Hari Isnin 2 hb Jun,aku bercuti.
Sempena menyambut hari keluarga,
Hari keluarga edisi ke-4,
Allahyarham Haji Shaari Bin Hasan &
Hajah Selamah Mohamad.
Acara yang diadakan 4 tahun sekali ini
bertujuan untuk mengumpul anak2, menantu2,
dan cucu2 Allahyarham Haji Shaari & Hajah Selamah
di satu tempat, dan kemudiannya menjalankan
aktivi kekeluargaan bersama.
Berbeza daripada 3 Edisi sebelum ini
yang diadakan di Pusat Peranginan
sperti di Blue lagoon PD,
Seri Sayang Resort Penang,
dan Sekitar lembah kelang pada edisi ke 3,
Edisi ke-4 ini dijalankan di
Parit Haji Amin. Kampung Tercinta.
Alasan pemilihan temapat acara adalah
kerana kesan kenaikan harga barang, dan
juga perkembangan setiap keluarga.
i.e, anak ramai, susah nak kontrol.
Acara bermula seawal pukul 8 pagi,
apabila AJK keselamatan mengangkut
kerusi dan meja dari Balairaya dan kemudiannya
menyusun kerusi bagi peserta.
Aku pula bertindak mengubah kereta2 untuk ruang aktiviti.
AJK2 sedang memikirkan cara menyusun kerusi
(susunan kereta mengikut arahan AKU)
(hadiah yang menjadi rebutan disusun AJK hadiah)
setelah selesai, Ahli Majlis tertinggi mengarahkan
program dimulakan tanpa perlu menanti Pengarah Program
yang terpaksa diusung ke Klinik kerana
diserang Gout.dan juga AJK sukan yang belum tiba.
Aku sebagai Bendahari Program terpaksa memangku
jawatan Pengarah Program, lalu mempengerusikan majlis.
Majlis dimulakan dengan Ucapan alu-aluan dari
pemangku Pengarah program-aku la tu.
Seterusnya, menjemput, Imam besar Masjid Daerah Kampar,
merangkap naib Kadi Kampar,
Al-Fadhil ustaz Ahmad Badli Shaari untuk menyampaikan
Tazkirah, sedikit ucapan dan seterusnya mengetuai
program Tahlil dan Doa selamat.
Selesai Tahlil dan doa selamat,
Majlis diserahkan kepada AJK acara dan Sukan,
iaitu keluarga Cikgu Ajis.
Sementara menunggu AJK sukan menyiapkan gelanggang,
acara cabutan bertuah diadakan.
Memang bertuah2 hadiah yang disediakan.
Acara pertama adalah acara kutip Gula-gula dlm masa 30 saat.
hanya terbuka untuk kanak2 sekolah rendah.Ceh.
(Makanan tak berkhasiat yang menjadi rebutan)
Acara kedua, adalah Cari harta karun.
bukan traesure hunt, tapi cari getah dalam tepung.
menggunakan straw.
Terbuka kepada remaja dan kanak2.
(orang lain tiup tepung tu, tapi syakir sedut)
Acara seterusnya adalah permainan kerusi muzik kategori lelaki dewasa.
Ala yang mcm main masa sekolah tu.
Juara bertahan Ustaz Azam, gagal mengekalkan kejuaraan
kerana peserta lain sudah tahu
taktik "tarik kerusi" beliau.
Aku berjaya mendapat tempat sebagai Naib Juara
setelah berentap dgn En Zulkarnain yang saiz
badannya 2 kali ganda aku.
Acara kerusi Muzik Wanita Dewasa.
Juara bertahan juga diketepikan oleh
perserta yang baru kali pertama melibatkan diri
dalam Hari keluarga.
Juara baru ialah Hamizawaty (bini aku).
saiz badannya yang agak tinggi dari kakak2 aku yg kategori
bonzai, memudahkan beliau merangkul kejuaraan.
Acara kerusi muzik Wanita remaja pula mencatat rekod
apabila disertai oleh peserta VETERAN iaitu Norhanida
yang berusia 29 tahun.(dikira remaja sebab masih bujang)
dan juga disertai oleh Umi amirah yang berusia 8 tahun
yang nampak macam berusia 15 tahun.(Sihat).
Dan diteruskan dgn Acara kerusi muzik lelaki Junior.
Acara seterusnya adalah permainan "Petanque"
mcm boling padang, tapi bolanya besi.
Setiap kategori dimainkan.
Aku kalah.
Bini aku juga kalah kerana dia terbaling bola
menggunakan tangan kanan.
dia sendiri pelik kenapa balingan tak kuat dan tak tepat.
rupanya dia lupa dia kidal.
(Pengadil menunjukkan bola mana yang dekat dgn target)
(keganasan yang berlaku dlm acara Petanque Wanita)
Sewaktu acara berjalan, Katering pon sampai.
AJK keselamatan terus menjalankan tugas
menyusun Hidangan.
selepas acara petanque kategori dewasa Lelaki dan wanita
tamat. Acara cabutan bertuah disambung.
Doa makan dibaca oleh Ustaz Badli, dan acara makan pon bermula.
Selesai acara makan,acara solat pulak.
Solat berjemaah Zuhur (dan asar bagi yang Jama'.)
di tingkat atas rumah.
kemudian, acara bebas sehingga jam 2.30 petang.
sempat la nak makan second round, berak,
baca paper, dan sebagainya
(Peserta Lelaki Menyerbu makanan)
(Pihak wanita apa kurangnya)
(aku amik gambar sbb aku tak solat Jama")
(Pengerusi berkaliber, Juara, tapi Mic tak lepas.)
Jam 2.30 petang, acara gentel "wadai kipeng" iaitu
sejenis kuih org banjar.
setiap pasangan yan mewakili setiap keluarga
diberikan seketul Doh tepung.sapa siap dulu gentel
menang.tapi saiz wadai kipeng itu haruslah menepati
spesifikasi. Aku dan miza dapat no 2 last.haha.
dalam masa yang sama, acara boling kelapa berlansung
bagi kategori Junior.
Bagi kategori dewasa, setiap keluarga menghantar dua pasangan.
i.a suami isteri atau anak dan parent.
sembilan keluarga menghantar pasangan suami dan isteri,
kecuali Norhanida yang belum berkahwin, menyertai bersama Hafizzudin.
iaitu pasangan MAK CIK dan anak buah.
Aku dan miza hanya dapat 8 jatuhan pin. hampeh.
kemudian disusuli acara "nasibla".
iaitu membalig kasut ke belakang,
siapa paling hampir dgn Line adalah juara.
Balingan kedua aku membuatkn Ustaz Badli
menarik diri kerana kasut aku tepat jatuh atas line.
Aku juara.
kemudian direskan dgn acara petanque Junior.
lebih kurang hampir jam 5 petang,
Acara penutup bermula.
dimulakan dgn acara penyampaian hadiah,
ucapan penutup,
dan pengunguman.
Aku tidak melepaskan peluang membuat pengunguman,
supaya membantu AJK keselamatan menghantar
semula kerusi meja ke Balairaya dan
kepada yang belum menjelaskan Yuran, sila bayar.
Acara bergambar keluarga menyusul,
yang tidak menyertai acara ini adalah
Anuar, kerana tidak dpt cuti,
Hisham yang sibuk bermain leptop (OKU)
dan Fitri yang sedang tidur.(budak kalo tido jgn kaco)
kemudian acara bersurai.
disusuli dgn acara luar tentatif,
iaitu acara TAPAU lauk untuk bawak balik umah.
Hadiah cabutan bertuah yang aku dapan ialah
bekas simpan makanan 5 beradik.
Miza dgn lajunya menapau apa yang patut
menggunakan hadiah tersebut.
Keseluruhannya, edisi ke-4 boleh dikira berjaya.
walaupun terdapat sedikit kelewatan dari AJK sarapan dan
AJK sukan.(tiba lewat)
InsyaAllah, acara 4 tahun sekali ini akan terus diadakan.
(Belakang dari kiri: Nadirah, Laila,Ayin,Syakir,Iqbal,Hazwan,Ustaz Hafizudin,Hazim,Aloi, Amal, Firzana.
(Row Tengah: Abg Mi,Abg Jez,Atikah, Kak Ros,Sarah, Kak Nori,Abg Zul,Abg Azam,Abg Zul Lagi,Ustaz Mae,Kosong sbb cuda tak kawen lg,Miza)
(Depan duduk atas kerusi:Kak N, Kak Mah, Abg Poi,Abg Li,Kak T,Mak, Kak An, ATAM, Ateh, Cuda, Aku, Hanany.)
(besila: Amirah,hafiz,Aishah,Sarah H,Aishah H, Asma', Asfarina, Abdul, Zaid, Asim, Umair.)
utk rekod, yang duduk atas kerusi adalah anak2 ikut susunan. yang berdiri dibelakang adalah pasangan masing2. itu sebab belakang cuda kosong, nanti bole super impose ja.hahaha.
No comments:
Post a Comment