Monday, December 20, 2004

Kita Dah BerUbaH



cipan jadi mangsa

Korang perasan tak?

dimana orang-orang zaman sekarang ni dah tak berbudi bahasa cam orang dulu2..
apsal aku kat centu?
ada la sebab2 nya...

yelah...cuba tengok dari segi pakaian...
perangai..cara pertuturan..
sekarang ni lebih kasar dan kurang lemah lembut...

antara faktor yang menyebabkan aku kata centu...
aku tengok budak2 muda zaman sekarang ni....ntah hapa2 je..
tak payah jauh2..kat Gombak ni pun...cuba tengok n perhati junior2 yang baru masuk..
hiuh... bukan main lagi...'ek'nye..macam dah final sem gayanya..
tak hormat abg2 langsung..pakaian jangan cakap la...macam2 ada..

pastu dari segi bahasa pertuturan pulak...ini utk semua..
tak payah kata orang lain..aku pun tak selembut orang dulu2..

contoh:
Orang dulu2 kalau sesuatu tu ada banyak..dia akan kata "banyak sangat" atau "Terlalu Banyak"
Tapi kita zaman sekarang akan kata "BaNyak Gila!" atau "baNyak SIOT!"
ha...kan kasar tu...

contoh lagi..cerita sikit:
ada sorang adik junior ni..conduct colouring contest untuk budak tadika uia ni..
masa dia nak bagi arahan...
sepatutnya dia kena cakap: "adik2 semua boleh mula mewarna ya"
tapi sebaliknya dia cakap... "ha! korang boleh mula kaler ek"...tergamam budak2 tadika tu..
ha..jauh beza dari ayat zaman dulu2 kan?

banyak la lagi..seperti..
dulu kalau marah orang mungkin akan kata: "Sungguh kurang ajar kamu ni ya!"
ataupun "kamu ni biadap la"
tapi zaman sekarang...Kita mungkin akan kata "Cipan la hang ni!" atau "hampeh Budak ni!!!"

ha...
mungkin tak rami yang sedar yang masyarakat kita sekarang tengah berevolusi..
korang boleh bandingkan bahasa dalam filem "P.Ramlee" ngan bahasa Dalam filem "Yusop haslam"
byk beza ooo....

aku rasa la..tak lama lagi byk peribahasa2 dan perumpamaan melayu akan berubah...
"bagai aur dengan tebing" mungkin jadi "cam aur ngan tebing"...
"seperti langit dengan bumi" mungkin akan jadi "cam gunung ngan beskal..jauh beza gila!"
dan macam2 lagi..
kalau Hang Tuah tau apa jadi zaman sekarang..
mungkin dia tak kan kata "tak kan Melayu Hilang di Dunia"
tapi mungkin dia akan kata.."melayu?? I orang england..bukan melayu.."

Zaman Sekarang pun kita dah tengok banyak beza daru zaman dulu...tu kira beberapa puluh tahun je tu..
camne lagi 20 30 tahun akan datang?...
sikit2 bahasa kita akan berubah..
yelah "sikit2 lama2 jadi bukit"...atupun "sikit2 lama2 jadi cipan"

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum wbt...

pegi gathering gj tak? sudah bayar yuran gj? sila la buat sekarang untuk memudahkan urusan

emma said...

aiyo.. awat cipan yang jadi mangsa..? ni kalau akak saya dengar ni, marah dia.. ;p