Friday, June 29, 2007

madley

Aku di tag oleh Asne!..
Tapi, aku nak mintak maaf kat asne!
sebab tak de idea nak buat entry yg diassign..
minggu depan kot..

aku dalam masjid, dengar khutbah,
fon berbunyi.
sms dari cudaz..
katanya" aku nampak Am di SOGO".
kau soping henbeg ker Am?

semalam, ker klinik,
bawak anak dan isteri untuk chekup,
Alhamdulillah, dua2 sehat wal afiat..
tapi, OM cadangkan supaya aku cuti half day jer,
petang datang la opis..
ceh, tak dak pasai aku nk pi.

aku dapati, minyak keta, cepat benor abes.
RM sepuluh, sehari,takder sisa..
lantas, bertanya kpd mekanik personal,
katanya, enjin kena "TUNING"
esok la aku pegi.ponteng keja esok menarik juga.

datang opis, hari jumaat, opis berselerak,
tengah cat baru.
wei, itu hari kata tak cukup duit nak bayar gaji aku,
apehal renovate opis ni?
jangan...
aku ada dapat sms kata ada org nak pakai LA kat jawi.
dekat saja dari umah aku tu.

keluar mesjid, pintu kecik,
orang ramai, beratur dan jalan slow2 utk keluar,
yang kau tolak2 dan langgar serta menyelit tu apehal?
kau nak berak ke?
pakai jer smart, otak buh kat lutut.

ura2 keta umur lebih 15 tahun nak dilupuskan.
Pehal?!! kalau harga keta murah mcm kat jepun takpa la.
meh try lawan keta aku yg umur 23 tahun ni,
dengan keta Savvy umur beberapa hari,
top speed 120,sapa barai dulu.
stakat nak lupus keta lama supaya orang beli proton baru,
nak tingkatkan balik jualan proton, baik tak payah.

tanah ni kena mintak consent MB dulu kalo nak cagar,
proses mintak MB's consent, kami cas.
Bayar La!!!dok suruh cepat, bayar tak mau!!

Wednesday, June 27, 2007

very good

Aku dah tak tau nak buat apa...
Aku mungkin perlu rehat dan berbual2...

siapa a...
Takkan nk tepom bini...
dia kan tengah jaga anak..
mungkin dia tgh tido utk cover mlm td..
lgpun, dgn bini,
aku selalunya berbual tentang Dumex,
Lampin hey baby, cuci botol susu,
ataupun tisu basah...

aku nak sembang pasal kwn2 sendiri...

terdetik nama seseorang dalam otak aku..
Marliza yanti..a.k.a AM..

lantas, dengan menggunakan kuasa yang ada,
aku mengangkat gagang tepom opis..
(salahguna kuasa)

utk menelepom AM di hsk..
kali petama tak berangkat..
kali kedua baru berangkat.

Sembang secukup rasa..
aku dapat info terbaru di KL..

Abg Man dah resign dari hsk..

rupanya sekarang kt Mahkamah KL,
mention Mejistret/session,
dibuat waktu petang..(suhel g mention)

Lazawardi masuk HSK,
menggantikn tempat yg sepatutnya diisi oleh aku.

Aku jugak dapat tau bila AM nak kawen.(jeng jeng)
dan komplot AM dan suhel.

dalam masa yg singkat, aku dpt mcm2 berita..
otak pun dah ok sikit...

betul la...kau memang a very2 good lawyer Am..

Monday, June 25, 2007

selebret anivesari

Sempena anivesari..
Aku trasa mcm nak sambut kat piza hat..
Aku ngajak la bini..

"Za, jom kita sambut enivesari dgn makan piza.nak?"

bini aku senyap..
mcm buat2 tak dengar..

eh, aku ada buat silap ker...?
eh, aku tanya lagi..

"kalau za tak nak piza, kita g mcDonald la..
mkn eskrem yg za suka tu.."

bini aku senyap lagi..
masih dgn muka buat2 tak dengar..

Aku cuba lagi..
"tak pun za nak sambut kat kedai abu samah sambil makan mee bandung.."

dia buat muka tak dengar lagi...
sambil buat muka dia bersuara..

"Hanany...nanti umi dah abes pantang,
kita g makan piza..eskremm..jalan2.
kita jangan bawak abah.
kita g bedua jer"

Hahaha...aku gelak..

Wek, tak heran!...kata biniku

Friday, June 22, 2007

6years + 1year

Hari itu..pada tahun 1999,

sewaktu ghatering hari raya Sekolah.
Waktu itu, aku di tingkatan 5.
Para pelajar berkumpul di Gelanggang antara blok.
Sambil menikmati juadah, sambil menonton persembahan..
Sebagai "orang besar" sekolah,aku sekadar memerhati keadaan.
Rakan2 rancak berbual,
katanya ada sorang pelajar perempuan baru pindah.
Budak tingkatan 2. Dengarnya, agak cantik...
Pada mulanya aku tidak mengendahkan hal tersebut..
Tetapi, rakan aku berkeras mahu menunjukkan kpd aku siapa orangnya..
lalu dia menunjukkan kepada seorang pelajar perempuan.

Aku melihat ke arah Pelajar yang ditunjukkan.
bole tahan..dia memakai baju kurung berbunga merah.
sewaktu aku melihat kearahnya,
tidak semena-mena dia berpaling ke arah aku..
Sebagai "otai", aku tidak mengalih pandangan
dia nampak terkejut, tapi masih memandang tepat kepada aku.
selama bebrapa saat sebelum dia dipanggil oleh rakannya...

Petang, sewaktu aku berada dalam Pejabat PRS,
tiba2 aku terasa ingin berpaling kearah dinding cermin.
Di sebalik cermin, pelajar perempuan tadi tepat memandang aku.
dia tersentak kerana aku berpaling,
tapi untuk beberapa saat kami bertentang mata,
sebelum dia tunduk malu lalu lari.

tanpa ku sangka...beberapa hari selepas itu...
Aku menerima sepucuk surat darinya...

tahun 2007

setelah hampir 7 tahun Insiden tu berlalu....
Aku masih berpeluang utk memandang tepat ke mata
pelajar perempuan yang dulunya tingkatan 2 tersebut..

Bezanya sekarang...walaupun masih malu2,
dia tidak akan mengalihkan pandangan..
tetapi akan terus memandang muka aku lalu mengangkat kening.
jika aku tidak berpaling, dia akan menolak muka aku
dengan lembut sambil berkata..
"tgk tivi..."

Atau, jika aku masih memandang, dia akan membaling bantal
atau apa sahaja yang sempat dicapai, ke muka aku..

Surat yang aku terima 7 tahun dulu masih aku simpan,
Jika aku membaca surat tersebut secara kuat2 didepannya..
dia akan membaling bantal, tilam, Botol anak,
tivi dan sebagainya supaya aku berhenti membaca..

Tapi aku hanya akan berhenti jika peti ais yg dibaling.

Pada hari ini juga,
Aku rasa amat bersyukur
kehadrat Allah kerana
dikurniakan seorang isteri yang baik..
DAN seorang puteri yg comel...

Terima kasih kepada Isteri kerana
menghantar surat utk berkenalan.

Terima Kasih kepada Isteri kerana
setia menunggu bertahun lamanya..

Terima Kasih kepada Isteri kerana
berani meluahkan perasaan hati..

Terima Kasih kepada Isteri kerana
sentiasa memberi apa yang terbaik..

Terima Kasih kepada Isteri kerana jerih payah sewaktu hamil.

Terima Kasih kepada Isteri kerana
menyabung nyawa utk melahirkan anak kita..

Terima Kasih kepada Isteri kerana
bersusah payah berpantang dan menjaga anak kita..

Tak banyak yang mampu Abg berikan...
yang penting..kita bertiga bahagia...

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN
YANG PERTAMA...
23 jun....

"1 tahun"
"suka setiap saat darinya"

Thursday, June 21, 2007

keja di HQ

harini, aku kerja di Taiping HQ.

Setelah tidor lepas subuh.

Aku jaga pukul 8.21..

Mandi2, berak2..

Aku besiap..8.50 aku keluar dari umah.

Sampai di opis, hampir pukul 9..

Tengahari, aku pulang kerumah, makan nasik..

kemudian ke opis semula...

Kalo hari2 keja kat tepen ni, bes btol...

puas tdo.

******edited***

Aku dapat kawan baru harini...
Janariah dari UKM..
dan Yaser dari UitM..
kawan kuzaimi dan Suria.(HSK)

kami bertiga minum2.
bertukar no fon.
dan blah.

Wednesday, June 20, 2007

fasa

Ramai kawan2 yang baru kawen..

Ramai yg masih seronok berkongsi2 gambar kawen..

Itulah fasa pertama dalam perkahwinan..

Aku sekarang, dah masuk fasa kedua perkahwinan.

Fasa kedua memang mencabar..

Ada sesetengah pasangan..
Bila masuk fasa kedua..
Mcm2 konflik..
Na'uzubillah..

Aku, Alhamdulillah...semakin erat..

Macamana aku tau aku dah masuk fasa kedua?

jawapannya mudah..Aku dan isteri dah ada anak..dan...

isteri sekarang memanggil aku dgn nama "Abah"

dan aku pula memanggil nama isteri dgn "Umi"

atau diterjemahkan dalam bahasa biasa...

Isteri panggil aku "paknye"
aku panggil isteri "maknye"
rasa tua la pulak..

Tuesday, June 19, 2007

Sayang nak tdo?

"sayang nak tdo yer...?"

Tanya bini aku dengan nada yang lembut..

Aku yg tengah kusyuk tgk tiwi menyahut..

"Belom lagi..karang abes cerita."

Bini aku menyambung.
"Eh? saper tanya kat abang?
Hanany,tgk abah tu, perasan kan?"

Ceh!bwek :P kataku...

aku lupa..aku sekarang berkongsi kasih sayang.. tapi aku rela..

Monday, June 18, 2007

Selamat Hari Pak

Ahad, 17 Jun 2007..

Aku bangun awal sikit dari selalu dan terus mandi..
Masak air sikit utk wife dan Hanany mandi..

Selalunya kalo hari ahad, tentunya kami sekeluarga
akan tdo sehingga tak larat..
Tapi, harini ada kawan aku nak datang menziarah...

Pukul 9.40, kawan aku sms..
Baru btolak dari umah..katanya..
Jarak umah dia dgn umah aku cuma 40 minit++..
Dalam 10.20 sampai la kot..

Pukul 10.15, dia tepon.."Ghumah hang parit apa a?"
Aku jawab, "parit haji amin"
"OK, dah nak sampai ni" katanya..

Tunggu punya tunggu, 10.30, tak sampai lagi..
Aku tepon..dia jawab.."wei..aku rasa aku salah masuk parit la..
aku masuk parit haji napis"

"CEH!! aku dah ckp td, yg p degil masuk parit lain pasal apa.."

5 minit lps tu dia sampai..sambil tersengih2..bini dia pun sengih2..

Dia bawak anak dia jugak..
sudah berumur 40 hari..lalu anak dia diletakkan bersebelahan anak aku..

itulah kali pertama Samihah Humaira berjumpa dgn Durratul Hanany..
masing2 menunjukkan skill.
mengeliat, kentut, dan sebagainya..
tapi, juara jatuh kpd Samihah kerana dia berak..hehe..

Aku dan Kanot, masing2 menunjukkan skill..
kanot dgn skill menelangkupkan anak diatas paha yg besar sambil
menepuk2 ponggong anak lalu anak tertidur..

Aku dgn skill membancuh susu tanpa mengikut sukatan..

Bini kami, bersembang la cerita pasal beranak.

Kami juga berkongsi tips2 penjagaan bayi dan tips menyelamatkan poket..
Lalu kanot mencadangkan jenama lampin yg dia beli..
HEY! Baby jenamanya..tak pernah kudengar.
Lalu kakakku mengeluarkan risalah econsave
yang mengiklankan offer hey! baby, 86 pc, 22 hengget.
Murah! kata kanot..aku melukiskan plan utk kanot ke econsave.

Aku ngan kanot tidak lupa member.
lalu kami berkongsi cerita pasal aseb dan kaie..

Disulami dgn mee goreng dan cekodok sejuk..2 jam berlalu dgn cepat.
.
yang aku terkilan, bila nak amik gambar.
Bateri dah abes..ces...Mungkin niat tak betol kot.. :p..

pukul 12 lebih..Kanot sekeluarga pulang..
Sekali sekala jumpak member..tentu la best..

"Selamat Hari BApa kepada aku dan kanot..dan bapak2 yg lain.."

Friday, June 15, 2007

tgk tivi.

Dalam entry Rabu lepas,
Am ada bagi komen pasal cerita
"Surirumah terdesak"

Pasal Mike selamatkan Susan dan Ian.
Aku tak tau apa2 sebenarnya pasal tu..

Sebab aku cuma tengok "Surirumah terdesak"
cuma dari pukul 11 jer..separuh yg terakhir..

Malam tadi ulangan, baru aku dapat tgk yg separuh terawal..
Then, baru aku paham apa yg Am cerita..

Sebab aku tgk separuh terakhir jer hari selasa.
adalah kerana memberi laluan kpd isteri
aku tgk cerita Emil Emilda kegemarannya...

Takperla, sebab aku tau hari khamis ada ulangan...
Jadi aku tgk la separuh awal tu malam tadi...

Tiada kena mengena dengan takut bini..hehehe..

Thursday, June 14, 2007

Alamak!!PoliS!!!

pulang dari kerja...

memandu dalam keadaan rileks..

sebab aku tau bila sampai umah,
belum tentudapat terus masuk bilik...
kerana ada mak bidan tengah buat treatment kat bini aku...

tengah seronok memandu...dan hampir sampai umah..

aku membuka seat belt,
rimas sebab dah 40 minit pakai..
Rileks..rumah pun dah dekat..masih memandu di jalan raya..

semakin hampir dengan rumah...
Tiba2 ternampak seorang polis.

Polis!!! aku tidak sempat memakai semula seat belt.

aku berenti di hadapan polis tersebut.

Polis bertanya pada aku."Baru balik kerja?"

"Ha'ah" jawab aku.(dalam hati: alamak...sudah...)

Aku terbayang cerita2 yang polis selalunya akn menerima "duit kopi".
Tapi aku terlihat Badge "Saya Anti Rasuah" pada bajunya.

belum sempat aku bertanya macamana nak setel,
Polis tersebut terlebih dahulu mengajak aku pergi minum2.

aku ikut jer la..

Duduk di meja, macam2 soalan diberikan,
aku pun bagi la mcm2 jawapan.

Polis tersebut menghirup cawannya yg dibancuh "Ali cafe"
katanya, "bagus alicafe ni, badan tak rasa penat",kalo buat rondaan malam2 pun,
rasa fresh.Minum la"

Aku pun menghirup cawan aku yang juga berisi alicafe .
memang best,panas2, kena pulak lepas ujan..
membuatkan aku lupa dunia sekejap..

Polis tersebut, bercerita macam2,
aku menyampuk sedikit sebanyak.

setelah beberapa lama,
aku pun melihat ke arah jam, dah hampir 6.40.

aku pun meminta diri dari polis tu...

"Abah, saya naik ataih na, tukaq baju sat".

dia menjawab," hmm. Abah pun nak p gheja ni,pukoi beghapa dah a?"

"6.40" jawabku

"uish lambat ni" Abah masuk pukoi 7."

Aku terlepas tanpa disaman...hahaha.

*Note: aku ternampak polis tersebut sewaktu dia sedangmembuka pagar rumah utk aku masuk.aku berenti depan dia la.depan umah. Am lagi tere, dia suruh polis
checkkan minyak brek kereta dia....terer...

Wednesday, June 13, 2007

Ta cukup tdo ke?

Pukul 11.30 mlm..

selesai menonton Surirumah terdesak.

memasukkan Mat ubat nyamuk..
Menepuk2 bantal di atas katil...

lalu meletak kepala....

"BismikaAllahhumma ahya wa amut"..........ZZZZZ

tiba2!!

UWEEEKKKK!!!!

Isteri mengetuk bahuku dgn botol susu...tanpa perlu mengeluarkan apa2 perkataan.

Aku mencapai botol..lalu bangun membancuh susu..

Mata separuh tertutup (Garfield)

Aku bagi botol kat isteri, gedebuk, aku lelap semula..

Tiba2!!lagi..Uwek!!!!!

perkara diatas berulang lagi.

Tiba2!!utk kali ke 3.

perkara diatas berulang..

TIBA2!!! lagi...masuk kali ke-empat.
aku pun cuba mengaburi mata isteri.
"Dia suruh tukar lampin kot..
" Isteri menjawab.."baru jer kejap tadi tukar..""Abang tu yang tdo maut"..

"A?! yeke...Lalu perkara diatas berulang....

Tapi, tak bole nak tdo balik, sebab sudah pukul 6.15 pagi...........
le,rasa macam baru jer masuk tdo....

Lantas, selepas solat, aku segedebuk lagi..
sehingga pukul 8.35 pagi.hahaha.best!!

Monday, June 11, 2007

Trivia F4.4 (tekenang zaman muda)

Trivia F 4.4

Duduk temenung,(kat opis) terkenang zaman muda2.
rasa macam baru jer melalui semua tu..
bohong la kalo aku kata tak pernah teringin merasai balik
saat tu...saat2 yg mustahil akan berulang..
banyak perkara yang dah berubah sejak itu..
aku pun dah kawen dan ada anak...
lantas aku terfikir beberapa kebetulan yang terjadi diantara
Aku dan Roomate2 aku masa kat F 4.4 dulu..


sini beberapa trivia F 4.4.


1) F 4.4 adalah sebuah bilik bernombor 4.4
di blok F kolej Ali UIAM. antara bilik yang
paling bising dengan jeritan dan kutukan.
serta letupan2 senjata api dari game Half life,
Counter strike dan Red alert.

2) pada tahun 2003-2005 dihuni oleh 4 orang
penghuni berdaftar iaitu
i) Kanot
ii)Kimi
iii) Aseb
iv) Kaie.

3) Antara penghuni/pengunjung setia tidak berdaftar
yang sekali-sekala menjadi pencukup korum ialah:


MatJapp (hampir separuh dari barang2nya diletakkan di F 4.4, bilik dia 4.2)
PAkdi (selalu menumpang tdo di katil kimi,kaie dan aseb.Katil Kanot dia tak
sanggup)

Fiddeen (roomate matjapp yg selalu dtg utk bagi komen tentang semua perkara)
Miraz (datang utk pinjam barang)
Joe!(razwan) (ntah, tak ketahuan tujuan)
Aporn. (membawa barang baik)
Idzfar (datang ziarah kawan2)
Amin Idris (Rahsia)
Mi tuid (datang, tapi tangan main sms jer)
Lan Shah (mcm2 tujuan, kadang2 datang semata2 nak bgtau dia telepas subuh)
Baraq (ziarah kawan2 jugak,kadang kaki komen jugak)
Safwan (lagi tak ketahuan tujuan)

4) Keempat2 penghuni berdaftar menyokong pasukan EPL yg berbeza.
Kanot (Man UTD) Kimi (Liverpool) Aseb (Arsenal) Kaie (Chelsi)
Jadi amat mudah untuk kami bermusuh apabila main Footbal Manager.

5) Urutan nama dipanggil sewaktu konvo (mengikut pencapaian)
i) Aseb..(Bijak la konon)
ii)Kaie (Bole la tahan)
iii) Kimi (Astaghfirullah)
iv) lama selepas nama kimi dipanggil...Kanot (Innalillah)

5) Urutan siapa yang membuktikan pelajaran bukan ukuran "kemampuan"
i)Kanot (28/5/06)
ii) Kimi (23/6/06)
iii) Kanot dan kimi dah ada anak,barulah Aseb.. 2/6/07
iv) Kaie....Insya Allah

6) Kanot, kimi dan Aseb adalah menantu sulung bagi keluarga
isteri masing2.
Kaie..InsyaAllah..

7) Kanot dan isteri ada anak perempuan yg merupakan cucu sulung keluarga
isteri.(bukti kemampuan)
Kimi dan isteri ada anak perempuan yg juga merupakan cucu sulung keluarga
isteri .(bukti kemampuan juga)
Aseb (jika mampu) mungkin akan menghasilkan cucu sulung utk keluarga isteri.
Kaie..InsyaAllah.

8) Lan Shah adalah satu2nya dari golongan penghuni/pengunjung setia tidak berdaftar
yang sudah berkahwin.


9) Kanot, kimi, Aseb dan Kaie masing2 pernah duduk semeja makan dengan Am
yang tak pernah kena mengena langsung dengan kehidupan kami di universiti.

10) Kaie adalah ahli yang memiliki mulut paling celupar pada waktu itu,
kerapkali menyebabkan golongan penghuni/pengunjung setia tidak berdaftar
keluar dari bilik dengan telinga merah, mulut menyumpah dsb. Tapi selepas
pulang dari tanah suci mekah, dia berubah. selang satu perbualan, akan diselitkan
dengan hadis2, ayat Qur'an mahupun maxim2 ulamak.

11) Kanot, tetap tidak berubah walopun sesudah pulang dari tanah suci,
apa yang berubah hanyalah saiz dan berat badannya sahaja.haha.

Mungkin satu hari nanti aku nak ajak Kanot, Aseb dan kaie utk buat reunion...
boleh bawak isteri masing2.(jika ada)
bukan apa..terus terang aku cakap, aku belum puas berentap FIFA dengan deorang.
oleh kerana kaie tak pandai main Fifa, dia bole jadi komentator...

Friday, June 08, 2007

Syayang Dia..



*Note: player tu betul..jadi bole stop,Play Forward ikut suka.

Thursday, June 07, 2007

bertiga lebih bayik II

Assalamalaikum..

26 mei 2007..

Niat nak pegi rutin checkup utk wife...
kat private hospital...
Doc pengganti bagi news yg agak mengejutkan...
Air ketumban dah nak kering..
Baby dikhuatiri bersaiz kecil dan perlukan inkubator..
Doc pakar pegi oversea..
Inkubator takde..
Lantas doc mencapai letterhead dan me'refer' kami ke
Hospital Taiping...pegi harini atau esok.

27 Mei 2007..

Pagi2, aku dan bapak mertua bawak wife
ke Hospital Taiping..
Wife terus masuk wad...
malam tu, aku tdo sorang2..

28 mei 2007.

Pukul 5pagi, wife sms..
katanya dah nak masuk labour room..
Aku bergegas ke hospital..
sempat melambai kpd wife ikut pintu cermin...
saat2 seterusnya aku rasa mcm seksa..ketar..
satu demi satu waris dipanggil...
"Waris hamidah mat som"
"Waris Syamini A/p malinggam"
"Waris jari hantu"

aku menunggu sambil berbual dgn sorang lagi mamat..
dia jugak anak 1st..
dalam pukul 12.50..
Dia dipanggil..
Wife dia selamat melahirkan anak lelaki..

Aku makin cuak...
Tunggu punya tunggu..
"Waris Hamizawaty Shahruddin"
Aku bingkas bangun..
aku disuruh masuk kedalam.
Aku lihat seorang Nurse beruniform biru
memegang baby dalam balutan selimut.
Nurse tu agak cun..eh?
Nurse tu bagi baby kat aku..
baby buat muka heran tgk aku.
aku pun qamat secukup rasa.
pastu nurse cun tadi amek balik baby..
aku bertanya.."wife saya ok?"
dia jawab,"ok, encik tunggu kat luar, nanti kami panggil..

Petang, aku masuk melawat..wife aku ok..baby pun ok..
Alhamdulillah...

29 mei 2007..
Aku masih di rumah mak aku sebab balik tanam uri..
wife sms..dah bole balik katanya..
Aku bergegas, nurse bagi satu dokumen..
dia kata bayar kat kaunter hasil.
Aku pun g la..
mamat kaunter tanya, kerajaan ke swasta? swasta kataku.
aku menjangkakan bil mencapai ratusan kerana wife menggunakan epidural.
dan kerana aku keje swasta, tiada elaun perkhidmatan awam.
aku dipanggil. 28 hengget kata mamat kaunter.
Eik? 28? ya.28. katanya..

pukul 1.30 tghari...
aku, wife dan baby balik umah...

hari2 seterusnya..amat mencabar..siang tdo..malam berjaga..
tapi itulah nikmat...


Tahniah kepada diri aku sendiri dan jugak wife...
masa nak register nama baby kt JPN..
aku teringat..nama wife berakhir dgn "Y"
lantas aku register nama baby sebagai

DURRATUL HANANY BINTI MOHD HAKIMI...
mutiara kesayanganku...sayang anak abah...
(gambar tak amek lg, bateri takder)

*note: kpd kwn2 yg aku telupa nak sms bagitau..
sorry..agak kelam kabut sikit..+ kredit abes..

Kpd Aseb & Asne! tahniah.selamat pengantin baru.
Lan shah dan Ziha,pun selamat pengantin baru..