pulang dari kerja...
memandu dalam keadaan rileks..
sebab aku tau bila sampai umah,
belum tentudapat terus masuk bilik...
kerana ada mak bidan tengah buat treatment kat bini aku...
tengah seronok memandu...dan hampir sampai umah..
aku membuka seat belt,
rimas sebab dah 40 minit pakai..
Rileks..rumah pun dah dekat..masih memandu di jalan raya..
semakin hampir dengan rumah...
Tiba2 ternampak seorang polis.
Polis!!! aku tidak sempat memakai semula seat belt.
aku berenti di hadapan polis tersebut.
Polis bertanya pada aku."Baru balik kerja?"
"Ha'ah" jawab aku.(dalam hati: alamak...sudah...)
Aku terbayang cerita2 yang polis selalunya akn menerima "duit kopi".
Tapi aku terlihat Badge "Saya Anti Rasuah" pada bajunya.
belum sempat aku bertanya macamana nak setel,
Polis tersebut terlebih dahulu mengajak aku pergi minum2.
aku ikut jer la..
Duduk di meja, macam2 soalan diberikan,
aku pun bagi la mcm2 jawapan.
Polis tersebut menghirup cawannya yg dibancuh "Ali cafe"
katanya, "bagus alicafe ni, badan tak rasa penat",kalo buat rondaan malam2 pun,
rasa fresh.Minum la"
Aku pun menghirup cawan aku yang juga berisi alicafe .
memang best,panas2, kena pulak lepas ujan..
membuatkan aku lupa dunia sekejap..
Polis tersebut, bercerita macam2,
aku menyampuk sedikit sebanyak.
setelah beberapa lama,
aku pun melihat ke arah jam, dah hampir 6.40.
aku pun meminta diri dari polis tu...
"Abah, saya naik ataih na, tukaq baju sat".
dia menjawab," hmm. Abah pun nak p gheja ni,pukoi beghapa dah a?"
"6.40" jawabku
"uish lambat ni" Abah masuk pukoi 7."
Aku terlepas tanpa disaman...hahaha.
*Note: aku ternampak polis tersebut sewaktu dia sedangmembuka pagar rumah utk aku masuk.aku berenti depan dia la.depan umah. Am lagi tere, dia suruh polis
checkkan minyak brek kereta dia....terer...
5 comments:
budusla ko!!! hahaha!!!
comel =)
Am: Apa budus?betolla.itu hari pun kau suruh polis check minyak brek kau. Timbalan OCPD lagi. Aku minum dgn Lans Koperal jer.
Asne: Amboi...semenjak dua menjak ni semua benda comel ek?
takdelah...dari dulu mmg comel...akimey & miza = couple yg comel & dpt anak yang comel ...
tp skrg...life gets comelier.... =)))
hahaha.. hampeh!!
Aku dah agak polis tuh mesti pak mertua hang..
Tp aku tau hang kalau nak kena saman, sebab memotong kat garis2 nak masuk simpang ja.. hahaha
Post a Comment