Wednesday, January 28, 2009

Rezki dari Allah..

Masa aku nk kawen dulu...

Ramai yang bagi galakkan.

Tak kurang juga yang menakut2kan.

Isu pertama adalah isu kewangan kerana
aku kawen masa cembring.
Belum kerja lagi.

Tapi aku pegang kata2 sorang kawan aku.
aku tak igt sapa, yang pastinya bukan kanot atau aseb.
apatah lagi kaie.

Dia kata" kimi, hang jgn risau, kawen ja..Allah dah janji,
kawen, nescaya Allah akan bagi rezki".

Dan Alhamdulillah...setakat sekarang..kalo habis sengkek pon,
Aku bole korek lubang di tempat2 yang tidak menjerut aku i.e Along.
hahahaha..

kepada pemiutang2 aku, sabar aa... INsyaAllah, 2009 ni aku kasik settel.
ala, beberapa rat ja lagi.hehehe.

Eh, termelalut pasal utang pula.haha.

Isunya ialah rezki, Kalo Allah nk bagi rezki, dia bagi,
kadang2 dari sumber yang tak disangka.

Bertapa canteknya aturan Allah apabila
dia telah memberi ilham kepada sorang sahabat aku
untuk BID satu rumah lelong dan berjaya.

Dan Allah ilhamkan dia untuk cari aku
sebagai loyer yang menguruskan.

Boleh ja Allah ilhamkan dia cari loyer lain,
Tapi bila Allah nk bagi rezki...semua bole jadi..

MAcam kisah nabi apa aku pon dah lupa.
Yang dia mintak kat Allah untuk bagi rezki kepada
seluruh binatang untuk sehari..

Tapi cuma sekor ikan paus,
dah abiskan semua makanan yang dia sediakan..
Moralnya, rezki kita ni, Allah yang atur...

Jadi, kawan2 aku yang nk kawen, jgn takut2 la tak cukup duit la,
hapa la.Kumpul duit la..Aku kat LCCT la.Nk gi Terengganu la.
itu ini.
Kawen jer, Allah yang bagi rezki.

Situasi**

Masa Hilmi datang opis aku dengan bini dia
untuk dengar penerangan pasal legal fees dan proses2

Aku pon terang mcm aku terang kat klien2 lain,
Tetiba Hilmi GELAK besarrrrr sambil tutup muka.

dan berkata..ADoooh..aku tak sangka la..
dulu kita huhahuaha ja.
la ni hang series camni.

Lerrr..kata aku, kita la umoq 27, anak sorang. laki orang.

Ok2 katanya..sori, aku ter Emosi sat.hahaha.teringat zaman muda.

PS: TQ kepada Poketmon dan Encik Rahman atas tunjuk ajar tersebut.
akan saya gunakan dan sebarkan..semoga bertambah pahala.heheh.


Betul Kata Allahyarham P. Ramlee..dalam filem Ahmad Albab..
Rezki, jodoh pertemuan, semuanya datang dari ALLAH..Bukan dari Bapak.
sbbtu filem2 beliau masih relevan hingga sekarang...

Wednesday, January 21, 2009

Surat Untukmu.

Tahniah atas kenyataan Anda
Wednesday, 21 January, 2009 17:37
From:
"hakimi shaari"
Add sender to Contacts
To:menteri

Saya sebagai seorang rakyat negeri perak ingin mengucapkan Tahniah
kepada anda kerana dengan kenyataan anda,
tidak mengiktiraf cop JKK lantikan negeri perak dan juga
tidak membenarkan Agensi kerajaan persekutuan untuk
menghadiri mesyuarat kerajaan negeri perak, telah menunjukkan dengan
jelas KEBODOHAN anda tentang konsep demokrasi dan juga KEBEBALAN anda untuk menerima isyarat dari rakyat.

Sebagai menteri anda sepatutnya menggalas amanah untuk
menbantu dan mempermudahkan Rakyat yang sudah terhimpit dengan
pelbagai bebanan. Bukan lagi menyusahkan rakyat.

dengan tidak mengiktiraf cop JKKK negeri, urusan rakyat bertambah
rumit. Dan TAHNIAH!. ini akan menambahkan kebencian rakyat kepada
UMNO dan BN yang BEBAL dan tak tahu malu .

akhir kata, Sahabat Rasullullah, Abdul Rahman bin Auf,
akan disoal di akhirat selama lapan puluh tahun akhirat...
bayangkan kita umat akhir zaman ini..
.apatah lagi mereka yang kononnya Pemimpin..

Fikir-fikirkan lah.

TAHNIAH dan Terima KASIH.

***************************************************************

Kepada yang berkenaan.

Saya telahpon membuat tempahan pada 18 hb 12 tahun 2008.
Disertakan juga Yuran Tempahan atau " Booking Fees" berjumlah RM 500.
(Sesalinan resit disertakan)

Akan tetapi, pada hari ini,
21hb Januari 2009,
Barang yang ditempah masih belum kunjung tiba.

Sejak dari tarikh 2hb Januari, Jawapan yang saya terima adalah "esok".
sehingga hari isnin yang lalu iaitu 19 hb Januari,
jawapan nya masih "esok".

Manakala 2 hb Januari, apabila saya menelefon pejabat anda,
BOSS dikatakan "engage"

Manakala pagi tadi pula,
jawapan yang saya terima ialah "BOss keluar"
tak tau masuk bila.

NAH!!
SMS saya pada jam 4.30 ptg tadi pasti mengejutkan anda?
jawapan anda pon menandakan anda terkejut.
YA!!

saya sudah dapat nombor HP anda!
dan Saya akan terus Menghantui anda tak kira masa.

Mana saya dpat no tu?
kalo nombor HP Defendan yang memang menyorok pon saya dapat cari,
inikan pula nombor anda yang saya tahu tempat kerja anda.

Jgn tutup talifon yaaa.

Friday, January 16, 2009

Membebel

awat la bodo sgt liga Arab dan Negara OIC kan?
Cuba la pakat2 kumpul semua tentera, pi BOm israel tu balik.

Yang negara sebelah2 tu, mesir, Jordan, Syiria,
Arab Saudi, Dubai. Semua kecut saja.
Kata kaya.

Alih2 negara2 yang ntah tadak kena mengena
pastu nun jauh di amerika selatan pulak
yang lagi lantang dari depa2 negara arab ni.

Venuzuela dgn Bolivia yang terus mengusir duta Israel
dari negara depa.
Venezuela tu aku cuma kenal sbb Telenovela Mis tres hermanas jer.
Bolivia pulak negara main bola.

Malaysia?
Bising2 dari jauh cukup la kot..


*****************************************************

Wahahahaha...tahniah kepada sorang kawan aku ni.
katanya org rumah dia dah berisi.
Mari kita doakan semua selamat.
Ada rezki, ada la kan...
kalo tadak rezki, anggap la ujian tuhan....
Tapi, kita doakan yang baik2 saja....Ameeen.

****************************************************

Wahahaha...
aku dengar cerita sorang loyer Bujang Pompuan
di Ipoh dah beli Toyota Camry..
Selepas kisah Junior beli Vios dulu tu..

Wahh...kaya btol depa ni..
berapa gamaknya gaji.

****************************************************

Kami sekeluarga agak kurang sehat..
Miza baru nk sembuh demam.

Aku pulak dah start nak sakit2 tekak.

Hanany la paling kesian.
semalam dia kena pi sedut gas.
Pagi td pulak dia terketar2,
Panas dalam gamaknya.
Sila doakan kami semua sembuh..

****************************************************
Harini Jumaat.
Esok Sabtu.
Sabtu kerja..
WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.

Monday, January 12, 2009

cacamarba

Sila Sokong Palestin dan Boikot Israel.
Arsenel FC termasuk didalam list Produk Israel.
Jadi Boikot Asenel FC.dan boikot penyokong asenel.HAHAH.
Ini gambar Pemain Bola yang sokong Plaestin.Klik Sini.

Aku agak bizi sikit2 sejak kebelakangan ni.
Jadi apdate Blog pon mungkin seminggu sekali la kot.

***************

Sabtu yang lalu aku kerja.
datang opis niat nk kerja.
Bawak leptop.
Bukak Fifa09.
Lwn dgn Kanot.

Tapi disebabkan dtg niat untuk kerja,
bila ada klien, ada call.
aku kena entertain
walopun dgn kosnya kanot akan mengalahkan aku.

ya, aku kalah, semua game, tapi game2
yang diselangi call oleh client dan staff masuk bilik
tanya tentang kerja.
Niat kerja, jd buat kerja.

jadi, kanot jgn terlalu bangga dgn kemenangan itu.

Petang, aku dtg opis lagi.
Ada klien nak dtg.

Aku bwk anak bini sekali.
supaya depa tau,
walopun aku duduk pejabat,
keja dlm aircond,
tapi aku tetap letih melayan karenah mcm2 org.

Ya.Klien dtg sambing bertengkar2 sesama pihak masing.
Sampai kul 6.30.
Akyu fedap. aku soh depa balik dulu,
bincang balik elok2 term.
Minggu depan baru dtg balik untuk sain agreememt.

Kalo tak stuju, mcamana nk wat agreement.
bukan agreement, disputement kiranya.

keja aku kasik advice ikut law,
pastu menghitamputihkan term2 yg telah dipersetujui.

Sila balik, bini saya dok tunggu ajak pi pasar mlm tu.HAHAHa.

******************


Jiran2 sekeliling umah aku bole dianggap sebagai ASTRO bergerak..
Malahan aku rasa bukan astro, tapi Internet.
sbb kalo astro kalo ujan tadak siaran,
ni time ujan pon clear.

Apa yang anda buat, walopun perkara yg
tak penting pon, pasti akan ada yg tau lalu dihebah2 kan.
bila hebah2, pastu akan bertambah perasa.
hahaahaha

Jadi, sila berhati2 utk berbuat sesuatu,
anda mungkin diperhatikan...

Terbaru, isu aku nk "berbini baru" pon heboh,
sehingga mak mentua aku di Sarawak pon tau.
GILA cepat Internet bergerak itu.Hahahah.
Mungkin ada yg nampak aku hantar borang permohonan kot.

Monday, January 05, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430

Salam Tahun Baru 1430 Hijrah
Kepada semua muslimin Muslimat
Mukminin Mukminat.

Malaysia.
iLebih gembira menayambut Tahun baru 2009
Sedikit saja yang sedar bahawa kita sepatutnya menyambut tahun baru 1430h.

kalo nak baca perbandingan dgn Palestin yang sedang
dijajah oleh YAHUDI laknatullah,
Sila ke Blog Kanot.

Senario di Palestin, mmg semua org dah tau.
Kita tak mampu buat apa selain berdoa dan
memboikot barangan yahudi saja.
Jgn guna henpon Nokia, guna CSL.
jgn makan Mekdonal, makan la Radix Fried Ciken.


Baru2 ni, diambang sambutan tahun baru 2009,
aku ternampak segerombolan anak melayu
yang pada hemat aku berumur tidak lebih 17 tahun.

Ditepi pintu masuk sebuah
pasaraya besar, tanpa sebarang perasaan
takut, malu, atau apa2 la.
dengan selambanya meneguk "Air Kencing Setan".

yang lalu lalang hanya mampu terkebil2 melihat
Aku tidak terkebil, sbb tahap biasa la kt Malaysia tahun 2009.

Salah siapa perkara ini?
Salah Ibu bapa tidak mendidik?

Aku tak beranai nk kata,
sbb kadang2 berbuih mulut mak bapak.
sikit pon tak amik pot.

Salah Guru2?
tak berani nk kata.
Guru2 baru tunjuk sajak kematian, dah nk dikenakan
tindakan.Camna nk mendidik?

Salah org ramai tak menegur?
Tahun 2009?di Malaysia?
silap tegur, kita yang kena bunuh.Ya, Bunuh.

Salah Pemerintah?
Malas komen.
Karang kena ISA.

Aku agak risau tentang anak aku nanti.
Tahun 2009 sudah begini
tahun 2021 nanti bagaimana?

tak taulah....

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah.....


Pernah dengar hadis? Bayi itu lahir seperti kain putih.
Terpulang kepada ibu bapa untuk mewarnakannya menjadi apa..

Ank aku diwarnakan begini..



Leptop (kegemaran aku dan bini) digunakan oleh anak
untuk menonton CD alif Ba Ta( Bini aku beli) untuk bagi dia Familiar dgn
mengaji sambil memakai jersi TORRES (aku beli) supaya
besar nanti, malam sabtu dia dok umah tgk Bola dan tak tgk
Akedemi Fantasol.



Bila letih...dia pon tidor....
*************************************************
ARIN dah resign ARB selepas hanya sehari kerja!!!!!!!!!!!!!!!!!]
GEMPARRRRR!!!!!!!!!!!!!!!
apakah puncanya??????????????
silalah ikuti blog ini diwaktu yang sama iaitu waktu pejabat anda.