Tuesday, February 27, 2007

Bestnya Cerita Luar Negara

Kan best kalo tiwi hari2 ada citer best.

Semalam, bini aku rasa tenang..
Sebab semalam aku sejak balik keje, tengok tiwi jer.
Jadi dia bebas dari sebarang gangguan termasuk gangguan seksual.haha

Antara siri yang aku gemari dan aku yang harap akan ditayangkan di tiwi.

1) NCIS
2) CSI:NEW YORK
3) CSI:MIAMI
4) CSI:LAS VEGAS
5) PRISON BREAK (Season 2 aku da tgk sampai ep.6 je)
6) KYLE XY
7) Heroes (bila ntah nak kuar tiwi biasa)
8) Smallville
9) Surface
10) Supernatural
11) HOUSE
12) My name is Earl (baru habis season 1)
13) Nip/Tuck
14) Everybody Loves Raymond
15) Greys Anatomy
16) Desprate Housewives
17) Sin Chan
18) Doraemon
19) Masked Rider.

Rancangan2 info pulak

1) Step Forward terbitan TV8 (aku harap 8tv akan kuarkan CD/DVD untuk season lepas)
2) Trippin 8tiwi jugak.(harap ada DVD/CD jugak.
3) Oliver Twist (rancangan masak jamie oliver)
4) Ho Chak! (rancangan makanan cina)
5) Delicious Food All over China.
6) Iron Chef
7) Jeff Corwin excelent Adventure (animal planet)

Antara Filem2 yang aku Fan Giler.

1) Highlander (Tapi sampai sekarang aku belum tgk yang last"Endgame")
2) X-Men (Sampai skarang aku tak tgk lagi yang X-men 3)
3) Superman (Pun blum tgk yang baru tu)
4) Shawshank redemption (waaa..DVD aku sudah ilang)
5) Saving Private Ryan (waa..Eh?CD sapa aku tak pulangkan ni?)
6) Macam2lagi

Lain2

1)Al Kuliyyah
2)Ehwal Islam
3)Mari Mengaji
(aku tonton sebulan skali)

Ikut ati, nak jer beli sume citer yang aku suka ni..
Tapi apa kan daya.nak isi minyak keta pun pikir 2 3 kali..

Thursday, February 22, 2007

Sian bini aku..

Lepas2 solat subuh..
Aku bersiap2..

Bini aku pun bersiap2 jugak..

Tapi dia senyap jer...
Muka pun macam letih..

Aku tanya dia..
Tido lena tak?

Dia jawab, lena jugak la mula2..

Aku tanya lagi..
Nape muka macam ngantuk lagi jer..?

Dia jawab..
memang mcm ngantuk..

Aku tanya lagi..
ada terjaga ke?

Dia jawab..
ada..pastu dah tak berapa lena dah..

Aku tanya lagi...
Bilanya terjaga tu?

Sambil buat muka..dia jawab..
"Masa abang jerit GOL! la.. bila lagi?

Hahahaha!!!Aku berjaya bangun tengok bola pukul 3.45 pagi.
Aku jerit gol dua kali sebab.. Liverpool 2 v Barcelona 1.

HAHAHA..liverpool power.


Sian bini aku..

Wednesday, February 14, 2007

Karena Wanita ...

Balik umah..(ada air sirap ais atas meja tersedia untuk aku.)
Wife senyum..

lepas minum 4 5 teguk, Aku baring atas katil..Rehat jap..
Sambil wife lipat2 dan gantung baju..

Aku tanya dia..Da mkn?
Blum lagi jawabnya..sambungnya lagi..Mak takder arini, g antar Hafizi hospital.Esok dia operate kan..

Ohoo..lupa. kata Aku..
Wife aku sambung..Abg lalu mana balik td?

Jalan biasa la,nape?jawab aku.

Takde...kot2 abg lalu dpn rakan muda,arini kn jalan tu tutup..pasar malam..(masih melipat dan menggantung baju)

Aku sengih.lalu berkata.Lepas solat, siap,kita g.

wife sengih.JOm! katanya dengan ceria.

Kt pasar malam, setelah memborong,on the way ke kreta.
wife berkata, arini perut tak berapa sedap la..

Aku kata, Jom kita beli yogurt kt kedai karnival.

Dengan ceria lagi dia berkata.JOM! hehe..

Kadang2, bukan senang utk bagitau yang kita nak sesuatu..Takot2 tak mampu ditunaikan...hanya kata2 kiasan sebagai alamat...
Tapi, bagi yang memahami, tak susah untuk menangkap apayang bermain di hati..
Mungkin memang nature seorang isteri atau wanita memang camtu.sebabnya...
Karena wanita ingin dimengerti
Lewat tutur lembut dan laku agung
Karena wanita ingin dimengerti
Manjakan dia... dengan kasih sayang

Tuesday, February 13, 2007

Tribute to kanot.

Dari mula aku tulis blog

Kanot adalah antara watak utama dalam blog aku.

Memang aku tulis "benda2 baik" je pasal dia.

Muahaha...


Dalam entry lepas, dia ada bagi komen.

Hahaha..

Sebagai Penghargaan kepada Kanot,

Aku nak jemput korang baca entry2 aku yang lama2..

Dari OGOS 2004 sehingga Disember 2005.

Korang bole klik kt archive kt tepi tu..

dalam 1/2 jam da bole abis baca.


Jika korang baca, adalah satu penghargaan buat kanot.. kot..

haha.


ini adalah gambar masa aku kenduri

wajah kemewahan. atau kebesaran prut..

kepada Aseb dan kaei.bila nak join?


Sila baca entry2 lama..

Monday, February 12, 2007

Seperti seorang suami.

Aku rasa seperti seorang suami yang sebenar....

Apabila:

Dapat gaji, yang aku fikir adalah untuk duit belanja bini,
belanja klinik untuk check baby dalam perut..

Aku dah tak terfikir utk beli Henpon K750i atau repair Komputer aku.

dan yang paling penting sekali,
Aku rasa seperti seorang suami yang sebenar bila perut aku dah termasuk dalam perut laki orang..
Jeling jari kaki pun dah tak nampak..
Pakai seluar pun dah tak bole nak kancing butang...
Tunduk untuk pakai stokin, amat menyeksakan..

haduh..kena eksesais gamaknye..

Thursday, February 08, 2007

one of "those" days..

Bangun pagi..
Antar wife g keje..
Terus ke tempat kejee..

Berenti isi minyak..
Keluar keta..Tutup pintu..
Lepas isi minyak.
Nak masuk keta..pintu tak bole bukak..
Rupanya tekunci..kunci tinggal dalam..

Tanya etendan.. ada dawai?
takde le..sini ape pun tak der..
nasib baik erial keta dibuat sendiri dari dawai..guna la.
dalam dok korek2..
keta banyak beratur kat blakang.
korang buta ke?aku tengah nk bukak pintu ni.

Akhirnya, setelah naik kematu jari, tebukak jugak.
aku masuk dalam keta.
etendan tanya..
Dah Tebukak?
Belum lagi,tak nampak ke saya kat atas bumbung keta ni.

terus jalan.sampai tempat keje.
ingat nak layan internet jap, rilekskan jiwa.
Bukak2 Pc, mcm2 Command keluar.
Aku try selama setengah jam untuk idupkan.
Berjaya,tapi safe mode.

tetiba client datang..
halamak.dokumen dalam PC ni lagi.safe mode, bukan bole buat apa.
kena taip lain..haduh..

pastu, datang sorang pakcik.
Nak mintak advise katanya..
ingatkan pasal housing loan, rupanya..
dia ada orang tepon, kata dia menang hadiah.
Dia g penang, orang tu kata, kalo nak dapat hadiah, kena bayar RM.7,500
Dia bayar,dapat la kerusi urut.pastu, diapun bwk balik la kerusi urut tu.
katanya harga RM 15,000.00. Pakcik tu pcaya.
Aku bukak majalah, tunjuk kt pakcik tu, harga dia tak sampai pun 7 ribu pakcik.

dia ckp lagi, baru2 ni deorang ada tepon lagi,kata dapat harrier.
tapi kena bayar RM 15,000.00.
"bole pcaya ke encik?" dia tanya.
aku cakap, tak payah la pakcik..tipu je semua ni..
pkcik tu ckp lagi.tapikan dia siap ada bagi no ic ni, klo kena tipu,report polis.
PI BALIK LA PAKCIK!! RM 15,000 simpan la buat p mekah!dah tua2 camni nak bawk Harrier buat pa.
PI BAlik!! banyk lagi keja saya!

Petang, PC diangkut oleh juruteknik.
bosan!!

balik.cuaca panas.
nasib baik disambut oleh bini.
"Abg nak ABC?"
tanpa berlengah, aku makan ABC tu.
sejuk sket..

hari yang tak erapa best..
tapi,ada bini, jadi best.
untuk kawan2 yang belum kawen.sila kawen.

lihatlah aku dan kanot. makin hari makin sehat.

Tuesday, February 06, 2007

TUMBUK KANG!!

Loya: ya en K******n? Apa hal?
EK: apa mcm saya punya loan bulum kluar?
Loya: sekarang dokumen ada dekat bank..nanti bank bagi balik,
baru la kami akan register gadaian..dan advise release.
EK: Tapi saya sudah sain itu hari.
Loya: memang la u suda sain.tapi itu kena bank check dulu, bawak pegi stamping, register..baru la kita advise release..
EK: apa pasal banyak lama? saya mau pakai duit sekarang la.
Loya: kan saya dah cerita masa nak sain dulu..bukan bila sain terus dapat duit..
EK: tak bole dapat ini hari ka? kasi cepat la.saya sudah sain lama oo.
Loya: tunggu la bank antar balik dokumen..
EK: u tak ole tolong kasicepat ka? ini hari.
Loya: encik..ini prosedur..kalau bank belum pulang dokumen..kena tunggu la.
EK: apa la, dulu a, saya punya kawan a, cepat saja dia dapat..
LOYA: MAMPUIH PI KAT KAWAN HANG LA!!! HANG NAK DUIT CEPAT! PI PINJAM KAT ALONG!!!
ORANG CERITA DULU,KATA PAHAM! TAPI LA NI TAK PAHAM..DASAR K****G!! TUMBUK KANG!

Friday, February 02, 2007

My babygirl

Rabu..balik dari keja..
aku mandi2,solat maghrib,
dan terus ke Medical Centre...
Appointment dgn Doc.

Mcm biasa, doc pun scan..
Baby gerak2..
Doc kata Everything Fine.
Wife ok, bla2..baby ok bla2..

pastu aku tanya..can we see the gender?
aa..see this a,she a girl.
Pelempuan a..mau lagi konfirm, next month..
Tapi, i'm sure..Pelempuan..tengok ini..
dia pun tunjukkan that "thing".hehe.

aku terkasima..bini aku memang sengih je dari tadi.
aku pun cakap tq doc.dan balik.
bayar bil.aduh..sakit kpala..
pastu,dah dalam keta, baru ingat.tak print out gambar..
excited nak tau jantina, gambaq tak print la pulak.

Khamis, aku g the store..
niat nak jalan2 je..
g kat baby punya section.
survey harge.
Haduh..pening kpala..

baju saiz tapak tangan aku je dah dekat2 RM30.baju aku pun RM 8 je.
tengok pulak katil baby.RM 300.nak dekat sama queen size bed.
Bini aku, semua dia belek.
itu cantek, ini comel..sinun kiut..

aku decie, better utk aku beli sikit2 dari beli segedebuk..
aku amek satu set,
baju tangan panjang, pink.
seluar panjang,pink.
sarung tangan,pink,
stokin,pink.
next week, ingat nak beli selimut pulak..

walopun tak mampu lg beli byk,
Alhamdulillah, stakat skang, bole la sikit2..
bukan utkorg lain..
untuk my baby girl.