Tuesday, September 14, 2010

Rangkuman Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sekitar Hari Raya Tahun ini.

Dua hari sebelum raya(Rabu), aku balik kampung utk bukak puasa.
Aku sempat gempaq mak aku dan kakak aku bahawa raya hari kamis.
mak aku pon kata:

"beh.Amon raya kamis, napanya pang yang ade, uma kadakda mali lagi bahan2.
makanan nasi impit dgn kuah kacang haja pang."

kakak aku pulak:
"Woi, mana boleh raya esok, kalo raya esok aku kena balik melaka hari sabtu.tak aci.tak best!!"

Tahun ni giliran aku beraya di Kamunting.
Bukan di rumah mentua, tapi di Rumah sendiri.
Seawal pagi, aku pi solat Hari Raya di Masjid Kampung Pasir.sebelah ISA.

kemudian bila balik, membantu Bini menyusun juadah.
inilah sebahagian juadah.

BAHAN2 MEE KARI CIKGU MIZA dan rendang Ayam cikgu miza.

Ketupat palas Encik KIMI, Randang Daging cikgu Miza dan nasik Impit Encik KIMI.

Tong ayaq en kimi


Sambil2 tu Juga kami begambaq raya.
Ini sebahagian gambaq.
Caption: nany nak duit rayerrr

Nany Posing2

Nany dgn umi dgn aboh

Tak abih posing lagi

Tantik tak baju nany?




ngam2 siap, kanak2 pon sudah dtg beraya.
seperti biasa, aku paksa depa makan dulu,
kalo tak mkn, aku tak bagi duit raya.
hahaha.

tengahari sikit,
mak pak mentua aku dtang beraya dgn adik2 ipaq.

selepas solat Jumaat,
baru la tetamu selain kanak2 pancari duit raya datang.

antaranya staff2 aku,
Habib dan bini,
Sapuan fathi dan bini,
kawan bini aku bersama pasangan.
haha.

Malam, kami sekeluarga berehat.

Pagi raya kedua baru betolak balik ke Parit Buntaqq.

Elok2 sampai kampung, rupanya depa nk pi umah bangpoi makan2.

lalu kami semua menuju ke umah bangpoi untk makan2.
Ini antara gambar2 yang sempat di Snap.

Keluarga Kak Anne sedang membincangkan isu keta baru hafizudin. Resolusi sebulat suara menyokong supaya anak2 naik keta zudin dan tak naik dgn abah dan mak depa bukan kerana keta abah slow, tapi kerana mak depa suka control keta guna voice command.
Kelihatan Abngpoi sbagai pengulas dan atam sebagai mak pacak.

Kelihatan Ateh, Cikgu Miza, Uma dan kak ros tidak menghiraukan orang lain kerana sedang mengkedarah siakap 3 rasa.

kemudian Tentera Kak AN pon tiba, ada baby munirah.nany mcm biasa, bagi hint kat mak dia.

Kamudian raya ketiga,
sesi kakak2 aku balik umah mak mentua.
ini sebahagian gambar2.
Sanak saudara berkumpul memberi sokongan moral kepada Angah ET kerana dia kena balik umah mak mentua.wawawawawa.
kelihatan kepala iqbal (satu2nya penyokong Man U dlm family kami) tidak pulang ke umah atuk beliau di Son lee(side abah dia) hanya kerana ingin menonton Man U menag, tapi Man U SERIIII.boo.


Bangjezz cuba memberi semangat dengan mengatakan bahawa dia dah berpuluh tahun balik umah mak mentua, tadak hall pon, kadang2 time tak raya pon dia balik, atau on the way pi kutip kelapa sawit pon dia ada mai.tadak hall.

Aku hanya beraya ke Rumah Arin tahun ni,
nak pi umah kanot, dia kata dia pi langkawi,(walhal ntah2 kena tangkap kes pukul bakar dan buang tu?)
nak raya rumah hawa, dia tutup henset.
Ajma tak ajak beraya umah dia, apatah lagi pidin.
sapuan pula dia dah mai umah aku.haha.

Harini(Raya ke-5) ada lagi member nk datang,
so bini aku ada buat masak lagi,
ajak kanot mai, dia kata tadak keta (Kena tahan utk siasatan lanjut kot)hihihi.

esok dah start kerja, malaihnya.huhu.
Apa2 pon,selamat hari raya semua.

Entry akan datang, dekorasi rumah untuk raya oleh KIMI leong.tantik tak???

Monday, September 06, 2010

ISU ISU DAN ISU

beberapa hari yang lalu heboh diperkatakan
tentang Iklan sebuah stesen TV tempatan yang sedikit menggangu.

dan kemudiannya terbit artikel yang mengaitkan Iklan tersebut dengan gerakan "freemanson" dan tidak aku juga tidak menyangkal bahawa iklan tersebut mengandungi unsur2 freemanson dan simbol2 illuminati memang ada.

Kalo nak tau apa simbol2 tu, sila browse sendiri kat Pak cik google.

Baru2 ini juga ada diterbitkan artikel yang mengaitkan negara Malaysia dengan Gerakan Freemanson.
yang mana rupa-rupanya idea "Malaysia" itu sendiri dah wujud sejak kurun ke-19 dan telah diatur oleh Freemanson.

Dan begitu juga idea 1Malaysia yang hampir sama dgn Idea mereka.

Dan tidak ketinggalan juga bendera 2 parti di Malaysia yang menyerupai Simbol Lucifer. nak tau apa lucifer tu, browse pakcik Google jugak. ataupun tgk la cerita Supernatural.hihi.

Tak kurang Hangat juga Isu Kafir masuk surau dan Doa kepada Kafir.

Pendapat aku tentang Isu2 dia atas,
Mungkin benar juga gerakan freemanson sudah lama meresap dalam negara kita,
sapa tau, mungkin ada Melayu Yahudi.kan?

manakala Isu2 remeh temeh dan perkauman tersebut pula salah satu perang saraf Freemanson.

Korang tau tak kenapa Palestin tu kena halau senang2 jer dari negara sendiri?
Kerana sikap berpuak2 mereka dan saling bergaduh sesama Puak.
kalo diperhatikan di kem pelarian Palestin di Beirut Lubnan,
dalam kem itu saja ada 5 puak yang saling berbunuhan.
yang nyata sekali FATAH dan HAMAS.

Musuh pasti bergelak ketawa melihat org Islam berbunuhan sesama sendiri.

Tak mustahil juga begitu di Malaysia kan?

Malaysia ni pada pendapat aku dah masuk tahap sukar untuk dipulihkan kecuali dgn cara yang "Istimewa".

jadi sekarang ni, cukuplah kita berpegang dengan "Peliharalah Diri Kamu, dan Ahli Keluarga Kamu dari Api neraka".
SO, kena Jaga diri sendiri dulu, pastu keluarga.
Orang Lain, terpaksa la pandai2.

AKu teringat kata2 Ajis masa Ta'aruf week dulu.
Ada dua kapal yang menuju ke satu destinasi,
tapi antara kapal ni masing2 menyerang sesama sendiri,
dikhuatiri kedua2nya tenggelam sebelum tiba ke destinasi yang dituju.

HAH!! ISu terkini, Sosilawati Lawia Hilang.
Kawan aku ada menguruskan kes Jual Beli tanah Beliau,
bila beliau hilang, frustlah kawan saya itu kerana beliau baru bayar deposit,
tak sempat bayar balance purchase price lagi.

Dan mari kita sama2 mendoakan adik perempuan seorang sahabat saya yang hilang sejak beberapa bulan lalu.semoga ditemui sebelum kita Menyambut hari raya.

till then. mari kita berfikir....mari kita melihat dan tafsir apa yang ada di sekeliling kita....

ahha. ada lagi,kawan dari Umno kata, UMNO mmg bodoh bab agama, tapi janganlah PAS yang pandai agama pon terikut bodoh sama.

Fikir-fikirkan....Selamat Berbuka.

Thursday, September 02, 2010

Ramadhan tidak seperti dulu, bahang raya pun tak seperti dulu.

Aku membesar kat kampung yang dinamakan Parit Hj Amin sekitar tahun 80-an dan 90-an.

Waktu itu tidak wujud lagi PS3,Henfon, apatah lagi facebook.

apabila tiba Bulan Puasa..amat meriah.

Ahha..kampung aku tu juga tadak letrik.

Apa yang meriah?
waktu petang, sbb tadak PS3,
aku dan kawan2 main Meriam Buluh.
pada pendpat aku, meriam buluh ni tak bahaya,
sekiranya segala peraturan dipatuhi.

buluh mestilah dari jenis yang kuat,
pastu rendam dalam air 2hari.(Air Parit)
pastu ikat/balut dengan tiub tayar.

aku tak pernah sengar lansung budak2 kampung aku cedera masa main meriam.
aku pon tak pernah.zaman tu memang best.

Malam pulak,
aku akan nyalakan pelita minyak tanah,
Kira2 20 bijik sekitar halaman umah aku yang luas tu.

pastu pi surau solat terawikh.
masa tu jemaah ramai,
yang muda2 pun ramai,
yang tua2 pun ramai,

yang bestnya pulak,
kampung aku akan pasang pelita minyak tanah dari
jalan masuk dan sepanjang jalan.

pastu umah jiran2 pun pasang pelita.
pastu jalan ramai2 balik dari surau,
esok pas sahur,
main meriam lagi.

Aku benci orang yang main mercun dan meriam tak ikut aturan,
dok boh dalam besi la,
boh dalam paip la.
orang2 ni la menyebabkan mercun dan meriam kena haram.
walhal meriah tau..benci.

aku pon tak pasti kenapa orang dah tak pasang pelita,
mungkin ekonomi tak bagus kot.
yang pastinya tiada kena mengena dengan sebarang fatwa atau hukum,
sebab kebanyakan depa tak amik pot pon pasai fatwa..huhuhu..

apa2 pun, zaman aku membesar dulu,
ramadhannya lebih berbekas,
syawalnya lebih meriah....


dulu aku suka main bunga api ni, bengkokkan dawai dia, pastu baling kat pokok,pastu bunga api tu sangkut kat pokok jadi mcm pokok bunga api.

Tuesday, August 31, 2010

Salam Ramadhan. 10 Malam terakhir.

Assalamualaikum.

Tudia, dah dekat setengah tahun dah aku tak ber belogging.

Bukan merajuk, tapi bawak hati ja.

hehe.

Sibuk sikit sebenarnya, kalo sapa2 yang mengikuti status aku kat Facebook,
tau la yang aku sekarangkerja sendiri.
jadi masa dipenuhi dengan kerja.Ibadat.kerja.ibadat.wawwawawa.

aku tatau la sapa2 lagi yang dah berenti blogging.aku tak sempat lagi nak jengah page kawan2.
Tapi bini aku memang dah berenti.tak sempat katanya.
lebih baik dia FB saja.
hahah

Aku pon mcm suka Fb sekarang, tapi aku sayang nk tinggalkan blog ni.
6 tahun oooo.
6 tahun aku bela blog ni.
aku takkan tukar url, aku takan delete insyaAllah.

harini permulaan saja.
jadinya aku tak de nk post2 gambar ke aper ker,
tengok la dua tiga hari lagi kalo berkesempatan.
Lagipun bulan2 puasa ceni kena kurangkan gossip.

hingga berjumpa lagi,
mari meningkatkan Ibadat.
Assalamualaikum.

Thursday, July 29, 2010

Salam

Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Lamanya dah tak blogginggggggggggggg

rindu pulak kat blog nih.