Ujung2 tahun mcm sekarang ni,
memang ramai yang amik peluang untuk buat majlis kenduri kawen.
Kawan2 aku juga ramai yang kenduri.
Antaranya ialah:
Yang dah Lepas, dan tah niah diucapkan,
1) Sahabat kita Encik Apon (Firdaus mat shah) yang telah melangsungkan
perkahwinan pada 25 November yang lalu.
Aku tak dapat pergi sbb hari kerja,
Aku tanya juga kpd kwn2 seperti Kanot, pi dak?
Kanot kata tatau pon.??
Hahahah, sebenarnya apon suruh aku boh dlm blog jemput kawan2,
tapi sbb aku agak sibuk, lupa nk jemput.hihihi
sori ya apon.Apa2 pon, tahniah kpd apon.
2)Katifah Mat Yusof, junior masa uia,dia ni org negeri sembilan,
Telah melangsungkan perkahwinan pada bulan November yang lalu jugak
di Gemas negeri 9. Pon aku tak pi, So aku ucap Tahniah kpd Katifah.
3)Wani, junior Law Uia jugak,telah melangsungkan perkahwinan pada
5 disember 09, di Kamunting perak.
Diucapkan tahniah kepada Wani.
yang ni, walopun di kamunting, pon aku tak dapat pi sbb
4 hb, aku dah betolak ke KL atas urusan kerja.
4) Kalipah Amirah, yang melangsungkan perkahwinan di Dewan
presint 16 putrajaya.
Yang ni aku pi,
dan aku jumpa dgn kawan2 lama seperti Hamid,Kanot dan HUda, Kaie dan Chi, Miraz dan Mas
serta beberapa org junior yang beberapa kali tgk aku baru cam sambil berkata,
"EHH?????Abang kimi ker ni???? kenapa Tembam?"
Yang akan datang majlisnya ialah..
1)Sahabat kita Azilah Abdullah, bakal melangsungkan perkahwinan pada 12hb Disember 09.
2)Kawan aku masa sekolah menengah, INtan Salawati yang akan melansungkn perkahwinan
pada 13 Disember 09.
3)Sahabat kita merangkap kakak aku, Madulebah @ cuda yang akan melangsungkan perkahwinan
pada 19 Disember di PARIT HAJI AMIN JALAN BARU 34200 PARIT BUNTAR PERAK, sila datang beramai2.
jamuan dari 11 pagi hingga 4 ptg.Kad boleh didapati DI SINI
4)Sahabat kita, suhail@sahalfikri yang akan melangsungkn perkahwinan pada 26 Disember di Jitra kedah.
Kena pi nih.KAD bole didapati di SINI
5)Sapuan Fathi dari changkat Jering juga akan melangsungkan perkahwinan pada 26 hb disember.
6)Azli tajudin dari Aloq Star juga akan melangsungkan perkahwinan pada 26 hb Disember..
Wah, letih bejalan la harini.
7)Pada 27 hb Disember pula, Faridzul Azlan dari ipoh akan melangsungkan perkahwinan, aku tak dpt kad lagi,
tatau la dia jemput ke tak.hahah
Tahniah diucapkan kepada kawan2 kita yang akan melangsungkan perkahwinan.
**********************************************************************************************
Pada 5hb Disember 09 yang lepas, selain aku
ke Majlis kawen kalipah di putrajaya,
aku juga ke rumah klien untuk serah cek, dan juga aktiviti2 berikut:
Pagi, pukul 8, sarapan pagi di rumah abang aku di kampar.
Pada pukul 10.30 pagi, aku bertolak dari Kampar menuju ke putrajaya.
Lebih kurang pukul 12.30, samapi di putrajaya,
rumah kakak aku, makan tengahari dulu.
Pastu, pukul 1.30, janji dgn kanot di masjid putrajaya,
di situ sempat terjumpa dgn Hamidullah.
kemudian kami menuju ker presint 16,
Kanot suruh aku lead sbb dia tatau jalan.
dok KL tapi soh org Tepen lead jalan kt putrajaya.
Sampai di putrajaya, MAKAN la, apa lagi.
Kaie dgn Chi dah ada.
So, aku dgn kanot terus menerus hentam kaie sehingga dia balik.
chi tak banyak ckp, mungkin sbb kaie kena hentam.hihi.
elok nak abis Mkan, Miraz dan Mas pon tiba,
Pastu, aku beserta keluarga dan kanot beserta keluarga
beransur menuju ke rumah Klien yang mana kanot kata dia tau jalan nak pi.
so, aku folow la dia, pastu aku tgk kanot pusing2 dlm present 16 sebelumbagi slow kereta,
aku bukak tingkap dan tanya,"hang kata hang tau??"
Kanot kata, "aku tau, tapi kena keluar dulu dari putrajaya ni,
aku blur la dlm putrajaya",sambil buat gaya Rajinikand pakai spek itam.
so, aku lead keluar putrajaya.
Sepenjang perjalanan, aku follow kanot,
gaya dia bawak kereta pon sikit2 elok dari Rajnikand bwk dlm filem.
sat pi kiri, sat pi kanan.
Tiba di rumah Klien,
dia jamu sikit2,
MAKAN lagi.
pastu sementara tunggu aseb balik rumah,
kami 2 keluarga pi 1Utama.
kanot jln dgn family dia pi mana ntah,
aku jln dgn family aku,
sambil jalan, Kami MAKAN jajan.
dalam pukul 7 lebih,
kami betolak ke umah aseb.
dalam pukul 8.15, kami dha dekat nak sampai ke rumah aseb sbb dah nampak bangunan rumah dia.
Tapi, dekat2 8.40 pon kami tak sampai2 lagi.
dkt2 kul 9 baru sampai, walhal tak sampai 1 km pon jarak.
kalo kat taiping, utk jangkamasa mcm tu,
aku boleh pi opis, bukak pintu opis, balik umah,bukak pintu umah,
pi kat peti ais, minum air dutch lady, pi opis balik, pastu aku balik semula ke rumah.
di rumah aseb, kami berkumpul 4 org setelah bertahun2 cuba orgenize reunion
f 4.4 ali.
tapinya, kaie mengundang bala apabila tak bawak chi,
spekulasi mengatakan bahawa kaie kata kat chi nk pi opis, tapi datang umah aseb.
hahaha.
Ataupun spekulasi kanot yang menjurus kepada Isu politik seperti atas sebab perbezaan parti politik, bini kaie tak datang.haha.
kaie dgn sehabis tenaga menyatakan dengan tegas
bahawasanya bini dia letih setelah balik dari Ghembau.
ini sebahagian gambar di umah aseb.
Inilah wajah terkini Ahli berdaftar F4.4 ali 2004/05
setelah kelab suka ria F4.4 dibubarkan hampir 4 tahun yang lalu atas faktor aku dan aseb telah Grad lebih awal dan kanot membawa diri menjadi tok siak ke Markaz pas berdekatan.
Ini gambar anak aku excited sbb jumpak anak aseb yang dipegang
oleh bini kanot.(masa ni anak aku belum mandi)
Lepas mandi, dia nak pegang sendiri.
sambil memberi hint kpd mak dia mintak adik.HAHAHa.(tgk, baju sudah tukar)
Anak2 semua dah letih, tapi mak bapak masih bersuka ria.
Ini gambar selepas mkn.semua sedang tahan napasssh
Para Ibu apa kurangnya, tapi depa tak tahan napasss sbb smbil dukung anak. kira cover la sikit.
Ini gambar semua.
Kaie, tak bawak bini, cuba untuk memegang bahu aku la pulak.
InsyaAllah, kalo ada rezki, acara ni akan dijadikan acara tahunan dgn
cadangan menjemput ahli tidak berdaftar pula.
Kaie pon kata" Tahun depan aku anjurkan, tapi kat rumah kimi" (ayat Sebb)haha.
dekat2 kul 11, kami pon betolak balik.
Pagi Ahad, aku janji nk gi sarapan rumah Miraz dan MAs di Presint 9,
miraz tepon aku, wei, nk mai kul berapa?rupanya dah kul 11.30, aku lena lagi.haha
so, sarapan jadi makan tengahari.
Terima kasih pada Miraz dan MAs yang sudi menjemput.
sebelum betolak balik kampung,
kami mkan nasik ayam, pulut durian dan bebagai2 lagi di rumah Kak An(Periuktanah.blogspot).
Jadi, jgn heran jika anda semua tidak cam muka kawan2 anda yang dh lama tak jumpa sbb
dalam tempoh anda tak jumpa itu, dia telahpun Makan pelbagai2 benda.
hahaha..

Terima kasih..sama2..huhuhu..suhail suruh letak.
aku letak jer la.
Kita kena biasakan ucap terima kasih.
Pagi tadi dalam court, walaupun kena bebel dengan PUAN.
Aku masih mengucapkan TERIMA KASIH PUAN..
BAlik court tadi, Encik Shah, loyer yang bebelas tahun tua dr aku, belanja makan.
Dapat naik keta WISH dia lagi, dia antar sampai kat tangga opis,
turun, aku ucap, TIMA KASIH ENCIK SHAH.
Pastu, tak lama lps tu,
Sapuan fathi dtg, antar kat jemputan kawen dia.
sama dgn hari suhail kawen.
aku pon ucap TIMA KASIH SAPUAN.
itulah entri tima kasih harini.huhuhu.
1. Sila ambil kod poster (dah buat).
2. Tampal kod tadi ke dalam satu entri di blog anda (dah buat).
3. Entri tadi mestilah mengandungi sebarang kisah bebas mengenai ADAB yang dipromosikan dalam poster tadi (dah buat).
4. Maklumkan kami dengan mengunjungi BLOG KEMPEN dan tulis dalam ruangan KOMENuntuk beritahu link entri tadi (dah buat).
5. Jangan lupa letak banner kempen di sidebar blog anda (dah buat).
6. Tag 3 orang daripada rakan pemblog anda untuk tujuan sama (insyaAllah)
ARIN
SOPIE
Madulebah
huihhhhh....
Lama tak update naa?
aku igtkan baru seminggu tak update. rupanya dah lama.
cepat betul masa berlalu sekarang.
lagipun, tatau apa nak tulis,
nak tulis pasal kawan2,
aku dah bertahun tak melepak dgn kengkawan,
nak tulis pasal kerja,
aku bukan buat kes high profile
tak kan aku nk cerita pasal borang 14A kot.
ahha....cakap pasal 14A, (Borang tukar nama dalam geran)
aku baru sedar bahawa, sebagai "lay person",
bukan mudah nak paham procedure undang2.
sbb, aku ada sorang klien, loyer,
tapi susah aku nk pahamkan dia sbb dia loyer JID.
Jadi, apatah lagi kalo Lay-person.
Mujurlah klien aku yang loyer ni jenis tahan,
aku kata BUDUH, PAHAM DAK???
dan berbagai cacian, dia dapat menerimanya.hahaha.
pastu pulak, sekarang ni kita dah biasa tgk keruntuhan akhlak
remaja2 Islam, sapa nak dipersalahkan?
Aku pon tatau.
mungkin sbb kita take for granted apa yang kita dah dpt sejak lahir,
malu la dgn Riduan Tee, Farid Ravee, dan mungkin malu dgn Ng Boon Ka.
ahha..sebut pasa Ng Boon Ka, ramai rupanya kenalan2 aku yang dah terkenal
dan outstanding.
Yang DPP, masuk suratkabar sbb dakwa org kes High Profile.
Yang Majistret, masuk paper sbb jatuhkan hukuman,
Yang loyer, masuk tivi sbb bela org.
pastu yang mana keja gomen, kerja bank negara, masuk
magazine.
aku jugak la dok tepen nih.hahaha.
Tapi juga, aku bersyukur kepada Allah kerana telah
memberi ilham kepada org yang cipta facebook.
mark sukeberg ke aper ntah namanya.
Mungkin kalo takder facebook,
bosan siol, aku dok sini, lunch sensorang,
balik court pon minum dgn loyer yang bebelas tahun tua dari aku.
Safwan yg baru ja kerja kat tepen ni,
dah resign sbb masuk gomen. TQ FB.
Ahha..lagi satu ialah,
semalam klien aku yang dah 4 bulan aku tak jumpa,
datang opis,
Remark dia ialah.
UIh encik kimi, makin berisi nampak.
Tepen ujan hari2...tak ble nk pi besenam.huhuhu.
hmmm....eh, dah pukul 12?
kerja2.apa main internet ni.

Sejak kampung aku ada letrik
Aku selalu menonton tiwi.
bagi aku tiwi byk membantu dalam bahasa Inggeris aku
menjadikan aku lebih pandai
bahasa inggeris dari kawan2 aku yang lain.(kawan2 sekampung)
dulu aku suka tgk kartun looney tunes,
road runner etc.
Aku akan bukak kamus kalo ada perkataan baru. yang paling aku igt,
masa COYOTE letak "explosive" kat road runner,
aku bukak kamus dan tgk apa maksud explosive.
ini menjadikan aku tak bersetuju dgn tivi sekarang,
byk tunjuk kartun tapi dialih suara.
Sebenarnya tak payah guna PPSMI,
kartun pon dah ok.
Kartun sekarang, spanbob pon ckp melayu.
Kalo astro, bole alih suara.
Aku selalu marah adik2 ipar aku bila depa
tgk kartun, tukar bahasa jadi melayu.
Selain dari kartun,
Zaman kanak2 aku selalu dihidangkan dengan cerita antoo.
Tapi dulu2 aku tgk cita omputih juugak.
Dari Freddy Nightmare, Fright Night, Twilight Zone dan macam2 lagi
cerita antoo.
Allah pulak anugerahkan aku Isteri yang minat tgk cerita antoo jugak.
Bini aku pulak suka sundel bolong, kuntilanak, pocong dan semua antoo melayu.
Mak aku selalu mengecam kami dgn ayat seperti, Napanya niring hanto haje,demede rumah behanto. haha.
Sekarang ni, aku dgn anak bini suka tgk Supernatural, Reaper, dan jugak paling best dan terkini... TOWER 13.
cerita hasil olahan Kabir Batia ni mmg best dari segi plot dan jln cerita.
walaupon tiada efek canggih CGI, hanya mekap bodo2.
tapi seswai dgn kerekter antoo melayu.
Watak seperti Encik Adam lakonan Bront mmg menjadi.
Begitu jugak watak Ustat Khalid Bin Ishak yang asalnya kutu rock kapak yang kemudian jadi ustat mmg menjadi.
itu saja kemerapuan aku harini sebelum aku bukak FB, turun minum, naik balik dan buat kerja. sekian. sian korang baca panjang2, rupanya aku nk bagitau aku tgk tower 13 jer. tapi tak sabar o nk tunggu sambungan minggu dpn. best. babai. selamat hari jumaat..
Aku baca entry sopie pasal satu GAME nih
Hahaha. Lucu.
org yang tak main game ni mungkin tak rasa lucu.
Tak yah la aku cerita ni game apa.
korang bole baca kat blog sopie.
Tapinya.
aku teringat masa zaman muda dulu,
kami masukkn karekter kami sendiri dalam game tu.
Aku masih simpan lagi game tahun 2005 tu,
Boleh main lagi tau.
Hasil dari kegilaan kami kat game tu ialah:-
(klik untok besarkan)
Nih!! golkiper hebat. kalah casilas.
Ini dia, konon striker hebat.
Ini pon sama.striker la kono, lari laju cam runey.
Yang ni lagi la, wonderkid konon.ntah2 wonderpet.
Yang ni, tataula takut Bini ka apa, terus letak nama bini sebagai karekter (masa tu awek)
yang ni, biasa2 jer.tadak apar pon.
Tapila, aku rasa yahudi la buat game ni.
melalaikan.huhuhuhu.insaflah.
Pada hari Ahad 11 Oktober 09,
UMNO bahagian taiping mengadakan rumah terbuka hari raya.
Majlis dirasmikan oleh Dato' Noh Omar.
tahun ini saya menyertai Jamuan raya ini,
bersama keluarga.
Ini sedikit gambar Jamuan raya UMNO bagan serai yang
dihadiri lebih 4 ribu orang.
Ini sedikit gambar..
Ya, Mak cik nak air apa?
Mak cik: Dik, bagi air sirap ni.
EK: ni bukan air sirap, ni air tembikai.
Mak cik: sirap tak de?
Ek: Amik je mak cik, ckp byk pulak.
Brader: DIk air ijau tu air apa? Yang merah tu air apa?
EK: Ijau air PAS. Merah air UMNO.
Aku kaut air dari pukul 11 lbh samapi pukul 2 tanpa henti.
gila kebas tangan.
Aku tak sempat nk dongak tgk org yang amik air. Ntah2 klien aku pon ramai.huhuhu
Malam raya.
2 org (AI& EK) sedang menonton EPL.
diperhatikan oleh seseorang dari belakang(UA).
AI: Man u power. Rayn gigs semua ada.
EK: Man city lagi power. Tevez ader tu.
haaaaaa...tgk! tevez sudah assist! goal.
AI: aduhhh..bodoh a BEN FOSTER.
EK: HAHAHAHA..booo man UUU.
UA: Ehem. Tevez tu orang negara mana?
Dengan laju EK menjawab.
EK: TEVEZ dari argentina.
UA bertanya lagi..
UA: Hmmmmmm...PERANG BADAR TAHUN BERAPA A?
EK: errrrr...tahun gajah.
AI dah lama lari.sbb UA tu bapak dia.
****************************************************************************
dah tiga tahun aku pakai beg jenama colorlife yang aku
beli dgn harga rm 50.
Masa kat HSK dulu, aku boh file nak pi amik JID.
kat sini, aku boh leptop dan aku usung leptop pi court
sbb malas nk singgah opis dulu.
hasilnya, beg tersebut telah koyak rabak.
minggu lepas.
setelah balik makan dengan ARIN di IRC,
(gambar tak sempat ambik sbb arin byk tanya soklan)
Aku dgn anak bini menuju ke ipoh parade.Parkson.
Niat saja nak tgk2 ja.
sbb ada sorang kwn aku, org Australia,
dia pakai beg jenama TARGUS. aku tak penah dgr.
mmg tak penah dengar, sbb mahal gila.Tapi beg mmg cantik.
pi parkson, rupanya ada.
bini aku seperti biasa, dgn ayat salesgirl contohnya..
" #Ratus mmg mahal, tapi bebaloi, tahan beberapa tahun"
" Alah membeli menang memakai"
"waranti seumur hidup tu"
aku pon angkat. Waranti seumur hidup.koyak jer, antar balik, depa repair.
Aku pon, ada beg baru pi opis.hahah.
********************************************************************************


