Tuesday, March 10, 2009

KENAPA KAMI DITAHAN?

Diceritakan kepada penulis oleh Mangsa
yang ditahan polis kerana ingin menyertai
perhimpunan membantah PPSMI.

Sabtu
Lebih kurang pukul 9.00 pagi,
kami bertolak dari Ipoh menaiki
bas PLUSLINER yang telah disewa khas.
2 buah bas..80 orang.

Kami hampir tiba di tol jalan duta
sekitar Jam 12.30 tengahhari..

Tanpa disangka, kami "disambut" mesra oleh
Pihak polis.
seorang anggota naik ke atas bas.

Sebuah lagi bas dibelakang kami
juga dengan 40 orang penumpang
pula sempat bertindak.
Para penumpang bertindak turun
dari bas sebelum sempat
pihak polis menhan bas tersebut.

Bas kami dibawa ke balai polis sentul,
diiringi macam kereta MB.

disana, rupanya dah ada yang ditahan,
Bas dari Tapah.

sekitar pukul 1.00 lebih, kami ditahan di balai polis
sentul.
kami kemudiannya dikumpulkan di dalam
sebuah dewan, disitu kami solat Zuhur berjamaah,
kemudian disambung dengan solat hajat.
kemudia, kami BERTAKBIR menggegarkan
balai Polis tersebut.

setelah menempuh perjalanan jauh,
pastinya kami lapar.
kami hanya dihidangkan dengan air mineral
dan sepotong kek.
Saya enggan makan. begitu juga dengan rakan2 lain.
Kami mahu makanan sebenar.

setelah didesak pihak polis akhirnya akur lalu
membenarkan 5 orang satu trip untuk ke kedai makan
berhampiran balai dengan ditemani seorang anggota.

dalam masa yang sama, pihak polis
mengambil keterangan dari setiap yang ditahan.

seorang rakan saya, yang juga bekas seorang Guru besar
telah memberi buah keras kpd pihak polis.

Beliau berkata,
"Saya ni adalah guru Bahasa Inggeris!
saya sendiri merasakan PPSMI adalah satu yang sukar,
apatah lagi anak2 kita!!"

"tapi saya tatau la kot2 anak encik memang hebat gila Bahasa Inggeris"

dan beliau juga mempersoalkan mengapa kami ditahan?
sedangkan kami ingin menghadiri program yang mendapat permit.
kami ingin memberi sokongan supaya PPSMI dimansuhkan.
Ini bukan program parti politik.
ini program NGO untuk kebaikan generasi kita, anak2 kita.

tiada jawapan yang konkrit dari pihak polis.hanyalah mengikut arahan.
Sapa bagi arahan?Najis Tong Rosak?ntah la.

Seorang dari kami pulak lebih hebat,
Bila polis bertanya, "apakah kegemaran anda?"
Dengan selamba dia menjawab, "BERDEMONSTARI!"

siapakah rakan2 anda?
"TOK JANGGUT!"

saya sempat menelefon anak saya yang telah tiba di Masjid negara.
Anak saya berpesan,
"Abah jangan pegi dekat2 sangat, nanti kena Gas"

saya tidak memberitahu kepada anak saya bahawa saya telah ditahan.

kami ditahan sehingga hampir pukul 4.30 petang.
salah seorang dari tahanan wanita ada membawa anak kecil.
anak kecil itu asyik menangis.

Kami pula tanpa henti Bertakbir sambil "membakar"
pihak polis.GEGAR balai tu.
Akhirnya mereka akur dan melepaskan kami.

sewaktu seorang anggota naik ke atas bas untuk menyerahkan
Kad Pengenalan kami, kami sempat berjenaka kepada beliau.
Encik, besok dah pencen, kami bagi borang, masuk PAS.

Polis tu pon jawab balik,
"OK, dua tahun lagi saya pencen, saya Pon orang ipoh".

Kami di "escort" sehingga ke hentian sungai buloh,
punya la takut kami patah balik Pi demo.

Kesimpulan dari saya,
PIHAK POLIS HANYA MAMPU MENAHAN KAMI DARIPADA
MENYERTAI BANTAHAN MANSUHKAN PPSMI DI MASJID NEGARA,
TETAPI SEMANGAT KAMI AKAN TETAP UTUH DAN TIDAK AKAN MAMPU DITAHAN
DAN SEMANGAT KAMI TAK KAN PADAM SAMPAI BILA-BILA.

seperti yang diceritakan oleh Encik H kepada penulis.
Entri akan datang, kisah dari anak Encik H yang berada di Masjid Negara.

***************************************************************************
KAWAN BARU-Bro Shairi

Terima kasih kepada Yatt kerana memperkenalkan Bro Shairi
kepada aku masa aku cari Runner untuk amikkan Geran di PTG subang.

Hari Isnin, Bro Shairi Janji nak jumpa aku di Ipoh untuk bagi geran
sebab dia nk ziarah kakak dia di Ipoh.

SMS beliau, " Bro, sya Gerak dlm kul 1, KL ujan lebat, baru je
stop, sampai sy Roger"

tapi baru je kul 1 lebih, dia SMS lagi
"Bro, dah sampe spg Pulai, pekena teh tarik dulu nanti gerak sy roger"

mak aih?cepatnya?
masa tu aku tgh makan di restoran tasik raban dgn anak bini.

pastu dia call, "Bro 15 minit lagi saya sampai masjid tambun"
saya naik moto.

uik?dari simpang pulai ke Tambun 15 minit jer?

di masjid tambun, 15 minit kemudian,
yaaaaaa.....tak salah lagi jangkaan aku.

masa aku nampak dia bawah bumbung parking tu.
MOTO BESSARRR.pada la dari kL ke ipoh sat ja.

ini gambar abg shairi. Bro.






aku sempat tanya, berapa laju tadi?
"240 jer", katanya.

Erkk!!

dia juga sempat kata, Kimi pon bole pakai moto ceni,
tapi dia nasihat, "kena tunggu dah berumur baru bole pakai Moto ceni"
sebab orang muda bahaya naik motor besar ceni, tak beringat."
ada kawan saya, muda, asyik eksiden jer."

"orang tua, bwk motor, laju, tapi beringat"

umur bro shairi ni 40-an, sikit lagi nak sama umo bapak mentua aku.tapi BRO.

last posing sebelum jalan.




TQ BRO shairi, nanti tua, aku pon mau beli MOTOK besarrr.
(Bini aku tambah, Motok bessar bawak miza, tapi kena pi mekah dulu)

No comments: