Saturday, May 30, 2009

aku tgk jam..
laaaa..dah kul 9.45.

Aku tepom opis.
staff angkat.

Aku bgitau aku baru bgn tidoq.
Depa pun kata..kalo cik kimi lambat sikit lagi.
kami balik.Kami dah punch.kerja dah masuk.haha

oit...tunggu saya mai dulllo..

sebab aku mai lambat, aku bagi depa balik awal arini..
Sengih saja semua.

************************************************

Semalam ada member datang opis,
dia kata, waahhh, apa opis attire macam ni.
rileks aaaa...kata aku.

Aku dulu tak minat jadi loyer.
Tapi bila pikirkan itu rezki, buat ja.
Tapi yang jadi motivasi ialah,
Aku nak buat macam "Ed"..

Ala...cerita loyer kampung yang bukak Bowling alley pastu
firm dia dalam bowling alley.

Pastu dia kat opis pakai t-shirt ja,.

Hahaha.kat malaysia bar council tak bagi buat firm dalam bowling alley..
Tapi bar council tak dak kata tak bole mai opis pakai t-shirt.

jadi, inilah hasilnya.

Pakai baju kegemaran


tgk cermin sikit.hahah.


Ini pemandangan opis dari bilik aku.


Kelihatan cik na dan abg mat tgh kusuk kerja.((nampak kepala sikit ja)
*****************************************************************
Dok sorang2 kat taiping ni,
buat kita kadang2 teringat kisah2 lama.

Aku teringat pasal roomate aku dulu2.
Bukan Kanot, Aseb dan kaie.

Utk pengetahuan,
kanot, aseb dan kaie adalah roomate bila di Gombak.
Roomate bila aku dah pandai bwk diri.
Tadak jasa sangat dalam membantu aku membiasakan diri dgn hidup Hostel.

Aku tak pernah masuk asrama.
aku dulu sekolah balik hari.

Roomate pertama aku adalah masa matrik.
nama depa:
1.Faizul Mokhtar.Budak kelantan.Badan Ketul2 tapi takut serangga.
2.Suardi, Budak kelantan, trash metal.
3.Hilmi Mohamad, Budak kelantan lagi.mat skema.
4.Haza. Budak seremban.Tak pernah miss solat kat masjid.
5.Syed Mutalib, ntah asal mana, mat stadi.
6.Syawal, Budak Terengganu. mcm lurus2 jugak.
7, Awangku Sufian. dari sabah bah.

Pastu ada juga squatters macam Fadzrin Safea dan Idzfar.

Depa ni la yang sebenarnya membantu aku dalam memperkenalkan
dunia hostel pada aku.
sangat banyak membantu.

kenangan manis mmg banyak.
cuma macam hilang dari memori sekejap
akibat diliputi hidup GELAP zaman roomate
dengan kanot, aseb dan kaie.

Aku dah lost contact dgn depa,
Faizul berenti dari UIA lalu masuk UiTm,
Suardi pon aku tatau pi mana,tapi depa kata konvo pon dia tak mai.
Hilmi pon aku tatau pi mana, engineer ni.
sama la haza.Syed mutalib, syawal dan awangku sopian.lost contact.

Fadzrin paling last aku jumpa masa dia kerja SME bank.
masih main gitar kot.

Idzfar paling last masa dia jemput pi kenduri kawen, tapi aku tak pi.

kalo sapa2 ada kenal depa, sila bagi cara utk kontek balik.
nak menyambung balik silaturrahim.

**************************************************************

No comments: