Saturday, August 29, 2009

Hujan

Tapi kira ok la, sbb tadak la rasa dahaga sangat.

Bulan2 puasa ni, mari tambahkan ibadah,

selepas ibadah, mari bersuka ria, hahaha.

tatau nk tulis pasal apa,

tgk gambar jer la,


taiping dah hujan selama beberapa hari.
Demam optimus prime belum abis.



Budak mudah terdedah kpd penyakit, pencegahan awal penting tuu.


Lauk untuk sahur, udang tesco.


Tidak perlu tumis,
hanya campurkan paste yang sesuai.
Zaman dah maju.
errr..mana paste sambal udang ni.


Abah: Jom2 balik, nanti tak sempat masak.
(dalam hati: Jom2 balik, lagi lama kat sini, habis semua diangkut, huhuh)

Selamat Berpuasa dan berbuka.

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN....Sudah tiba...

Setelah menibggalkan IIU 4 tahun lps,
Setiap kali Ramadhan...
Aku akan teringat kepada keseronokan
beribadah di IIU dulu.

Memang meriah.
Masa zaman Aseb pakai Jubah dan serban dulu.
Sopie masih pakai ketayap putih.
Kaie pon berjubah.
Kanot lagi la.

memang susah nk caya.
aku beberapa kali Qiamullail kat masjid dlm satu bulan puasa.

Aku jugak masih teringat kemerduan alunan bacaan Al-Quran
oleh seorang imam solat tarawikh..
Sehingga sekarang aku tak pernah jumpa org baca Quran sesedap tu.
kalau dengar bacaan dia..masa solat tu rasa macam kita tenggelam dlm alunan
surah yang di baca.
Lupa dunia sekeliling.
Nama Imam tu, Ahmad Ibrahim Bilal.

Aku terkilan, keranan kerajaan Malaysia menyerahkan beliau
kepada kerajaan Amerika kerana dia adalah suspek tereris kononnya..
Mungkin beliau masih di Kem Guantanamo sekarang...
Beruntung kawan2 dia di situ, dapat dengar bacaan beliau...

Satu lagi kisah yang aku ingat jika Ramadhan datang...
kisah Coq peneram.......

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAQ
semoga dipenuhi dgn ibadah....

Monday, August 17, 2009

snippets

(klik untuk paparan lebih besarr)
(Containing inappropriate language, PARENTAL ADVISORY required)

LOYER

********************************************************************************

Don't Let your wife be your friend's friend






**********************************************************************************

Hari Selasa lalu ikan emas anak aku mati.
tetiba ja mati.

Lalu aku simpan tiub getah oksigen kat dapur.

Hari rabu, anak kucing belakang rumah aku jatuh dalam
lubang saliran.
Rumah aku takder tali.
nk capai pakai tanagn tak sampai.

bini aku suruh aku masuk ke dalam
lubang drainage tu walhal punggong aku lagi besar.
kang tak pasal2 masuk paper.

aku tgh menurun lompat2 dalam dapur rumah.
Allah bagi aku ilham. Aku amik tiub oksigen tu,
gantikan tali.
Alhamdulillah.anak kucing selamat.

Kalo ikan emas tu tak mati, tentu aku tak akan gunakan
tiub tu untuk tarik anak kucing tu.

Aturan Allah memang cantikk.. kita ja tak sedar..

Wednesday, August 12, 2009

MC+CUTI=malas nk masuk balik kerja.

Aku baru masuk kerja harini.
Ya.Cuti lama kerana Demam sesema dan juga
ada urusan keluarga.

Jumaat Malam,
aku dan keluarga serta mak aku dan kakak aku
bertolak ke Putrajaya.

Kerana, hari ahad, ada majlis.
yang ditunggu2 oleh mak aku.
malas cerita.korang tgk gambar dah la.

Aha, tapi, sabtu malam, aku sempat makan sate kajang
dengan kanot dan huda serta anak depa yang baru.
Aseb dgn kaie, tak dapat dihubungi.
"ORDER" gamaknya.

nah, tgk gambar.

"Ciss.Aku pakai ceni punya cun, dapat jawatan Goreng Karipap Saja"



Atam: "ataih pulut kuning ni, kita boh arca ais kepala Optimus prime,
pastu boh ayaq pancut bunyi buish buish buish, baru cun"


hantaran berbalas tujuh dulang sepatutnya, dlm gambaq ni ada enam ja
sebab pulut kuning tak siap lagi, atam tgh ukir arca ais.


Tukang Sarung Cincin: eik?longga la? ekau gomuk ko sebolum nih?
Budak kat belakang(dalam hati):camna la time aku betunang nanti,eh, termelalut la pulak, aku baru darjah 4. tahun 2020 kot.


Saya tuan rumah, Kuasa di tangan saya, sapa nak amik lebih, bole isi borang K, Borang J dan Borang P, proses dlm masa 7 hari bekerja.



Uiiiiiihhhhh...sapa amik lebih tuuuu...nak kena ketuk la ni..


Habih bepoluh den, tak abih2 lagi ambik gamba.


"Saya igt silap rumah tadi, nyaris tak kenal awak.
Bulu mata sapa awak curik tu?"



Tahniah..

Thursday, August 06, 2009

Musim Demam

sebagai rakyat bertanggungjawab,
menurut doktor klinik swata,
jika dlm 3 hari ni tak sembuh, pergi hospital kerajaan.

semalam kami sekeluarga telah ke
Hospital Taiping bahagian pesakit luar di jln TUpai.

Melalui saringan.
lalu diarahkan untuk masuk dalam.

Alhamdulillah, setakat sekarang, demam biasa saja.
kerana tiada jangkitan paru2.

tapi, kami sekeluarga diarahkan supaya tidak keluar rumah.
hanany tak boleh pi sekolah.

Cikgu tak bleh pi mengajar.

Loyer tak ble masuk opis.

Tapi, sebab saya ada kes pagi tadi.
saya pi juga ke mahkamah.huhuhu.

Semoga kita semua sihat2 sahaja dan terhindar dari wabak penyakit.
Ameeeeennnn.................

ini rupa Optimus prime kecik


Ini la Hospital Tupai.i.e klinik kesihatan pesakit luar.
kakak Nurse tu pon jadi optimus prime.


Ini pula surat yang dikeluarkan oleh pihak hospital tupai.
Atas tu tulis tidak terpakai di mahkamah, sbb tu gua pegi court pg tadi..hhuhu