Salam Tahun Baru 1430 Hijrah
Kepada semua muslimin Muslimat
Mukminin Mukminat.
Malaysia.
iLebih gembira menayambut Tahun baru 2009
Sedikit saja yang sedar bahawa kita sepatutnya menyambut tahun baru 1430h.
kalo nak baca perbandingan dgn Palestin yang sedang
dijajah oleh YAHUDI laknatullah,
Sila ke Blog Kanot.
Senario di Palestin, mmg semua org dah tau.
Kita tak mampu buat apa selain berdoa dan
memboikot barangan yahudi saja.
Jgn guna henpon Nokia, guna CSL.
jgn makan Mekdonal, makan la Radix Fried Ciken.
Baru2 ni, diambang sambutan tahun baru 2009,
aku ternampak segerombolan anak melayu
yang pada hemat aku berumur tidak lebih 17 tahun.
Ditepi pintu masuk sebuah
pasaraya besar, tanpa sebarang perasaan
takut, malu, atau apa2 la.
dengan selambanya meneguk "Air Kencing Setan".
yang lalu lalang hanya mampu terkebil2 melihat
Aku tidak terkebil, sbb tahap biasa la kt Malaysia tahun 2009.
Salah siapa perkara ini?
Salah Ibu bapa tidak mendidik?
Aku tak beranai nk kata,
sbb kadang2 berbuih mulut mak bapak.
sikit pon tak amik pot.
Salah Guru2?
tak berani nk kata.
Guru2 baru tunjuk sajak kematian, dah nk dikenakan
tindakan.Camna nk mendidik?
Salah org ramai tak menegur?
Tahun 2009?di Malaysia?
silap tegur, kita yang kena bunuh.Ya, Bunuh.
Salah Pemerintah?
Malas komen.
Karang kena ISA.
Aku agak risau tentang anak aku nanti.
Tahun 2009 sudah begini
tahun 2021 nanti bagaimana?
tak taulah....
Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah.....
Pernah dengar hadis? Bayi itu lahir seperti kain putih.
Terpulang kepada ibu bapa untuk mewarnakannya menjadi apa..
Ank aku diwarnakan begini..
Leptop (kegemaran aku dan bini) digunakan oleh anak
untuk menonton CD alif Ba Ta( Bini aku beli) untuk bagi dia Familiar dgn
mengaji sambil memakai jersi TORRES (aku beli) supaya
besar nanti, malam sabtu dia dok umah tgk Bola dan tak tgk
Akedemi Fantasol.
Bila letih...dia pon tidor....
*************************************************
ARIN dah resign ARB selepas hanya sehari kerja!!!!!!!!!!!!!!!!!]
GEMPARRRRR!!!!!!!!!!!!!!!
apakah puncanya??????????????
silalah ikuti blog ini diwaktu yang sama iaitu waktu pejabat anda.
No comments:
Post a Comment