Monday, November 17, 2008

pening. +++ edited lepas mkn tghari.

Anda mahu berenti kerja kerana mendapat
Tawaran yang lebih baik dari apa yang
anda dapat sekarang.

Anda telahpun memberi notis kepada
Boss anda tentang itu.

Boss anda datang berjumpa dgn anda
untuk berbincang.

Boss enggan menerima perletakan jawatan anda
lalu memberi Counter offer.

Anda menegaskn duit bukan masalah.

Boss anda mengoffer benefit lain.

Bagi situasi ini,
terdapat beberapa konklusi.

1) Boss berpuas hati dgn prestasi anda
dan tidak mahu kehilangan khidmat anda.

2)Boss menyangkakan semua kerna duit
dan duit bole beli apa saja.

3)Ini adalah petanda bagus untuk anada kerana dalam
keadaan ekonomi down ni, market anda semakin tinggi.

Kepala anda pening.Tapi sekurang-kurangnya anda perlu bersyukur kerana
anda pening kepala kerana anda ada menerima
beberapa offer kerja yang bayarannya lebih dari cukup untuk
membela anak bini.
Ada org lain pening kepala kerana takda kerja akibat ekonomi jatuh,
dan tak cukup makan anak bini..

*********************************************************************

Setelah bertahun2 tidak lawan Fifa dgn kanot,
akhirnya pada Jumaat malam yang lalu,
aku telah online lalu membuzz dgn kanot.

Terdapat sedikit masalah pada awalnya kerana
Fifa 09 ni susah sikit cara connection nya.
kena sambil memberi dan menerima arahan melalui YM,

Kami kena tekan butang dlm masa yg hampir sama.

Kanot kena tekan Host.
Aku kena tekan accept.

mula2 agak "Gegegege"
aku dah jangka kerana kanot kata PC nya tahap tukun sikit.

kemudian agak Ok.
yang menariknya.
walopun setelah beberapa tahun tak berentap.

KANOT KALLLLLAAAAAAAAAAAHHHHHH.
2-1

Freekik dari Gerrard dan gol Torres berjaya membenam kanot.
walopun Berbatov berjaya merapatkan jurang.

BOOOOOOOOOOOOOOOO kanot.

Jumaat ni online lagi.
waktu tu ja bini aku bagi line clear untuk online main game.HAHAHAHA

*****EDITED LEPAS MKN TGHARI*****************************

Bini aku sembang dgn Jiran sebelah.
Jiran sebelah tanya, Tak balik kmpung kah last week?

Eh??bini aku kata, kami balik.

Jiran tanya lagi. Semalam kul 8 mlm dah ada kat rumah kan?

Bini aku kata, EHH?semalam dekat2 kul 11 baru ada kt umah.

Jiran tanya lagi.
Abestu sapa yang basuh baju kul 8 mlm tadi?

Pastu mlm sebelum tu ada org basuh pinggan.
(sinki mengadap sinki umah sebelah, kalo mlm akan nampak byg2 org umah sebelah)

Bini aku jawab. Manada org!!

**Rupanya jiran kami igt kami ujung minggu ada kt umah,
walhal kami selalunya balik kampung..

Katanya, selalu mlm ujung minggu, ada "orang" kt umah kami.

Bini aku pulak sejak dua menjak ni selalu sakit belakang.
gi Doktor, tadak apa2.

Membuatkan aku teringat cerita shutter.(LOGOR)

Akak jiran yg pernah gi berubat kata, itu salah satu tanda
ada benda menumpang, termasuk juga, lenguh2 sendi dan badan sakit2.

Aku igt nk bawak anak bini pi berubat juga.
Cuma yg aku takut ustat tu akan kata..
"HANG LA JIN NYA.Berapa hari solat subuh di luar waktu?"
hahaha.

No comments: