Thursday, July 26, 2012

I can't help it, though i'm aware of the risk

Aku pernah post satu gambar dalam FB
dan kemudian aku delete atas permintaan orang yang berkepentingan tentang gambar tu.
Hahaha.
Sapa yang selalu tgk FB dan fren dgn saya tentu sempat tengok gambaq dibawah.
















Yes, it's a photo of a cheque amounting to RM 50K payable to me!
Cek tu sepatutnya cuma 50hengget jer payment for MOB.

But that particular firm wrongly wrote the amount as 50K

Bukan aku tak tau risiko kalo aku posting gambaq tu kat FB

1) aku mungkin akan kehilangan JOB dari firm tersebut.
2) Kawan2 FB mesti tau firm mana walopun aku tutup sikit nama firm.haha
3) Bos firm tu mesti tidoq tak lena

Despite those risks I've decided to post it anyway.

sebab?

It was sooo hilarious that i could not afford to keep it to myself.
being me, I need to share it.hahahah

as a result, and as expected though, I never get a job from them anymore.

But, it's a risk that I have to take in order to make my afternoon and my friends' afternoon more colourful. for that particular day only of coz. hahaha.

tapi macam post aku sebelum ni, Rezki tu Allah yang bagi, hilang satu, 3 mari. Alhamdulillah

ia takkan menghalang aku dari posting benda2 pelik lagi.hahaha

Wednesday, July 25, 2012

Perihal rezeki

Masa kecik dulu pernah tak dengaq cerita kisah nabi2?
dulu aku ingat la nabi apa,
tapi la ni main dgn macam2 yang dah dilalui, hati jadi gelap kot.hahaha
lupa dah nabi mana.

tapi kisah nabi ni yang kayaaaaaa gila,
satu hari baginda memohon kepada Allah untuk memberi makan kepada seluruh hidupan laut.
permintaan beliau dibenarkan.
Lalu, baaaaaaaaaanyak makanan disajikan di satu kawasan yang luas.
maka, naiklah makhluk laut pertama,
iaitu ikan Paus.aku rasa ikan paus tu hat paling bessaq.
HAAAabih dia makan semua makanan tu.
tu baru sekoq.

pengajaran dari cerita tu...Rezki datang dari Allah.
banyak mana pun makhluk kat dunia ni, Rezki Allah yang tentukan.
Makhluk lain takkan mampu bagi rezki.

Begitu jugak perihal kita dalam kehidupan harian.

pernah dengaq ayat camni?

"aku tak berani kawen la, financial tak kuat lagi"

atau

"Aku tak berani la meniaga sendiri, takut nanti tadak bisnes"

dua ayat diatas adalah ayat yang selalu aku dengaq.

kita kupas ayat pertama tadi.

pada pendapat aku, seseorang tak patut ucap perkataan macam tu kerana,
Allah dah bagitau, "Kahwenlah, maka Aku akan berikan rezki"
dan alasan financial tak kuat bukan alasan kukuh,
ada ja orang yang berpendapatan rendah tapi mampu membina keluarga
dan anak bini cukup pakai dan makan, serta anak-anak pun baik baik.

ada jugak orang kaya gila tapi kawen tak kekal.

Ada jugak yang kawen, tapi masih tak dapat rezki.

Eik? bukanka Allah dah janji, "Kahwenlah nescaya aku bagi rezki?"

itu berbalik kepada niat kahwen itu sendiri.
Kahwen kerana Allah.barula berkatt.

kita kupas ayat kedua pulak

tak berani nk mula meniaga sendiri sebab takut tadak bisnes.

hmmmm.hat ni aku tak pandai kupas,hahahah

Tapinya, bermula dari niat,
jika kita mula berniaga, kerana ingin mencari rezki, kerana Allah,
insyaAllah, Allah akan bagiiiii rezki.

Eceewahh

kenapa aku berani dok kupaih centu?

sbb aku sendiri dah melalui 2 perkara diatas.

Aku kawen sebelum aku ada kerja tetap.
tapi Alhamdulillah...pakai cukup.makan belebih..sampai gemuk.haha

Bisnes pun sama.
Masa aku mula bukak sendiri bisnes.memang Tawakal 90%.
Alhamdulillah, rezki tak putus2.Aaaaada ja cara Allah nk bagi Bisnes.

Tapinya, jangan la kawen,
pastu laki menganggur, malaih kerja,
Meragut, Masuk penjara.haishh

sama la macam bisness
bukak bisness, tapi dok saja.tak buat kerja.
mana nak ada masyuk

Kawan2 yang biasa lalui perkara macam aku pasti bersetuju,
tapi bukan nk suruh hat yang belum kawen tu esok kawen, byk jugak faktor lain nk kena tengok.
tapi, financial bukak alasan yang kukuh.

sama macam bisness, bukan nk suruh berenti makan gaji esok pastu bukak lusa bisnes,
tentu bungkuih dah.
pokok pangkalnya, Berkeluarga, Berkerjaya, Kerana Allah.

Janganlah kalau terlepas sesuatu peluang akibat direbut org, habis dirungut kononnya rezki kita dirampas,
salah tu, itu mmg bukan rezki kita.haha

Pesan Master saya dulu, Ikhlas kerana Allah dalam bekerja, insyaAllah semuanya akan okeyy.

Jadi, marilah kita semua berlapang dada kerana Allah.
Seteruk mana pun ekonomi, kalau Allah tetapkan dah ada rezki, ada lah tu.
Seganas mana pun Kaedah baru Mahkamah, kalo usaha, pasti boleh. eh?

Note: kawan saya bagitau, budak attachment kat firm dia agak cun.saya pun berkata:
        "Berkahwenlah, Nescaya Allah akan berikah rezki"
         HANG NAK MAMPUIH katanya,HAHA.dia laki orang.


  Gambar Hiasan.haha

Monday, July 23, 2012

AYAM MASAK SOS DAN SUP AYAM

Masa aku kecik, sampai la sekarang,
aku paling suka Ayam masak sos dan sup ayam dihidangkan sekali.
Begitu juga daging Masak Merah dan Sup Daging dihidangkan sekali

Masakan2 tersebut pula mestilah mengikut resepi mak aku.
Aku tatau la bahan apa mak aku boh.tapi memang sedap.
Aku boleh makan  lauk yang sama selama seminggu.selagi x habih.

Aku tatau bahan dan dah tak duduk dgn mak.
tapi, aku dah suruh binik aku menuntut ilmu.

Sedapnyaaa.lapaq.hahaha


Wednesday, July 18, 2012

kau tetap Istimewa

Di sini kami mula belajar membina keluarga..
Di sini kami belajar membesarkan seorang anak yang kecil
Sejak dari anak ini berusia beberapa bulan.




















Disini juga anak kami mula membesar.

Begitu juga kami
Makin membesar juga




















Berbagai memori indah disini
Kehidupan kami amat indah melihat anak membesar.




















Waktu itu pendapatan aku hanyalah RM 1000 sebulan
Isteri tidak bekerja
untuk menambah pendapatan,
Disinilah aku dan isteri pada setiap bulan Ramadhan Selepas sahur,
mula mengisar kacang soya untuk dijadikan air dan dijual di bazar Ramandhan.
mujur ibu mertua ada gerai di bazar Ramadhan.
kadang2 ikut juga membantu ibu mertua ambil tender air di jamuan raya.





















Semuanya berlaku dan bermula Disini
Anak semakin membesar...


























Dari pandai berjalan.hingga pandai main komputer.
 semuanya berlaku Di sini
























kemudian sedar tak sedar..anak pun dah masuk sekolah...
semuanya bermula dan berlaku disini.


 





















disini juga anak mula pandai berdikari dan membantu Umi.




















Di sini jugalah bermula kerjaya aku yang mulanya hanya memandu proton saga 1985





















kemudian mampu membeli sebuah kereta baru....
dan Disini juga aku berjaya membelikan sebuah kereta untuk Isteri pula.




















Disini juga beberapa rakan pernah datang menjengah




















Di sini jugalah tetamu2 menjamu selera masakan Isteri
banyak kenangan kami Di sini,

Namun, kita semua tahun, satu permulaan, akan ada pengakhirannya..
Kami harus meneruskan hidup.

Bukan aku tak pernah menyatakan hasrat untuk memilikinya
Tapi, cadangan itu ditolak....dan aku menerimanya..
Mungkin jodoh kita sampai disini saja........
Wahai rumah no.8.

SELAMAT TINGGAL.....

Walau siapapun yang akan menghuni dirimu selepas ini...
bagi kami sekeluarga....
kau tetap istimewa.........