Friday, August 29, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAQ

SEMOGA BULAN INI DIPENUHI DENGAN AMAL IBADAT.

PUASA BUKAN PUASA MAKAN SAJA.

LAIN2 YANG MUNGKAR PON KENA PUASA.

JADI, BULAN PUASA NI, KITA TADAK KUTUK KANOT

Thursday, August 28, 2008

rangkuman

Ini ialah rangkuman entry selama aku tak
Update entry aku minggu lepas sampai minggu ni.

Minggu lepas antaranya.

Berita daripada suhail dikala aku
baru bangun tidor apabila dia meng SMS
aku untuk memberitahu bahawa dia dah bertunang.
Tahniah kerana dah bertunag kepada suhail.

Nampaknya dia berpegang kpd "Taste"nya,
iaitu perempuan lebih muda.

Lain2 requirement aku tatau..
Tapi kalini dia memilih yang bertudung..

*********************************************

Ujung minggu lepas,
Aku tak balik kampung macam selalu.

Hari sabtu pagi,lepas subuh.
Pintu umah aku diketuk.

Ada sorang budak memanggil2 di luar.
Ka Long!!!, Ka Long!!.
adik ipar aku yang berumur 6 tahun
datang untuk mengkabarkan adik ipar aku
yang berumur 2 tahun lebih tgh tarik sawan.

MAk mentua aku tadak kt umah kerana pi meniaga.
Bpk mertua aku tak balik lagi dari bertugas.

cuma ada adik ipar aku yang tingkatan 3 saja
menjaga adik bongsu.Kredit tadak lak tu.

Bini aku (selepas touch up bedak kt muka)
bergegas memandu kreta ke sana.
Aku, baring balik, sbb hanany tak jaga lagi.

Alhamdulillah tadak apa.
biasa la budak kalo demam..

*********************************************

Kelmarin hari selasa,
Aku dan keluarga sebelah bini aku berkumpul
makan malam di DOLI.
sempena menghantar adik ipar aku yang Mat Rempit tu
ke Sarawak.
Bukan halau.

Tapi dia dapat Polis.Training kat Sarawak.
Apa yang membuat dia semangat nk pegi,
adalah kerana dia sudah gatal nak kawen.

Mak mentua aku kata, dah ada kerja, baru bole kawen.

Lepas ni, pasti dia pulak yang buat Road Block tahan mat rempit.

***************************************************
Sesiapa ada maklumat kerja KOsong di
Bahagian Utara Semenanjung..

Untuk Jawatan kelulusan Degree la maksud aku.
Sila bagitau.

Jawatan itu hendaklah bukan LOYER.
FEDAP.

Monday, August 18, 2008

SUMPAH LAKNAT? EH? NI KES APA?


Hujan lebat bersama Guruh berdentum dentam..
Waktu yang seswai untuk Update blog.javascript:void(0)
Publish Post
Karena waktu sebegini, otak malas nak kerja.

Jumaat lalu dalam berita,
Saiful Bukhari membuat sumpah laknat.

Aku dgn spontan berkata kepada Isteri,
sepanjang 4 tahun mengaji syari'ah,
Sumpah hanya untuk kes Li'an saja.

Lantas, esoknya, perkara yang sama diutarakan
Tuan Guru haji Hadi.

Tapi, aku bukan nak kata Saifol tipu,
Anwar betul, atau sebaliknya...
Cuma, cara sumpah itu dibuat,
dengan liputan media, dalam Headline berita,
bukankah itu sudah mengaibkan orang.

Kalo nk sumpah pon, dalam kawasan tertutup,
depan org2 yang berkenaan.
Jadi, aku percaya,
Upacara sumpah tersebut,
ada "tangan2 yang berkepentingan" dibelakang saifol.

Tapi, aku juga tidak menolak kemungkinan apa
yang Saipol cakapkan itu, mungkin benar2 berlaku.
Mungkin juga berlaku waktu lain,
atau tidak lansung berlaku.

Aku telah berbual dgn beberapa bekas " Anwariyyun" (ayat suhail).
yang mana, mereka percaya, Saifol bercakap benar.

Dari pemerhatian aku juga, aku lebih percayakan Saifol.

alah..kita ni berada di akhir zaman.
macam2 perkara pelik berlaku.
Manusia akhir zaman,
tak banyak, sikit mesti ada "slack" sikit.

Ada ustaz yang mengajar Al-Quran.
Tapi dlm masa yang sama dia adalah GAy,
mcm kes kat Indonesia tu.

Pastu, kita jugak selalu dengar,
Imam masjid Rogol orang.

Imam masjid kena tangkap Khalwat.
Ustazah kawin wali ghaib..
dan mcm2 lagi.

Jadi, adalah sgt tidak mustahil,
terjadi kepada ahli politik.

mcm aku yang agak baik ni pon,
Kot la..heheh
ada juga sleknya,
kadang2 miss subuh. Dulu la.

Walopun pahaman politik aku tetap tak berubah,
tapi pandangan peribadi aku terhadap seseorang,
berubah-ubah mengikut peristiwa.

Sama-sama kita menilai, sama2 kita tunggu
sapa yang kena laknat dullo...

*****************************************************
Komputer aku sudah lama menjadi
tukun tiruan di rumah,

Baru2 ini, komputer kanot pula
menyusul menjadi tukun tiruan.

Jadi, aku nak beli komputer baru atau leptop.
mudah aku mau buat kerja,
Mudah juga aku mau main game.

tapi belum berjumpa yang didalam kemampuan aku.

*****************************************************
Kali pertama aku jumpa Plaza tol PLUS yang mana,
tolnya ada dua. untuk hala ke Penang lain,
untuk hala ke Ipoh lain.

selalunya, situ kita masuk, situ la kita kuar balik.
Tapi tidak bagi plaza tol Bukit Tambun.
Aku masuk la balik kot tol yang aku kuar,
utk ke parit Buntaq..

EHHHH.......awat hala ke JURU???
rupanya, kalo nak pi ipoh, tolnya sebelah sana.
Siol.




Tuesday, August 12, 2008

Sihat sebelum Sakit

Sebagai manusia biasa,
kita tidak mampu utuk mengetahui apa
yang akan berlaku pada detik seterusnya.

Sebagai umat Islam,
kita disarankan untuk bekerja seakan2 hidup selamanya2.
Dan beramal Ibadah seakan2 kita akan mati esok.

Kita juga disarankan untuk merebut 5 perkara
sebelum datangnya 5 perkara.

Salah satu daripadanya adalah Sihat sebelum
datangnya sakit.

Sewaktu kita sihatlah kita nak berjaga2,
sewaktu kita sihatlah kita buat berbagai2
amal.

Sebab bila dah sakit,
mungkin sedikit sebanyak akan menjejaskan
aktiviti kita seharian.

Kadang2 kita lupa,
lupa nk jaga makan, bersenam dan sebagainya.

Tapi, sebagai Umat Islam juga,
kita harus ingat bahawa sakit itu
adalah sebahagian ujian Allah.
dan mungkin juga kifarah dosa2 kecil.

Justeru itu, saya menyeru rakan2 pembaca
supaya menjaga makan minum, banyak bersenam,
banyak bersolat kerana solat adalah
salah satu bentuk senaman.

Terutama sekali, KANOT yang semakin tidak
dapat dibendung..haha.

Mana nak tau, kalau Allah kata umur 26 kita dah start sakit,
redha sajalah..kan?




Isteri setia disisi sewaktu terlantar di Wad kecemasan Hospital Parit Buntar.

*******************************************************
Puasa dah dekat.
senang jer nak tau puasa dah dekat.
Tak perlu tengok Kalendar..
Sambil dengar radio atau sambil tgk tiwi pon dah tau
Puasa dah dekat..

Sebabnya..
Tiwi dan radio telah mula memasang iklan..
YUSSSSOOOOFFFFF TAIYYYOOOOOOBBBBB.......

Wednesday, August 06, 2008

Isu Global, Bukan penghalang


Kalo kau rasa diri kau tak bernasib baik..
Cuba kenangkan orang yang lebih tak bernaib baik dari kau..

Walopun hempon kau kena ikat dengan getah..
Cuba kenangkan org yang tak mampu pakai hempon.

Kalo ko terasa tak cukup duit kerana harga barang
dah mencanak2 naik..
Cuba kau fikirkan org yang pendapatan hanya suku daripada kau.
lagi kesian.

Kalo ko kena marah dengan Yang Arif sebab baru failkan
Afidavit penyampaian semalam..
Cuba ko fikirkan nasib deorang yang langsung paper not In order.

Kalo ko selalu kena kutuk sekalipun..
Sekurangnya ko tak kena tembak atau kena rompak..

Disini aku nk berkhabar tentang rakan kita ni..

Walopun dia selalu kena kutuk Kaw-kaw dalam blog ni.

Walopun harga barang mencanak2 naik...

Tapi dia sikitpon tidak terkesan...
Lalu beliau tanpa segan silu mencuba menambah umat.

Tahniah kepada rakan kita ni, dia kata kat aku semalam,
"BINI AKU PREGNANT LAGI.DUE BULAN 4 TAHUN DEPAN"

TAHNIAH untuk anak kedua yang bakal tiba.

Tapi Sorry,Kali ni aku takkan terikut dengan dakyah hang macam tahun 2006 dulu.
aku tetap dengan perancangan aku..

Apa2 pun, Tahniah.

Friday, August 01, 2008

bila bini aku bersuara.

Tentu perkara serius,
kalo bini aku dah mula bersuara.

Kata bini aku, "Rugi la Wan Azizah buat ceni,
baik bertanding dekat kawasan yang dijangka kena kosongkan"
(merujuk kepada Kulim-Bandar Baru)
Walopun selama ni dia sengap jer pasal politik.

Kata bini aku."Dengar lagi Indonesia.Bagus,ada mesej.
Ni lagu malaysia, balik2 Becinta, pastu Frust bercinta.
Pastu nak salahkan pendengar sebab dok dengar lagu indonesia.
dah lagu indon Best."
dia berkata begitu sambil mendengar lagu Kumpulan Radja berjudul "TOBAT".

dan yang paling serius.
"Eh, murah la barang2 di Tesco sempena promosi Merdeka."
YAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....jawabku.

*****************************************

Untuk Isu pertama,
Aku bersependapat dengan Bini aku,

Rugila, Kerusi yang dok ada, apasal dilepaskan,
Cuba kejar kerusi yang belum tentu kekal haknya itu.

nanti, kot2 tak menang, nak buat cener?
Sapa tau, mungkin isu liwat ni, sedikit sebanyak
akan memberikan satu Doubt kepada golongan "Anwariyyun".(pinjam ayat Suhail).

Untuk Isu kedua juga aku sangat setuju.
Lagu malaysia ni, Asik2 becinta, Putus cinta,
Frust menonggeng.mende2 la.

Baik layan Radja.Lagu rock dengan mesej menginsafkan.
Begitu juga dengan ungu.
Lantakla muka deorang macam pecah rumah..janji lagu best.

Dan Isu ketiga..aku sokong juga. Jadi mlm ni pi Tesco la, apa lagi.