Monday, June 23, 2008

2 tahun.....

Selepas menonton tivi,
Aku dan bini bersiap2 nak masuk Tidor.

Hanany dah memang tergolek atas katil.
Letih benar dia balik kampung.
Puas dia jalan kat laman rumah mak aku.

Aku dan Bini baring atas katil.

Mata memang mengantuk,
Tapi tak belo nk lelap lagi..

Sementara tunggu nk lelap,
Kami berbual...

Perbualan berkisar tentang
kehidupan kami bertiga.

Apa yang telah kami lalui..

Tak dilupa isu kenaikan harga barang dan Minyak.

Aku bertanya kpd Isteri,
Bahagiakah dia berkahwin dgn aku.

Dia menjawab seperti biasa,
"BAHAGIA!"

Dan dia mengajukan soalan yang sama kepada aku.
Aku jawab bahagia.

Isteri aku berusia 22 tahun..

Di saat rakan2 sebaya dia baru nk kenal dunia,
ada yang dok merambu ramba lagi,
Dalam seawal usia 20 tahun,
dia menagmbil keputusan untuk meninggalkan
dunia remajanya,untuk menjadi Isteri..

Dalam Usia seawal 21 tahun,
dikala rakan2nya masih merambu ramba
berseronok suka,
Dia telah menjadi seorang Ibu..

Dalam usia seawal 22 tahun,
dia tekun mengurus rumah
dan melayan karenah anak yang berusia setahun..

Bagi aku, bukan senang untuk usia semuda
itu untuk meninggalkan dunia bujang
lantas menjadi suri rumah....

Aku amat menghargai pengorbanan isteri aku...

Lantas aku ucapkan..

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-2...

23 Jun 2008

2 tahun yang sangat manis.....

No comments: