Friday, June 22, 2007

6years + 1year

Hari itu..pada tahun 1999,

sewaktu ghatering hari raya Sekolah.
Waktu itu, aku di tingkatan 5.
Para pelajar berkumpul di Gelanggang antara blok.
Sambil menikmati juadah, sambil menonton persembahan..
Sebagai "orang besar" sekolah,aku sekadar memerhati keadaan.
Rakan2 rancak berbual,
katanya ada sorang pelajar perempuan baru pindah.
Budak tingkatan 2. Dengarnya, agak cantik...
Pada mulanya aku tidak mengendahkan hal tersebut..
Tetapi, rakan aku berkeras mahu menunjukkan kpd aku siapa orangnya..
lalu dia menunjukkan kepada seorang pelajar perempuan.

Aku melihat ke arah Pelajar yang ditunjukkan.
bole tahan..dia memakai baju kurung berbunga merah.
sewaktu aku melihat kearahnya,
tidak semena-mena dia berpaling ke arah aku..
Sebagai "otai", aku tidak mengalih pandangan
dia nampak terkejut, tapi masih memandang tepat kepada aku.
selama bebrapa saat sebelum dia dipanggil oleh rakannya...

Petang, sewaktu aku berada dalam Pejabat PRS,
tiba2 aku terasa ingin berpaling kearah dinding cermin.
Di sebalik cermin, pelajar perempuan tadi tepat memandang aku.
dia tersentak kerana aku berpaling,
tapi untuk beberapa saat kami bertentang mata,
sebelum dia tunduk malu lalu lari.

tanpa ku sangka...beberapa hari selepas itu...
Aku menerima sepucuk surat darinya...

tahun 2007

setelah hampir 7 tahun Insiden tu berlalu....
Aku masih berpeluang utk memandang tepat ke mata
pelajar perempuan yang dulunya tingkatan 2 tersebut..

Bezanya sekarang...walaupun masih malu2,
dia tidak akan mengalihkan pandangan..
tetapi akan terus memandang muka aku lalu mengangkat kening.
jika aku tidak berpaling, dia akan menolak muka aku
dengan lembut sambil berkata..
"tgk tivi..."

Atau, jika aku masih memandang, dia akan membaling bantal
atau apa sahaja yang sempat dicapai, ke muka aku..

Surat yang aku terima 7 tahun dulu masih aku simpan,
Jika aku membaca surat tersebut secara kuat2 didepannya..
dia akan membaling bantal, tilam, Botol anak,
tivi dan sebagainya supaya aku berhenti membaca..

Tapi aku hanya akan berhenti jika peti ais yg dibaling.

Pada hari ini juga,
Aku rasa amat bersyukur
kehadrat Allah kerana
dikurniakan seorang isteri yang baik..
DAN seorang puteri yg comel...

Terima kasih kepada Isteri kerana
menghantar surat utk berkenalan.

Terima Kasih kepada Isteri kerana
setia menunggu bertahun lamanya..

Terima Kasih kepada Isteri kerana
berani meluahkan perasaan hati..

Terima Kasih kepada Isteri kerana
sentiasa memberi apa yang terbaik..

Terima Kasih kepada Isteri kerana jerih payah sewaktu hamil.

Terima Kasih kepada Isteri kerana
menyabung nyawa utk melahirkan anak kita..

Terima Kasih kepada Isteri kerana
bersusah payah berpantang dan menjaga anak kita..

Tak banyak yang mampu Abg berikan...
yang penting..kita bertiga bahagia...

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN
YANG PERTAMA...
23 jun....

"1 tahun"
"suka setiap saat darinya"

20 comments:

Anonymous said...

congrats a.KImey & Miza!!!

sweetnye a.Kimey! miza bace tak blog ni? kalau tak bace asni nak call die malam ni nak soh die bace =) serious!!

Anonymous said...

Setuju ngan asne. kim, maybe ko patut tambah:-

"semoga kita bertiga (termasuk anak2 seterusnya dan etc) bahagia.."

waduh2.. mengalir air mata den.

KiMi said...

Asne!: dia tak baca blog la..
nak baca kat mana..umah manada internet..
Dia cuma penah baca sekali ja blog a.kimi..tahun 2004 kot.
Nur: anak2 seterusnya entry tahun depan. 2nd enivesari.
ngalir air mata?tengah potong bawang ker?
Asne...kalo potong bawang, air mata mengalir tau...hehe.

NKLi G'KaR said...

bru setaun dh fasa kedua... hmm kalu 5 taun lg?!!! tak leh jd cmni...

Anonymous said...

kimi, asne tau dah skang kut . :p
kimi, baraq tercabar!begitu juga kaei di opis. especially after asneaseb kawen. aku biase je sebab dah masuk pre-phase stage. huhu!

Anonymous said...

hahaha.. klaka la citer ko..
sbb aku terbyg2 camne ko elak peti ais..kekeke
boleh wat mubi ler.. bace blog ko pun dah mcm tgk mubi komedi romantik..kekeke
citer lagi!

Anonymous said...

traore, adakah ini puncanya?

takpe dedua dah kawin :P

KiMi said...

BARAQ: Ini yg dinamakan produktif baraq...sumber yg ada, harus dimanfaatkan..hahah

Nor;yerker?cuba try tanya asne! :p
Aku memang nak bagi kaie panas jer skarang..blagak sgt..sms tak balas langsung..sekarang aku nak racun ajma dgn hawa supaya sms kaie.

Joe: cuba bayangkan aku kena peti ais tu, bukan ngelak.

pakdi:pehal? kau kalo sembang bab finance, invesment, make sensela jugak..kalo benda lain..mcm mabok jer.. haha

Anonymous said...

hehe... marah nampak.. hehe...

takpa, rahsia kau tak pecah pun. hihihi..

KiMi said...

Pakdi..Ohhoo..baru aku igt..kim salam liza karim.

Marliza Radzi said...

nyampah aa ko bila ko sweet. bergenang air mata gua.

congrats kimi & miza! God bless!

KiMi said...

Am: maksudnya..kau nyampah dengan aku setiap masa la?aku kan sntiasa sweet :p

Nida Shaari said...

ahaha.. aku teringat t-shirt yang Miza bagi kat hang dulu.. tulisan apa ar? ha ha ha..

dan juga adiah lampu.. lampu.. dan lampu lagi..

Amyz! said...

aku benci entri ni. buat aku nangis je!
uhuk uhuk
(dlm hati : mengapa tak ada org sanggup buat enti mcm ni kat aku? hahahaha..)

sweetnya.

happy anniversary. moga bahagia sehingga alam syurga.

NKLi G'KaR said...

aku pun pelik cmner kdg2 kimi nih leh jd sweet n mampu menitiskn ayaq mata kaum hawa... hmmm... musti aku dh silap org nih...

Marliza Radzi said...

muntah darah

KiMi said...

Cudaz: baru aku perasan, lampoo dia bagi,utk kegunaan masa sekarang..

Amyz: upah la sapa2 buat entry utk hang..hahah

Baraq: aku kan mmg sweet..hg mcm tak kenai aku ja baraq.

Am: berak ijau.

Zuhafizah Zaki said...

hahaha..so sweet..ooo..pandai jadi pengawas kat sekolah usya anak dara orang yer!..bile baca entri ni nampak sangat pompuan jugak kene mulakan dulu.. tak berani ker?hahah..GIRL POWER terbukti kan?hahah..aper2 pun Congratulations!...

Anonymous said...

baraq, aku setuju. ini bukan kimi yang aku kenal.

shueyshoelove said...

a.kimiey.tumpang lalu.tanpa ab.kimiey sedari,shu suker gak baca blog a.kimiey.cam lawaks sey!!eheheh...entry nih cam schweet giler ar..serious schweet siut....shu doakan both u and ur wife ngan baby girl bahagia hingga ke akhir hayat ek?