Wednesday, July 25, 2012

Perihal rezeki

Masa kecik dulu pernah tak dengaq cerita kisah nabi2?
dulu aku ingat la nabi apa,
tapi la ni main dgn macam2 yang dah dilalui, hati jadi gelap kot.hahaha
lupa dah nabi mana.

tapi kisah nabi ni yang kayaaaaaa gila,
satu hari baginda memohon kepada Allah untuk memberi makan kepada seluruh hidupan laut.
permintaan beliau dibenarkan.
Lalu, baaaaaaaaaanyak makanan disajikan di satu kawasan yang luas.
maka, naiklah makhluk laut pertama,
iaitu ikan Paus.aku rasa ikan paus tu hat paling bessaq.
HAAAabih dia makan semua makanan tu.
tu baru sekoq.

pengajaran dari cerita tu...Rezki datang dari Allah.
banyak mana pun makhluk kat dunia ni, Rezki Allah yang tentukan.
Makhluk lain takkan mampu bagi rezki.

Begitu jugak perihal kita dalam kehidupan harian.

pernah dengaq ayat camni?

"aku tak berani kawen la, financial tak kuat lagi"

atau

"Aku tak berani la meniaga sendiri, takut nanti tadak bisnes"

dua ayat diatas adalah ayat yang selalu aku dengaq.

kita kupas ayat pertama tadi.

pada pendapat aku, seseorang tak patut ucap perkataan macam tu kerana,
Allah dah bagitau, "Kahwenlah, maka Aku akan berikan rezki"
dan alasan financial tak kuat bukan alasan kukuh,
ada ja orang yang berpendapatan rendah tapi mampu membina keluarga
dan anak bini cukup pakai dan makan, serta anak-anak pun baik baik.

ada jugak orang kaya gila tapi kawen tak kekal.

Ada jugak yang kawen, tapi masih tak dapat rezki.

Eik? bukanka Allah dah janji, "Kahwenlah nescaya aku bagi rezki?"

itu berbalik kepada niat kahwen itu sendiri.
Kahwen kerana Allah.barula berkatt.

kita kupas ayat kedua pulak

tak berani nk mula meniaga sendiri sebab takut tadak bisnes.

hmmmm.hat ni aku tak pandai kupas,hahahah

Tapinya, bermula dari niat,
jika kita mula berniaga, kerana ingin mencari rezki, kerana Allah,
insyaAllah, Allah akan bagiiiii rezki.

Eceewahh

kenapa aku berani dok kupaih centu?

sbb aku sendiri dah melalui 2 perkara diatas.

Aku kawen sebelum aku ada kerja tetap.
tapi Alhamdulillah...pakai cukup.makan belebih..sampai gemuk.haha

Bisnes pun sama.
Masa aku mula bukak sendiri bisnes.memang Tawakal 90%.
Alhamdulillah, rezki tak putus2.Aaaaada ja cara Allah nk bagi Bisnes.

Tapinya, jangan la kawen,
pastu laki menganggur, malaih kerja,
Meragut, Masuk penjara.haishh

sama la macam bisness
bukak bisness, tapi dok saja.tak buat kerja.
mana nak ada masyuk

Kawan2 yang biasa lalui perkara macam aku pasti bersetuju,
tapi bukan nk suruh hat yang belum kawen tu esok kawen, byk jugak faktor lain nk kena tengok.
tapi, financial bukak alasan yang kukuh.

sama macam bisness, bukan nk suruh berenti makan gaji esok pastu bukak lusa bisnes,
tentu bungkuih dah.
pokok pangkalnya, Berkeluarga, Berkerjaya, Kerana Allah.

Janganlah kalau terlepas sesuatu peluang akibat direbut org, habis dirungut kononnya rezki kita dirampas,
salah tu, itu mmg bukan rezki kita.haha

Pesan Master saya dulu, Ikhlas kerana Allah dalam bekerja, insyaAllah semuanya akan okeyy.

Jadi, marilah kita semua berlapang dada kerana Allah.
Seteruk mana pun ekonomi, kalau Allah tetapkan dah ada rezki, ada lah tu.
Seganas mana pun Kaedah baru Mahkamah, kalo usaha, pasti boleh. eh?

Note: kawan saya bagitau, budak attachment kat firm dia agak cun.saya pun berkata:
        "Berkahwenlah, Nescaya Allah akan berikah rezki"
         HANG NAK MAMPUIH katanya,HAHA.dia laki orang.


  Gambar Hiasan.haha

4 comments:

Anonymous said...

encik kimi, saya nak kawen tapi tak dak yang mau kat saya, hat tu lagu mana?
-Taman Melati-

kelisa_samudera said...

aku nak kawin lagi. ada rezeki dak?

Anonymous said...

bagus...bagus....

KiMi said...

taman melati: hat tu kena buat stage pertama dulu, cari calaon.hat posting tu utk yang dah kapel2 tapi x kawen2.
sopi: bulehhh sangat2.tambah2 kalo baik dgn Dato Yong

bagus?