulan puasa lalu.

Aku memang tak teringat lansung kt depa bulan puasa lalu
dek kerana aku sebuk dok Igt pasal mesin soya dan meniaga soya.
cuma aku teringat saat makan Coq peneram dgn kanot. saja.

WAHH..BOMM berterusan..

Tapi, what the heck..
tak salah kot aku nak rindu kt kawan2 HSK.

Sebab dalam tahun 2006.boleh dikatakan setiap hari
kami makan bersama2 melainkan hari masing2 ada legal Aid.

DAN LAGI LA TAK SALAH AKU NK RINDU KAT ASEB DAN KANOT.

Aku baru hidup sebumbung dgn bini aku 2 tahun lebih.
Tapi,kalo aku gi jauh, aku akan rindu dia.

Manakala Aseb dan Kanot dan kaie,
Aku idup sebumbung dan tidor sebilik dengan deorg
sejak tahun 2001 sampai 2005.lama tu,

Dan aku tidor sebelah Aseb selama setahun pada tahun 2006.
eww...jgn fikir bukan2..separuh dari tahun 2006 tu, apon pon tidor sama
dgn aseb..hahaha.

jadi, selama itu jugalah kami main game sama2..
tgk bola sama.
kadang2 pukul 4.30 pagi aseb ajak aku tgk bola kat MAmak
dikala Liverpool membelasah Arsenal.

Buleh dikatakan, hidup dgn kawan2 dan main game hari
memang best.

Tapi, hidup mesti diteruskan.
takkan nak main game hari2 sampai tua...

Bila dah ada keluarga...
keluarga diutamakan...
Aku takkan main game kalo bini aku yang nak main game.
Aku takkan tgk bola kalo anak aku melalak nk tgk
Harimau kat APL.
Aku pon takkan pasang internet semata2 nak memenuhi
keinginan main game dgn aseb dan kanot secara Online,tapi tak mampu byr bill ujung bulan...

Aku juga takkan ke KL kerana Mak aku mahukan aku di sini.
Aku juga takkan bawak ank bini pindah KL,
kerana Mak mertua aku masih memerlukan
Kak Long untuk sesekali menjaga Adik2..

Aku juga takkan call, Am, Suhail, Kano Atau Pon
Adrin hari2 lalu bersembang pasal kenangan di HSk...

Cukuplah sekadar kita saling merindu sesama kita....
sebagai tanda ukhuwah kekal ke syurga.....

No comments: