Monday, June 29, 2009

What goes around, comes around

Seorang ibu berusia lewat 60-an tinggal
di sebuah kampung.

Bersama ibu tersebut, tinggal seekor kucing.
kucing tersebut berusia belasan tahun.
Boleh dikategorikan sebagai kucing tua.

Kucing tersebut sejak akhir2 ini sering
membuang najis merata2 tempat di dalam rumah.

Akan tetapi, ibu tersebut tidak pernah membuang kucing tersebut.
kucing tersebut terus di beri makan. dijaga dgn baik.

Pada satu hari, Ibu melihat kucing tersebut beraksi pelik.
sewaktu ibu tidur di atas lantai rumah,
kucing tersebut menanti di tepi ibu.
sehingga ibu terjaga dari tidur.
persis menjadi bodyguard.

hari sudah malam, ibu mahu bersiap
kerana anak bongsu ibu menalipon mengajak ibu
keluar makan.
sewaktu itu ibu tersedar.
Kucing Putih tua itu sedang memerhatikan satu sudut
di tepi tong gas kosong.
ibu mengamati betul2. terdengar bunyi desiran.CISSSSSSSYYYYY.

Ah?itu bunyi Ular.
ibu mengamati lagi.Sah!!
Ada ular tedung disitu.
Patutlah kucing dari tadi berperangai pelik.

Anak bongsu ibu pun tiba.
Eh? Napa uma kada besiap lageee?

Ibu menjawab.
Napa nak besiap, ular Sanduk nihhh.
Kucing puteh Tahaga.
Lakasi, katoq.

Ank bongsu pon berkata.
Aku kada bisa ngatoq ular.

lalu anak bongsu pergi ke rumah Jiran ibu disebelah rumah.
Tok NETTTT!!!Assalamualaikum....
Tok Nettt pon keluar.seorang wanita tua yang dari dulu tua centu.
tapi ganas. dgn rekod bunuh musang, kejar babi hutan, dsb,
Tok Nett calon yang sesuai untuk memukul ular tersebut.

Anak bongsu menceritakan kpd Tok Nett,
To Nett ketawa. Kamada kao lelake kada bisa ngatoq ular.
kaiana ako nyarokan jamal.Aku ni tuha dah, sakitan batis.

jamal adalah menantu Tok Nett yang tinggal di rumah Tok su.
maramam kao bulik dahulu.kata toknett. Kaina ako nunta e.

Anak bongsu pulang.
Anak dan istri anak bongsu, dok dlm keta.
tak kuar.

dalam kegelapan malam, ada bunyi org datang.
Jamal kah?
oh, tidak. IROSS rupanya. isteri jamal.
IROSS pon berkata.
Ceh. Umako nyuruhkan Jamal.
Jamal ni sama ilah Hakimi.
kalau laq bendang, tahaga ular, bulik ner ia.

IROSS tanpa takut terus masuk rumah,
bawak buluh.
terus caru ular tu.
Kucing putih, masih menanti.
IROSS mengetuk badan ular,
ular jadi lemah, kemudian ketuk kepala.

Melihat ular sudah tak berdaya, KUcing putih blah.
tugas dia selesai.

Walaupun Kucing Putih ni, suka kencing, berak merata,
Ibu masih membela dgn baik.
Dia membalas jasa ibu dgn memastikan rumah selamat....

Ini gamba ular dan Jamal yang buat2
macam dia yang ketuk ular.hahaha








Untuk rekod. Ini adalah kali keempat Ular tedung masuk kerumah
Ibu tersebut.
Dan keempat2 kalinya ular2 tedung tersebut ditemui oleh Kucing.

dari empat ekor ular yang masuk,
satu dibunuh oleh arwah ayah.
2ekor dibunuh oleh Tok Nett,
dan terbaru oleh IROSS anak toknet.

Sbb tu lah tidak rugi kita bela kucing.
kucing kampung la, bukan kucing pertunjukan tu.

dan juga, carilah jiran yang pandai ketuk ular.hahaha

Friday, June 26, 2009

Rahmat Allah sapa yang tahu.

Aku pernah mendengan ntah hadis ka apa ka,
yang mengatakan bahawa manusia tidak masuk syurga kerana
Amal ibadat.

Tapi manusia masuk syurga kerana Rahmat Allah.

Kalo anda igt kisah pembunuh yang dah bunuh 100 org,
pastu dia bejalan nak pi tempat betaubat,
mniggal tgh jalan, Malaikat ukur jarat mana lagi dkt
dari tempat dia mati dgn tempat dia bunuh org dan tempat dia nk betaubat.
Akhirnya dia masuk syurga kerana jarak ke tempat dia nk betaubat lg dekat.

Begitu juga kisah seorang abid yang byk beramal,
tapi akhirnya termakan hasutan syaitan,
minum arak, bezina dan membunuh, akhir sekali
menyembah syaitan semata2 mahu melepaskan diri lalu syirik.
akhirnya mati dlm kekufuran.

Begitu juga kisah 2 beradik, sorang kaki enjoy,
sorang dok beribadat,

satu hari, yang kaki enjoy, bosan enjoy, nak betaubat,

manakala yang kaki beribadat, bosan beribadat, nak enjoy pula,

yang kaki enjoy nak pi ke tempat adik dia beribadat sbb nk join,
yang adik, nk join abg dia enjoy,

tgh jalan, mati dua2, yang kaki enjoy masuk syurga,
sbb dlm perjalanan nk betaubat,
yang kaki enjoy tu, wallahualam.
tobat kena siksa.

Moralnya, Allah maha pengampun lagi maha bijaksana.
jgn rasa byk beribadat dah cukup.
jgn pula dikeji org yang jahat, mana tau nanti jadi baik.

di hari Jumaat ini, marilah kita merenung sama2.
kalo Allah nk bagi rahmat, tak mengenal hamba......

49 Tahun dia hidup enjoy,
baru masuk Islam tahun lepas,
seperti yang diketahui, insan baru memeluk islam
adalah seperti kanak2 baru lahir.
Rahmat Allah, sapa tau....

Mungkin bila baca nampak mcm lucu..
Al-Fatihah untuk
Allahyarham Michael Jackson..
Tapi, itulah yang kita sedekahkan kpd saudara seagama kita...


Dia baru setahun ada dosa pahala....
Kita ni, dah betahun2 ada dosa pahala, mana satu berat mana satu ringan tatau la...
selamat hari JUmaat.

Tuesday, June 23, 2009

Selamat Ulang Tahun ke-3

23/06/09

rasa macam sat ja masa berlalu.
Terima kasih atas segala yang telah dicurahkan.

Apa? tahun depan selebrate anivesari dgn dua anak?
hehehe.

maaf sbb tahun ni tak dapat nak selebrate best.
usahkan makan kat restoran mahal,
nak makan kat gerai pon kena kira2 dulu.

biasa la, economic downturn.
mari kita sama2 makan nasik bekal lauk ikan sardin ni.

Terima kasih kepada isteri kerana bangun pagi2 masak.
Seeedap sgt.

syukurla jika nk dibandingkan dgn org afrika ka, palestin ka.

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN Ke-3.
Sangat suka setiap saat darinya.

Monday, June 22, 2009

BOS baru. Pompuan lak tu.


bOS SEDANG Check kerja staff


Menaip apa tu bos?
Barney & Fren?


Selalu kita tgk bos minum kopi dlm mUg,
Tapi bos ni lain sikit, minum bandung dalam botol.

**************************************************************************
Salah satu aktiviti aku ujung minggu.

Ini namanya mesin rumput.


Mesin ini digunakan untuk memotong rumput
yang sangat panjang di kawasan sekitar rumah mak aku.
Lalu jiran akan tertanya-tanya.
"Handak Aroh kah?"
(sila cari apa maksudnya sendiri)


Wah! letih btol. tapi bagus utk pecahkan peluh.
Kanot kena try aktiviti ni.
Aku jugak sokong supaya gaji tukang potg rumput dinaikkan.

Aktiviti lain pula seperti:



Panjat bukit larut bersama keluarga.
KANOT mmg patut try.


Satu lagi adalah main boling.
Eh? ter"strike" berturut2 la plak.

Tapi harini baru hari isnin, lambat lagi nk ujung minggu.Adeh.

Thursday, June 04, 2009

ketam,

Sejak bini aku kerja, bulan bulan lalu,
dah dua bulan dia tak masak makan tengahari.

sempena cuti sekolah ni,
dia masak mkn tengahari.

dia lepas geram gamaknya.
terkejut aku tgk,
masak mcm nk masuk pertandingan.

ini dia.
Ketam goreng tepung tiga rasa cili padi kamunting.





tgk muka hanany yang tak sabar nk boh
ketam dlm mangkuk kesayangan dia.



Makan2.

*********************************************************

Aku nk renew rodtax keta "lancer" aku tu.

Aku pi buat insurans..

Sebelum ni 130 jer.
tolak NCD lagi.
jangkaan aku lagi murah la.

Rupanya.
kerajaan naikkan insurans keta lama.

dari 130, jadi 430.
GILAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAa.

igt ni jepun ka?
DEPA YA LA KETA MURAH.
MALAYSIA NI DAH LA KETA MAHAI!!
INSURANS MAHAI!!
NAK GALAKKAN ORG BELI KETA BARU PON,
KETA KENALA MURAH!! BUDUH!!
BANGANG!!
H*RA* J**AH!

yang dok pakai keta lama ni kebanyakan org
yang berpendapatan rendah.
kalo gaji depa 1500 ja.
anak 3.
RODTAX 4 ratus.
TAK KA JENUH?

KALU BELI KETA BARU,
Monthly payment 4ratus.
Insurans Seriboo.
depa nk makan apa?

BODO.SIAL!

Abang ipar aku tepom tadi,
dia kata.

Aku renew insuran van buruk tu RM190.
tu Ncd 55%.
Kerajaan tak boleh naikkan rodtax dah,
depa naikkan insuran.

UNDI LAGI BN.UNDI LAGI NAJIB!
BODO.