Friday, June 26, 2009

Rahmat Allah sapa yang tahu.

Aku pernah mendengan ntah hadis ka apa ka,
yang mengatakan bahawa manusia tidak masuk syurga kerana
Amal ibadat.

Tapi manusia masuk syurga kerana Rahmat Allah.

Kalo anda igt kisah pembunuh yang dah bunuh 100 org,
pastu dia bejalan nak pi tempat betaubat,
mniggal tgh jalan, Malaikat ukur jarat mana lagi dkt
dari tempat dia mati dgn tempat dia bunuh org dan tempat dia nk betaubat.
Akhirnya dia masuk syurga kerana jarak ke tempat dia nk betaubat lg dekat.

Begitu juga kisah seorang abid yang byk beramal,
tapi akhirnya termakan hasutan syaitan,
minum arak, bezina dan membunuh, akhir sekali
menyembah syaitan semata2 mahu melepaskan diri lalu syirik.
akhirnya mati dlm kekufuran.

Begitu juga kisah 2 beradik, sorang kaki enjoy,
sorang dok beribadat,

satu hari, yang kaki enjoy, bosan enjoy, nak betaubat,

manakala yang kaki beribadat, bosan beribadat, nak enjoy pula,

yang kaki enjoy nak pi ke tempat adik dia beribadat sbb nk join,
yang adik, nk join abg dia enjoy,

tgh jalan, mati dua2, yang kaki enjoy masuk syurga,
sbb dlm perjalanan nk betaubat,
yang kaki enjoy tu, wallahualam.
tobat kena siksa.

Moralnya, Allah maha pengampun lagi maha bijaksana.
jgn rasa byk beribadat dah cukup.
jgn pula dikeji org yang jahat, mana tau nanti jadi baik.

di hari Jumaat ini, marilah kita merenung sama2.
kalo Allah nk bagi rahmat, tak mengenal hamba......

49 Tahun dia hidup enjoy,
baru masuk Islam tahun lepas,
seperti yang diketahui, insan baru memeluk islam
adalah seperti kanak2 baru lahir.
Rahmat Allah, sapa tau....

Mungkin bila baca nampak mcm lucu..
Al-Fatihah untuk
Allahyarham Michael Jackson..
Tapi, itulah yang kita sedekahkan kpd saudara seagama kita...


Dia baru setahun ada dosa pahala....
Kita ni, dah betahun2 ada dosa pahala, mana satu berat mana satu ringan tatau la...
selamat hari JUmaat.

No comments: