Monday, June 29, 2009

What goes around, comes around

Seorang ibu berusia lewat 60-an tinggal
di sebuah kampung.

Bersama ibu tersebut, tinggal seekor kucing.
kucing tersebut berusia belasan tahun.
Boleh dikategorikan sebagai kucing tua.

Kucing tersebut sejak akhir2 ini sering
membuang najis merata2 tempat di dalam rumah.

Akan tetapi, ibu tersebut tidak pernah membuang kucing tersebut.
kucing tersebut terus di beri makan. dijaga dgn baik.

Pada satu hari, Ibu melihat kucing tersebut beraksi pelik.
sewaktu ibu tidur di atas lantai rumah,
kucing tersebut menanti di tepi ibu.
sehingga ibu terjaga dari tidur.
persis menjadi bodyguard.

hari sudah malam, ibu mahu bersiap
kerana anak bongsu ibu menalipon mengajak ibu
keluar makan.
sewaktu itu ibu tersedar.
Kucing Putih tua itu sedang memerhatikan satu sudut
di tepi tong gas kosong.
ibu mengamati betul2. terdengar bunyi desiran.CISSSSSSSYYYYY.

Ah?itu bunyi Ular.
ibu mengamati lagi.Sah!!
Ada ular tedung disitu.
Patutlah kucing dari tadi berperangai pelik.

Anak bongsu ibu pun tiba.
Eh? Napa uma kada besiap lageee?

Ibu menjawab.
Napa nak besiap, ular Sanduk nihhh.
Kucing puteh Tahaga.
Lakasi, katoq.

Ank bongsu pon berkata.
Aku kada bisa ngatoq ular.

lalu anak bongsu pergi ke rumah Jiran ibu disebelah rumah.
Tok NETTTT!!!Assalamualaikum....
Tok Nettt pon keluar.seorang wanita tua yang dari dulu tua centu.
tapi ganas. dgn rekod bunuh musang, kejar babi hutan, dsb,
Tok Nett calon yang sesuai untuk memukul ular tersebut.

Anak bongsu menceritakan kpd Tok Nett,
To Nett ketawa. Kamada kao lelake kada bisa ngatoq ular.
kaiana ako nyarokan jamal.Aku ni tuha dah, sakitan batis.

jamal adalah menantu Tok Nett yang tinggal di rumah Tok su.
maramam kao bulik dahulu.kata toknett. Kaina ako nunta e.

Anak bongsu pulang.
Anak dan istri anak bongsu, dok dlm keta.
tak kuar.

dalam kegelapan malam, ada bunyi org datang.
Jamal kah?
oh, tidak. IROSS rupanya. isteri jamal.
IROSS pon berkata.
Ceh. Umako nyuruhkan Jamal.
Jamal ni sama ilah Hakimi.
kalau laq bendang, tahaga ular, bulik ner ia.

IROSS tanpa takut terus masuk rumah,
bawak buluh.
terus caru ular tu.
Kucing putih, masih menanti.
IROSS mengetuk badan ular,
ular jadi lemah, kemudian ketuk kepala.

Melihat ular sudah tak berdaya, KUcing putih blah.
tugas dia selesai.

Walaupun Kucing Putih ni, suka kencing, berak merata,
Ibu masih membela dgn baik.
Dia membalas jasa ibu dgn memastikan rumah selamat....

Ini gamba ular dan Jamal yang buat2
macam dia yang ketuk ular.hahaha








Untuk rekod. Ini adalah kali keempat Ular tedung masuk kerumah
Ibu tersebut.
Dan keempat2 kalinya ular2 tedung tersebut ditemui oleh Kucing.

dari empat ekor ular yang masuk,
satu dibunuh oleh arwah ayah.
2ekor dibunuh oleh Tok Nett,
dan terbaru oleh IROSS anak toknet.

Sbb tu lah tidak rugi kita bela kucing.
kucing kampung la, bukan kucing pertunjukan tu.

dan juga, carilah jiran yang pandai ketuk ular.hahaha

No comments: