Friday, December 22, 2006

Update lagi..

Aku "banyak" sangat keje kat firm ni..
jadi, "tak sempat" nak update.

dulu2.aku suka amek gamba..g kelas pun bwk camera.
tapi, aku telepas untuk amek gamba masa kenduri kawen aku.
Jadi, tepaksa la aku mintak dari kengkawan..

Aku baru dapat beberapa keping je.
Antara lainnya ialah:



Ini dari kamera Fiddeen.Dia bediri amek gamba ni.
Nampak kitorang macam tesontot.

Dari kiri: Lan Shah(control perut), Syed Zul(control Kangkang)
Aku (sengih2), Bini aku (tudung ditiup kipas),
Pakdi (cuba rapat dgn bini aku,Tumbuk kang),Pejan (control senyum),
dan Joe!alang tengah (Loosing Control)




Ni pun dari kemera Fidden.Tapi orang lain amek.
Orang ni tunduk,nampk kitorang lonjong pulak.

Dari kiri:Mi tuid.(ganas), Safwan (Kemas),Aku dan bini (Bergaya dan ayu),
Fiddee (Kempiskan perut), Mat Jap (cuba menyorok di sebalik kaie untuk sebab2 yang tak diketahui), Kaie (baju butang sampai atas?).

Ni je la dulu..ada lagi kot nanti2.

Thursday, December 21, 2006

TeMpat Baru = Suasana Baru

Dah 4 hari aku keje kat Firm baru ni..
Firm yang agak ok la..

Jika nak dibandingkan degan HSK,
Mmg le sesangat bbeza..

Takder teknologi2 canggih..
Mesin potostat, sama mcm yang ada kt umah aku je.
Takde scanner untuk aku scan gamba masuk Blog.
Takder Sogo kat sebelah opis.
Takder staff letak kuih kt meja depan.
Takder AM bila aku pandang ke kanan.haha.

Tapi, aku kt sini, buat mcm2. bukan buta2 litigation je..
Buat conveyancing pun ader..corperate sikit2..
Jadi, dapat la knowledge baru..
Borang CKHT 1 & CKHT 2
Form 14A..
SnP ada mcm2 jenis..yang ada sekatan..MB consent..

yang sebelum2 ni, aku tak tau langsung

dan, antara yang menarik,
1) aku sorang je yang tau litigation kt sini.
2) Bilik aku besar
3) Komputer aku boleh detect thumb drive. tak mcm HSK.haha.bole aku update blog.

tapi, mcm AM ckp, ada Pro & cons..
1)Duit minyak pegi balik, RM 10. sebulan dah brapa.
2) Sabtu keje,cane nak tgk katun.
3) Parking sehari 40sen.haha.
4) Malam2, Bini ajak g supemarket.

apa2 pun, rezki ada di mana2.
tak kisah la byk ke sikit..
kalo sikit, mungkin sebab volume keje tak sama dgn orang gaji byk..
kalo byk..mungkin rezki anak...ameen..

Wednesday, December 20, 2006

aku Sudah kembali..

Dah lama since the last time aku update Blog aku.
Now baru aku berpeluang nak update this blog..

aku dah kembali..
bukan bermaksud aku dah kembali tulis blog..
tapi aku dah kembali ke kampung halaman aku..

PERAK DARUL RIDZUAN..kejor yeop kejor..

Walopun aku sedih meninggalkan Lembah Klang yang penuh kenangan..
Meninggalkan Kengkawan..Hiham, Sobri & Kadir..(Firm lama)

Aseb ("main la FIFA dengan Baraq ek")
Kanot ("Jaga bini hang yang ngandong tu")
Kak Nur ("Bila nak Resign?")
AM ("aku takda tapi kau ada")
Suhail ("Banyak claim kau?")
Abang Man ("jangan tender notis")
Bos ("makaaann aje")
Suria {"kirim salam kat Ramli ngah talib")
Amir (langgar la BMW pulak")

Tapi...
aku dah buat keputusan nak settle down kat sini..
dekat dengan Mak aku..
bole le aku jenguk2 pokok pisang ujung2 minggu..
sapu2 sawang kat dinding umah..

dekat jugak dengan Bapak&Mak mertua aku..
(aku duduk dengan deorang :p)

Jadi..karang, balik raya, takde la gaduh2..
ntah2 mak mertua aku,lagi suruh aku balik umah mak aku..
(menyampah, hari2 tgk muka aku :P)

Tak dilupa.. terima kasih dari aku dan istri kepada kawan2
yang datang majlis kitorang aritu.Dari jauh oo
Terutama, kepada yang bawak hadiah...hahaha

Ok. All the best semua!!! jumpa lagi!!!

Wednesday, June 28, 2006

Selamat Pengantin Baru....

Assalamualaikum..

dah lama aku tak update blog...
aku tak sempat sebenarnya..
banyak benda yang aku fikirkan..
banyak kerja yang aku buat...

Dulu, masa belajar,UIA, aku selalu buat lawak,
Kanot kata dia nak kawen,
aku pun kata, "seminggu lepas hang, aku menyusul".
Kami gelak sama-sama..
Sebagai 'inducement' kepada kawan2 yang lain(kaie,aseb)


28 May 2006
aku menyaksikan Kanot menjadi sah menjadi suami orang..
dia nikah hari kenduri..
ceria jer aku tengok dia..

23 Jun 2006
walopun bukan seminggu selepas kanot..
sebulan pun ok..
Aku sah menjadi suami orang jugak..
tapi, aku tak buat kenduri lagi..

Ramai yang tanya, apsal kawen tiba-tiba?
Eh?tiba2 ke?
Setahu aku, dah lama aku plan nak kawen..
Mungkin bagi yang tak tahu aku dak lama btunang,
tak tahu aku dah lama submit borang,
nak tanya macam2..

Berbeza dengan kawan2 aku kat opis dan kat rumah yang dah
lama tau Plan aku..
Takder la tanya macam2..

Bukan aper...rimas jugak nak menjawab..
aku cuma jawab yang betul la..
aku dah lama Plan nak kawen,
dulu aku tak nak chambering,
tapi, tiba2 aku chambering...
kawen,tetap kena jalan..

tu jer...

Jadi..kat sini..aku cuma nak ucap kat diri aku..

SELAMAT PENGANTIN BARU


MOHD HAKIMI BIN HJ SHAARI
dan
HAMIZAWATY BINTI SHAHRUDDIN

BABAi,...

Friday, April 14, 2006

PeRaSAan 3

Assalamualaikum.....

Dah lama aku tak menulis..
bukannya aku takder cerita..
cuma tak berkesempatan..
balik keje..lepas makan..pasti tdo..
hari sabtu..basuh baju..tdo..
kat umah pulak takder internet..
kat ofis..internet memang power..
Tapi..nak mampus...?monitor aku ngadap pintu bilik bos.
kadang2..rasa penat sangat..

ceni la kot PERASAAN orang yang dah kerja..
aku baru mengerti..

kehidupan pun berubah..
ujung bulan dapat gaji..
kalo dulu time stadi..mewah..
skarang nak kena fikir sewa..bil.tefon..
makan lagi..tolak sana sini..ada la sikit tinggal..
Tapi..puas hati..
Ceni kot PERASAAN makan duit titik peluh sendiri..

aku jugak sedang mengalami perasaan yang aku tak pernah rasa selama ni..
perasaan yang susah aku nak discribe..
perasaan yang mungkin sekarang ni..Kanot ada rasa jugak..
Tahniah Kanot..Insya Allah jugak..tahniah untuk aku..

agaknya cane la PERASAAN korang...kalo lebih kurang 3 bulan lagi..korang bergelar suami/isteri orang..?
Wallahu a'lam..

Thursday, January 05, 2006

komen ku untukmu KANOT

manada macam yang tiwi cakap tu..aku ada member yang pergi konsert tu..dia kata siap ada berenti solat.masa berenti solat tu,polis mai buat rush..barang2 yang tunjuk dalam tiwi tu,mcm2 pemplet tu..memang bukan depa punya..pastu konsert tu penonton duduk atas kerusi tau.tak campoq lelaki pompuan dan tak macam konsert2 biasa kat malaysia ni(sure heboh,pelancaran putera umno)..lagi satu..depa saja nak hilight yang budak2 pompuan pakai tudung,sebenaqnya lebih jahat dari yang tak pakai tudung.ataupun,pakai tudung tak semestinya baik..pakai tudung pun jahat..jadi..itulah yang depa nak hilight..sebab majoriti yang pi memang pakai tudung.sebab konsert tu tak dak apa2.tak dak campoq2,lompat2,siap ada waktu solat lagi...perasmian putera umno pun tak dak berenti untuk waktu solat hang tau dak..
jadi..sebelum apa2,baik hang tanya abg2 yang lebih berpengalaman..lagipun,dalam politik,jangan cepat percaya...tambahan pulak dengan media kerajaan..
hang pun tau yang tu kan?
bukan ka hang dah dilatih..??
patut la parti hang kalah kat uia..

jangan marah..

aku sekadar nak bagitau perkara sebenar kat hang..

Tuesday, January 03, 2006

kerja!!!2

aku dah start keja arini..
jadi aku penat giler..
penat rupenyer cari duit ni..

tapi aku still mencari kerja..
kerja yang lebih secure dari kerja kat company swasta ni..
mencari kerja yang ada gaji basic yang fix..

so..lambat lagi la aku nak update..
ni pun update dari ofis kakak aku..

till next time..babai..
doa la aku dapat murah rezki..