Saturday, May 30, 2009

aku tgk jam..
laaaa..dah kul 9.45.

Aku tepom opis.
staff angkat.

Aku bgitau aku baru bgn tidoq.
Depa pun kata..kalo cik kimi lambat sikit lagi.
kami balik.Kami dah punch.kerja dah masuk.haha

oit...tunggu saya mai dulllo..

sebab aku mai lambat, aku bagi depa balik awal arini..
Sengih saja semua.

************************************************

Semalam ada member datang opis,
dia kata, waahhh, apa opis attire macam ni.
rileks aaaa...kata aku.

Aku dulu tak minat jadi loyer.
Tapi bila pikirkan itu rezki, buat ja.
Tapi yang jadi motivasi ialah,
Aku nak buat macam "Ed"..

Ala...cerita loyer kampung yang bukak Bowling alley pastu
firm dia dalam bowling alley.

Pastu dia kat opis pakai t-shirt ja,.

Hahaha.kat malaysia bar council tak bagi buat firm dalam bowling alley..
Tapi bar council tak dak kata tak bole mai opis pakai t-shirt.

jadi, inilah hasilnya.

Pakai baju kegemaran


tgk cermin sikit.hahah.


Ini pemandangan opis dari bilik aku.


Kelihatan cik na dan abg mat tgh kusuk kerja.((nampak kepala sikit ja)
*****************************************************************
Dok sorang2 kat taiping ni,
buat kita kadang2 teringat kisah2 lama.

Aku teringat pasal roomate aku dulu2.
Bukan Kanot, Aseb dan kaie.

Utk pengetahuan,
kanot, aseb dan kaie adalah roomate bila di Gombak.
Roomate bila aku dah pandai bwk diri.
Tadak jasa sangat dalam membantu aku membiasakan diri dgn hidup Hostel.

Aku tak pernah masuk asrama.
aku dulu sekolah balik hari.

Roomate pertama aku adalah masa matrik.
nama depa:
1.Faizul Mokhtar.Budak kelantan.Badan Ketul2 tapi takut serangga.
2.Suardi, Budak kelantan, trash metal.
3.Hilmi Mohamad, Budak kelantan lagi.mat skema.
4.Haza. Budak seremban.Tak pernah miss solat kat masjid.
5.Syed Mutalib, ntah asal mana, mat stadi.
6.Syawal, Budak Terengganu. mcm lurus2 jugak.
7, Awangku Sufian. dari sabah bah.

Pastu ada juga squatters macam Fadzrin Safea dan Idzfar.

Depa ni la yang sebenarnya membantu aku dalam memperkenalkan
dunia hostel pada aku.
sangat banyak membantu.

kenangan manis mmg banyak.
cuma macam hilang dari memori sekejap
akibat diliputi hidup GELAP zaman roomate
dengan kanot, aseb dan kaie.

Aku dah lost contact dgn depa,
Faizul berenti dari UIA lalu masuk UiTm,
Suardi pon aku tatau pi mana,tapi depa kata konvo pon dia tak mai.
Hilmi pon aku tatau pi mana, engineer ni.
sama la haza.Syed mutalib, syawal dan awangku sopian.lost contact.

Fadzrin paling last aku jumpa masa dia kerja SME bank.
masih main gitar kot.

Idzfar paling last masa dia jemput pi kenduri kawen, tapi aku tak pi.

kalo sapa2 ada kenal depa, sila bagi cara utk kontek balik.
nak menyambung balik silaturrahim.

**************************************************************

Wednesday, May 27, 2009

SELAMAT HARI LAHIR...Annie

2 tahun sudah berlalu....
rasa mcm baru jer aku azan kat telinga dia....

cepat btol masa berlalu...

28 haribulan Mei....

SELAMAT HARI LAHIR
DURRATUL HANANY BINTI MOHD HAKIMI....

ABAH NGAN UMI SYAYYYAAANG ANNIE.

nanti cakap kat umi....
umiiii.......annie nak hadiah ADIK.
HAHAHAHAHA

Monday, May 25, 2009

GEMPAR!!.Kes gantung diri di Parit Buntar & rangkuman bulan Mei.

Zaman ekonomi tak menetu...
Politik tak menentu..
Kena buang kerja...
Kerja tapi kena catu..
Tnaggungan ramai..

Mungkin ada insan yang dah tak larat
nak menghadapi ujian..
Lalu putus asa lalu mengambil jalan
untuk menamat semua dgn cara yang tak elok..

Ini apa yang terjadi jika tidak berpegang kepada ajaran
Agama.
Ini gambar Kes pekerja pasaraya gantung diri di Parit Buntar..
Tension kot.






******************************************************

Bulan Mei 2009
dah hampir ke penghujung.
Walopun Ekonomi tak bagus.
Kes tak berapa nk ada...
Alhamdulillah, setakat sekarang,
masih mampu benapas... Makan nasik...

Cuma aku bole katakan, bulan Mei ni
tidak sebagus bulan2 sebelum ni.

Banyak perkara yang tidak terjadi
seperti apa yang diharapkan.

Boleh dirangkumkan sebagai Bulan
yang penuh dengan Kena marah dengan Judge,
Kena marah dengan interprater sebab lambat
ke lower court..(Lambat sbb kena dok kena marah kat High Court)

Bulan yang mana Dokumen Loan Sangkut.
Application loan klien kena rejek.
Apllication loan klien kena kuiri.
Kes expired sbb assignee lembab nak sain dokumen.
Purchaser tamau bayar deposit sedangkan Vendor bebuih mintak.
tu tak campor telepas pandang kerja clerk yang silap,
bila return baru perasan.

Tapi, Alhamdulilah, masih benapas, masih Boleh kerja.
what to do. harap bulan depan, keadaan lebih baik....

*************************************************************

Aku rasa amat tersentuh bila narrator tu kata
...we say goodbye for now...we will meet again in August.."
perasaan jadi kosong..
Tak keruan...
EPL dah habis.....
Aku belum ada aktiviti alternatif untuk malam sabtu dan ahad..
Selalunya hari jumaat, aku ada "something to look forward to..."
pada hujung minggu..perasaan exited..
tapi..sekarang dah takder.....bulan lapan...tunggu...

***********************************************************

Ujung bulan ni, dengan awal bulan 6..
ramai pulak kawan2 yang nk mnikah...
apasal korang minikah ramai2 time ekonomi tak brp nk cantik ni?
tu tak campur kawan2 bini aku.

Aku belum buat keputusan yang mana aku akan pergi
dan yang mana aku akan hantar ucapan maaf dan excuse..

Ada juga kawan2 yg ajak aku turun ke K.L utk
Reception majlis kaie & chi di UIA.
maaflah, aku tak dijemput untuk ke sana.
Takut nanti takdak tempat duduk..
Tak pun, masa nk masuk, depa mintak tunjuk kad jemputan..
tgk2 jemputan aku hanya di sauk..tentunya tak dibenar masuk..hahaha
Tak pa la..sauk pon ok..

Tahniah kepada kawan2 yang kawen:http://www.blogger.com/

KAIE & CHI
COKOI & ASMAH
Shamsul NADIA & Jejaka MISTERI.
WARDAH & AZHAN
ntah sapa2 lagi yang aku tak igt.

Semoga kekal ke akhirat...

****************************************************************

Dah lama tak sembang gelak ketawa dgn kawan2..
Lama2 boleh jadi "mental" kot..
hahaha.
Tapi minggu lepas.
aku sempat sembang guna video konpren dgn suhail di china.
sempat la aku taruh input2 yang "BAGUS" sebagai persediaan dia. haha

Dulu2 kalo tgk star trek mcm tipu jaa bole sembang tgk muka kot Tivi..
sekarang, suhail kat china, aku kat kamunting..
bole sembang kluaq muka.
kalo hang tuah dok ada lagi, pasti dia kagum.haha.