Friday, July 31, 2009

aku tak perlu memutarkan masa semula....

mendengar khatib membaca sepotong ayat Al-Quran
aku boleh membaca sama ayat tersebut.
Rupanya aku pernah hafal surah tersebut.
Tapi, sekarang aku dah lupa surah tersebut..
Mungkin masih ada serpihan2 memory yang terpendam
jauh didalam RAM jiwa aku.
Sepatutnya aku mengamalkan surah tersebut dan terus menghafal.

Imam membacakan Doa.
aku juga turut membaca.
Aku pernah tahu doa itu.
tapi sekarang aku tidak lagi menghafal doa tersebut.
Sepatutnya aku mengamalkan doa tersebut dan terus menghafal

Byk ilmu yang sepatutnya aku tahu,
kini sudah jauh terpendam jauh di dalam RAM jiwa aku.

Ada juga ilmu yang tidak sempat diturunkan kpd aku
kerana arwah ayah telah meninggal.

Ada juga Ilmu yang telah diperturunkan oleh pensyarah2 dari timur tengah
sewaktu menuntut dulu yang kini hanya tinggal serpihan2 memory.

aku berjalan meninggalkan masjid menuju ke kereta
sambil berfikir.....

aku tidak perlu memutarkan masa semula lalu mengamalkan perkara
yang aku tertinggal supaya aku masih igt pada masa sekarang,
aku cuma perlu sdikit demi sedikit meng"refresh" memory2 yang ada...

sekerap mana yang mungkin.....
sekerap aku menekan butang A S W D di papan kekunci leptop ini......

Selamat hari Jumaat...

Tuesday, July 28, 2009

Penanggg

Sabtu lepas aku pi Penang.
Perak Bar -Penang Bar games 2009.
aku main bola sepak.

Main kat penang sports club.

Aku sesat,dekat sejam aku cari penang sport club.
aku sangat jarang pi Penang walopun
hanya setengah jam dari rumah mak aku.

aku sampai kat padang dekat2 kul 5.30.
PENG tepon tanya aku dah sampai.
Dia dah tunggu kt padang.
Aku dgn peng sbb datang lambat, jadi SUb jer la.
Lan dah masuk main. Lan umpama Micheal Carrick utk perak bar.

punyala lambat start. aku tak solat asar lagi.
second hlaf, aku dgn Peng Masuk.
sampai dah semput gila,
dah tak bole nak tarik napass..
aku mintak tukar.
Jam pon dah kul 7. gila. tak solat lageeeee.

aku dgn anak bini lompat masuk keta.
jalan2 eh, terus jumpa mesjid.
sempat tu solat asar.
Kuasa Allah, walopun aku tak pernah mai mesjid penang,
Alih2 dengan mudah jumpa.

Moral, kalo nk main bola, solat asar dulu. huhuhu.

Lepas mandi2 kat masjid.
Kami pi ke Queensbay mall.
sebba kali pertama aku bwk family mai sini,
so, kami makan benda yang tadak kat Taiping.
iaitu... tgk jer la gmbar.


Amam ayam.


Kontrol ayu. satgi ayam terbang.


Tapau sikit kat mak. merasa ayam harga RM 50.huhu rabak

Rupanya ada kawasan yang setaraf dgn KL setengah jam dari umah mak aku.

Thursday, July 16, 2009

kemana mahu dituju?

Dalam dua hari ni
Aku berbual dengan berbagai orang.
Berbagai-bagai karenah.

Dari klien,
Rakan Bijaksana,
Dan juga tokey kedai.

Aku mula menghitung kembali,
hala tuju hidup.
Aku baru 2 tahun lebih praktis.
memang masih dalam tempoh cari hala tuju.

Malam tadi,
sebelum tidor,
aku berbual dgn B1N1.

Aku kata kat dia,
aku tak pernah rasa excitement sebagai loyer.
aku lebih gemar benda teknikal dan tak terikat dgn prosedure.

contohnya, aku suka design multimedia presentation
mengikut suka hati aku tanpa perlu terikat dgn procedure sperti
kebenaran MB, ataupun undertaking dari Assinee, mahupun Pejabat Penilaian.
Aku jugak tak perlu sain SD own occupation.

Aku pernah buat multimedia presentation utk beberapa program
masa kat UIA dulu. Bila audience ketawa dan tepuk tangan,
aku rasa puas walopun seminggu tak cukup tido.

Rasa kepuasan itulah yang aku belum pernah rasa dalam
2 tahun lebih ni. Aku rindu perasaan tu.

ditambah pulak dgn kata2 klien aku semalam,
"Saya kerja Bank 11 tahun,
selama 11 tahun jugak la saya tak pernah rasa tenang,
duit tak cukup, hati gundah gulana.
Keja bank, makan duit riba.
Sekarang ni sejak berenti kerja, Alhamdulilah,
memang dengaq macam lekeh,
saya jual putu kacang.
satu tuppaware saya untung seringgit.
Tapi cuba cik kimi kira, saya bekal putu kacang sebulan
10 ribu tapaware. tak ka sepuluh ribu?"
katanya sambil membayar legal fees tanpa banyak songeh.
orangnya nampak selekeh,
tapi tadak la nk mintak diskaun sana sini macam ada org tu
yang pakai smart, sembang bejuta tapi habuk pon tarak.

Pagi tadi pula di High Court Taiping,
aku berbual dgn seorang rakan bijaksana yang dah 4 tahun praktis.
Aku tanya dia, mcm mana 4 tahun praktis?
best?
katanya " ntahla kimi, tade rasa excitement pon.
Akak rasa macam nak bukak kedai buku, stationary, tak pon jadi Libarian."

tghari, aku berbual dgn pakcik Minang.
dia berasal dari Indonesia.
dah 30 tahun di Malaysia.
dah dapat kewarganegaraan.
Dia kata kata aku, masa dia baru mula sampai sini,
tak sangka boleh beli rumah. 15tahun saya menyewa.
sekarang ni Alhamdulillah, usaha, rezki...
Pakcik tu ada beberapa bijik keta.
Dia dapat hasil tu dengan jual songkok ja.

ada sorang klien aku pula,
dia askar pencen,
sekarang kerja jadi drebar keta baru,
ala, yang selalu kat haiway keta no plet biru tu.
dia kata pendapatan tak banyak.
tapi, Alhamdulilah, cukup.
kita jgn lupa besedekah, solat, mintak pada Allah rezki yang berkat.
InsyaAllah, tenang. pakcik tu pon muka tenang.
utk rekod, dia beli tanah bayar cash.


Apa guna duit berkepuk jika hati kita kosong.tak gitu.

Wednesday, July 08, 2009




Ingin Mencuba Perfume setaraf bintang terkenal pada harga mampu?
Dapatkan
One Drop Perfume. Stok Baru akan sampai sehari lagi.
Sila hubungi saya di emel
kimishaari@yahoo.com atau di komen
blog ini. No fon nanti saya bagitau.
Sekotak RM 40-45
Sebotol RM 8-8.50

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Yeaghhhhh!!!!!!.

Aku dah habis tgk prison break.!!

Memang cerita yang best.
Sapala yang buat skrip cerita ni?
Memang best.

Ending pon tak disangka.
Kalo tgk pada episode 22 season 4,
tentu ramai ingat tu episode last
dan Michael Scofield mati sebab Barah otak.

Tapi, muncul pulak episode 23 & 24.
Yang menunjukkan camna dia mati.
Kalo korang tgk kt 8 tv, tunggu la Isnin ni.

Respect betol cerita ni, sbb dari season 1 sampai season 4,
banyak benda yang tak disangka dan tak boleh nk jangka.

seperti biasa, Aku tak suka kerekter hero,
aku suka kerekter yang tukar team,
Jadi, utk Prison Break, kerekter yang aku minat adalah Alex Mahone.
Kalo tgk season 2 dulu, rasa sangat benci kat Alex,
sbb dia dapat baca apa pergerakan Micheal, dia tembak depa betalu-talu.
kira habis benci la.

Tapi masuk season 3, depa bekawan, dan season 4,
alex adalah org yang paling Michael percaya untuk tolong dan jugak sampaikan
amanah dia pada Sara dgn Lincon.

dan satu lagi yang aku suka sbb ending dia bukan hepi ending,
aku tak suka hepi ending.
kalo tgk pada episode 22, mungkin ramai igt hepi ending,
lepas Michael dgn sara kawen, depa hidup sama sampai michael mati sbb barah.
tapi tak.wahhh.mmg best.

Moral: Tak semestinya musuh anda tu selamanya musuh,
mungkin satu hari, musuh tu la yang paling boleh kita percaya.

Kawan pon bukan selamanya kawan, kawan mungkin akan jadi musuh.

Overall. PRISON BREAK. memang best.ending pon best.
Cerita yang aku mungkin akan jadikan koleksi.
***********************************************************************************

K: Aku nk berenti jadi loyer.

J: La. Jadi la partner lama sikit.
Berenti jadi loyer,Ko nak jadi apa?

K: jadi OPTIMUS PRIME!!!

******************************************

K: Encik T cease practise dia buat bisnes apa a?

A: Buat Insurans, tapi dia 10 tahun jadi partner, Klien ramai,
Marketing Bagus.

K: Aku igt nk cease practise la. Tanak tanya aku nk jadi apa?

A: Apa? Dealer ODP? OTOBOT?

K: Yaaa.Jadi OPTIMUS PRIME!!!!

A: Sian muda2 lagi dah gila.
***********************************************

Tahniah kepada Nadmin & fad atas kelahiran
anak pertama yang dinanti-nantikan.
Semoga hidup lebih ceria penuh dgn limpahan kasih sayang.

Saturday, July 04, 2009

OTOBOT!! Trensfom.



Arini aku pi tgk transformers.
Dah lama nk gi tgk.
Tapi baru arini sempat.

tgk kat mana?
Mana lagi, Taiping sentral.
Arin pukul 12.30,
dah bakar aku.

Arin kata pukul 3 dan 3.30 ada lagi tayangan.
haha. bagus. Panggung sini ada tujuh hall.
Maju betul. Showtime mmg bnyk.

Aku dan anak bini amik keputusan untuk tgk yang kul 3.30.
Pukul berapa kuar rumah?
tentulah pukul 3.22 minit ptg.

Aku bukannya dok KL, kena kuar awal.
JEM.

dekat 3.30 sampai Taiping sentral.
terus parking, Parking free.

Naik tingkat 2 taiping sentral.
Tak payah beratur, terus beli tiket.
Orang tak ramai, sbb ramai yang tgk kul 3.

siap bole pilih nk seat mana.
Pastu pi beli popcorn dgn ayaq.
kena beratur sat ja.

Masuk dlm panggung, sbb tak ramai,
aku yang beli 2 tiket, bole kongker 3 seat.
hanany teruja tgk Khobot besaq.
Bumbelbee katanya.

seperuh jalan, Hanany pon Jalan. Tidoq.
Miza pula kuar pi jamaban pada pukul 5.30,

Memang best GILAAAAAAAAA.

Mmg lagi best dari yg pertama, kalini
padat dgn aksi.
Aku seperti biasa, akan minat kerekter yang berubah team.
So, aku memilih Jetstar,
Atuk robot yang bertongkat dari decepticons yg masuk otobot.
dah jugak robot keta kontrol kecik tu,
jugak decepticon sokong otobot.

kul 6.15 kuar panggung,
kul 6.27 sampai umah.
Mudah.

Arin yang dahulunya skeptikal bila
aku kata Panggung kt Taiping setaraf KL,
dan asik tanya betul ka Taiping ada tayang Transformers,
Akhirnya akur, dan meng sms aku.
Katanya setaraf GSC.
Tak perlu dok KL katanya.
Hah arin, baru nak tau,
Kpd kanot, perhatikan waktu2 yang aku tulis,
aku kt sini kalo tetiba terasa nk tgk wayang,
5 minit sebelum showtime pon aku bole buat keputusan.
sempat sampai.haha.