Thursday, October 30, 2008

..

Mengakhiri Penderitaan Kanot ....

Pagi ni, aku datang opis.
Bukak Komputer.
Macam biasa.
bukak Blog.
Klik kat link kawan2.

WAHH!!!.Kanot cuba mengebom
aku dengan menggunakan nama aku dalam
situasi yang diceritakannya.

HAHAHA..balas dendam entry yang lalu la ni..
cuma kurang "kick" la kanot atas sebab..
hang hanya menggunakan nama aku sahaja
bagi situasi yang hang gambarkan...
dan hang cuba mencipta alasan baru aku ke Perlis.
i.e: semua itu hanya khayalan penulis.

Bezanya dgn entri aku tentang hang,
menjadikan ianya "KICK" kerana,
ia adalah FAKTA yang mungkin sudah diketahui
ramai pembaca blog ini.
lebih kurang mcm Judicial notis la..hahahaha.

Tindakan kanot juga mungkin disebabkan
tindakan Asne dlm entry beliau pada ayat2 terakhir itu.
Kanot nampak aku sudah ada pengikut.
hahahah..

Ok la not, aku akan akhiri penderitaan hang
yang disebabkan oleh entri SABDA yang lalu.

TAPI AKU AKaN MULAKAN PENDERITAAN
YANG LEBIH LAGI DENGAN ENTRY TERBARUUU!!TUNGGUUU
HAHAHAHAHAHA!!!!!(GELAK JAHATT)

******************************************************

Sapa sokong pendapat aku bahawa Malaysia
sudah tidak seselamat dulu?

Pastinya ramai.

Pagi tadi, sebelum pi kerja,
aku baca paper metro sekejap.
kes org culik baby, pastu jual harga RM 500.
culik dari rumah lak tu.

Pastu, sekarang ni, setiap hari kita dengan kes Rompak.
Ragut, Rogol, Bunoh.Culik kanak2.

aku igt zaman 1980-an dan awal 90-an dulu.

budak2 kecik bebas main2 kat padang atau kawasan
sekitar rumah tanpa perlu risau sgt kena culik.

Pintu rumah takyah boh grill.
pintu kayu sekeping pon dah ok.
Rumah atap nipah jer.

Kalo duduk dalam rumah sendiri, insyaAllah selamat.

Sekarang ni.
Anak2 jangan la terlepas pandang.
takot2 ada yang amik.culik.

Rumah jangan la tak buboh grill.
Kalo buboh pon belum tentu selamat.
Ada kes yang tengah rileks2 kat rumah, pastu kena Rompak.

Moto pulak, letak la mangga besar pon,
belum tentu selamat.

kenapa Negara kita jadi ceni?
kenapa masyarakat kita semakin hari semakin
tak berotak.?

tak kisah la korang percaya ker tak..

Tapi pendapat aku, semua ni adalah agenda
Yahudi..sila rujuk sendiri protocol of Zion.

Masyarakat kita dirosakkan otak sejak lahir lagi.
Yahudi mencipta pelbagai makanan yang sedap2 yang kita
makan..seterusnya menjadi darah daging.
seterusnya merosakkan anak2 kita.

Pastu kita disuap dengan hiburan.
HIBURAN HARi2 TANPA HENTI.

LAgu2 dicipta untuk melalaikan.

Sukan juga tidak ketinggalan menjadi ejen Yahudi.

Tak caya? Cuba tanya Kanot dan rakan2.
Berapa kali Kanot dan rakan2 bangun pagi tgk Bola,
kemudian bila dah dekat2 subuh tertidorr?

Berapa kali pula bangun solat tahajud?

Ha....tanpa kita sedari..kita pon dah termakan dakyah yahudi....

Jadi>>LIVERPOOL on top of the table.Arsenal SERIIII..BOOOOOOOOOO.

*****************************************************************

Kenapa bising2 tentang pemilihan?
Kenapa bising2 tentang siapa yang layak,
siapa yang banyak pencalonan?

kenapa bising2 siapa betul siapa salah?

kenapa bising2 mahu mengejar amanah?

Kenapa tidak memikirkan tentang rakyat yang terhimpit
dengan kenaikan harga barang?

Kenapa tidak dibantu org2 miskin yang memerlukan?

kenapa masih ramai muda mudi yang berpeleseran tanpa tujuan?

aku pon tatau.................

*****************************************************************

Harini open House rumah mak mentua aku.
Jemput datang.
Bini aku buat laksa dan agar2..hahaha

Wednesday, October 22, 2008

SABDAAAA!!!

Aku menerima SMS dari LAn Syah
yang bertulis...

"Jemput dtg ke rumah terbuka saya pada 26 oktober 2008, ahad jam
1230tgh hari dan keatas bersama kwn2 dan keluarga di alamat no **, jln SP **,
taman saujana puchong, 47100 Puchong.

Jika apa2 sila hubungi number ini.
KONSERT KUMPULAN NASYID SABDA MENANTI ANDA.

Aku gelak guling2 setelah baca sms ni.
bini aku heran.


Aku tunjukkan kepada dia sms ni.
Sapa SABDA?katanya..

untuk pengetahuan semua.
kumpulan sabda adalah sebuah kumpulan nasyid sekitar tahun 1990-an.
Dianggotai oleh Arip Muazim (AMAR nurul iman)
sebagai penyanyi.

Razak, sorang lagi yang aku tak igt nama dan anggota terakhir ialah
NOORAZMIR BIN ZAKARIA aka KANOT!!!!.


aku sms kanot bertanya.
"Dapat sms lan tadi?"

KANOT jawab
"dapat.Awat.aku balasah karang.

Aku balas balik dgn
"HAHAHAHAHAHAH"

Kanot balas balik dgn
"BUDUH"

sensitif kanot ni bila tanya pasal Kumpulan sabda.

note: dulu sebelum aku kenal kanot,
aku pernah tgk vidoe klip sabda dan aku siap gelak
Gila kat tukang petik jari yang ikut vokalis jalan slow2 itu.
rupanya org yang aku gelak tu jadi roomate la.

edited lepas aku cabar kanot****
REAKSI KANOT DI YM tentang entry ini.

Friday, October 17, 2008

ENTRY RINDU.AKU ORG KE-6 kot.


Semalam aku dgn Abai minum2
lepas court.
Kami lega kArena DATO' Z miting.
tgh minum, Azhar datang.
Dia bising2 kerana dtg dari jauh,
tapi Dato' tadak.

kami pon dok sembang pasal kehidupan,
kawan2.
Abai kata sejak kawan ramai yang dah kawen,
semua dah bawak diri masing2.
tak sama macam dulu.

Kami bertiga praktis di state atas sebab
kekeluargaan.
Azhar kata, dia praktis di state kerana ikut cakap Mak.
Tapi hujung minggu dia ker KL.Jumpa kawan2.

Aku pulak, dah ada anak bini ni,
mana la nk sempat nk gi jumpa kawan2.
kadang2 samapi lupa pada kawan2
kerana masa aku selain kerja,
adalah dengan keluarga.

Harini, aku balik court,
sorang2.sebab loyer2 senior semua
dah balik.
Farhana dan samsinaralia ada agenda masing.
lalu aku minum la sorang2 di faveret spot aku
di restoran bumi.

Masuk opis,
Am ada dlm YM.
Aku berkata kepadanya tentang kebosanan aku harini
sbb minum sorang.
dan aku berkata aku merindui dia, dan rakan2 sewaktu di HSK.

Lalu Am pon buat entry Pasal rindu.
Dia pon masukkan nama aku dan keluhan aku pagi tadi.
Lepas baca entry dia,
aku bagi komen,
Aku tak ulang la apa aku ckp kt dia dlm YM,
cuma aku tambah,
kalo aku main game sorang2 atau tgk EPL,
aku akan terinagt kawan2 juga.

JAdi, kalo time keja, Aku akan igt kwn2 HSK.
Kalo main game atau EPL.tentu la aku akan igt Kanot, Aseb,
Matjap, Pakdi, Kaie.

RUPANYA.............
WAHHHH!!!sedap pula kanot dan aseb BOMM aku di situ.
gara2 aku pernah kata tak teringat lansung kt depa bulan puasa lalu.

Aku memang tak teringat lansung kt depa bulan puasa lalu
dek kerana aku sebuk dok Igt pasal mesin soya dan meniaga soya.
cuma aku teringat saat makan Coq peneram dgn kanot. saja.

WAHH..BOMM berterusan..

Tapi, what the heck..
tak salah kot aku nak rindu kt kawan2 HSK.

Sebab dalam tahun 2006.boleh dikatakan setiap hari
kami makan bersama2 melainkan hari masing2 ada legal Aid.

DAN LAGI LA TAK SALAH AKU NK RINDU KAT ASEB DAN KANOT.

Aku baru hidup sebumbung dgn bini aku 2 tahun lebih.
Tapi,kalo aku gi jauh, aku akan rindu dia.

Manakala Aseb dan Kanot dan kaie,
Aku idup sebumbung dan tidor sebilik dengan deorg
sejak tahun 2001 sampai 2005.lama tu,

Dan aku tidor sebelah Aseb selama setahun pada tahun 2006.
eww...jgn fikir bukan2..separuh dari tahun 2006 tu, apon pon tidor sama
dgn aseb..hahaha.

jadi, selama itu jugalah kami main game sama2..
tgk bola sama.
kadang2 pukul 4.30 pagi aseb ajak aku tgk bola kat MAmak
dikala Liverpool membelasah Arsenal.

Buleh dikatakan, hidup dgn kawan2 dan main game hari
memang best.

Tapi, hidup mesti diteruskan.
takkan nak main game hari2 sampai tua...

Bila dah ada keluarga...
keluarga diutamakan...
Aku takkan main game kalo bini aku yang nak main game.
Aku takkan tgk bola kalo anak aku melalak nk tgk
Harimau kat APL.
Aku pon takkan pasang internet semata2 nak memenuhi
keinginan main game dgn aseb dan kanot secara Online,tapi tak mampu byr bill ujung bulan...

Aku juga takkan ke KL kerana Mak aku mahukan aku di sini.
Aku juga takkan bawak ank bini pindah KL,
kerana Mak mertua aku masih memerlukan
Kak Long untuk sesekali menjaga Adik2..

Aku juga takkan call, Am, Suhail, Kano Atau Pon
Adrin hari2 lalu bersembang pasal kenangan di HSk...

Cukuplah sekadar kita saling merindu sesama kita....
sebagai tanda ukhuwah kekal ke syurga.....

Wednesday, October 15, 2008

ROSSAKKK

YAAAAAAAAAAAAAAAAA.

Pagi tadi aku melangkah keluar rumah macam biasa.
Menegur jiran aku macam biasa.

Bukak pintu kereta macam biasa.
Masukkan kunci lalu pulas macam biasa.

Tapi, tiada apa2 yang berlaku.
Wah, ini tak biasa.

Kereta tak bole startt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Nasib baik tadak Court kes arini..

Walopun kereta rosak, Aku bersyukur
kepada Allah, kereta aku rosak di depan rumah,
pada hari aku tiada Kes.

Kalo rosak Esok?ESOK ADA KES DEPAN DATO' Z!!!.

Dan aku juga bersyukur Jiran aku seorang Askar.
Dengan selamba dia menolak keta aku sensorang.
Siap bagi Order,
MAsuk Gear dua, Tekan Klac,
Bila saya kata lepas, Baru lepas.

BAik!!!Sarjan.

Agak menyedihkan juga bila diberitahu oleh
Wireman bahawa bateri aku telah sampai ajalnya.
Dengan berat hati, aku menukar Bateri Baru yang "BAIK"
punya.
Waranty setahun.RM170!!!!!!!!!!!!!.

Aku juga diberitahu bahawa Wiring Audio sudah Short.
Dia buat Wiring baru..
Tapi dah terlambat, CD player itu telah rosak akibat short...
*************************************************************

Monday, October 13, 2008

Meet Uncle Mat Jap.

Meet uncle Matjap.

Hujung minggu yang lalu,
Macam biasa.
Aku balik Kampung la.

Tapi aku balik awal sikit,
lepas kerja,
Jumaat Malam,
dalam keadaan hujan lebat.

Tiba di rumah Mak sekitar pukul
10.30.
Makan2 lalu tidor.hahah.

Pagi sabtu,
lepas sarapan, semua bersiap2.
Aku berjaya mengajak Mak aku untuk keluar beraya.
Kami menuju ke Machang Bubok, berdekatan dgn kulim & BM.

Beraya di rumah kakak aku.
Makan2 secukup rasa.
Masa nk solat zuhur, aku masuk dlm bilik
ank buah lelaki aku.
dia tadak, sekolah asrama.
wah, rupanya ada PS2. lalu aku
layan fifa 2008 sampai lupa bini.
hahahah.

Petang on the way balik,
Kano tepom,
katanya nk singgah beraya,
sambil menunjukkan
Album kawennya.

Selepas sembang secukup rasa,
dkt kul 9.30 dia dan abg chaq pon berangkat.

Pagi Ahad, aku pi kenduri Ajem kawen di bgn Tiang.
Masa aku salam dgn Ajem, dia kenalkan aku kpd bini dia,
katanya "ni kimi, KULAAN."

elok aku nk balik, Matjap pon sampai,
Hanany pon meet uncle Mat Jap.
pastu, balik..

itulah aktiviti ujung minggu.arini kerja.ngantok.

Wednesday, October 08, 2008

RAYA 1

Hahaahah...
Aku cuti hari Isnin aritu.
Manakala semalam aku ada kes di Kulim,
Jadi Petang masuk.
Tak dan Mau apdate.

cakap byk tak guna.

Tahun ni aku beraya di rumah sendiri.
sedikit saja gambaq yang dpt di ambik.
sebab bila dah ada anak ni,
kena jaga ank ganti2.



Gambar mengikut Nombor.

1. Hanany dah siap Posing.Menunggu maknya bersiap.

2. Hanany terkasima, Mak aku ni bersiap ker apa ni.
Tgk cara Hanany tutup mulut mcm tak pecaya.

3. Apabila mak dan paknya sebuk tak layan dia,
dia pon mengadu la dekat tiang buaian.

4. Semua dah siap.Jadi bergambar la.

5. Bergambar dgn kereta Sport, nanti dia merajuk, susah.

6. Selepas letih bergambar, Hanany pon layan Shoya sebotol.
7. Gambar diambil pada raya ketiga dikala Kanot datang beraya umah mk aku.
kanot cuba kuci-kucikan anaknya, ank buah kanot pulak
tgh stretching.(Gambar mmg gelap, hari mendung.Bukan disengajakan)

8. Landmark rumah aku.Kawan2 yg nk dtg, aku bgitau, tembok umah aku ada patung kura2.
sorang Majistret dan Sorang Engineer gagal menemui land mark tersebut,

9. Kan, ada patung kura2.

Raya ke-4, aku menuju ke Perlis.Beraya di sana...nanti entry lain, aku sambung...
Kerja.....