Pagi tadi Bini aku bwk
Hanany pegi monthly checkup
kat klinik komuniti.
Sambil menunggu,
dia berbual dgn kakak2 di situ..
Kisah-kisahnya...
1. Seorang kakak yang dulunya bekerja.
Anaknya berumur beberapa bulan
dihantar utk dijaga oleh pengasuh.
Satu hari..anknya menangis tak henti2.
Sebagai seorang melayu tulen,
kakaktu me"refer" anknya ke bomoh.
anaknya masih berkeadaan begitu..
cuma kadang2 saja anaknya menangis..
Apabila anaknya mencapai umur setahun..
Doktor check..
Rupanya anaknya PATAH RUSUK.
Sian budak tu.Lama dia menderita.
Kakak tu fobia.
sekarang dia berhenti kerja dan
menjaga ank sepenuh masa.
2. Seorang kakak yg menghantar
anaknya ke pengasuh...
Nampak mcm tiada masalah.
Tapi, anaknya selalau tidor lama.
kadang2 dari tengahari sampai petang.
setelah diselidik..
rupanya Pengasuh tersebut
memberikan ubat tidor kpd kanak2
dibawah jagaannya...
Melalui dua kisah terbabit,
Bini aku bersyukur,
walopun dia tak berduit,
tapi dia puas hati jaga anak sendiri..
Selain 2 kisah tadi..
Ada kisah masa bersalin..
1) anak kakak sorang ni,
kepalanya macam panjang dan berlekuk.
Bini aku bertanya..
Rupanya, masa bersalin,
susah.
Mula2 pakai VACUm.
Tak bole jugak.
Pakai Forcep pulak.
tak bole jugak.
Barula operate.
Sian budak tu..
Kan elok kalo doktor tu terus operate.
2) Seorang kakak yang ada darah tinggi
dan tidak tahan keadaan yang panas.
Sesudah bersalin.
Memberitahu Nurse,
Mintak tukar wad..
Lansun tidak dilayan oleh nurse tersebut.
Sian..
Bini aku teringat..
Masa dia bersalin dulu..
Layanan Nurse sgt baik..
Bukan sahaja bini aku diberikan
pilihan sendiri untuk cara bersalin.
(epidural/cucuk)
malah berkali2 nurse bertanya
dan mencadangkan kpd bini
aku supaya masuk ke wad 1st class.
Tapi bini aku yg kurang berani duduk sensorang,
pastinya tidak mahu.
Kenapa mengikut kisah kakak2 tadi,
amat berbeza dari pengalaman bini aku..?
Aku berkata...
mungkin kerana di ruang "Pekerjaan Suami"
dalam borang bini aku tu..
Tertera perkataan "Peguam".
mungkin kot....
No comments:
Post a Comment