Arwah ayah selalu berpesan...
"Belajaq pandai-pandai,
Sembahyang Jangan Tinggai"
Kata2 itulah yang aku pegang
sepanjang aku merantau di KL..
Kata2 itulah yang memimpin aku
supaya kekal patuh pada agama..
Kerana pesan "Sembahyang Jangan Tinggai"
membuatkan aku jarang keluar
merambu ramba ke pekan KL..
Sebabnya..aku teringat, kalo aku
merambu-ramba..nanti masuk waktu,
aku nak kena pergi solat..
Jadi, lebih baik aku duduk kat hostel.
boleh solat bila2 masa dalam waktu..
Walopun kadang2 subuh ada yg miss..
Aku agak rapat dgn Arwah Ayah...
Byk yang arwah ayah pesan kat aku..
Cuma aku jer kadang2 tak brp ambik pot..
Dulu, Arwah ayah susah, nak dpt duit susah.
Bila Arwah ayah jual Kelapa,
Arwah ayah akan bagi aku RM5 sbagai
upah aku tolong korek Klapa kering.
Aku kadang2 terasa RM5 tu mcm byk..
sbb hasil jual kelapa kering
cuma dlm RM10..
Arwah ayah kata,
"ambikla, duit bukan bole bwk mati,
Duit untuk dibelanjakan masa hidup".
Mungkin sbb tu aku tak lokek dgn anak bini aku.
Apatah lagi kalo bab makan..
Arwah ayah kata...
"Makanlah apa saja yang teringin nak makan..(yg halal)"
"Duit habis untuk makan tak pa"
Mungkin kerana tu jugak,
apa yang bini aku mintak untuk makan,
selalunya aku tunaikan.walopun tgh kering.
Arwah ayah juga selalu berpesan,
Bawak Torchlight dan payung dalam beg
kemana saja kita nak pergi.
Aku belum buat lagi.
Tapi Kakak2 aku buat..
Antara lain, arwah Ayah pesan..
"Naik motor, jangan potong kiri, bahaya".
"Jangan bawak kenderaan masa marah".
"Kalau ada ayam kat sebelah parit,
slow, sebab nanti ayam tu mesti lintas
balik ke sebelah rumah dia bila kita lalu"
(applicable untuk Parit Haji Amin sahaja)
kegagalan mengikut pesan ni,
dua org kakak aku pernah langgar ayam.....
Sejak aku umur 19 tahun,
byk keputusan hidup aku kena buat sendiri...
keputusan yang aku tak pasti betul atau tak...
Kalo masa Arwah ayah ada,
pandangan dialah yang paling bernas..
Nasihat Arwah ayah berjaya mengubah seorang
abang aku yang kaki rayau kepada Imam Daerah
dan Naib kadi.
Nasihat Arwah ayah kpd kakak aku
supaya berkahwin dgn pilihan ayah
menyaksikan kakak aku hidup selesa
sebagai suri rumah dan melahirkan 5 anak2
yang baik dan mendapat semua "A" dlm
apa saja Exam besar.
Walaupun aku sendiri dah menjadi seorang ayah...
dah hampir 8 tahun Ayah tiada...
tapi aku rasa masih rindukan Arwah ayah...
Byk yang aku nak tanya......
AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM HAJI SHAARI BIN HASAN.
ayah, guru, kawan....
No comments:
Post a Comment