Friday, November 28, 2008

Hah.

Sorang kawan aku dok sebuk pasal politik.

Sorang lagi dok stress sampai lupa diri.

Sorang dok mencipta persoalan kat semua org dan
katanya hari2 soal kat laki dia.
Pastu siap suruh aku jawab soalan dia dlm versi kelakar.

Sorang pulak dok ada kt luar negeri.

Aku pulak dah tadak idea nk buat entri.
sebab apa aku tatau.
otak sebuuuu jer...

Aku bukak2 la baca katun dilbert.
Tak dak idea.

Pi baca la blog kawan aku yg suruh aku jawab soalan dgn kelakar.
tadak jugak idea.
Kerja2 atas meja ni pon aku tatau nk buat apa.
kira tahap sebuu la.
Aku anggap ni bukan stress.
ini adalah sindrom ujung tahun.
rasa macam nk bercuti.

sampai bila baru aku akan ada idea nk tulis..
Tatau la...

*********************************************

Khutbah Jumaat Masjid Bukit Jana.

Khatib berkata bahawa jangan bergurau menggunakan
perkataan yang tidak baik.

Takot ia menjadi doa.

Mungkin itulah sebabnya masyarakat kita sekarang ni jadi pelbagai
masalah.

Mungkin ia kesan gurauan yang tidak baik.

Contohnya seperti kanot memanggil aku buduh.
Lalu aku memanggilnya Buduh x 8.

Dia membalas dgn :@)
Aku balas balik.

Takot jadi doa.

Tapi, yang lagi menakutkan, gurauan aku dan kanot terhadap aseb,
menjadi doa,
dan doa itu makbul.
tak ka merana dia.

Kan not?hahahahahah.

Monday, November 24, 2008

Rangkuman

Aku ke kenduri abg man Sabtu lepas.
Di lenggong.

AKu sangkakan umah dia dia kawasan pekan2 sikit.
Tapi rupanya celah2 bukit-bukau.
jaln pula lebih kecil dari Parit Haji Amin.

Yg lebih mencabarnya,
Kalo p.hj Amin,
kita tau kalo tayar jatuh dari tar,
kereta akan masuk parit,
tapi di lenggong, kita tidak pasti apa
disebalik belukar itu.

Dan aku tidak memandu Proton(Lancer) aku itu,
jadi aku kena lebih berhati2.

DI sana jumpa dengan Amir (Chembring HSK)
Abang Amet (Ex-HSK)
abag laza(HSK)

Tahniah kepada ABG man dan Bini.

Bakal menyusul..Kenduri mi Tuid, Pejan, Pejul Aswad.
ada sapa2 lagi nk aku umumkan?sila SMS.
**********************************************************

Aha...mungkin blog aku ini agak popular,
ada org minta tolong iklankan Blognya disini.

Kepada yang suka blog makanan atau resepi,
silalah ke blog ini.

http://periuktanah.blogspot.com


Penulis blog ini adalah
bekas Kaunselor UITM shah Alam
yang kemudiannya meletak jawatan
lalu membuka perniagaan
sendiri dengan menjual nasi lemak,
mee dan menerima tempahan memasak.

*********************************************

Jumaat lalu
Lawan FiFA lg dgn Kanot,

mula2 kanot menang 2-0.
itupun sebab anak aku Join tekan2 keybord.

Kali kedua main,
anak aku tak kacau dah,

Kanot leading 2-0.
sebelum aku menyamakan kedudukan sebelum
separuh masa pertama berakhir.
Kemudia aku skor lagi tiga bijik.
kanot skor pula sebijik.
Final skor.5-3.
Kanot dibelasah.

Aku ajak aseb pula,
dia kata PC nya tahap TUKUN.
"TUKUN aku tunggu dapat bonus"
baru bole upgrade untuk main FIFA09 katnya.
***********************************************

Raya haji ni aku raya kat KL.
jadi, insyaAllah aku akan ziarah kwn2 di sana.
Sila masak ya.kalo nk beli bungkus,
pastikan ia nasik ayam panas malinja
ataupon nasik kukus ayam dara tmn melati.

**********************************************

Monday, November 17, 2008

pening. +++ edited lepas mkn tghari.

Anda mahu berenti kerja kerana mendapat
Tawaran yang lebih baik dari apa yang
anda dapat sekarang.

Anda telahpun memberi notis kepada
Boss anda tentang itu.

Boss anda datang berjumpa dgn anda
untuk berbincang.

Boss enggan menerima perletakan jawatan anda
lalu memberi Counter offer.

Anda menegaskn duit bukan masalah.

Boss anda mengoffer benefit lain.

Bagi situasi ini,
terdapat beberapa konklusi.

1) Boss berpuas hati dgn prestasi anda
dan tidak mahu kehilangan khidmat anda.

2)Boss menyangkakan semua kerna duit
dan duit bole beli apa saja.

3)Ini adalah petanda bagus untuk anada kerana dalam
keadaan ekonomi down ni, market anda semakin tinggi.

Kepala anda pening.Tapi sekurang-kurangnya anda perlu bersyukur kerana
anda pening kepala kerana anda ada menerima
beberapa offer kerja yang bayarannya lebih dari cukup untuk
membela anak bini.
Ada org lain pening kepala kerana takda kerja akibat ekonomi jatuh,
dan tak cukup makan anak bini..

*********************************************************************

Setelah bertahun2 tidak lawan Fifa dgn kanot,
akhirnya pada Jumaat malam yang lalu,
aku telah online lalu membuzz dgn kanot.

Terdapat sedikit masalah pada awalnya kerana
Fifa 09 ni susah sikit cara connection nya.
kena sambil memberi dan menerima arahan melalui YM,

Kami kena tekan butang dlm masa yg hampir sama.

Kanot kena tekan Host.
Aku kena tekan accept.

mula2 agak "Gegegege"
aku dah jangka kerana kanot kata PC nya tahap tukun sikit.

kemudian agak Ok.
yang menariknya.
walopun setelah beberapa tahun tak berentap.

KANOT KALLLLLAAAAAAAAAAAHHHHHH.
2-1

Freekik dari Gerrard dan gol Torres berjaya membenam kanot.
walopun Berbatov berjaya merapatkan jurang.

BOOOOOOOOOOOOOOOO kanot.

Jumaat ni online lagi.
waktu tu ja bini aku bagi line clear untuk online main game.HAHAHAHA

*****EDITED LEPAS MKN TGHARI*****************************

Bini aku sembang dgn Jiran sebelah.
Jiran sebelah tanya, Tak balik kmpung kah last week?

Eh??bini aku kata, kami balik.

Jiran tanya lagi. Semalam kul 8 mlm dah ada kat rumah kan?

Bini aku kata, EHH?semalam dekat2 kul 11 baru ada kt umah.

Jiran tanya lagi.
Abestu sapa yang basuh baju kul 8 mlm tadi?

Pastu mlm sebelum tu ada org basuh pinggan.
(sinki mengadap sinki umah sebelah, kalo mlm akan nampak byg2 org umah sebelah)

Bini aku jawab. Manada org!!

**Rupanya jiran kami igt kami ujung minggu ada kt umah,
walhal kami selalunya balik kampung..

Katanya, selalu mlm ujung minggu, ada "orang" kt umah kami.

Bini aku pulak sejak dua menjak ni selalu sakit belakang.
gi Doktor, tadak apa2.

Membuatkan aku teringat cerita shutter.(LOGOR)

Akak jiran yg pernah gi berubat kata, itu salah satu tanda
ada benda menumpang, termasuk juga, lenguh2 sendi dan badan sakit2.

Aku igt nk bawak anak bini pi berubat juga.
Cuma yg aku takut ustat tu akan kata..
"HANG LA JIN NYA.Berapa hari solat subuh di luar waktu?"
hahaha.

Friday, November 07, 2008

Bizi sikit dan cerita di rumah..

Ya!
memang aku dah lama tak update.
Bizi.
Sehinggakan aku terpaksa bawak balik kerja ke rumah.
yang aku tak pernah buat sejak 2 tahun lalu.

Aku jugak tak dan online.sori ya aseb dan kanot.
Aku tak online tadak kena mengena dgn Livepool seri dgn A.Madrid.
sbb MANU dgn asenel pon seriiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Arin, Isnin baru aku email Sample JDS kat hang.
Tu Pon mungkin tengahari kerana pagi aku
kena Pi lembah Beriah attend Signing.

Am
Aku dah habaq kat kakak aku apa yang hang pesan.
Waktu itu aku pon tadak di opis karena aku pi court.

Kanot & Aseb lagi.
Esok Man U dgn Asenel akan kalah dua2 sebab petir panah padang.
Dua2 team mati.Kallah.

Konklusi, Aku bizi sikit.

**********************************************************

Semenjak dua menjak ni bini aku
mesti akan tutup semua pintu bilik sebelum tidor.
yang mana sebelum2 ni dia tak buat centu.

Dia akan pastikan semua pintu bilik ditutup,
kalo dia tak pasti, dia akan bgn check.

Semalam aku pon tanya.
"Kenapa Umi tutop Pintoooo?"

Dia sengih............
heeeeeeeeeeeeeeeee...............

"Abg nk tau?"
Haritu mcm biasa za bangun bancuh susuuuuuuuuu...............

Pastu dari bilik belakang,
ada org tegur..
"haiii.........Bancuh susu ker????????.........."

Pastu kalo lalu dpn bilik tgh,
ada yang ngurat.EHEM2 dia kata.

WAH!!!!
dah samapai tahap tegur.
patutla dia terus tutop pintu.


sebelum ni setakat
mesin basuh terpusing sendiri..

Tivi Tertutop sendiri.
Remote berubah tempat.
Nampak sekilas pandang bayangan org.
dan mcm2 lagi.
kira bole tahan lagi.

kalo dah tahap tegur...mesti cuak..
Aku selalo pon, kalo bgn tgk Champions Lig...
Mmg rasa ada member tumpang sekaki....heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..
***************************************************************

Monday, November 03, 2008

BLOG ni dan Cerita kawan2 serta Rahsia KAwan2.

kebanyakan cerita yang aku
tulis dlm blog ni
adalah kisah harian rakan2 dan diri aku.

dan majoritinya adalh kisah yang bukan Rahsia,
Ada juga yang aku tak tau status
rahsia atau tak.kira grey area.jadi aku tulis jer.

manakala yang rahsia, i.e kawan2
yang kenal aku, akan pesan bahawa sesuatu cerita itu rahsia.
maka, aku takkan cerita dlm blog kerana rahsia.
Byk jugak rahsia yang aku pegang.hahah.

Ada juga yang buat special request untuk aku masukkan berita deorag.
seperti Pejan.

yang mana Pejan akan melangsungkan perkahwinan.
dia bagi tarikh pada aku dan mintak aku tuliskan dlm blog.

Jadi, Tahniah kepada Pejan dan Mimi yang
akan melangsungkan majlis perkahwinan pada...
err....mesej yang pejan bagi tu aku tadak la..

Sbbnya, aku cerita kat bawah ni nanti.

Pointnya ialah.
PEJAN nak kawen.
jadi mana2 pompuan yang suka kat pejan,
anda boleh start frust sekarang.
hahaha.

Begitu juga kpd sesiapa yang pernah terminum air sirap
Pejan di rumah kenduri.Sila lupakan Pejan.HAHAHAHA.

aha.pejan dah sms.nikah pada 20-11-2008
manakala kawen pada 27-12-2008.

Bagitu juga sesiapa yang minat kat Mimi.
sila lupakan beliau.
Hahahaha.

Tahniah kepada Pejan dan Mimi.

************************************************************************
Kenapa Sms pejan takder?

Sabtu lalu aku bawak bini
aku Jalan2 Taip[ing Sentral.
Kami tak pernah jalan2 lagi kat situ.

Wah2. mcm2 kedai ada.
barang2 pon murah2.
Bini aku seperti biasa,
masuk kedai baju Kanak2 dulu.

Memang byk pilihan dengan harga berpatutan.
(promo Taiping)

Kemudian, kami ke tingkat dua.
menuju ke kedai Hempon.
macam biasa. nk tgk2 saja.

Aku dah beberapa tahun kata nk beli hempon.
tapi tak beli2 juga.

fon bini aku pon tahap uzur
kerana Hanany suka tawuk.

Aku terpandang satu Fon.
Buatan Malaysia.
berbentuk seperti MP3 player.
Macam biasa.
Aku mintak nk tgk,
spec dan sbgainya.

Ada kamera 2.0 megapiksel siap dgn Flash.
Memori kad Mini SD 512 Mb percuma.
Bole main MP3,MP4 dgn earphone seperti MP3 player.

aku mintak test dengar.wah.sedap bunyinya.
yang aku terkejut.harganya bawah dua ratus.
Aku dgn ayat2 meminta kurang,

dapat la kurang, aku kata aku nk beli dua.
dapat la kurang.dan aku tak beli dua.
hahaha.

dan aku tak beli satu.

Aku beli 3 bijik.

hahaha.
satu untuk aku,
satu untuk miza,
satu lagi kakak aku kt kampung yang kirim.

itu pasal la sms lama2 dah takda.
ada dlm fon samsung flip yg rossak itu.

selepas beberapa tahun nk beli fon.
akhirnya aku beli juga.
yang murah pon ok.
asal bole call in call out.