Thursday, June 12, 2008

Kecik2 tamau mampus, dah TUA BANGKA menyusahkan Rakyat.

Sejak minyak naik ni,
Aku takder update Blog.

Bukannya kerana aku tak der idea,
Bukan aku tak berminat dgn isu ni,
Bukan aku tak terkesan dengan Kenaikan ni,
Bukan kerana aku tadak ayat nak menyumpah Pak Lah,
Tapi kerana aku tak sempat nak update.
kerja agak byk..

Sejak kenaikan minyak ke RM 2.70 minggu lepas,
semalam adalah kali pertama aku isi minyak dengan harga baru.

Aku berjaya isi penuh pada
malam minyak naik tu.
Sampai la semalam.
Bila aku kena outstation ke Ipoh.

Aku isi Rm 40,
Tambah x2 Power,
Balik belen dalam RM 10 jer lagi.

Maksudnya,
dulu aku cuma isi RM 30 jer untuk ke ipoh,
sekarang isi RM 40.

Rakan LA dari HQ bertanya kpd aku,
tadak ura2 ke claim nak naik?
tak pon mintak naik gaji.
Stakat la ni, tadak la ura2 lagi.

Aku bertanya kepada KANOT
tentang situasi ini,

Mudah saja jawapan kanot.
"HAHA (gila)"

Menunjukkan kesan kenaikan minyak,
seterusnya diikuti kenaikan harga barang,
boleh buat org jadi gila.
Itu loyer anak sorang, Kalo kerani anak 6?

Semalam, kata nak bagi gaji kakitangan kerajaan
secara berperingkat,
seorang sahabat dari BANK ISLAM yang pernah
melalui situasi gaji berperingkat mengatakan,
cara tersebut tak dak kesan lansung, malah lebih menyusahkan,

Lain la kalo bayar 2x ganda, itu bari berkesan.
kalo separuh2, apa jadah..sama jugak.


Mari ubah gaya hidup,
kata Najib.

BullshiTTT!!!.

Nak gaya kot mana lagi?
sebelum ni pon kais pagi makan pagi,
nak ubah pi gaya kot mana lagi?
kais pagi makan petang semalam?

Pastu siap ada "org atas" yg bagi Idea pi
kerja naik basikal.
Lagi BODO!

kalo kerja putrajaya, dok bangi,
nak pi naik basikal?

Aku yg dok kemunting ni pon,
setengah jam belum tentu sampai taiping kalo naik basikal.
Sampai pon belum tentu.
Fail yang 2 3 jengkal ni nak letak mana?

Cuba Pak Lah naik basikal try tgk.

bayang la, la ni RM 50
bole beli 2 barang ja,
Sekampit beras, dengan sepapan telur.

gaji 3 ribu pon tak cukup,
inikan pulak kalo gaji rm 500.

Tak pa la
besok kat akhirat kita kira lain.
malllas nak pikir, baik balik mkn nasik.

No comments: