Saturday, December 24, 2005

Mari basuh moto.

Bengkerk melihat keadaan motor yang telah ditinggalkan kat kampung,
di bawah jagaan kakak aku,aku berbuat sesuatu selepas solat jumaat.
sebelum tu,aku dah pegi bengkel tukar paip ekzos yang patah.

Korang tengok rupa motor ni.

motor yg dulunya macho,skang dah hampeh dibawah jagaan org pompuan.
eh..di bawah ketidakjagaan orang pompuan.


ni sebelum aku memulakan kerja.(no pendaftaran dirahsiakan)


tengoklah apa jadi pada ekzos ini..kotoran degil.
dah 4 tahun tak basuh agaknya.


enjin pun dah rupa belacan.perhatikan perbezaannya
dengan paip ekzos yg aku baru ganti.umpama kanot dan aku. :p


seterusnya aku pun membogelkan moto tersebut.kanot suka part ni.bogel2.:p
Setelah dibogelkan..aku pun menyuruh moto itu ketuk ketampi..eh.
aku pun mula membasuh enjinnya.


aku menggunakan minyak tanah sebagai pelarut.
lihat kesannya..kotoran degil tertanggal.


setelah itu..aku pun menyimbah air untuk menghilangkan kesan minyak.


aku membiarkan moto tersebut kering dulu.
mujurlah takde lans koperal mana2 amek gambar masa aku bogelkan moto ni.
kalo tak tentu jadi isu besar.


sementara tunggu moto kering,aku beralih kepada pakaian moto tadi.
aku basuh sikit..lalu aku keringkannya.


bial moto dah kering.aku pun spray cat silver..kat enjin.
haaa.tengok.kan berseri tu.


ekzos dah basuh.enjin dah cat.body pun aku cat itam..tengok..
lawa pun..inila hasil kerja orang lelaki..


JENG JENG..anilah hasilnya..lepas cat kering..aku tampal stiker baru.
aku tak ambik gambar masa lekat stiker
dan pasang baju de sebab malas basuh tangan.
Ye la.dah berapa kali aku basuh tangan.siap sikit,basuh tangan amek gambar..
bazir air pulak dah..so,bila dah siap,baru aku amek gambar..


walaupun moto dah tak bogel.
tetap menarik dilihat dari bahagian punggungnya

jadi..MORAL yang dapat diambil dari kisah ini ialah..
usaha tangga kejayaan?bukan...
Belakang parang diasah lagikan tajam?bukan..
enjin moto dibasuh lagikan lawa?pun bukan..

Moralnya ialah..Jangan tinggal kenderaan anda di kampung,
lalu mengharap orang perempuan akan 'bela' kenderaan itu..

majoriti pompuan hanya tau bawak saja.
sekian.moga menjadi iktibar. muahahaaha

Saturday, December 17, 2005

Gambar yang tak dipublish lagi..

Bosan takder buat ape kat rumah..
hujan lebat pulak tu..
aku pun..bukak la komputer..
belek2..jumpa gambar2 yg aku belum publish lagi..
ala..gambar2 bulan puasa dulu..
dulu tak sempat publish sebab exam..

antaranya ialah..

ini gambar masa fidin buat "moreh" bulan puasa aritu..
Fidin: Apsal tak ramai lagi yg datang..?
Apon:(berbisik kat aku) memang la tak ramai lagi...
orang lain kan tengah terawikh sekarang..
kita je yang ada.. :p
Matjap:oit!! terawikh dah habis la..aku baru balik ni..
hangpa yang tak pi..


ini pulak Mituid baru sampai.
punya nak tunjuk baru balik mesjid..
pakai kain pelikat ja :p



Gambar ni 18sg..
ganas..di mana ada makanan..
disitu ada ini makhluk..
apatah lagi makan free..
"awat sikit nasik ni? hat ni aku sorang habih."


Yang ni..juadah kami bukak puasa kat F4.4
kepada kaie..baca blog ni sambil membayangkan kenangan lalu..
sewaktu kawan2 masih bersama..
pastu..tengok keliling yang sunyi..sure sedih.muahaa


ini bila dah bebuka.
tuan tangan: "ni sayoq aku.
jangan pisahkannya dari aku..PAHAM!!"



begambar sebelum bebuka..sebagai kenangan..khas untuk kaie lagi.
tengok blakang tu.ada orang cuba ambil gambar muka sendri..
tapi kemera dia tak sanggup lalu menghala ke batang penyapu.:p


sambungan gambar tadi..
tuan kamera:eh?? apsal jadi gambar penyapu?
aku amek gambaq muka aku tadi???
(sambil menggayakan gaya tinggung 28hb5 ciptaannya sendri)

belakang..asib dah datang..muka monyok..gaduh ngan gilfren lagi ka??


byk lagi gambar..kalo korang nak tengok..korang buat la request..
aku boleh publish gambar apa korang nak pasal F4.4..
yang 18PL pun ada..nak??

Wednesday, December 14, 2005

bestnye bilik aku..

Ahaaaaaa...!!! aku dah boleh hantar macam2 application untuk kerja sekarang..
Apabila Dr Farah Nini setuju nak jadi refree untuk resume aku..
yang lagi best..aku boleh hantar mcm2 application on-line..
Dari atas katil aku je..apabila aku dah beli modem baru.

walaupun tak sepantas broadband kat uia..
ataupun wireless internet kat bilik F4.4 dulu
(kaie..jgn sedih kalau teringat kenangan lama)
tapi..kira ok la..muahaa..

Nampaknya..boleh la slalu update blog gini..

Terima kasih untuk Dr farah nini dan Ustaz Nushi mahfudz..
Terima kasih jugak untuk Emmayeayea dan Farah amani..
Kepada madu lebah..tugas anda sebagai s/u..tetap berjalan spt biasa. :p
jgn patahkn simkad aku..lgpun tu iklan maxis..bkn celcom..

Thursday, December 08, 2005

Iklan Sim kad tepon.

Satu hari..
menyedari byk telefon di rumahnya..
Si ayah memanggil anak2nya..

Katanya..
"anak2ku..jika kita bersatu..kita akan teguh..(sambil menyusun simkad byk2 dan cuba mematahkannya)

pastu..si ayah amek satu je simkad..

"jika kita bercerai..kita akan roboh.."
(sambil mematahkan sekeping simkad itu dgn mudah)
Simkad itu pun patah..ktepek!

Si anak pun menjerit..
"ABAHH!!" simkad saye tu!!
alamak..cane saye nak contact gelfren sayer!!
Mentang2 la bil sayer paling tinggi..abah patahkan simkad sayer ek!
apsal tak patahkan simkad along ke..??!!
simkad mak ke??!!
ala...!!!!

Si ayah pun tersenyum..
(dalam hati..
"Berjaya aku mengaburi mata anak aku dgn cerita teladan..walhal aku nak rosakkan simkad dia..asyik begayut je"ahahaa..

aku dah grad!!!tapi tak kerja lagi :(

akum!!

dah lama aku tak update.
dari lepas raya aritu lagi.

mcm2 yg dah berlalu dan berlaku..

aku boleh dikira dah grad..
Alhamdulillah..Result aku kalini boleh dikira yang terbaik la..
lalu membolehkan aku menamatkan pengajian aku..

aku ada g ziarah KL baru2 ni..
tgk kwn2 aku yg tengah 'attachment" dgn firm
sementara tunggu release letter dr uia.

aku jugak kali pertama g beraya rumah lecturer..
Aku ngan aseb,matjap,syukur,asne g beraya rumah Dr Farah nini.

Semalam pulak,aku tepon kengkawan yg masih ada kat uia..
Aku tepon Fidin.dia skarang duduk dgn budak junior.
dia cerita pasal kaie..roomate aku F 4.4 dulu..
tiap2 petang dtg bilik fidin luah perasaan..kesunyian kot..:p

ye la..aku ngan aseb dah grad..matjap dr f 4.2 pun dah grad,
kanot pulak,duduk umah sewa..
Bilik F 4.4 yang paling Happening dulu..
sekarang sunyi sepi..
sian kaie..:p
takpe..lagi 4 bulan je..sabo..

k la..lain kali aku update lagi..
Doa2 la aku cepat dapat kerja..:p bye.. akum