Tuesday, December 28, 2004

Ni gambar gathering aritu...

Ni gambar masa gathering hari ahad aritu..
aku pow dari pak bear..dia benarkan..



bulatan pertama:pak bear..bulatan kedua: aku...bulatan ketiga:pakdi...
yang takda dalam bulatan...Ntah sapa2... :p

INNALILLAH.....

Dah nearly 23,500 orang meninggal dunia kerana bencana TSUNAMI..
53 orang kat malaysia yang majoritinya kanak2 dan warga tua...
kebanyakan di penang...kemudian kedah..perlis..perak dan selangor..
dalam byk2..3orang meninggal kat kampung aku..PARIT BUNTAR..
kat kedah nearly 81 million kerugian dianggarkan..
Al-Fatihah utk saudara2 kita yang terlibat...

dijangkakan tsunami akan berlaku lagi dlm tempoh 72hours...

Monday, December 27, 2004

Falsafah miTUid 1

bila berbicara tentang mi2id...tentu bab perhubungan...
tadi sebelum solat zohor..aku jumpa mi2id kat surau..
aku tanya dia..."camna pendapat hang tentang perempuan?"

mi2id jawab "lelaki takkan boleh hidup tanpa perempuan"
betol ke? aku tanya lagi..
mi2id kata...tanpa perempuan..lelaki ni nothing...
Rasulullah pun kawin apa...

hmmm...patutla aku tengok setahun dua ni..mi2id lebih bersemangat..
berbanding masa dia single dulu... :p
op..pecah rahsia..

falsafah mi2id ni agak kontra dengan falsafah aku dulu2..sebab bagi aku...
biar aku berkawan dengan pompuan..tapi aku tanak ada gefren sebab bagi aku
pompuan ni sebenarnya menyusahkan...

Tapi..setelah aku kenal dgn mi2id..aku pun dah faham sikit2...
biar la pompuan tu nyusahkan..tapi..nak buat camna..pompuan memang di perlukan...
so..dah dua tahun aku ada "teman"...alhamdulillah..setakat ni..tak pernah pun nyusahkan aku..:p
"adik2 perempuan" aku kat sini pun tak pernah aku anggap nyusahkan aku walaupun mcm2 pertolongan yang diminta..
(pompuan mintak tolong..mana bole tolak.)
cam mi2id kata la...lelaki memang utk pompuan..pompuan utk lelaki..nak buat camna...

tapi..bukan ini saja falsafah mi2id..ada macam2 lagi...
tapi aku akn publish di masa akan datang...
Rupa-rupanya..ada falsafah yang kontroversi..
mi2id support poligami??? tunggu.....

note:
segala terbitan adalah di atas kebenaran dari mi2id sendiri..
sebab dia kata.."tulih pi la...."

Peringatan Untuk Kita (tiru pakdi)



Semalam gempar sebab Malaysia yang tak pernah2 kena gempa bumi tiba2 bergegar...
kalau nak di kira..tidaklah seteruk negara2 lain cam sri lanka dan india..
tapi boleh la tahan jugak..hampir 30 orang meninggal dunia di Penang dan kedah..

Macam pakdi kata..Allah baru gegarkan tanah dan hantar air deras..kita dah tewas..
ni menunjukkan kita ni...bukan la best sangat..
sepatutnya kejadian ni kita jadikan iktibar..
Macam Mat JAp cakap... "kiamat dah Dekat"

Tapi lain pulak jadinya di Tv...
kejadian tu cam hiburan pulak..
orang ramai bercerita tentang gegaran kat umah masing2..
orang cerita tentang akuarium ikan dia berkocak...
dekat setengah jam interview pasal air bekocak..ajak anak turun dari bangunan..
rasa pening2...
pastu.. yang tengok tv rasa tak sabar2 nak tengok visual apa yang terjadi kat penang..
cam menunggu video klip penyanyi plak..
pastu..pasti ramai jugak yang terhibur setelah mendengar kata2 Samy Vellu tentang jambatan Penang..

tapi..berapa ramai agaknya yang terima kejadian ni sebagai peringatan dari ALLah
supaya manusia tak terleka..aku pun tak tau..sebab aku sendiri agak terhibur mendengar celoteh orang yg di interview dan jugak kata2 Samy Vellu yang lucu tu...
tak teringat pun pasal "peringatan Dari ALLAH untuk kita.."


Monday, December 20, 2004

Kita Dah BerUbaH



cipan jadi mangsa

Korang perasan tak?

dimana orang-orang zaman sekarang ni dah tak berbudi bahasa cam orang dulu2..
apsal aku kat centu?
ada la sebab2 nya...

yelah...cuba tengok dari segi pakaian...
perangai..cara pertuturan..
sekarang ni lebih kasar dan kurang lemah lembut...

antara faktor yang menyebabkan aku kata centu...
aku tengok budak2 muda zaman sekarang ni....ntah hapa2 je..
tak payah jauh2..kat Gombak ni pun...cuba tengok n perhati junior2 yang baru masuk..
hiuh... bukan main lagi...'ek'nye..macam dah final sem gayanya..
tak hormat abg2 langsung..pakaian jangan cakap la...macam2 ada..

pastu dari segi bahasa pertuturan pulak...ini utk semua..
tak payah kata orang lain..aku pun tak selembut orang dulu2..

contoh:
Orang dulu2 kalau sesuatu tu ada banyak..dia akan kata "banyak sangat" atau "Terlalu Banyak"
Tapi kita zaman sekarang akan kata "BaNyak Gila!" atau "baNyak SIOT!"
ha...kan kasar tu...

contoh lagi..cerita sikit:
ada sorang adik junior ni..conduct colouring contest untuk budak tadika uia ni..
masa dia nak bagi arahan...
sepatutnya dia kena cakap: "adik2 semua boleh mula mewarna ya"
tapi sebaliknya dia cakap... "ha! korang boleh mula kaler ek"...tergamam budak2 tadika tu..
ha..jauh beza dari ayat zaman dulu2 kan?

banyak la lagi..seperti..
dulu kalau marah orang mungkin akan kata: "Sungguh kurang ajar kamu ni ya!"
ataupun "kamu ni biadap la"
tapi zaman sekarang...Kita mungkin akan kata "Cipan la hang ni!" atau "hampeh Budak ni!!!"

ha...
mungkin tak rami yang sedar yang masyarakat kita sekarang tengah berevolusi..
korang boleh bandingkan bahasa dalam filem "P.Ramlee" ngan bahasa Dalam filem "Yusop haslam"
byk beza ooo....

aku rasa la..tak lama lagi byk peribahasa2 dan perumpamaan melayu akan berubah...
"bagai aur dengan tebing" mungkin jadi "cam aur ngan tebing"...
"seperti langit dengan bumi" mungkin akan jadi "cam gunung ngan beskal..jauh beza gila!"
dan macam2 lagi..
kalau Hang Tuah tau apa jadi zaman sekarang..
mungkin dia tak kan kata "tak kan Melayu Hilang di Dunia"
tapi mungkin dia akan kata.."melayu?? I orang england..bukan melayu.."

Zaman Sekarang pun kita dah tengok banyak beza daru zaman dulu...tu kira beberapa puluh tahun je tu..
camne lagi 20 30 tahun akan datang?...
sikit2 bahasa kita akan berubah..
yelah "sikit2 lama2 jadi bukit"...atupun "sikit2 lama2 jadi cipan"

Sunday, December 12, 2004

Try II..shockwave flash..(tribute to pakdi)



aku nak try jer ni..
shockwave flash..
korang kena tunggu lama sikit..
ikut kemampuan komputer masing2..
kalu tak gerak..sori..:)
Thankz!!
(some komputer boleh main..tapi saparuh..sampai gambar aku jer..gambar pakdi x kuar)


Saturday, December 11, 2004

SMS dari AyonG...

Ayong pernah hantar SMS..

Sms tu ceni..

Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap Matahari..
Kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat...
Puas kita menunggu dan mencari di mana matahari..
Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi...

aku terkasima dgn Sms tu...
tak tau nak jawab apa balik..
aku pun jawab ":p"

aku tak faham sangat maksud sms tu mulanya..
lepas aku forward kat 2 3 orang..
baru aku faham...
tu pun sebab aku forward kat Mas..
dan dia ada balas balik..

harini... EMMA bagi donut...utk aku,kaie,aseb&kanot..
dan dia jugak pesan donut utk aku bg kat Ayong..

apa kena mengena dengan sms tu?

hmmm.....
dua semester yang lepas...aku ada dua orang kawan yang agak baik..
kira akak la...
dua semester yang lepas jugak...aku tak kenal pun EMMA dan xbaik pun ngan Ayong..
sekarang..dua orang kawan baik tu dah grad...kira cam terasa kehilangan jugak...
Tapi...Sekarang...aku ada dua orang kawan yang baru...EMMa dan Ayong...
walaupun tak sama cam MATAHARI...
at least aku dpt tengok PELANGI..

"EMMA! bagi a donut yang besar sikit lepas ni...
yang kecik2 tu kitorang makan tak sampai 2 minit..
sama la cam muffin itu hari..sekali ngap jer :p
he he..politik sikit..."

Thursday, December 09, 2004

DuNia Sekarang DaH Terbalik...



Dunia Sekarang dah terbalik....

Yang salah dianggap betul..
Yang betul dianggap tak betul..
yang takder dikata ader..
yang ader dikata takder..

Orang Lelaki gi kelas tak "tuck in" kena saman ngan security..
orang pompuan gi kelas pakai baju jarang,tudung jarang,kain jarang,seluar ketat tak pulak ditegur atau disaman..
sedangkan lelaki aurat atas pusat sampai bawah lutut jer..tak tuck in pun x per..
pompuan pulak seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka..
tapi yang di kuat kuasakan sebaliknya..
pihak pentadbiran suka kot tengok orang seksi..

dunia sekarang dah terbalik

Penunggang motor takder stiker kena saman..
Couple belum kawin naik motor berdua tak pulak kena saman..tegur pun tak..

Orang lelaki rambut belakang kena kolar dikira langgar disiplin..
Orang pompuan(muslim) tak pakai tudung jalan2 suka2 boleh pulak..
mungkin pihak pentadbiran suka kot..

Orang yang berdua-duaan kat cafe..pegang2 tangan..tak semayang..clubbing..tak pulak
kena tindakan disiplin..
Orang yang memperjuangkan hak pelajar..agama..isu IraQ..Palastine..
kena hearing..kena Gantung University..
apa motif pihak pentadbiran sebenarnya..

Dunia Luar pun dah terbalik...

Ayat haram judi ada dalam Quran..
Tapi ada orang yang terang2 kata takder..tak pulak kkena tangkap..
Orang yang nak buktikan ayat tu ada pulak yang kena tindakan..

Ustaz2 yang bercakap tentang Islam..Digam
Artis2 yang haper2 tidak pulak digam..
Nak buat ceramah..itu ini permitnya...
Nak buat konsert...On jer....

Mungkin semua ni tanda2 akhir zaman kot...

eik...apsal aku tulis entry ceni? bukan ker aku suka wat lawak jer?
tukar selera sikit...
atau nak menyuarakan rasa tak puas hati pasal nama aku kena amek sebab rambut panjang..he he..






Monday, December 06, 2004

Gambar Tour Raya...(sori..lambat)

Akum!!

sori.. dah lama aku tak update blog ni..
bukan apa..tak sempat...kelas baru mula...
malas cakap banyak..ni gambar masa kitorang tour raya ituhari...
aku nak buat revolusi sket..
selalu orang tunjuk gambar masa beraya..
kalini..aku naktunjuk gambar di sebalik beraya....sebalik tabir aaa..

gambar2nya ialah:



Peserta: Kanot,Pakdi,Miraz,Pidin,Kaie,Aku..dan Lan..dia tukang amek gambar..
ni depan umah aku :p



"Ana sekarang berada di perlis...harap enti setia menanti kepulangan ana.." :p
belakang:pakdi n kaie cuba merepair kereta...


Miraz: tangki tu kurang air la..itu sebab keta panas..
Kaie: woi..ni tangki air sabun untuk cermin la..


Miraz: Apsal speaker ni tak kuat a...?
Kaie: Woi! tu aircond la..


Kat umah kanot: tiba2 ada mat jap..
Aku dan matjap..duduk kat meja yang sama..makan mee yang sama..tapi perbezaan tetap ketara. ha ha ha :p


Kat rumah Hawa: sewaktu bapak Hawa bagi tazkirah..semua buat2 tak tau..Lan sanggup belek border..kaie buat2 ngantuk..kanot buat2 tengok ketiak Lan..


Bapak Hawa: "hangpa selagi tak hapai Qur'an 30 juzuk..jangan mimpi nak ngorat anak aku"
Lan: 30 juzuk? juzuk tu apa?


Barisan lauk yang mengundang keresahan kepada para peserta..


Kat umah kaie..kul 9 pagi
Miraz: aku benci melihat wajahmu yg slebet itu..rasa cam nak tembak!
Lan:tembak lah..aku pun tak sanggup menerima kenyataan ini..


Bergambar depan signboard masjid dengan harapan orang lain percaya bahawa mereka baru lepas semayang...

Ini jer gambar2 yang sempat aku "pow' dari pakdi..
kalo ada rezki..aku pow la lagi...

Next year..Maybe ke selatan and pantai Timur pulak!!!
tapi kemungkinan peserta akan berkurangan kerana ada ura2 yang seseorang dah mula kena beraya rumah mertua tahun depan? sapa ek??
K!! chow! akum!

Monday, November 29, 2004

esok klas..

esok bermula lah semester dua sesi 2004/2005 uiam...
aduss....
malas betul nak pegi kelass....
mood raya tak abis lagi..
kiuh raya pun melambak lagi kat bilik aku ni...

tapi aku jugak exited nak mula kelas esok..
sebab aku dah tahun akhir...
ha ha.. tak lama lagi grad...
bukan cam emma dan pakdi yang lama lagi nak grad...ha ha

tapi ada jugak perkara sedih...dan tak berapa best..
aku akan memulakan hidup sebagai rakyat biasa.. :p
pastu ramai jugak kengkawan yang dah takder... midi..kak nur..amin.. :P
midi n kak nur dah grad sem lepas... amin sebab lain... ha ha :P tapi dia ada lagi sem depan...sem ni jer takder..

aku nak memmulakan sem ni dgn semangat...
yelah...result sem lepas yang memberangsangkan menyuntik semanagat apa...


apa2 pun...selamat menempuh sem baru untuk semua yang masih study...
GOOD LUCK!!!!

tapi kanot dah cakap.... "aku malaih pi kelaih esok"... sambil meminjam beg aku dan memasukkan sedikit pakaian lalu balik shah alam...seperti sem-sem lepas nampaknya......istiqomah kanot ni...



Sunday, November 21, 2004

raya punya cerita

tahun ni aku pecah tradisi...

1)aku pergi beraya ke beberapa negeri...
2)aku jugak beraya dengan orang2 yang aku baru kenal...
3)aku demam masa hari raya keenam...selalu raya pertama aku da demam..
4)aku pegi beraya rumah mat jap...
5)aku pergi beraya dengan pakdi...

penerangan:

1)aku pergi tour raya dengan kaie, kanot, pakdi, meyraz, fidin, lan ke beberapa bua negeri seprti perak..kedah..perlis..dan penang...

2)raya ketiga..aku beraya dengan mat jan,purba,cik tipah, akak aku...kami pergi umah maya..kitorang tak kenal pun..kawan akak aku ngan cik tipah...

3)demam..takkan tak paham.. :p

4)sampai jugak aku ke umah mat jap di Bkt Mertajam...rumah dia ada ayam piru...kloo kloo kloo..ayamnya berbunyi...

5)tak pernah terfikir aku boleh beraya dengan pakdi sebab dia orang kajang..tiba2 dia beraya kat perak...


coming soon...gambar raya..
(semua ada kat pakdi)

kepada umah kengkawan lain yg kitorang tak sempat pegi...bukan tak nak pegi..tak sempat ja... next year...maybe ke selatan pulak...

Wednesday, November 03, 2004

Puasa kat KaMpunG

Dah beberapa hari aku puasa kat kampung ni...
tak banyak benda yang dibuat...
1)sebab ujan...
2)aku memang malas...balik kampung..tidur laaaa...
3)takder feel lagi nak buat kerja cam basuh tingkap ke..pasang langsir ker..sebab raya lambat lagi...
4)member2 aku jauh sebab aku sekolah dulu di luar kawasan jajahan..(rumah aku parit buntar...sekolah aku kat bagan serai...)

jadi...secara konklusinya....lepas solat subuh...aku bukak tv...tak pun tdor...atau main sms ngan MIMI... :p

yang best pulak...petang2 nengok mak aku masak laaa... kuih dan muih beraneka macam...makanlah jangan hanya dipandang...]

aku tolong jugak sikit2 cam kopek kelapa...mesin(parut)kelapa...mak aku takut nak mesin sebab mata mesin kelapa kat umah aku besar2...abg ipar aku pernah luka terparut tangan sendiri...HOROR!!

kalo gi pasar ramadhan kat sini pulak...Macam2 ada!....pastu..suma benda laku...
aku rasa kalau potong selipar buat masak gulai pun laku aper...

semalam petang ujan lebat...aku lepak2 la kat umah...
tunggu la kot2 ada sms dari kengkawan...

treeet!! Treeet!! hempon aku bunyi(monophonic jer)
aku ingat sms dari mimi ker...mas ker..tak kisah la asal pompuan...
bukak2 rupanya aseb daa...jantan....

sms dia bertulis:"woit! ko tengok tak LIVERPOOL v BLACKBURN? kaki Cisse patah dua..horor gila aku tengok...

aku jawab la sepatah dua...
pastu tunggu lagi sms...

treet!! tReet!!
kali ni mesti pompuan...!! ya!! kak masnee rupanya....dia kata dia kat klantan kat umah kak ros..nak kirim apa katanya..aku cakap nak kirim awek kelantan yg come lote bole?....

pastu bukak puasa....pastu aku gi terawikh....lucu tengok orang tua2 kat kampung aku...nak jadi imam pun tolak2..hang la-hang la...

balik...eikk!?? ada sms...mesti pompuan... sebab waktu terawikh...lelaki biasanya tak balik terawikh lagi...(aku buat lapan)

bukak2 rupanya lelaki.PAKDI!!!.ahah...dia kata website dia sudah di detect oleh polis...lantak nko la....

aku tanya...ko tak gi terawikh ke oi!!!

dia jawab...."ujan la...+ malas...he he..."

malam sikit..aku tengok berita kul 12...highway karak pulak runtuh...
aku sms kanot..Woit!!tulis dalam blog!!

tu jer la... keadaan aku kat kampung.....

tadi pagi aku tak tidur sebab main sms ngan MIMI...:P
tu pasal harini boleh update blog... ha ha...

ok..till thenn..jumpak lagi...untuk cerita2 hampir raya...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....lagi setengah bulan tapi...

Monday, October 25, 2004

SusAnA sedih UiA...

25 oktober...

Suasana agak suram di uiA..
waktu sahur....
kat kafe mahallah ali....
dah ramai yang balik agaknya..

Kafe yang selalu sibuk...tinggal 2-3 orang jer...
2 orang negro berbincang tentang raya di uganda
yang lain tu sumer abg2 kafe



Lauk Pun TinGgal ini jer...



aku Cuba menenangkan fikiran dengan mencedok nasik...
kelihatan di belakang...abang cashier cuba membuat bancian pelajar yg datang..



AseB terus migrain mengenangkan raya...(aduhh,lambat lagi raya)


aku merenung ke arah pintu masuk...sayu..
pakdi terus jadi tak keruan mengenangkan camna nak balik Raya... (rumah dia dekat jer)
belakang...abang kebab cuba membuat kebab untuk diri sendiri sebagai pengubat duka..
eh?!! negro tadi da takder...



kawan-kawan ramai yang dah balik...aku tak tau lagi bila nak balik...tiket pun takder lagi...

SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA......
Maaf Zahir Batin...

Espacially kakak aku(nida)..Kak Nur..kak aisyah...K.A...Mas..Nad ..kalipah..Zulfa..Mimi..
huda(semua)...che ni..nurul nad... fiza...tini..baya..(semua geng korang)....'A'...emma.eikk?? pompuan jer....okla..Mat jap..kanot..aseb..kaie..pidin..pakdi..lawsoc exco lelaki...amin idris :p dan semua yang membaca.....

Ghaya Mai la Ghumah naaa....

Assalamualikum...

Sunday, October 24, 2004

ManDom...

23 haribulan...

pagi...tak banyak benda yang dibuat...(nengok kanot stadi jer,dia ada exam)

tengah hari.....kakak aku sms ajak gi umah akak aku lagi sorang....
tak dapat la nak gi sebab aku nak ngemas sedikit sebanyak...
da nak balik cuti...esok last day check out...
pas solat zohor...kemas nota Kak Nur yang aku pinjam....
dia nak bawak balik....dia dah GRAD.....

Kul 4.45........lepas solat asar....aku gi mahallah aminah...(kolej Pompuan)
antar nota kak nur....
lama jugak aku melepak atas motor sambil bual2 ngan kak nur...
Yela...dia da nak grad...pas ni ...x tau bile lagi jumper
mak Guard da roung 2 kali kat tempat aku lepak tu...
tanda dia suruh blah la kot...(lelaki tak le masuk kolej pompuan suka2)
Selepas sepatah dua kata.....aku pun blah....

kul 6...........aku nengok dari tingkap aku ke arah mahallah aminah....
senyap sunyi.....da ramai yang balik...da abis exam...
Mandomnyer........

Kul 6 lbh2......tiba2 suasana jadi bising dengan jeritan kanot...pakdi ngan asib
(berebut tak nak g beli lauk...kaie takder...maner ntah...
lepas bukak puasa...solat...
malam ni suma orang ada urusan tersendiri....
KONKLUSI....Mandom......


Friday, October 22, 2004

MeRdeKAA!! (abis Exam)

22/10/2004!

hari yang amat dinantikan!!!
harini paper terakhir aku untuk sem ni...LAND LAW II..
aku pergi exam dengan penuh semangat..bukan untuk menjawab soalan..tapi untuk menghabiskan sisa2 exam sem ni...

pukul 2.55 aku ngan aseb masuk dalam dewan...MAIN HALL tu..
aku cari seat..alamak..no 3 dari depan..adusss...
atas stage ader 5 boxes tersusun..
setiap satu bertulis LAW 3111...untuk isi answer script la nanti..
tapi 4 boxes jer yang tulis kod tu...
satu lagi dia tulis "RUBBISH"...untuk pemeriksa buang sampah2 cam benang ikat paper la...
DR Azmi buat enouncement:"for law student,you may start reading your question now"
"do not write anything in your answer script until you're allowed to do so"

aku bukak kertas soalan..dalam kepala berlegar kes yang dihafal...
aku cuba masukkan kes yang aku hafal ke dalam soalan...
EIK?? apsal satu dua jer yang suit..yang lain tak kena pun?
Kalo Dr Azmi benarkan menulis dalam kertas jawapan pun aku tak bole nak tulis aper..
patut la dia tak benarkan tulis jawapan lagi...(budak law 1st 15mnt:reading time)

tanpa aku sedari..waktu menjawab dah start..(Dr Azmi da suruh jawab) tapi aku still dok baca National Land COde..
cari section tak jumpa..aku nampak NLC tu cam novel omputih yang tak best..
1/2jam dah berlalu baru enjin panas...
aku da start nampak section...kes pun bertambah lagi dua tiga...
tapi untuk soalan satu la..
soalan yang lain..hampes..aku tengok sebelah aku..POKEMON sengih2.."susah gila"katernye

3jam berlalu..aku pun tak tau aper yang aku da jawab..(tapi tambah kertas oo)
DR Azmi kater "stop writing"...aku da lamer stop pun..."please make sure all the particulars have been filled"...lamer da aku filled..."please remain seated"..lagi lamer dah aku remain seated"..kalo tak remain..tentu aku da lari jerit2..

aku tengok kedepan...kat kotak2 atas stage tadi...mata aku tertumpu pada kotak yang tulis "RUBBISH" tu...aku bisik kat POKEMON..."aku rasa..answer script aku nanti dia letak dalam tu la.." sambil tunjuk kat kotak yang dimaksudkan...POKEMON jawab "aku punya pun"
kami gelak...Gelak duka..(dalam minda..terbayang belajar subjek land utk kali ke-4)(ye la..LAND I repeat..2kali la maksudnya..pokemon pun..campur LAND II ni..kali ketiga..
adusss...)

bila MDM Asiah kater section 4,you may leave the HAll..aku melompat..kuar dari dewan..
ADUSSS..hujan...solat pun belum...tetiba akak aku tepon...ajak gi buakk puasa ngan EMMA yea yea..

aku cakap aku nak g masjid..(kenapa? tak caya aku g masjid?)..solat.. pegi la dulu..

lepas solat and makan free...aku ngan aseb balik bilik...
Rupanya suma orang da habes exam...kecuali kanot sorang..dia ada paper esok..
aku ngan haseb pasang lagu raya..kami buat2 nak kemas beg untuk balik kampung...
sambil menjerit2 sebut "baliiiikkkk!!"

selalunya kanot takkan mengeluarkan kata2 kesat...
tapi harini... hahaha...sumer kuar...budooo...bedooo...haaaargghhh!!!
woi sengap la!!! aku nak baca buku!!!!

aseb ajak.."not! jom main FIFA"

FIFA! FIFA!... PANG! KANG! kata kanot..

lagi satu...yang peliknya kanot tak ajak pun kami main Game harini...selau dia yg ajak.
kanot!!jom a main game! aku boring ni! exam pun da habes! tunggu nak Raya ja lagi!!
aku kata..

BOODOOO....!!! hhaaarggHHH!!! jawab kanot...

note: kaie senyap sebab dia tengah main game kat komputer dia...Pakdi pulak tidor..atas katil aseb...mesti la senyap...haseb bising sebab tak le tdo...ada orang atas katil dia...

Thursday, October 21, 2004

Huk Enen (tiru cerita Emma)

kul 10mlm
Sewaktu aku tengah stadi untuk paper seterusnya yang lagi dua hari..land LAW 2...tiba2 aku terdengar jeritan dari kompatmen sebelah kanan...
"KIMI! bising la ko ni! pasang lagu raya! Cuba ko 'share'kan folder lagu raya ko tu kat network...aku pun nak sekali...
aku pun berenti stadi lalu sharekan folder lagu raya kat my network places...
kompatmen sebelah jerit lagi... Dah Ker!
Sudah! aku jawab...
sekarang..ada dua computer yang berkumandang lagu raya...kuat lak tu..
tiba-tiba.. ada lagi jeritan..dari kompatmen sebelah kiri pulak...
WOIT!! korang ni! pasang lagu raya! sedih laa... aku nak balik....
lalu dia pun bukak lagu raya jugak...suara takbir dendangan siti nurhaliza...
Tiba-tiba..ada lagi satu jeritan dari kompatmen tu..
WAH!!!..ramai giler orang mintak aku update blog aku..! eh? CeH kakak Wunan! kata aku umur 30 tahun pulak dalam doodleboard ni..
tiba2..dia jerit lagi..
WOIT!!! jom main Counter-strike!
aku pun memikir..
esok pgi dia ada exam..tapi dia ajak aku main game pulak...
masa malam yang aku da exam esok paginya...aku pun ada jugak ajak dia main game...jadi..JOM!
kompatmen sebelah kanan pun jawab jom!
tiba-tiba ada satu jeritan dari kompatmen hujung...bukan kata 'jom'...tapi sesuatu yang lain..
"KO ni tak tau nak duduk bilik sendiri ke ha?!!!"
aku nak main CS ni!!! balik2!!
rupanya ada orang duduk kat komputer dia...
HUK ENEN kater orang tu...
lalu bangun menuju ke leptop dia yang ada kat lantai kompatmen aku...
lalu kami pun main Game sampai kul 12.....
Semua kompartmen bising...tak kisah ko ader exam esok pagi atau tak.....ha ha ha

note:kompatmen kanan(aseb) kompatmen kiri (kanot) kompatmen hujung (kaie)
orang yang dihalau....(pakdi).. ha ha

Wednesday, October 20, 2004

TeRAwiKh KaT MasJId UiA

Dah lamer tak pegi terawikh kat masjid UIA ni...dua tiga hari lepas aku pegi la...
aku pegi ngan kaie...lewat dua rakaat dari orang lain...pastu tiba2 ada orang datang masuk daalm saf aku...kira sebelah aku la...rupanya..EN.MDB...timbalan rektor... waduh...1st time solat kat masjid....sebelah MDB la pulak...da habis enam rakaat..(orang Lain 8 rakaat) ramai orang yg bangun...kebetulan tempat aku duduk tu tempat laluan orang...ramai kengkawan yang lalu...ramai la yang salam dengan aku....MDB pun cam tengok kat aku...wa..popular jugak budak ni...kot la....aku pun mula naik best...tapi tiba2 aku nampak MAT JAP dari jauh sengih2....ALAMAK....apa MAT JAP nak buat ni...sesampai mat jap kat aku...dia pun mengeluarkan satu kenyataan...."EIK?? hang tau rupanya jalan mai masjid na?" MDB mengerling kat aku...HAMPES Mat Jap...aku pun terus bangun lalu menyambung lagi dua rakaat...kat sebelah aku...ada kaie tengah sengih2...

Monday, October 18, 2004

isu exam

wah...exam semester ni i.e session 2004/2005 ni penuh dengan macam2 kontroversi...
bukan pasal soalan semata2, tapi pasal waktu exam dan tarikh exam..
tahun ni...pihak atasan yang bertanggungjawab pasal exam da kuarkan prelim punya timetable...supaya student boleh buat petisyen dan tukar maner2 tarikh yang cam burdunsome kepada student...tapi petisyen jer la..tapi tak banyak pun yang bertukar...
ramai yang kena exam satu hari dua paper...yang bestnyer..subjek pakej lak tu...lain la kalau repeat subject ker...antara subject pakej...Islamic Criminal law II ngan family Law II...pastu semalam...IBT ngan Usul fiqh II...dan yang tak best...aku sendri kena Ethic ngan TRUST II ...penat tu.... kena komplen kat authority ni nampaknyer... kesian la kat student....bulan puasa lak tu.....

Thursday, October 14, 2004

sajer jer pengumuman

Akum!! sajer jer nak buat pengumuman...lepas ni mungkin lambat lagi untuk aku keluarkan entry baru sebab sekarang ni tengah final exam maa..tak sempat nak main2 internet ni...lagipun..jumaat ni da nak puasa...pastu aku kena balik kampung...puasa kat kampung la...lagipun kena balik cepat sebab mak aku cakap ada ular kaler hijau duduk kat timbunan komik WIRA TUNGGAL dalam bilik aku...mak aku cakap "lakukan sesuatu terhadap komik2 tu cepat..kalo tak nanti dia suruh ateh gi jual kat recycle center...waa bahaya tu..balik kampung..puasa..tunggu raya je la..baju raya akak aku da tolong beli..settle..he he...tapi akak aku kena balik sensorang tahun ni..aku ngan niece aku cuti awal..k...tu jer nak cakapnyer..

Wednesday, October 13, 2004

SesEjuk MaTa MeManDanG



cakap banyak pun tak guna...cun tak?kalo macam ni...sejuk jer memandang ek...
bukan nak mambandingkan atau meninbulkan isu antara yang bertudung labuh dan yang tak...
tapi aper salahnyer cuba try jadi camni secara ikhlas...he he...dan yang maner da try...
kekalkan...manfaatkan ilmu yang pernah dipelajari...jangan buat2 luper...maner tau...kalo nak terbukak hati...sempena bulan ramadhan tahun ni ek....insyaAllah...tapi jangan tak pakai tudung langsung...haram...

Tuesday, October 12, 2004

Apa pekara yang ber"manfaat" daripada bercouple

1) Seronok(dapat fitnah)

2) Seronok(dapat dosa)

3) Seronok(dapat geng dgn syaitan)

4) Dapat luahkan segala masalah(ALLAH kan
ada)

5) Banyak habis duit(lebih baik guna utk
bersedekah)

6) Banyak risau(takut awek orang lain kebas....
berapa kali dah miss sembahyang pasal dok
asyik berdating tak risau)

7) Banyak termenung dan senyum sendiri(pasal
ingat peristiwa riang dgn awek... kita sebagai
muslim patutnya banyak mengingatkan MATI yg
boleh datang bila-bila masa)

8) Lebih mengutamakan awek drp orang lain
(hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.... lain
dah tak kisah.

9) Menepati masa dan janji(takut awek
marah/sakit hati...... sembahyang fardu lewat tak
takut pulak) 10)Lain2 lagi yang memberikan
faedah dlm menambah saham DOSA drp saham
PAHALA


Posted by: NSakinah dalam friendster....

Saturday, October 09, 2004

Kisah dalam Kelas..

Dalam Kelas...mata pelajaran pendidikan islam hampir tamat...
sebelum keluar... Ustaz pun menberitahu kepada murid2...

USTAZ: minggu depan kita akan belajar tajuk baru...jadi ustaz nak kamu balik rumah nanti...baca ayat 287 surah Al-Baqarah...sebab ayat ni ada kena mengena dengan tajuk baru kita nanti..

MURID2 : Orait ustaz!

Mingu depannya...MAta pelajaran pendidikan Islam..

USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan?saper yang dah baca ayat tu kat rumah?

RAmai Murid2 yang mengangkat tangan..ustaz pun tersenyum...lalu berkata...

USTAZ : Saya tak percaya lah...

MURID2 : Betul ustaz...kami baca..

USTAZ : cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer...mana ada ayat 287..
harini kita akan belajar tajuk baru...dosa-dosa menipu...

MURID2 : almak...kantoi kita..

Wednesday, October 06, 2004

Spot the not

maser aku tingkatan 3 dulu abg ipar aku ader ajar aku photoshop...tapi maser tu budak2 lagi..tak minat pun...lepas masuk sini..roomate aku ajar aku sikit2 pasal photoshop ni...bole la sikit...tutup pasal photoshop...

Lagi sehari...ada satu society kat sini da nak tukar dia punya exco...esok ptg AGMnyer...
kat sini aku nak abadikan la sikit gambar deorang....sebagai kenangan...dan jugak korang boleh tengok aper yang adobe photoshop bole buat kat gambar tu... aha ha
try to spot the not...

Jangan marah kepada gambar sesaper yg aku ter'adobe"kan...ha ha


gAmbAr 1




GamBar 2




he he...menarik kan?

kepada exco2 society ni...terima kasih kerana telah menjalankan tugas dengan CeMerLanG, GeMilAnG dAn TerBiLanG... :P

Tuesday, October 05, 2004

KroNoloGi HaRi TaKder KelaS...he he

0730hrs

eh? da pukul beraper ni?
pukul...ZZzzz....


1130hrs

ish...cahaya aper ni...panas pulak...Zzzz...


Depan pintu bilik...

KUCING: Mana tuan aku ni...dari malam tadi tak bukak2 pintu...subuh tadi ntah bagun ntah tak


Dalam bilik...

KuCiNg no2: aku rasa aku tidoq kat ats sejadah ni sejak malam tadi lagi...apsal subuh tadi takdak pun orang guna sejadah ni...depa pi mesjid kot...tak baik su'u dzon..




Monday, October 04, 2004

Gambar 1


Selamat Datang bulan Ramadhan...perasan tak?bila bulan puasa..byk gerai jual kuih..
puasa siang..tapi malam melantak...puasa pulak...bukan tahan lapar dahaga jer..tahan mata..telinga..mulut...dari buat bene hape2...tengok gambar dia atas..agak2..kalo gambar ni diambil masa bulan puasa..berapa la pahala abg 2 orang ni tinggal ek? ikut permerhatian korang...ape yg deorang tgh buat?

Sunday, October 03, 2004

masa dah sampai...

dah sampai masanya utk kita berjuang!
Jgn salah paham....da sampai masa utk kita berjuang utk final exam yang da dekat ni...bulan puasa lak tu...sem ni aku ambik tujuh subjek..tapi kena g exam untuk enam jer...sebab lagi satu subjek tak boleh pergi exam...ha ha...
Untuk semua sahabat2...selamat study...gud luck! dan bak kate EMMA yea yea...tak cukup dgn gud Luck jer...kiter perlu rahmat dari Allah juge....
final kali jugak mungkin jadi final yang terfinal untuk sesetengah kengkawan...abg midi..kak nur....saper2 lagi la...nanti biler kak nur dah grad..aku nak pinjam nota sape a?sedey...
he he...aper2 pun....kita struggle a untuk final ni....
ye la...awal2 dulu sebuk ngan program tu ini...election lagi...skang..padan muka...gelabah.....
so...kepada Pakdi...emma...kaknur...kaie...aseb...asne...azmet...semua line up baru SRC...ex-SRC...kengkawan satu Society.....dan everybody...
GOOD LUCK!
till then...jumper lagi...
akum...

Tuesday, August 31, 2004

cempedak di luar pagar

akum..
aku baru nak belajar buat weblog ni..posting yang bawah tu pun, pakdi yang tolong buatkan..nasib baik da jugak member nak tolong...yelah..buah cempedak di luar pagar..amek le galah tolong jolokkan..sy barujer nak belajar..kalo cam tak best tu..bagi la komen sikit...
Harini..bercakap tentang pakdi tolong ajar buat weblog..teringat stu cerita kat sini..passl sahabat..atau kawan yang sanggup membirkan sahabat dihukum atas satu "kesalahan" yg mereka lakukan bersama...tiga orang...sorang kena hkuman berat..sorang agak ringan sbb memberi alasan sebagai pengikut sahaja..dan seorang pula terlepas tanpa dikenakan apa2 tindakan kerana memberi statement yg hanya memihak pada dirinya seorang,walhal sepatutnya dia bersama rakan lain sanggup dihukum jika yakin dengan apa yang dilakukan..tul tak?ni..biar jer kawan2 kena hukum.. asalkan kita hidup bahagia.
Aku rasa..memang camni la "definisi" sahabat pada zaman moden ni..ye tak? aku pun rasa..takder orang yang sanggup menanggung bersama apa akibat pada zaman skang ni...selagi boleh selamatkan diri sendiri...masa senang..sahabat..mase susah..lantak engkau ler..tul kan..

Monday, August 30, 2004

Try lagi



Pemimpin PAS bersalam dengan ahli PAS selepas habis sesi penggulungan muktamar. Tidak ada perpecahan dalam PAS seperti yang diwar-warkan oleh media.

Takbir 3x

Hancur hancur..hancur UMNO!