Wednesday, January 30, 2008

tatau nak letak tajuk apa

9 pagi.
Mahkamah Tinggi Taiping.

Hanya dua perkataan yang diungkapkan
oleh Yang Arif.

"Struck Out"

Tiada apa yg mampu aku ungkapkan kecuali,
Terima kasih Yang Arif.

Sewaktu minum,
sorang kakak bercerita sewaktu dia Long Call.
Di hadapan Yang Arif yg sama..
Kata yang Arif,
"Kamu buat apa jadi Loyer?
Jadi loyer ni susah,
banyak benda nak fikir,
kena marah dgn saya lagi,
Pergi Jadi cikgu".

haha, amat berbeza dgn Long Kol aku yg menerima
galakan dr Yang Arif.

Aku suka TP Bankrupcy,
Aku hanya perlu sengih2 saja
untuk mendapat OIT.

Aku tidak suka MOB kalo
kata nak mintak tolong satu file jer,
SNS, mintak date.
tetiba bila fax ada 4.File problem lak tu.
tipoo siot, keji.

Aku suka balik umah,
di rumah aku bole tgk tiwi,
main dgn anak,
sembang2 dgn bini,
dan bole pergi jamban bila masa aku teringin.
eh? sudah kul 4.45, mari balik rumah.

Tuesday, January 29, 2008

Tak dapat tolong

Melihat ke'kool'an org lain.
Melihat kekemasan org lain berpakaian.
Mendengar gaya bahasa org lain.
Mendengar cara penyampaian org lain yg baik.
Melihat kekontrolan org lain ketika
bergaul dan bercakap.

Kadang2 terasa ingin cuba mengubah diri.
Kadang2 terasa mcm nak ikut gaya org lain
yang kontrol, gaya bahasa yg bagus dan sbgainya.

sejak aku bekerja.
aku dah pernah cuba untuk berpakaian kemas.
seperti pakai tie dan tangan cekak.
Tapi tak tahan.
Kalo pakai tie, lepas kul 12 aku mesti
tarik sikit kpala tie kebawah dan bukak kancing kolar.

aku mmg tak boleh la.

Aku sekarang pon dah cuba nak ubah
gaya bercakap.
Sesuai dgn gaya seorang yg incharge branch.
Sesuai dgn gaya seorang Abah org.
Lebih teratur dan kurang merapu.

Tapi tak bole jugak.
Masa bercakap aku mesti selit2 dgn benda lain.

Pernah sorang kerani yang baru masuk kerja
bertanya kepada aku didepan ramai org
termasuk Bos dan lain2.
"Encik, apa beza Legal Assistant dan PArtner"?
Tanpa berfikir panjang aku menjawab dgn laju.
Legal assistant tu KULI,
Partner tu BOS.

Bos di sebelah aku terkebil2.
kerani tu tutup mulut gelak sambil mata menjeling ke arah bos.

Sama la kalo org mintak lukiskan plan
utk ke sesuatu tempat.
Sambil menerangkan arah mana yg perlu diikut,
aku mesti akan selit sesuatu walopun aku cuba menahan,
contohnya"kat sini nanti u mungkin
akan nampak Bas, atau kucing, tak pun org,
depend kpd sapa yg lalu kt situ la time awak tgk tu."
(dalam nada serius)


Teringat masa kat matrik uia bila
aku tuck in baju krn ada presentation.
Balik kelas, selisih dgn kaie lalu kaie bertanya,
"Hang demam ke kimi"
(utk rekod, matrik kena pakai mcm sekolah
baju putih tuck in, seluar itam,
aku selalu pakai seluar khakis, tak tuck in)

Masa kt Gombak, aku pernah pakai baju Maroon,
dan baraq bersuara,
"rupanya hang ada t-shirt warna lain selain warna
hitam dgn putih na"

Setakat ni sekuat mana aku try nak jadi
lain sikit dari diri aku, aku tak berjaya...
mungkin sudah tidak dapat di tolong...
(it can't be helped)
aku sudah dilahirkan begini....

Tuesday, January 22, 2008

nasib baik

Tadi pagi tader kes sendiri.

Tapi aku MOB 5 file utk firm lama.
Ismail whatever tu lah.
Atas permintaan bekas kelik
yang PCnya masih belum siap.
Standard.

Sebelum masuk court.
ditegur oleh seorang brader.
dia bertanya, tentang kes jenayah.
Anaknya disyaki terlibat.

Aku berkata, dlm kul 9 lbh nanti depa bwk mai.
pastu masuk dlm ni la bang.

Kes apa?
tanyaku.

Disyaki memiliki motor curi katanya..

Dgn Ilmu sewaktu legal aid dulu,
aku berkata,
"oh, kira 411 la nih."

"Hukuman mcmana a dik?"

"Tak kurang 6 bulan,
tak lbh 5 tahun dok dlm bang.kataku."

"Simpang Malikat 44", kata brader tu.
Brader tu mcm sugul..

Nak jer aku kata, Sy tatau simpang Malaikat,
Pekan Simpang Taiping saya tau.

Kemudian ditegur dari belakang.
KIMI!.
aku toleh, rupanya K.B(dagu) dan Farhana.
K.B kelik masa cembring kat hsk dulu.
Farhana member kat UIA la.
Deorg FC sekarang.gomen...kayo.

lepas habis kes, kami pi minum..
agak seronok kerana aku dh lama
tak jumpa kawan yg aku boleh sembang
pasal Am,Suhel, Kano, S.I, dan semestinya cik EBO.

selepas Farhana byr makan minum kami semua.hahaha
kami blah...

Kim slm bini kau...kata K.B...

Balik opis, aku pon cek balik,
nasib baik betol 411.
hahaha.aku main sebut ja tadi.

Friday, January 18, 2008

lelaki sikit.

Pagi tadi, lepas mention,
lepak dgn kawan2 baru aku.

aku lepak dgn Kak Jana,
Loyer dari previous firm aku dulu.
dan jugak Mar, seorang chambee,
yang juga cousin bini aku.
kemudiannya disertai oleh beberapa
org loyer lain dan seorang
lelaki yang memakai 'cap' dan
nampak seperti mat Hip-hop.

Yang menariknya,
group kami merangkumi
chembee, L.A fresh, L.A cabuk,
Partner,dan jugak seorang
Majistret yang sedang bercuti.
(dia ni la mamat pakai 'cap' tu)

yang tak menariknya,
hanya aku dan mejistret
tersebut saja lelaki,
yg lainnya semua pompuan.

lelaki melayu dah pupus ker?

utk rekod, aku bapak org,
mejistret tu pon bapak org.

Patutla ramai pompuan
sekarang membujang ajer...

Thursday, January 17, 2008

"Hearsay" dari bini aku.

Pagi tadi Bini aku bwk
Hanany pegi monthly checkup
kat klinik komuniti.

Sambil menunggu,
dia berbual dgn kakak2 di situ..

Kisah-kisahnya...

1. Seorang kakak yang dulunya bekerja.
Anaknya berumur beberapa bulan
dihantar utk dijaga oleh pengasuh.

Satu hari..anknya menangis tak henti2.
Sebagai seorang melayu tulen,
kakaktu me"refer" anknya ke bomoh.

anaknya masih berkeadaan begitu..

cuma kadang2 saja anaknya menangis..

Apabila anaknya mencapai umur setahun..
Doktor check..
Rupanya anaknya PATAH RUSUK.
Sian budak tu.Lama dia menderita.

Kakak tu fobia.
sekarang dia berhenti kerja dan
menjaga ank sepenuh masa.


2. Seorang kakak yg menghantar
anaknya ke pengasuh...

Nampak mcm tiada masalah.
Tapi, anaknya selalau tidor lama.
kadang2 dari tengahari sampai petang.

setelah diselidik..
rupanya Pengasuh tersebut
memberikan ubat tidor kpd kanak2
dibawah jagaannya...

Melalui dua kisah terbabit,
Bini aku bersyukur,
walopun dia tak berduit,
tapi dia puas hati jaga anak sendiri..


Selain 2 kisah tadi..

Ada kisah masa bersalin..

1) anak kakak sorang ni,
kepalanya macam panjang dan berlekuk.

Bini aku bertanya..

Rupanya, masa bersalin,
susah.

Mula2 pakai VACUm.
Tak bole jugak.

Pakai Forcep pulak.
tak bole jugak.

Barula operate.
Sian budak tu..
Kan elok kalo doktor tu terus operate.


2) Seorang kakak yang ada darah tinggi
dan tidak tahan keadaan yang panas.

Sesudah bersalin.
Memberitahu Nurse,
Mintak tukar wad..
Lansun tidak dilayan oleh nurse tersebut.

Sian..


Bini aku teringat..
Masa dia bersalin dulu..
Layanan Nurse sgt baik..

Bukan sahaja bini aku diberikan
pilihan sendiri untuk cara bersalin.
(epidural/cucuk)
malah berkali2 nurse bertanya
dan mencadangkan kpd bini
aku supaya masuk ke wad 1st class.

Tapi bini aku yg kurang berani duduk sensorang,
pastinya tidak mahu.

Kenapa mengikut kisah kakak2 tadi,
amat berbeza dari pengalaman bini aku..?

Aku berkata...
mungkin kerana di ruang "Pekerjaan Suami"
dalam borang bini aku tu..
Tertera perkataan "Peguam".
mungkin kot....

Monday, January 14, 2008

Arwah ayah selalu berpesan...

"Belajaq pandai-pandai,
Sembahyang Jangan Tinggai"

Kata2 itulah yang aku pegang
sepanjang aku merantau di KL..

Kata2 itulah yang memimpin aku
supaya kekal patuh pada agama..

Kerana pesan "Sembahyang Jangan Tinggai"
membuatkan aku jarang keluar
merambu ramba ke pekan KL..

Sebabnya..aku teringat, kalo aku
merambu-ramba..nanti masuk waktu,
aku nak kena pergi solat..

Jadi, lebih baik aku duduk kat hostel.
boleh solat bila2 masa dalam waktu..

Walopun kadang2 subuh ada yg miss..

Aku agak rapat dgn Arwah Ayah...
Byk yang arwah ayah pesan kat aku..
Cuma aku jer kadang2 tak brp ambik pot..

Dulu, Arwah ayah susah, nak dpt duit susah.
Bila Arwah ayah jual Kelapa,
Arwah ayah akan bagi aku RM5 sbagai
upah aku tolong korek Klapa kering.

Aku kadang2 terasa RM5 tu mcm byk..
sbb hasil jual kelapa kering
cuma dlm RM10..

Arwah ayah kata,
"ambikla, duit bukan bole bwk mati,
Duit untuk dibelanjakan masa hidup".
Mungkin sbb tu aku tak lokek dgn anak bini aku.

Apatah lagi kalo bab makan..
Arwah ayah kata...
"Makanlah apa saja yang teringin nak makan..(yg halal)"
"Duit habis untuk makan tak pa"
Mungkin kerana tu jugak,
apa yang bini aku mintak untuk makan,
selalunya aku tunaikan.walopun tgh kering.

Arwah ayah juga selalu berpesan,
Bawak Torchlight dan payung dalam beg
kemana saja kita nak pergi.

Aku belum buat lagi.
Tapi Kakak2 aku buat..

Antara lain, arwah Ayah pesan..
"Naik motor, jangan potong kiri, bahaya".

"Jangan bawak kenderaan masa marah".

"Kalau ada ayam kat sebelah parit,
slow, sebab nanti ayam tu mesti lintas
balik ke sebelah rumah dia bila kita lalu"
(applicable untuk Parit Haji Amin sahaja)
kegagalan mengikut pesan ni,
dua org kakak aku pernah langgar ayam.....

Sejak aku umur 19 tahun,
byk keputusan hidup aku kena buat sendiri...

keputusan yang aku tak pasti betul atau tak...

Kalo masa Arwah ayah ada,
pandangan dialah yang paling bernas..

Nasihat Arwah ayah berjaya mengubah seorang
abang aku yang kaki rayau kepada Imam Daerah
dan Naib kadi.

Nasihat Arwah ayah kpd kakak aku
supaya berkahwin dgn pilihan ayah
menyaksikan kakak aku hidup selesa
sebagai suri rumah dan melahirkan 5 anak2
yang baik dan mendapat semua "A" dlm
apa saja Exam besar.

Walaupun aku sendiri dah menjadi seorang ayah...
dah hampir 8 tahun Ayah tiada...
tapi aku rasa masih rindukan Arwah ayah...
Byk yang aku nak tanya......

AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM HAJI SHAARI BIN HASAN.
ayah, guru, kawan....

Friday, January 11, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1429...
cuti tahun baru diisi dgn bela anak..

Hanany kena demam Campak...
Sian dia..

Sian jugak kat mak dia..

Sian jugak kat aku....

Plan jalan2 ujung minggu ni,
semua kensel...

Tuesday, January 08, 2008

Syunat

hari Sabtu yang lalu,
aku dan bini bwk anak pegi
Khatan.

Bini aku sejak dari mula
mencadangkan kpd aku supaya
mengajak mak aku pergi sekali.

sebabnya, bini aku takot..
lagipun kalo dia nampak anak nangis,
dia pon join nangis.

Mak tak pergi..
jadi bini aku beranikan diri.

Aku teman bini aku masuk bwk anak.
Lagipun aku nak tau camna rupanya
sunat pompuan.

Kalo lelaki aku tau la..
sendiri pernah rasa.

Doktor pon siap sedia..
OWH?begitu rupanya..
bini aku tak tgk lansung.
berpaling muka.

Mula2 ank aku tak nanges,
tapi bila lambat sgt.
dia boring lalu nangis.

Eleh, aku kata kat bini aku..
tak takot lansun..
Kalo lelaki, darah memancut macam beranak.

Semenjak dah sunat ni,
anak aku pon buat perangai
macam dah besar.

Hari Ahad haritu
dia buat 'stunt' dgn walker.
Tersembam.

Semalam dia buat stunt lagi,
tapi stunt mengigit kayu
meja mekap.

Habih pecah dan berdarah gigi
yang baru tumbuh tuh..

Pastu dah mula demand nak main
walker kat luar rumah..

Sekarang, kena hati2..
kena selalu tgk kelibat dia..
takot2 nanti dah ada kat luar rumah..
tak pun tersembam kat mana2...

takot aku, tanak anak aku mengalami konkusi.

P/s: kanot, anak hang sudah tumbuh gigi ka?

Friday, January 04, 2008

IRIHATI

Sbagai manusia biasa...

Perasaan irihati tidak dapat dielakkan..

Irihati mendengar rakan2
mendapat kenaikan gaji.

Irihati mendengar rakan2 mendapat bonus
hujung tahun...

Irihati mendengar rakan2 yang berpendapatan
hampir 3 ribu...

Irihati mendengar rakan2 mampu membeli
kereta mahal...

Irihati melihat rakan2 yang berkumpul
dan bergambar sama2.

Irihati apabila rakan2 dapat selalu berjumpa
dengan rakan2 yang lain..

Irihati mendengar cerita seorang rakan
yang berpangkat Megistret.

Irihati mendengar rakan2 bermain game bersama
sehingga 2-3 jam sehari.

Tapi, perasaan irihati ini
akan hilang ntah ke mana bila
aku berada di rumah.
Aku lupa tentang orang lain bila
bersama isteri dan anak..

sebab tu aku suka hari Jumaat
sebab esok cuti...
Selamat bercuti...isnin jgn lupa dtg kerja

Wednesday, January 02, 2008

2008

Tahun 2008...

Aku memulakan hari pertama
dalam tahun 2008 dgn solat subuh la..

selepas tu, tidor semula..
hehehe....
bangun pagi, lantas bersiap,
anak bini juga bersiap...

Lalu membawa mereka ke salah
sebuah destinasi pelancongan di Malaysia..
Zoo taiping...
Punya la ramai org...

Saja nak bagi anak aku kenal haiwan2..
antara haiwan yg dia suka,
Memerang, Burung unta, Rusa,
Seladang, Beruang dan Gajah.
dia ketawa bila tgk haiwan2 tu.

selesai semua tu..
kami balik umah utk solat.
kemudian selepas asar,
kami keluar semula menuju ke Piza Hut.

Kemudian ke Tesco (tempat wajib).

malam...lepas isya'..
kami sekeluarga pensan..

****************************************
selalukah anda berhadapan situasi,
ada org ajak ke mana2.
tapi sebenarnya anda ada plan sendiri..
tapi aku tatau nak tolak camana...


Contohnya,
anda ada Plan dgn anak bini utk ke Zoo.
Ada member kata nak datang rumah atau nk ajak anda minum2.

Caranya, bagitau dia bahawa anda balik ke umah mak anda.
anda tada di rumah.

atau..cara sorang membe aku kat Uia dulu.

Janji dgn dia nk jumpa di mana2...
pastu sms dia kata kita lambat sikit,
dan suruh dia gi dulu.
pastu sampai ke sudah kita tak muncul2.

Cuma dlm situasi member aku tdi,
dia yang ajak org keluar..
lepastu dia yang suruh org gi dulu lalu tak muncul.